Sambungan Kisah Iceberg Punca Tingkahlaku Serba Tak Kena Anak
-------------------------
Pernah Tak Anak Serba Tak Kena, Itu Ini Tidak Mahu, Cuba Tanyakan Soalan Cepumas Ini
=========================
Sebaik sahaja jumpa anakanda soleh Fateh (tahun ini 5 tahun) yang mengambil saya pulang dari kerja petang tadi (6 lebih pm),
.
kelihatan tak sabar-sabar sungguh dia nak bercakap, di tingkap kereta lagi sudah bercakap tak tunggu saya masuk kereta dulu.
.
Banyak betul permintaan dia macam selalu.
.
Pattern yang sama seperti ini pernah berlaku, agak kerap satu zaman tu (macam tak ingat last bila). Lepas tu tak berulang (oh ya, masa cuti sekolah ke sekolah daycare dia ok), mood sangat Ok, kini berlaku lagi.
.
Situasi meminta-minta berulang lagi. Kelakarnya macam dah plan 3 'steps ahead' macam biasa pula.
.
Beri alasan nak belikan mainan untuk rakan, maka nak ke kedai RM2. Mak aih, sebenarnya dia yang nak tu.
.
Offer itu ini semua takmahu, walau benda dia suka. Semua dia beri alasan pusing balik.
.
Idea naik basikal sampai bendang, pusing basikal ke padang, pergi jambatan, balik rumah dll, semua dia beri alasan logik munasabah dia (anak Thinking memang akan beri alasan logik perkara yang dia mahu dan tak mahu).
.
.
Macam serba tak kena dan macam emosi stres.
.
Hmm... boleh rasa.
.
Mak pun jadi stres.
.
Tapi tenang, kontrol suasana, layan bicara. Jangan sampai ter absorb emosi stres si anak.
.
Jarak tempat kerja ke rumah dalam 10 minit.
.
Jenuh la berbalas kata dengan dia hampir 8 minit mungkin..
.
Dekat nak sampai, tetiba saya dapat ilham, ni mesti ada benda tak selesai ni (tangki emosi dia ada tak penuh/puas di bahagian bawah dasar tu).
.
Jadi saya pun tanyala soalan cepumas (sebab dulu pernah berlaku sekali, punca berkaitan rakan di sekolah):
.
"Fateh Mummy nampak macam ada yang tak kena aja (refleksi kan tingkahlaku dia),
macam marah-marah,...
Cuba beritahu Mummy apa berlaku di sekolah hari ini".
.
Wah rupanya betul, ada sesuatu berlaku yang dia pendamkan dan masih tidak 'resolved', juga tiada kefahaman yang baik.
.
Terus dia cerita dengan semangatnya :
.
"Jam Fateh ni, ada abang Muhammad ni suka, dia kata cantik sangat. Dia ambil simpan, tak pulang-pulang. Fateh cari laa lama sampai petang, nasib baik abang Nuhlan ni jumpa. Abang Muhammad kata dia jumpa, dia tolong simpankan".
.
"Oh patutlah, Fateh puas cari, peeeenat cari tak jumpa. Kesian Fateh kan. (refleksikan perasaan/keadaan dia dulu, bagi dia rasa di empati)
Nasib baik Abang Nuhlan jumpa.
Mummy nampak Abang Muhammad baik, tolong simpankan, sebab dia selamatkan, dia jumpa masa Fateh tak ada agaknya". (beri perspektif baru).
.
"Ye, dia, dia.... (macam masih mengadu-ngadu lagi).
.
Oh ya, selepas layan tu saya ada ajar dia skrip asertif:
.
Fateh boleh beritahu dia,
.
"Abang, Fateh penat cari jam Fateh. (luah perasaan sendiri dulu, bermula dengan perkataan saya, bukan Abang - Abang terus - jadi menuduh dan blaming)
Abang lain kali kalau abang tolong simpankan, nampak Fateh aja bagi kat Fateh terus tau. Sebab puas Fateh cari tak jumpa".
.
.
Dia dengar dan saya tahu dia rakam ayat ini.
.
Mudahan dia akan tahu bagaimana nak handle situasi sebegitu jika berulang lagi.
.
Selepas tu saya terus konar cerita,
.
"Ha kita nak dekat sampai rumah,
apa kata kita buat aiskrim.
Mami buka kedai aiskrim.
Siapa nak?"
(semalam beli kon aiskrim dan aiskrim)
.
Adik KN pula menjawab Nak sambil angkat tangan 😂.
.
"50 sen, 50 sen seorang", saya berlakon.
.
Fateh terus tersenyum lebar dan mood berubah.
.
Kemudian dia berkata,
.
"Mummy, Fateh beratur 4 orang, adik adik Fateh 4 orang, yang last tu nama Asyraf"
(Ha?? mana datang nama Asyraf)
.
"Apa sebab Fateh suka nama Asyraf?"
.
"Sebab nama tu cantik 😁😁", jawab dia sambil senyum lebar.
.
Terus masuk rumah, mood baik. Makan aiskrim, syarat 1 kali sahaja tak boleh lebih.
.
Tak lama lepas tu, dia ada berkata dengan yakin dan jelas, seolah macam backing pula, semasa saya bertanya apa tah pasal jam dia tu,
.
"Abang Muhammad, dia tolong simpankan jam Fateh ni".
.
.
Wah sudah berubah perspektif dia.