uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi πŸ‘‰ Belgini koβ€˜rmoqchi boβ€˜lsangiz, obuna boβ€˜ling

DBPMalaysia

DBPMalaysia

Kanalga Telegram’da oβ€˜tish

πŸ“ˆ Telegram kanali DBPMalaysia analitikasi

DBPMalaysia (@dbpmalaysia) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 24 060 obunachidan iborat bo'lib, TaΚΌlim toifasida 8 269-o'rinni va Malayziya mintaqasida 1 437-o'rinni egallagan.

πŸ“Š Auditoriya koβ€˜rsatkichlari va dinamika

Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ sanasidan buyon loyiha tez oβ€˜sib, 24 060 obunachiga ega boβ€˜ldi.

24 Oktabr, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga koβ€˜ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni 108 ga, soβ€˜nggi 24 soatda esa 3 ga oβ€˜zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya oβ€˜rtacha 8.22% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 4.15% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni toβ€˜playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post oβ€˜rtacha 1 977 marta koβ€˜riladi; birinchi sutkada odatda 998 ta koβ€˜rish yigβ€˜iladi.
  • Reaksiyalar va oβ€˜zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga oβ€˜rtacha 0 ta reaksiya keladi.

πŸ“ Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
β€œBahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia. [+] Info prpm.dbp.gov.my kndbp.dbp.gov.my lamanweb.dbp.gov.my www.facebook.com/DBPMalaysia twitter.com/DBPMalaysia www.instagram.com/dbpmalaysia www.youtube.com/@DBPMalaysia tiktok.com/@dbpmalaysi...”

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 25 Oktabr, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli boβ€˜lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni TaΚΌlim toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini koβ€˜rsatadi.

24 060
Obunachilar
+324 soatlar
+137 kun
+10830 kun
Postlar arxiv
Laman Semarak Jawi (LSJ) merupakan satu pengisian khas oleh DBP bagi mempromosikan tulisan Jawi kepada masyarakat. Persatuan
+5
Laman Semarak Jawi (LSJ) merupakan satu pengisian khas oleh DBP bagi mempromosikan tulisan Jawi kepada masyarakat. Persatuan Yayasan Restu Wilayah Utara (YRWU) merupakan pempamer bagi LSJ. Pelbagai pengisian berkaitan dengan tulisan Jawi diadakan seperti bimbingan tulisan khat, pameran naskhah al-Quran MADANI, paparan papan tanda pantun dan mutiara kata Sasterawan Negara bersumberkan bahan terbitan DBP, kuiz Jawi dan sebagainya. LSJ juga turut menghimpunkan tulisan nama peserta dalam tulisan Jawi bersempena dengan Langkahan Bahasa Jiwa Bangsa. Terima kasih diucapkan kepada YRWU atas komitmen dan kerjasama dengan DBP dalam membugar tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat. #Bahasakitawajahkita #BahasaJiwaBangsa

Bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2026, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (PIUSM) telah menganjurkan program Telaah Bahasa Jiwa Bangsa pada 23 Oktober 2026 (Jumaat) di Masjid Al-Malik Khalid, USM, Pulau Pinang. Program ini menampilkan YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Nizam bin Sahad, Pensyarah Bahagian Pendidikan Islam, Universiti Sains Malaysia sebagai ahli panel dan YBrs. Tuan Haji Mohd Salahuddin bin Dato’ Paduka Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP sebagai moderator. Dengan mengangkat tajuk β€œBahasa Orang Muda, Cerminan Bangsa” berlandaskan Hadis 40 Imam al-Nawawi, terbitan DBP. Terima kasih kepada PIUSM kerana turut meraikan Sambutan BBK 2026 melalui penganjuran majlis ilmu. #Bahasakitawajahkita #Bahasajiwabangsa

