uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 258 підписників, посідаючи 965 місце в категорії Діти та сім'я та 2 351 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 258 підписників.

За останніми даними від 27 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -114, а за останні 24 години на -5, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 5.48%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.55% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 891 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 415 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 28 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 258
Підписники
-524 години
-217 днів
-11430 день
Архів дописів
photo content

Teknik Menunjukkan Cara Aplicable dalam apa jua skil, termasuk cara komunikasi untuk anak kecil. . http://maznahibrahim.com/teknik-mendorong-anak-kecil-berenang/ . Refleksi semula, MUDAH Fateh belajar berenang dengan guru renang, baru-baru ini 10 sesi kelas, kerana, . dimulakan pengalaman awal usia 0-2 tahun renang di kolam/laut dengan kami yang bukan pakar renang. . Apa apa jua skill pengalaman paling mahal iah usia awal, 0-2, . Masa usia ini tidak berulang. . cuma perlu pada gaya dan cara yang betul.. . Anak ikut apa dia lihat berbanding apa diberitahu. . Namun untuk teknik pemilihan perkataan, seperti "please, tolong, terima kasih, maaf" dan sebagainya, boleh sangat dimodelkan dari awal semasa bayi belum berbicara. . Saya lihat KN, dalam setiap permintaan nya bermula dengan "toyon" (tolong), diakhiri dengan "maseehh" (terima kasih), dan "minta" untuk permintaan asertif. . Begitu juga Fateh, perlu diperingatkan untuk minta elok-elok bila dia terlupa, "adik, boleh abang minta satu?" (minta izin, request, bukan arah atau paksa), adik KN otomatik akan jawab "boleh!" "Abang Ateh nak?". . So, mesej nya ialah, . "modelkan apa nak anak jadi, tunjukkan caranya, kerana mereka tiada idea at all apa dan bagaimana nak buat/ucapkan" . . Refleksi, Maznah Ibrahim. . ================================ Jemput join telegram Maznah Ibrahim's Channel, . t.me/ehsabar

Kalimat Yang Baik Seperti Pohon Yang Baik ================================= Saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan dalam diri kita semua setiap masa, saat dan ketika. Keberkatan, mudah urusan, dan bermanfaat. . Pernah dengar mengenai sistem pokok? . Pokok yang baik ialah pokok yang memberi hasil buah yang baik, menjadi, dan menyenangkan si empunya pokok. . Pokok yang menjadi juga datang dari akar yang kuat, teguh mencengkam ke tanah. . Untuk buah yang rimbun, perlu baja spesifik merimbun/subur, manakala pokok berbunga, perlukan baja untuk jadi berbunga. . أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ  Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. {14:24} تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا ۗ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ  Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). {14:25} . Kalimah yang baik. Tanamkan perkataan yang baik, dari mesej Al Haq, Allah swt 😢. . Kadangkala kita berharap anak menjadi sangat baik hasil buahnya (peringat diri untuk fokus usaha dan proses bukan hasil), . namun elemen akar yang terbaik itu bagaimana dan apa yang ditanam? 😓 . Jika perkara tidak bermanfaat dan berlebihan dijadikan hidangan, manakan hasil baik kita harapkan menjadi..... . (mesej untuk diri saya). . . Dari kalam Allah. Teringat SASU Kak Laila yang bermanfaat. . . Saya telah menjalankan modul Sistem Pokok - buah = hasil = impian mahu dicapai, . dan akar = nilai/elemen perlu dalam diri sendiri dalam usaha mencapai impian buah menjadi itu, . Kepada dua group besar peserta umum (bukan klien /pesakit). . . Belum tabulate lagi data nya 😁 Saya penuh dengan kursus minggu ini. . Maz yang kreatif inovatif 💪 Chayok. . Kita sambung lagi nanti ya 😍 . Maznah Ibrahim. . Jemput join Telegram Maznah Ibrahim's Channel, di . t.me/ehsabar

Pilih Yang Baik Fikir Yang Baik Berasa Yang Baik dan Berkata-kata lah Yang Baik SAHAJA Cuba. Usaha. Maznah Ibrahim.

