Parenting Maznah Ibrahim
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
إظهار المزيد📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim
تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 15 714 مشتركاً، محتلاً المرتبة 958 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 317 في منطقة ماليزيا.
📊 مؤشرات الجمهور والحراك
منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 15 714 مشتركاً.
بحسب آخر البيانات بتاريخ 03 نوفمبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -141، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -3، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.
- حالة التحقق: غير موثّقة
- معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 3.84%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.06% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
- وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 603 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 324 مشاهدة.
- التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.
📝 الوصف وسياسة المحتوى
يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 04 نوفمبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.
جارٍ تحميل البيانات
| التاريخ | نمو المشتركين | الإشارات | القنوات | |
| 04 نوفمبر | 0 | |||
| 03 نوفمبر | +1 | |||
| 02 نوفمبر | 0 | |||
| 01 نوفمبر | 0 |
| 2 | لا يوجد نص... | 127 |
| 3 | “Dr, anak bujang saya dah besar, tapi tak ada nak bantu saya buat kerja rumah.”
Ada ibu ayah yang mengadu begitu.
Bila kita berbual lebih lanjut, ada yang mula teringat...
Dulu masa anak masih kecil, dia suka ikut kita ke dapur. Nak kacau adunan, nak pegang penyapu, nak tolong lipat baju.
Tapi sebab kita nak cepat, kita pun kata:
“Tak apa, nanti mama buat. Adik pergi main.”
Kadang-kadang kita risau dia tumpahkan barang, buat lebih sepah atau kerja jadi lambat siap.
Saya faham. Sebagai ibu, memang ada hari kita kejar masa. Kita pilih buat sendiri sebab itu yang paling mampu kita lakukan pada waktu tersebut.
Terutama kalau kita ni jenis ibu “one woman show”. Semuanya kita nak selesaikan sendiri, biar tiptop dan tak ada cacat celanya. 😅
Lama-lama, tanpa kita sedar, anak pun kurang peluang untuk mencuba dan menunjukkan apa yang dia boleh buat.
Cuma mungkin di sinilah kita boleh nampak sesuatu.
Bila anak kecil beria-ia nak meniru kita memasak, menyapu atau mengemas, itulah antara peluang awal untuk dia berkenalan dengan kerja-kerja di rumah.
Bagi dia, mungkin nampak macam bermain. Tapi melalui percubaan kecil itulah dia mula belajar.
Kalau ada ruang dan masa, raikanlah minat itu.
Tak sempurna lipatannya? Kita tunjuk perlahan-lahan.
Air tertumpah masa dia siram pokok? Kita lap bersama.
Dia nak ikut memasak? Beri tugas yang sesuai dengan usianya dan sediakan ruang yang selamat, jauh daripada api dan benda tajam.
Memang mungkin lebih lambat. Mungkin ada tambahan kerja mengemas selepas itu. 😅
Tapi sedikit demi sedikit, anak dapat pengalaman. Dia juga dapat rasa bahawa keinginannya untuk membantu itu dihargai.
InsyaAllah, apabila besar nanti, dia lebih biasa mencuba dan ada keyakinan untuk membantu serta mengurus diri sendiri.
Dan kalau anak kita dah remaja, belum terlambat untuk mula. Kita masih boleh ajak dia belajar bersama, beri tanggungjawab yang sesuai dan tunjukkan caranya.
Tak perlu tunggu anak terus pandai. Kita pun dulu belajar satu-satu, kan? 🤍
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Kalau anda belum daftar Webinar Penat Emosi, jom sertai saya pada 13 November ini.
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/pe
.
.
. | 265 |
| 4 | لا يوجد نص... | 227 |
| 5 | Ada masa kita ingat anak sengaja melawan… rupa-rupanya dia tak faham apa yang kita minta.
Contohnya bila kita kata:
“Pergi kemas bilik tu.”
Bagi kita, jelaslah maksudnya. Kutip mainan, susun buku, letak baju di tempatnya.
Tapi bagi anak, dia mungkin tengok sekeliling dan tak tahu nak mula dari mana. 😅
Cuba beri satu arahan yang lebih jelas:
“Adik, boleh kutip semua kereta mainan dan masukkan dalam bakul ni dulu?”
Bila dah siap, barulah sambung dengan perkara lain.
Untuk anak yang lebih besar pula, kita boleh bincang bersama apa yang perlu disiapkan dan bila dia boleh buat.
Bukan setiap kali anak tak buat itu kerana dia tak faham. Ada masa dia sedang sibuk, penat, atau ada sebab lain. Tapi menjelaskan apa yang kita harapkan boleh jadi satu permulaan yang membantu.
Selamat mencuba, ibu ayah.
