Pernah Tak Rasa, Tak Percaya pada Anak atau Suami atau Sesiapa?
----------------------------------
Huhu, begitulah manusia.
.
Hmm.. saya trigger bab tak percaya ni sebab sahabat saya, pabila buka AlQuran untuk mesej Allah Al Haq (satu teknik last dalam EHSABAR), dapat ayat ini, Al Anfal: 62, atas sekali.
.
Berdezuss ke hatinya, biasanya memang akan menangis la sesiapa buka dan baca ayat cinta Allah ini....sebab Allah tahu kondisi kita, kalamullah ini tak pernah silap.
.
Itu isu dia, berkaitan suami, rasa suami selalu tipu?, jadi pengajaran yang dia dapat, percaya kepada Allah sahaja, ikhlas. Buat dengan ikhlas dan cari cinta Allah sahaja, bukan buat kerana manusia.
.
Dia baru rasa. Pertama kali. Rupanya.
.
Syukur ada antara kita sudah rasa Allah dalam hati lebih awal. Doakan untuk semua orang Islam boleh 'rasa' Allah, kasih sayang Allah, magic Allah... segalanya berpusat kepada Allah. Pasakkan ke dalam hati anak-anak juga. Teringat buku ADHA Dr Ujilah manis yang baik.
.
Okay, untuk saya, ada dua kisah berkenaan ini.
.
.
Kisah 1:
.
Ahad lalu ada satu insiden, Fateh menangis meraung-raung dan berkata : "Mummy percaya kat abang tu, tak percaya kat Fateh...
.
Dahsyat la dia nangis tu.
.
Puas la saya meminta maaf sungguh-sungguh. Kesal nya ya Allah....
.
Al kisahnya, dia kan suka menguji kesabaran kita ni, tengah nak tangkap gambar, dia sengaja berdiri di depan kami halang kamera (macam gambar ni, heheh). Itu minor lagi. 😅 Mak dah biasa sikap terbalik dia tu.
.
Kisah sebenar dia ngamuk-ngamuk tu ialah dia kecewa kerana 2 sebab:
.
1) ada sorang abang ni usia 10 tahun, janji ada 1 gula2 nak beri pada sesiapa yang buat baik kot. Dia duk berharap. Tetiba bila dia nak, dah tak da gula2 tu dah, cek tanya abang tu, abang tu dah makan. So kecewa sebab si Thinking ni dah letak expectation. Itu kelebihan dan kelemahan dia, kami tahu style otak dia berfikir sebab dah test stifin personaliti genetik melalui imbasan capjari 10 jari. Dia Thinking Ekstrovert.
.
2) dia demand (anak menakluki mak ayah memang macam ni gaya dia), dia nak sekarang juga kasut beroda macam kawan (dia pernah beritahu hasrat dia dulu dulu, saya tak berapa nak beri sungguh lagi, dan dia ok pula masa tu, rupanya dia pendam nak kot).
.
So masa tu saya tolak untuk sekarang, tapi nanti, insyaAllah. Ajar dia sabar dan tahan keinginan, berpuasa. Asalkan dia dah bagitahu hasrat dia, saya okay saja, bila qadarnya tu, Allah sahaja tahu. Ikut insting saya selalunya. Syukur semalam Isnin, dia sendiri berkata: mami, hari ni kita tengok saja, bukan beli lagi. esok baru beli. (wah bagusnya anakku hypnotise diri sendiri heheh).
.
So masa mengamuk merajuk tu pasal 2 perkara di atas (kecil pada kita besar pada dia), wajahnya ke lantai, dari jauh tetiba diberitakan si abang lain ni kepada saya, basah lantai sebab air liur dia.
.
Saya terus percaya la, sebab kita kenal anak kita kan, kalau buat hal tu pernah juga la dia keluarkan airliur dia, ingat-ingat semula tidak selalu, tapi pernah berlaku dan saya sangat marah, saya sendiri trigger. Huhu.
.
Jadi masa datang dekat dia, saya beritahu pasal airliur tu. Tu dia mengamuk (trigger), nangis meletus, Mami tak percaya kat Fateh...
.
OK berakhir nya kisah tersebut, dia berjaya kool down sendiri (sebab usia pun dah 5 tahun kan), pakai kasut dan masuk kereta (sebelum tu macam ala-ala baling la selipar dia, uncle lain nampak, uncle tu kata ni kes dah biasa menang, tak boleh terima kekalahan la ni (hehe yelah tu, sebab nama Al Fateh, The Fath, Kemenangan, part ni memang dari usia dia 2 lebih kami cuba latih terima kekalahan tu).
.
Tetiba dia ok dan masuk kereta, tak lama pastu dia dah tidur. So tangki emosi penuh masa tu ialah kepenatan fizikal dan emosi.
Penat Thinking dia pula sebab dia cepat judge orang, trigger marah sebab kasut roda dah lama minta tapi tak berapa memaksa untuk saya beli, saya pula tiada janji apa-apa pasal nak beli pun.
.
.
Kisah 2 saya:
.
Suami. Pernah tiga kali rasanya perang dingin sekejap (kami jenis sekejap dan terus cepat settled - saya selalu remind peserta untuk tak lebih 16 saat, ca