photo content

photo content

photo content

Marah Anak Kerana Marah Suami. . Agak ramai ibu /isteri yg stres berpunca dari suami. . Marah dan tak endahkan anak kerana emosi sendiri tangkinya menyusut isinya. . Ia diterima sangat kerana suami isteri ialah 'our othe half'. . Sebentar tadi dgn klien saya, kami proses bersama. . High educated people, senang fahami, dan bicara. . Senang cerita, ada usaha untuk ubah diri, dari pelbagai cara. . Dan sedar/tahu, syaitan bisik bisik. Sedang pregnant atau nak period/datang bulan antara sebab hormon berubah dan emosi sensitif. . . 1) Bersihkan hati dulu. . Zikir dipilih klien adalah paling tepat. . Ya Allah Ya Hafizh Ya Muhaimin Ya Allah pelihara dan lindungi ku dari bisikan syaitan, dari kebencian, wasangka dan hasad dengki dalam perhubungan ini. . 2) Kembalikan apa yang dahulunya memori bersama istimewa. Contoh lagu semasa bercinta, pos surat tradisional, tempat dating, pakaian khas dll. . Buat semula, beri pada dia, luahkan apa rasa sepanjang masa berlalu dan dilihat dia berubah ini. . Skrip banyakkan Saya rasa xxxx sebab atau bila yyy, zzzz. Bukan Awak atau Abang buat saya xxxxxxx. . 3) Doa, Ikhtiar (usaha) + YAKIN. Allah Bantu. Allah sahaja ubah hati manusia. Percaya. . Jika hanya doa dan usaha, tetapi tidak yakin pada Maha Pemberi, zuuup terus syaitan masuk ruang. Untuk hilangkan keyakinan dia akan berubah atau lemahkan kita. . Cuba lah. . Allah sayang kalian. . Ujian untuk hikmah lebih besar nanti. . Maznah Ibrahim. t.me/ehsabar

BismillahirRahmanirRahim . Ketika mahu fokus dan disiplin dalam melakukan satu-satu pekerjaan, amalkan ini, zikir AsmaulHusna. . Terima kasih sahabat wangi syurga saya Irina Rahman yang berkongsi dahulu. . Saya amalkan utk diri, dalam pekerjaan, dalam parenting dan kepada klien kaunseling. Memang berkesan. . Allah kan Al Malik Maha Penguasa segalanya? . . Hanya kepada Nya lah kita bermohon apa-apa 😌 . . Mahu Meningkatkan Disiplin Diri Dalam Pekerjaan: . Ya Allah Ya Qabidh Ya Sami' Ya Allah, disiplinkan daku dalam pekerjaan ini dan jadikan daku pekerja yang taat dan setia dalam melakukan pekerjaan ini. . (3 kali, bicara dalam hati penuh kefahaman, dan berharap kepada Yang Satu) . Modify untuk parenting dan kerja harian anda yang mungkin WAHM. . Ya Allah Ya Bari Ya Qabidh Ya Sami' Ya Allah, Disiplinkan aku dalam tugas kerja rumah ku pada hari ini agar aku fokus dan siap, jadikan daku hambaMu yang taat dan setia dalam melakukan kerja-kerja rumah ini, demi generasi penerus Ummah muka bumi ini. Amin. . Maznah Ibrahim. t.me/ehsabar

photo content

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... . Terima kasih kerana ahli di dalam Channel ini sudi membaca penulisan saya yang tak seberapa ini.😁🤗😚 . . Ini memberi semangat kepada saya untuk terus menulis. . . Kata ahli EhSabar Pn Razni, ianya segar dan tiada di dalam tele alumni kami. . . Doakan ya. Tanpa ada sudi menyokong dan beri pengesahan, saya tak sebegitu semangat nak menulis. 😂. . . Sebab, otak saya, lapisan luar lebih luas. . . Ekstrovert di otak bermaksud memang perlu dorongan dari luar 😂 Napain begitu, huhu. . . Ya memang buat kerana Allah, itu niat baik dalam hati, namun untuk gerakkan lebih nyata, saya jenis perlu dorongan dan sokongan. . . Ada orang lain lapisan otak nya introvert, maka dorongan dari dalaman diri lebih kuat, tanpa perlu orang luar menge 'push'😌. . . Itu difahami dan diterima, ilmu dalam STIFIn. . . Ia buatkan kita lebih faham dan kenal diri, terima diri. . . Anak saya juga Ekstrovert. Thinking Ekstrovert. Maka dia juga perlu dorongan dari luar. Kami. . . Anak kedua suspek sahaja Introvert. Maka dia memang boleh main sendiri bila keperluan tangki emosi cukup. . . Introvert Ekstrovert dalam STIFIn dan psikologi tak sama ya. . Ekstrovert dalam psikologi ialah berkenaan aspek sosial dan kawan, bergaul, hidup mesti ada bersama manusia, baru dia rasa hidup. . Sebaliknya Introvert hidup bekerja dengan benda, data, sudah mencukupi tidak perlu bercakap dengan manusia. . Terima kasih atas sokongan kalian. 😊😊😊 Maznah Ibrahim. Bawah tu gambar pembaca nya 212 melebihi bilangan ahli 209. Guana jadi gitu ya 😂😂😂