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Kalau anda belum daftar Webinar Penat Emosi, jom sertai saya pada 13 November ini.
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/pe
.
. | 414 |
| 6 | لا يوجد نص... | 357 |
| 7 | Rasa macam dah buat macam-macam sejak pagi tadi. 😅
Ada yang dah masuk mesyuarat, jawab mesej, urus anak, siapkan kerja rumah, atau melayan macam-macam pertanyaan.
Kalau sekarang anda baru dapat duduk sekejap, cuba tengok… air yang dibuat pagi tadi dah habis minum ke belum?
Kadang-kadang kita terlalu sibuk menjaga urusan sekeliling, sampai terlupa perkara kecil untuk diri sendiri.
Kalau boleh, ambil beberapa minit ni untuk minum air, makan sedikit atau duduk tanpa buat apa-apa sekejap. Lepas tu, sambunglah semula ikut apa yang perlu.
Tak semua orang ada ruang yang sama untuk berehat lama. Tapi kalau ada peluang untuk berhenti sekejap, mudah-mudahan dapat beri sedikit ruang sebelum meneruskan hari. 🤍
Semoga urusan anda dipermudahkan hari ni.
Dr. Maznah Ibrahim
Kaunselor Berdaftar
p/s: Kalau anda belum daftar Webinar Penat Emosi, jom sertai saya pada 13 November ini.
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/pe
.
.
. | 450 |
| 8 | لا يوجد نص... | 378 |
| 9 | “Dah habis ulang kaji?”
Kadang-kadang, itulah soalan yang paling kerap kita tanya anak bila musim peperiksaan. 😅
Kita tanya sebab risau. Nak pastikan dia bersedia.
Tapi anak yang sedang menghadapi peperiksaan pun mungkin dah cukup berdebar dalam hati. Ada yang nampak tenang, ada yang asyik pegang buku, ada juga yang nampak macam biasa saja.
Malam ni, selain bertanya tentang ulang kaji, cuba duduk sekejap dengan anak dan tanya:
“Macam mana perasaan kamu tentang exam ni?”
Kalau dia kata risau, kita tak perlu terus jawab, “Jangan risau.”
Boleh saja kita kata:
“Mak faham kamu risau. Exam ni penting untuk kamu. Kalau ada apa-apa yang mak boleh bantu malam ni, beritahu ya.”
Mungkin dia cuma nak kita dengar. Mungkin dia nak minta kita tolong kejutkan pagi esok. Atau nak kita doakan dia. Atau hanya mahukan hot chocolate kegemarannya sambil sambung mentelaah lagi.
Dan bila nampak dia masih menghadap buku sampai lewat, bolehlah ingatkan dengan lembut supaya dia dapatkan rehat juga.
Untuk anak-anak yang sedang atau bakal menduduki peperiksaan besar, termasuk SPM dan UPKK, semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga hati mereka tenang dan dapat menjawab dengan sebaiknya.
Ibu ayah pun, semoga tenang menemani anak-anak melalui musim ini. Kita sama-sama belajar, ya. 🌷
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Kalau anda belum daftar Webinar Penat Emosi, jom sertai saya pada 13 November ini. Kita akan belajar tentang mengenali dan mengurus emosi dalam kehidupan seharian.
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/pe
.
.
. | 455 |
| 10 | لا يوجد نص... | 371 |
| 11 | Suami tanya biasa, tapi jawapan yang keluar dah tinggi suara.
Lepas tu, terdiam. Bukan sebab tak sayang. Kadang-kadang ada rasa terkilan yang dah lama terkumpul, sampai teringat saja pun hati terasa marah semula.
Bila emosi dah penat, perkara kecil dalam perbualan pun boleh terasa berat. Sebelum cuba selesaikan semuanya, mungkin kita boleh mula dengan kenal pasti: apa sebenarnya yang sedang kita rasa?
Dalam Webinar Penat Emosi, Dr. Maznah Ibrahim berkongsi tentang mengenali dan mengurus emosi, supaya kita boleh mula memutuskan kitaran yang berulang dalam keluarga.
👉 Daftar di sini: Webinar Penat Emosi
.
. | 482 |
| 12 | لا يوجد نص... | 429 |
| 13 | Kadang-kadang anak mula bercerita masa kita dah nak tutup lampu. 😅
“Mak, tadi kan…”
Dalam hati, kita dah fikir: Alamak, esok nak bangun awal.
Tapi pada waktu yang sama, mungkin waktu itulah dia baru teringat sesuatu yang nak dikongsikan. Atau baru rasa selesa nak bercerita.
Kalau masih ada ruang, dengarkanlah sekejap. Tak semestinya kita perlu beri nasihat atau selesaikan semuanya malam itu juga.