π‹π€πŒπ€π 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀, π’π€ππ“π€πˆ πŒπ„πŒππ€π‚π€: π’π„πŒπ€πˆπŠπ€π ππ”πƒπ€π˜π€ πŒπ„πŒππ€π‚π€ Pertandingan Laman Bahasa,
+9
π‹π€πŒπ€π 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀, π’π€ππ“π€πˆ πŒπ„πŒππ€π‚π€: π’π„πŒπ€πˆπŠπ€π ππ”πƒπ€π˜π€ πŒπ„πŒππ€π‚π€ Pertandingan Laman Bahasa, Santai Membaca telah berlangsung pada 24 Oktober 2026 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang bersempena dengan Majlis Pelancaran dan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2026 Peringkat Kebangsaan. Pertandingan ini menyaksikan keluarga komuniti setempat menampilkan kreativiti masing-masing dalam menghias sudut bacaan berkonsepkan suasana berkelah, lengkap dengan tikar dan pelbagai bahan bacaan. Selain menceriakan suasana, pertandingan ini turut menggalakkan amalan membaca bersama-sama keluarga serta menyemai minat terhadap ilmu dan bahasa kebangsaan dalam suasana santai dan menyeronokkan. Selaras dengan tema BBK 2026, β€œBahasa Kita, Wajah Kita”, aktiviti ini menjadi wadah untuk memupuk budaya membaca dan menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat. #BBK2026 #FestivalBahasaJiwaBangsa #LamanBahasaSantaiMembaca #BahasaJiwaBangsa #BahasaKitaWajahKita

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dengan kerjasama Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia
+9
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dengan kerjasama Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia telah mengadakan program Ekspresi Muzik Bahasa Jiwa Bangsa. Program ini merupakan pengisian Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2026. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan disertai oleh sembilan pasukan daripada seluruh negeri Pulau Pinang. Setiap pasukan mempersembahkan dua buah lagu, iaitu lagu puisi dan lagu rakyat di Malaysia. Pasukan Serantau 404 telah muncul juara bagi program ini dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abang Haliman bin Abang Julai, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera dan Puan Roziah binti Md Yunus, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan. DBP terus memberikan dinamika dalam pendekatannya menyebarluaskan bahasa dan sastera kepada masyarakat agar terus berkembang seiring dengan tuntutan semasa. #BahasaJiwaBangsa #BulanBahasaKebangsaan

𝐔𝐉𝐀𝐍𝐀 πˆπ‹πŒπ”: 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 π’π€ππ“π€πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€-π’π€πŒπ€ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ GEORGE TOWN – Ujana Ilmu menyediakan ru
+3
𝐔𝐉𝐀𝐍𝐀 πˆπ‹πŒπ”: 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 π’π€ππ“π€πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€-π’π€πŒπ€ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ GEORGE TOWN – Ujana Ilmu menyediakan ruang untuk pengunjung bersantai bersama-sama keluarga sambil mendekati dunia pembacaan bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2026 Peringkat Kebangsaan di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang. Ruang ini bersebelahan dengan reruai Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk berehat, membaca dan meluangkan masa bersama-sama keluarga dalam suasana santai. Pengisian yang mesra kanak-kanak dan keluarga turut menjadikan Ujana Ilmu ruang untuk menyemai minat terhadap buku serta menggalakkan perkongsian ilmu merentas usia. Konsep santai ini membawa kegiatan membaca lebih dekat dengan masyarakat dan menjadikannya sebahagian daripada aktiviti bersama-sama keluarga. #BahasaJiwaBangsa #BulanBahasaKebangsaan2026 #DewanBahasadanPustaka #UjanaIlmu

π’πˆπ‹π€ππ† ππ”πƒπ€π˜π€ π‰πˆπ–π€ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀: π‘π„ππ“π€πŠ ππ”πƒπ€π˜π€, π‰πˆπ–π€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ GEORGE TOWN, 24 OKTOBER
+9
π’πˆπ‹π€ππ† ππ”πƒπ€π˜π€ π‰πˆπ–π€ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀: π‘π„ππ“π€πŠ ππ”πƒπ€π˜π€, π‰πˆπ–π€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ GEORGE TOWN, 24 OKTOBER 2026 – Persembahan Silang Budaya Jiwa Bangsa telah memeriahkan Festival Bahasa Jiwa Bangsa bersempena dengan Majlis Pelancaran dan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2026 Peringkat Kebangsaan di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang pada sebelah petang. Persembahan ini menampilkan keunikan seni bela diri pelbagai budaya, iaitu Silat, Wushu dan Silambam, yang memukau penonton menerusi gerak seni, ketangkasan dan disiplin yang mencerminkan keindahan warisan budaya masyarakat Malaysia. Persembahan ini bukan sekadar mengetengahkan keistimewaan seni bela diri tradisional, malah turut meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi lambang keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia. Setiap persembahan membawa nilai keberanian, disiplin dan jati diri yang diwarisi serta dihargai bersama. #BBK2026 #FestivalBahasaJiwaBangsa #SilangBudayaJiwaBangsa #BahasaJiwaBangsa #BahasaKitaWajahKita