photo content

photo content

Dari salah faham dan fokus kepada emosi penat dan tak puas hati dia kepada emosi sangat memahami akan niat baik Abang itu. . . Dan memang relevan kekecewaan dia tu, . sebab jam tu dia pilih sendiri semalam, . di Giant, yang mana dia sendiri nampak kaler biru yang mana saya tak nampak pun kaler biru (hanya nampak kaler hijau dan merah), . so it is so special and meant to him. °°°°°°° Jadi sahabat semua, bila atau jika anak buat hal yang kita pun tak faham, elak cepat melatah atau terikut-ikut nada gaya budak kecil usia macam tu. Kalau dia usia 2 tahun tantrum, janganlah kita juga jadi marah mengamuk tak tentu pasal macam usia 2 tahun. Ingatlah, kita ni dewasa juga la kan, rasional lah sedikit. Biasanya memang ada sebab dalaman. Dalaman atau luaran. Kedua punca ni, buatkan goyah dalaman dia, macam iceberg, yang saya selalu tekankan kepada sahabat keluarga EHSABAR (mereka semua sudah sangat faham aspek ini). Bila di bawah tu tak firm, tak kukuh, tak selesai, tak full tangki emosinya, tak lepas bebas emosi negatifnya, memang anak kecil (kita pun sama juga) boleh emotional outburst. Ia diterjemah ke tingkahlaku dia (behavior that we can see). Ini adalah punca ke-2 dalam Ebook "Saya TakNak Marah Anak Lagi" Siri 2. Ada saya terangkan. Being assertive, Beritahu anak. Walau anak usia katakan 1 tahun 11 bulan (Khairunnisa sudah boleh bercakap agak baik perasaan dia, namun kadangkala dia lupa nak cakap / beritahu dan dia hanya merengek serba tak kena), boleh lah kita beritahu, . "Adik, Mami ni penat sudah, adik macam ada saja yang tak kena, macam mana Mami nak bantu adik ni. Cuba adik cakap apa yang adik nak, tunjukkan". . Ha lepas tu ada lah sahaja bahasa memberitahu dia. . Tidak sukar sahabat semua, praktiskan, lama-lama jadi biasa. . Okay, U can do it. . try first. . acknowledge your own feeling first, then your kid's feeling. . Last beri option atau solusi. . Fokus pada solusi. Bukan pada masalah. . Bak kata DAO, What You Focus Will Expand. . Ini antara EQ Skill yang anak akan guna bila di dewasa kelak. . Saya juga bukanlah yang terbaik dan terror sangat, . namun bila berhadapan dengan bermacam orang dan isu, . Kerap buat training untuk staf bab komunikasi berkesan, sendiri terkesan, sebab kadangkala ada tak berkesan 😂😉 . So muhasabah diri, latih diri, sharing kerap-kerap, ajar orang lama-lama sendiri akan semakin pandai. . antara punca utama perhubungan konflik tak kira usia, . ialah perkara yang salah faham, tak terluah, early judgement, terus lempar. . kan? . Tak pa kita ubah satu-satu situasi mudah yang kita boleh capai/handle dulu, . bukan terus terror cakap dengan big boss ke. . mulakan dengan anak kita dulu. . sebab, ia capaian mudah kita, . kita ni pemimpin dan role model untuk mereka. Let ' s Break The Cycle. . . Refleksi, Maznah Ibrahim . t.me/ehsabar.