Ada kalanya, cukup dengan bertanya:
“Lepas tu apa jadi?” atau…
“Adik rasa macam mana masa tu?”
Kalau memang dah terlalu lewat, kita boleh beritahu dengan lembut:
“Mak nak dengar cerita adik. Malam ni kita tidur dulu ya. Esok adik sambung cerita dekat mak.”
Dan bila esok tiba, cuba ingatkan semula:
“Adik nak sambung cerita semalam tak?”
Bila kita kembali kepada cerita itu, anak tahu apa yang dia kongsikan ada tempat dalam perhatian kita. 🤍
Selamat berehat malam ni.
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Kalau anda belum daftar Webinar Penat Emosi, jom sertai saya pada 13 November ini.
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/pe
.
. | 496 |
| 14 | لا يوجد نص... | 392 |
| 15 | Petang Ahad. Baju sekolah belum siap, beg kerja belum tengok, dapur pun ada lagi yang nak dikemas.
Dalam kepala dah mula susun macam-macam untuk esok.
Kalau rasa serabut tengok semua yang belum selesai, cuba berhenti sekejap dan tanya diri:
“Apa satu perkara yang paling membantu aku untuk mulakan hari esok?”
Mungkin siapkan baju. Mungkin periksa jadual anak. Mungkin sediakan bekal ringkas untuk pagi nanti.
Pilih satu dulu. Bila dah siap, tengok semula apa yang masih ada tenaga dan masa untuk dibuat.
Dan kalau ada yang tak sempat, tak mengapa. Kita boleh sesuaikan rancangan. Hari esok tak perlu bermula dengan semuanya sempurna. 🤍
Semoga petang ini masih ada ruang untuk anda duduk sekejap dan menikmati hari Ahad, walaupun cuma dengan secawan air.
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Kalau anda belum daftar Webinar Penat Emosi, jom sertai saya pada 13 November ini.
Maklumat lanjut dan pendaftaran:
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/pe
.
.
. | 488 |
| 16 | لا يوجد نص... | 403 |
| 17 | Malam ni, cuba tanya anak satu soalan ni:
“Kalau kita boleh buat apa-apa bersama esok, adik nak buat apa?” 😊
Tak perlu janji terus ya. Kita dengar dulu apa yang keluar daripada mulut mereka.
Mungkin dia nak pergi taman. Mungkin dia nak main masak-masak. Atau mungkin jawapannya... “Nak makan aiskrim!” 🍦
Kalau ada yang boleh dibuat, walaupun sekejap, bolehlah rancang sama-sama. Kalau belum dapat tunaikan, tak mengapa. Beritahu anak dengan jujur dan cari pilihan lain yang sesuai.
Kadang-kadang, daripada soalan kecil begini, kita dapat tahu apa yang anak suka dan apa yang dia harapkan daripada masa bersama kita. 🤍
Kalau sempat cuba malam ni, apa jawapan anak anda? 😊
Dr. Maznah Ibrahim
Kaunselor Berdaftar
p/s: Kalau anda belum daftar Webinar Penat Emosi, jom sertai saya pada 13 November ini. Maklumat lanjut dan pendaftaran di sini:
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/pe?utm_campaign=pe-tc66
.
.
. | 544 |
| 18 | لا يوجد نص... | 451 |
| 19 | “Saya cuma nak rasa lebih tenang.”
Ada hari kita tidak perlukan jawapan untuk semua perkara sekaligus. Kita cuma mahu memahami apa yang sedang berlaku dalam diri dan tahu di mana hendak bermula.
Saya ingin kongsikan maklum balas Faizah selepas mengikuti Webinar Penat Emosi yang lalu:
“Syukur kerana dapat belajar tentang mengendali emosi. Perasaan rasa lega dan tenang. Alhamdulillah ...”
Puan Faizah
Saya suka perkataan “belajar” dalam perkongsian itu.
Mengurus emosi ialah sesuatu yang boleh kita pelajari dan amalkan, mengikut keadaan serta keperluan diri.
Faizah turut berkongsi hasratnya untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Pengalaman itu milik beliau; setiap orang mungkin melalui proses yang berbeza.
Jika kebelakangan ini anda juga mahu meluangkan ruang untuk memahami keadaan emosi diri, saya jemput anda belajar bersama saya dalam Webinar Penat Emosi.
📅 Jumaat, 13 November 2026
🕣 8.30 malam
Maklumat lanjut dan pendaftaran:
https://webinar.maznahibrahim.com/pe
Dr. Maznah Ibrahim
.
. | 609 |
| 20 | لا يوجد نص... | 490 |