𝐆𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐆 π‰πˆπ–π€ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀: π’π”πŠπ€π π‘π€πŠπ˜π€π“ π„π‘π€π“πŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 Aktiviti Gelanggang Jiw
+7
𝐆𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐆 π‰πˆπ–π€ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀: π’π”πŠπ€π π‘π€πŠπ˜π€π“ π„π‘π€π“πŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 Aktiviti Gelanggang Jiwa Bangsa turut memeriahkan Festival Bahasa Jiwa Bangsa bersempena dengan Majlis Pelancaran dan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2026 Peringkat Kebangsaan di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang. Bertemakan semangat kebersamaan dan perpaduan, aktiviti berkonsepkan sukan rakyat ini menawarkan pelbagai acara menarik, antaranya Sepak Bola Penalti, Bola Jaring dan Sukaneka yang menggalakkan penyertaan, kerjasama berpasukan serta semangat kesukanan dalam kalangan peserta. Penganjuran Gelanggang Jiwa Bangsa bukan sahaja menjadi ruang untuk masyarakat beriadah dan berhibur, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk nilai perpaduan melalui aktiviti yang santai dan inklusif. #BBK2026 #FestivalBahasaJiwaBangsa #GelanggangJiwaBangsa #BahasaJiwaBangsa #BahasaKitaWajahKita

π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 π‰πˆπ–π€ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π 𝟐𝟎𝟐�
+9
π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 π‰πˆπ–π€ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ” GEORGE TOWN, 24 OKTOBER 2026 – Festival Bahasa Jiwa Bangsa telah memeriahkan penganjuran Majlis Pelancaran dan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2026 Peringkat Kebangsaan di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang, menerusi pelbagai aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan yang menarik serta interaktif. Antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah Singgah Bahasa, Minda Kreatif Sasterawan Negara, Telaah, Langkahan Bahasa Jiwa Bangsa, Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Angkat DBP Zon Utara, Bual Bicara, Pertandingan Boria, Pertandingan Sahibba Choopp, Sayembara Deklamasi Puisi Perpaduan, Pertandingan Ekspresi Muzik Jiwa Bangsa, Eksplorasi Bahasa, Pertandingan Laman Bahasa, Santai Membaca, Pertandingan Cita Rasa, Seni Bicara, Pertandingan Mewarna, Gelanggang Jiwa Bangsa, Persembahan Silang Budaya Jiwa Bangsa, Malam Puisi Riong dan Pameran Reruai.

π‘π„π‘π”π€πˆ ππ€πŒπ„π‘π€π 𝐃𝐀𝐍 π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 πŠπ„ππ€ποΏ½
+9
π‘π„π‘π”π€πˆ ππ€πŒπ„π‘π€π 𝐃𝐀𝐍 π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ” GEORGE TOWN – Pelbagai reruai pameran dan aktiviti mengisi Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2026 Peringkat Kebangsaan di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang, pada 24 Oktober 2026 (Sabtu). Pengisian ini menggabungkan unsur bahasa, persuratan, pendidikan dan khidmat masyarakat untuk menggalakkan penglibatan pengunjung daripada pelbagai peringkat usia dalam sambutan ini. Reruai yang disusun di Zon Kadir Adabi dan Zon Rahim Kajai menghimpunkan penyertaan jabatan kerajaan, agensi, penerbit dan pihak swasta. Antaranya termasuklah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Pendidikan (KPM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta Persatuan Penulis Pulau Pinang. #BahasaJiwaBangsa #BulanBahasaKebangsaan2026 #DewanBahasadanPustaka

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€
+9
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2026 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Amzan bin Abd Malek, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), yang mewakili rasmi YB Menteri Pendidikan. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah DBP; YBhg. Dato’ Mohamed bin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Pulau Pinang, yang mewakili rasmi YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang; YBrs. Tuan Surveyor Cheong Chee Hong, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang; serta YBhg. Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Ahli Lembaga Pengelola DBP.

π‚πˆπ“π€ 𝐑𝐀𝐒𝐀, π’π„ππˆ ππˆπ‚π€π‘π€: πŒπ„ππ˜π”π‹π€πŒ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀, πŒπ„ππ†π€ππ†πŠπ€π“ π–π€π‘πˆπ’π€π π’π€π‰πˆπ€π 𝐊�
+9
π‚πˆπ“π€ 𝐑𝐀𝐒𝐀, π’π„ππˆ ππˆπ‚π€π‘π€: πŒπ„ππ˜π”π‹π€πŒ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀, πŒπ„ππ†π€ππ†πŠπ€π“ π–π€π‘πˆπ’π€π π’π€π‰πˆπ€π πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ Pertandingan Cita Rasa, Seni Bicara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyrakat (KEMAS) Pulau Pinang bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2026 Peringkat Kebangsaan mengetengahkan kemahiran pengucapan awam melalui perkongsian tentang keunikan hidangan dan warisan sajian keluarga. Pertandingan ini menghimpunkan 10 kumpulan keluarga yang masing-masing terdiri daripada ibu, bapa dan anak. Para peserta menggabungkan kreativiti menghias hidangan dengan kemahiran menyampaikan cerita menggunakan bahasa Melayu yang baik, santun dan berkesan. Barisan juri terdiri daripada Puan Fauzilahyatun binti Mustafa, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP, Dr. Rosmani binti Omar, Pengarah Jabatan Penerbitan, DBP, serta Puan Nur Syazwani bin Hj. Omar, KEMAS Kawasan Bayan Baru.