Sambungan Kisah Iceberg Punca Tingkahlaku Serba Tak Kena Anak ------------------------- Pernah Tak Anak Serba Tak Kena, Itu Ini Tidak Mahu, Cuba Tanyakan Soalan Cepumas Ini ========================= Sebaik sahaja jumpa anakanda soleh Fateh (tahun ini 5 tahun) yang mengambil saya pulang dari kerja petang tadi (6 lebih pm), . kelihatan tak sabar-sabar sungguh dia nak bercakap, di tingkap kereta lagi sudah bercakap tak tunggu saya masuk kereta dulu. . Banyak betul permintaan dia macam selalu. . Pattern yang sama seperti ini pernah berlaku, agak kerap satu zaman tu (macam tak ingat last bila). Lepas tu tak berulang (oh ya, masa cuti sekolah ke sekolah daycare dia ok), mood sangat Ok, kini berlaku lagi. . Situasi meminta-minta berulang lagi. Kelakarnya macam dah plan 3 'steps ahead' macam biasa pula. . Beri alasan nak belikan mainan untuk rakan, maka nak ke kedai RM2. Mak aih, sebenarnya dia yang nak tu. . Offer itu ini semua takmahu, walau benda dia suka. Semua dia beri alasan pusing balik. . Idea naik basikal sampai bendang, pusing basikal ke padang, pergi jambatan, balik rumah dll, semua dia beri alasan logik munasabah dia (anak Thinking memang akan beri alasan logik perkara yang dia mahu dan tak mahu). . . Macam serba tak kena dan macam emosi stres. . Hmm... boleh rasa. . Mak pun jadi stres. . Tapi tenang, kontrol suasana, layan bicara. Jangan sampai ter absorb emosi stres si anak. . Jarak tempat kerja ke rumah dalam 10 minit. . Jenuh la berbalas kata dengan dia hampir 8 minit mungkin.. . Dekat nak sampai, tetiba saya dapat ilham, ni mesti ada benda tak selesai ni (tangki emosi dia ada tak penuh/puas di bahagian bawah dasar tu). . Jadi saya pun tanyala soalan cepumas (sebab dulu pernah berlaku sekali, punca berkaitan rakan di sekolah): . "Fateh Mummy nampak macam ada yang tak kena aja (refleksi kan tingkahlaku dia), macam marah-marah,... Cuba beritahu Mummy apa berlaku di sekolah hari ini". . Wah rupanya betul, ada sesuatu berlaku yang dia pendamkan dan masih tidak 'resolved', juga tiada kefahaman yang baik. . Terus dia cerita dengan semangatnya : . "Jam Fateh ni, ada abang Muhammad ni suka, dia kata cantik sangat. Dia ambil simpan, tak pulang-pulang. Fateh cari laa lama sampai petang, nasib baik abang Nuhlan ni jumpa. Abang Muhammad kata dia jumpa, dia tolong simpankan". . "Oh patutlah, Fateh puas cari, peeeenat cari tak jumpa. Kesian Fateh kan. (refleksikan perasaan/keadaan dia dulu, bagi dia rasa di empati) Nasib baik Abang Nuhlan jumpa. Mummy nampak Abang Muhammad baik, tolong simpankan, sebab dia selamatkan, dia jumpa masa Fateh tak ada agaknya". (beri perspektif baru). . "Ye, dia, dia.... (macam masih mengadu-ngadu lagi). . Oh ya, selepas layan tu saya ada ajar dia skrip asertif: . Fateh boleh beritahu dia, . "Abang, Fateh penat cari jam Fateh. (luah perasaan sendiri dulu, bermula dengan perkataan saya, bukan Abang - Abang terus - jadi menuduh dan blaming) Abang lain kali kalau abang tolong simpankan, nampak Fateh aja bagi kat Fateh terus tau. Sebab puas Fateh cari tak jumpa". . . Dia dengar dan saya tahu dia rakam ayat ini. . Mudahan dia akan tahu bagaimana nak handle situasi sebegitu jika berulang lagi. . Selepas tu saya terus konar cerita, . "Ha kita nak dekat sampai rumah, apa kata kita buat aiskrim. Mami buka kedai aiskrim. Siapa nak?" (semalam beli kon aiskrim dan aiskrim) . Adik KN pula menjawab Nak sambil angkat tangan 😂. . "50 sen, 50 sen seorang", saya berlakon. . Fateh terus tersenyum lebar dan mood berubah. . Kemudian dia berkata, . "Mummy, Fateh beratur 4 orang, adik adik Fateh 4 orang, yang last tu nama Asyraf" (Ha?? mana datang nama Asyraf) . "Apa sebab Fateh suka nama Asyraf?" . "Sebab nama tu cantik 😁😁", jawab dia sambil senyum lebar. . Terus masuk rumah, mood baik. Makan aiskrim, syarat 1 kali sahaja tak boleh lebih. . Tak lama lepas tu, dia ada berkata dengan yakin dan jelas, seolah macam backing pula, semasa saya bertanya apa tah pasal jam dia tu, . "Abang Muhammad, dia tolong simpankan jam Fateh ni". . . Wah sudah berubah perspektif dia.

photo content

photo content

photo content

photo content

ke buat slides dulu ya. Bimbang tak mandi lagi buat kerja, si anak bangun lalu terus tak sempat mandi. Allah lorongkan dalam hati keputusannya, "Mandi dulu, siap-siap, baru buat slides". Teknik B.A.D asal Insyirah Azhar. . Ia satu bentuk komunikasi keputusan yang berarah instictnya, tiada ragu-ragu. . Allah buat kan keputusan. . 2. Sentiasa dahulukan atau tunaikan kerja hakiki sebagai Hamba Allah (solat dulu, cuma saya cuti), sebagai ibu, isteri, last baru kerja luar (kerjaya). Allah Al Bari bantu uruskan. Tips efisien Husna Haron. . 3. Buat aja, redah saja. Tips Maznah Ibrahim Intuiting Ekstrovert. 😁🤗. . Key nya kena moving, bergerak bukan duduk berteleku. Solat, mandi, makan juga satu bentuk gerakan asas rutin harian. . . Refleksi, Maznah Ibrahim. Join Telegram Psikologi Parenting, bersama Maznah Ibrahim. t.me/ehsabar