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengadakan La
+9
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengadakan Langkahan Bahasa Jiwa Bangsa bersempena dengan Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan pada 24 Oktober 2026 (Sabtu), 7.00 pagi di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Acara dimulakan dengan senamrobik dan upacara pelepasan langkahan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah DBP dan diiringi oleh Yang Berusaha Encik Azman bin Sirun, Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Yang Berusaha Encik Saiful Syahrizal bin Yaakob, Ketua Komunikasi Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pengurusan Tertinggi Dewan Bahasa dan Pustaka. Dianggarkan lebih 1300 orang peserta mengambil bahagian dalam acara jalan santai 2.9 KM ini dengan dua hentian, iaitu Hentian Pembudayaan Membaca dan Hentian Semarak Jawi. Bahasa Kita Wajah Kita Bahasa Jiwa Bangsa #BahasaJiwaBangsa

Tirai Pesta Teater USM Ke-8 telah dilabuhkan dengan penuh gemilang! Pementasan teater Menguak Kabus telah berlangsung dengan
+6
Tirai Pesta Teater USM Ke-8 telah dilabuhkan dengan penuh gemilang! Pementasan teater Menguak Kabus telah berlangsung dengan jayanya pada 23 dan 24 Oktober 2026, bertempat di Panggung Pelinggam Cahaya. Kolaborasi antara Pusat Pengajian Seni dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara ini berjaya menghidupkan naskhah adaptasi novel karya Norhisham Mustaffa ini dengan penuh emosi, jiwa, dan air mata. Naskhah berjiwa besar yang dijayakan oleh barisan pelakon berbakat ini berjaya menyentuh hati khalayak dalam merungkai konflik keluarga, persahabatan, dan erti sebuah harapan yang tersirat di sebalik kabus kehidupan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pusat Pengajian Seni. Sokongan anda merupakan nadi kepada kelangsungan seni teater kampus. Semoga kita berjumpa lagi dalam pementasan karya kreatif yang akan datang! #BahasaJiwaBangsa

Tahniah kepada semua pemenang dan penerima hadiah penghargaan Sayembara Penulisan Novel Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2
+5
Tahniah kepada semua pemenang dan penerima hadiah penghargaan Sayembara Penulisan Novel Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026. Syabas diucapkan kepada Puan Mazlina binti Ismail pemenang hadiah utama, Encik Zurhan bin Bakar pemenang hadiah kedua, Puan Mahizan binti Husain pemenang hadiah ketiga serta barisan penerima hadiah penghargaan yang tidak kurang hebatnya, Puan Rokiah binti Puteh, Encik Zainuddin bin Abdul, dan Encik Khairudin bin Shaari. Dewan Bahasa dan Pustaka selaku penganjur utama merakamkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memberikan sokongan dalam bentuk hadiah wang tunai untuk pemenang. Tidak dilupakan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang selaku rakan strategik penganjuran sayembara ini. #BahasaJiwaBangsa

Saksikan program Minda Kreatif Sasterawan Negara pada 23 Oktober 2026 (Jumaat), pukul 9.00 pagi, bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Mari bersama-sama menghayati keindahan karya dan pemikiran Dato’ Dr. Zurinah Hassan bagi menyemarakkan kecintaan terhadap kesusasteraan tanah air. #BahasaJiwaBangsa #MindaKreatifSasterawanNegara #DewanBahasadanPustaka #PerbadananPerpustakaanAwamPulauPinang

Minda Kreatif Sasterawan Negara: Menghayati Karya dan Pemikiran Dato’ Dr. Zurinah Hassan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) denga
+7
Minda Kreatif Sasterawan Negara: Menghayati Karya dan Pemikiran Dato’ Dr. Zurinah Hassan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) telah menganjurkan program Minda Kreatif Sasterawan Negara pada 23 Oktober 2026 (Jumaat), pukul 9.00 pagi, bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan 2026. Program ini menampilkan Sasterawan Negara, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zurinah binti Hassan sebagai ahli panel, manakala Encik Ahmad Sayuti bin Mohd Yusob dari DBP Wilayah Utara sebagai moderator. Turut hadir ialah Yang Berusaha Encik Abang Haliman bin Abang Julai, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Puan Hajah Norlina binti Haji Ahmad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, serta Encik Sharrul Rizal bin Hashim, Pengarah DBP Wilayah Utara.

𝐈𝐬𝐭𝐒π₯𝐚𝐑 π‡πšπ«π’ 𝐈𝐧𝐒 Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP.
𝐈𝐬𝐭𝐒π₯𝐚𝐑 π‡πšπ«π’ 𝐈𝐧𝐒 Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP. #IstilahHariIni #BahasaJiwaBangsa #DekadBahasaKebangsaan

𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 π’πˆπ’π–π€ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π ππ€πŠπ€π“ ππ„ππ”π‹πˆπ’π€π πŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ π”π“πžπŒ MELAKA, 20 Oktober 2026
+7
𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 π’πˆπ’π–π€ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π ππ€πŠπ€π“ ππ„ππ”π‹πˆπ’π€π πŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ π”π“πžπŒ MELAKA, 20 Oktober 2026 – Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan Program Tunas Siswa di Makmal Pembelajaran Kolaboratif (CLeAR), UTeM, sebagai satu daripada pengisian Kembara Majalah Dalam Kelas (MDK). Program yang disertai oleh 22 orang mahasiswa UTeM ini bertujuan untuk mengembangkan minat dan bakat penulisan mahasiswa dengan menjadikan majalah Dewan Siswa sebagai bahan rujukan dan sumber inspirasi. Program ini dikendalikan oleh dua orang editor daripada Bahagian Majalah DBP. Melalui program ini, mahasiswa diberikan ruang untuk meningkatkan keyakinan dan mengasah kreativiti dalam menghasilkan karya penulisan yang berkualiti. Program ini turut memupuk budaya membaca dan menulis dalam kalangan mahasiswa, sekali gus menjadikan majalah sebagai wadah pengetahuan, inspirasi dan pengembangan bakat kepengarangan. #DBPWS #UTeM #TunasSiswa #DewanSiswa #MDK #KDBK

π’π”πŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐁𝐏-π”π“πžπŒ πŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π 𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 πŠπƒππŠ πŸπŸŽπŸπŸ” MELAKA
+9
π’π”πŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐁𝐏-π”π“πžπŒ πŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π 𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 πŠπƒππŠ πŸπŸŽπŸπŸ” MELAKA, 21 Oktober 2026 – Sukan persahabatan antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi acara penutupan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan (KDBK) 2026 yang berlangsung di gelanggang futsal, UTeM. Perlawanan futsal yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan dan kemesraan itu menyaksikan pasukan DBP mencatat kemenangan dengan jaringan sembilan gol, manakala pasukan UTeM memperoleh empat gol. Penganjuran perlawanan persahabatan ini bukan sahaja menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara DBP dengan UTeM, malah turut memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kedua-dua institusi. Perlawanan ini menutup tirai KDBK 2026 yang berlangsung dengan pelbagai pengisian kebahasaan, kesusasteraan, pendidikan dan kreativiti bagi menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. #BahasaJiwaBangsa

𝐑𝐄𝐒𝐓𝐔 π‰πˆπ–π€ 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍: πŸ•πŸŽ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐃𝐁𝐏 πŒπ„πŒπ€π‘π“π€ππ€π“πŠπ€π 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 πŒπ„π‹π€π˜π” MELAKA, 21
+9
𝐑𝐄𝐒𝐓𝐔 π‰πˆπ–π€ 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍: πŸ•πŸŽ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐃𝐁𝐏 πŒπ„πŒπ€π‘π“π€ππ€π“πŠπ€π 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 πŒπ„π‹π€π˜π” MELAKA, 21 Oktober 2026 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terus memperkukuh peranannya dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan wahana perpaduan negara menerusi penganjuran Majlis Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke-70 Peringkat Zon Selatan dan Penutupan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan (KDBK) 2026 di Panggung Seri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka. Majlis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), JKKN Melaka, Institut Tun Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka itu menjadi wadah untuk mengenang perjalanan tujuh dekad perjuangan DBP dalam mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu, di samping menyemarakkan komitmen bersama untuk meneruskan agenda pemartabatan bahasa kebangsaan.