uk
Feedback
DBPMalaysia

DBPMalaysia

Відкрити в Telegram

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу DBPMalaysia

Канал DBPMalaysia (@dbpmalaysia) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 24 130 підписників, посідаючи 8 213 місце в категорії Освіта та 1 504 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 24 130 підписників.

За останніми даними від 23 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -81, а за останні 24 години на 4, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 5.39%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 3.88% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 1 301 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 935 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia. [+] Info prpm.dbp.gov.my kndbp.dbp.gov.my lamanweb.dbp.gov.my www.facebook.com/DBPMalaysia twitter.com/DBPMalaysia www.instagram.com/dbpmalaysia www.youtube.com/@DBPMalaysia tiktok.com/@dbpmalaysi...

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 24 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Освіта.

24 130
Підписники
+424 години
-147 днів
-8130 день
Архів дописів
📚 Budaya membaca yang subur mampu melahirkan generasi berilmu, berfikiran kritis dan berdaya saing dalam kalangan murid di n
📚 Budaya membaca yang subur mampu melahirkan generasi berilmu, berfikiran kritis dan berdaya saing dalam kalangan murid di negara ini. Sejajar dengan Amanat Tahun Baharu 2026 oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang menekankan pengukuhan budaya ilmu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperkenalkan Dana Khas Budaya Membaca Tahun 2026 untuk sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 🗓️ Tempoh permohonan: 31 Mac 2026 – 31 Ogos 2026 📲 Sila imbas kod QR atau layari pautan https://forms.gle/tDZwB8xJeaSgbogk6 untuk syarat dan borang permohonan. 📞Sila hubungi 03-21479203/9207/9208 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang perkara ini. @KemPendidikan @DBPMalaysia #bangsamembacabangsaberjaya #DBP70tahun #restujiwapahlawan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan Sastera DBP dengan kerjasama majalah 𝑫𝒆𝒘𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒔𝒕𝒆𝒓𝒂 m
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan Sastera DBP dengan kerjasama majalah 𝑫𝒆𝒘𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒔𝒕𝒆𝒓𝒂 mempersembahkan ruangan Info Susastera. Ruangan ini menampilkan isu dan maklumat tentang sastera Malaysia serta serantau dalam pelbagai sudut dan bidang melalui pemaparan infografik semasa. Bagi bulan Jun 2026, Info Susastera kali ini menampilkan Sasterawan Negeri Sarawak: Wibawa Penulis Bumi Kenyalang. ● Untuk mengetahui lanjut berkenaan perkara ini, anda boleh susuri Info Susastera yang dipaparkan dalam majalah 𝑫𝒆𝒘𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒔𝒕𝒆𝒓𝒂 Jun 2026. ● Info Susastera ini disediakan oleh Bahagian Penyelidikan Sastera dengan kerjasama Bahagian Majalah, DBP. #BahasaJiwaBangsa

Terima kasih kepada 𝑩𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏 atas sokongan dan liputan yang diberikan. Jangan lupa untuk bersama-sama menyem
Terima kasih kepada 𝑩𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏 atas sokongan dan liputan yang diberikan. Jangan lupa untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Ke-70 dalam usaha memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu.

𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐃𝐁𝐏! Selamat Menyambut Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Ke-70. Jubli Platinum (1956-2026) "Restu Ji
+4
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐃𝐁𝐏! Selamat Menyambut Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Ke-70. Jubli Platinum (1956-2026) "Restu Jiwa Pahlawan" #BahasaJiwaBangsa

𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐃𝐁𝐏! Selamat Menyambut Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Ke-70. Jubli Platinum (1956-2026) "Restu Ji
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐃𝐁𝐏! Selamat Menyambut Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Ke-70. Jubli Platinum (1956-2026) "Restu Jiwa Pahlawan" #BahasaJiwaBangsa

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus menyokong usa
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus menyokong usaha pemartabatan bahasa Melayu dan pengembangan persuratan kebangsaan. Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-70, marilah kita bersama-sama memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan, selaras dengan aspirasi negara dalam membina masyarakat berilmu, berbudaya dan berjati diri. 70 Tahun DBP: Memartabatkan Bahasa, Menyemarakkan Persuratan. #SUT70DBP #DBP70Tahun #BahasaJiwaBangsa

Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prof. Emeritus Dat
Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid, Tokoh Sastera. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi saat duka.

Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mengucapkan Selamat Hari Bapa. Semoga sambutan ini menyemarakkan kesedaran tentang pe
Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mengucapkan Selamat Hari Bapa. Semoga sambutan ini menyemarakkan kesedaran tentang peranan dan pengorbanan seorang bapa dalam membentuk keluarga yang sejahtera, berilmu dan berakhlak mulia, serta menjadi inspirasi dalam melahirkan generasi yang mencintai bahasa, sastera dan budaya bangsa. #BahasaJiwaBangsa

SARAWAK MENANTI ANDA! Selain Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Ke-70, pelbagai program menarik turut menanti pengunjung sepanjang sambutan berlangsung. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti yang telah disediakan dan bersama-sama memeriahkan sambutan yang penuh dengan pengisian bahasa, sastera dan budaya. #SUTDBP70 #BahasaJiwaBangsa #JomKeSarawak #Sarawak

PEMAKLUMAN JAWATAN KOSONG DBP Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memo
PEMAKLUMAN JAWATAN KOSONG DBP Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di DBP. Tarikh akhir permohonan pada 4 Julai 2026. Sila layari epengambilan.dbp.gov.my untuk mendaftar dan memohon secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan jawatan kosong sila layari https://lamanweb.dbp.gov.my/jawatan-kosong/

Di sebalik kejayaan Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat pelbagai bahagian yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa, sastera dan ilmu. Ayuh kita kenali beberapa bahagian di DBP serta fungsi dan peranannya dalam menyokong misi DBP selama 70 tahun. #DBP70Tahun #DBP70 #BahasaJiwaBangsa #DewanBahasadanPustaka

Jangan lupa untuk mengikuti sesi perkongsian oleh 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐒𝐚𝐢𝐟𝐮𝐥𝐥𝐢𝐳𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐘𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚, Ketua Bahagian Penye
Jangan lupa untuk mengikuti sesi perkongsian oleh 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐒𝐚𝐢𝐟𝐮𝐥𝐥𝐢𝐳𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐘𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚, Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera melalui rancangan bual santai Cakna Bahasa pada 18 Jun 2026 (Khamis), pukul 12.15 tengah hari di BERNAMA Radio. Anda juga boleh tonton siaran langsung melalui Facebook DBPMalaysia dan Facebook BERNAMA Radio. Topik: 𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐏𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐒? #DewanBahasadanPustaka #BERNAMARadio

Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam. Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah
Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam. Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk memperbaharu azam, memperkukuh semangat dan meningkatkan usaha ke arah kehidupan yang lebih bermakna serta diberkati. Salam Maal Hijrah 1448H. #SalamMaalHijrah1448H #AwalMuharam1448H #BahasaJiwaBangsa #MalaysiaMADANI

𝐈𝐒𝐓𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 simpanan santai Sumber: prpm.dbp.gov.my #BahasaJiwaBangsa
𝐈𝐒𝐓𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 simpanan santai Sumber: prpm.dbp.gov.my #BahasaJiwaBangsa

𝐂𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐔𝐒 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐞𝐥 Label dapat membantu pengguna untuk memahami dan menggunakan kata yang
𝐂𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐔𝐒 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐞𝐥 Label dapat membantu pengguna untuk memahami dan menggunakan kata yang betul mengikut konteks yang sesuai. #CaknaKamus #KamusDewanPerdana #BahasaJiwaBangsa

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dengan kerjasama IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarah
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dengan kerjasama IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak akan menganjurkan Bicara Tokoh Penerima S.E.A. Write Award (Malaysia) 2024 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun DBP Kali Ke-70. Program ini akan membincangkan karya-karya serta pengalaman penulisan Encik Roslan Jomel, Penerima S.E.A. Write Award (Malaysia) 2024. Semua diundang untuk menyaksikan siaran langsung program ini melalui media sosial rasmi DBP Malaysia. #BahasaJiwaBangsa

14 Jun 2026, TAMAN NEGARA NIAH – Hari ketiga penganjuran Festival Puisi Dunia Niah 2026, para peserta meneruskan perjalanan a
+9
14 Jun 2026, TAMAN NEGARA NIAH – Hari ketiga penganjuran Festival Puisi Dunia Niah 2026, para peserta meneruskan perjalanan aktiviti di Rumah Panjang Patrick Libau dan Jelajah Gua Niah. Pada acara ini, para peserta terlibat dengan sesi suai kenal dengan penduduk rumah panjang, perkongsian sejarah Rumah Panjang Patrick Libau oleh tuai rumah panjang dan acara kebudayaan. Setelah itu, para peserta meneruskan perjalanan Jelajah Gua Niah dan turut berpeluang untuk mendeklamasikan puisi di Gua Niah. Festival ini diharapkan menjadi wadah untuk mengangkat warisan sejarah, membina karakter dan kreativiti penulisan para peserta, serta memperkukuh hubungan antara negara dalam usaha memartabatkan ilmu kesusasteraan dan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa. #BahasaJiwaBangsa

13 Jun 2026, TAMAN NEGARA NIAH – Hari kedua Festival Puisi Dunia Niah 2026, diadakan di Sutera Horizon, Taman Negara Niah. An
+9
13 Jun 2026, TAMAN NEGARA NIAH – Hari kedua Festival Puisi Dunia Niah 2026, diadakan di Sutera Horizon, Taman Negara Niah. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah Dialog Puisi Dunia Niah, Bual Bicara Gema Niah dan Malam Gema Niah dengan penglibatan para peserta dari Malaysia, Amerika Syarikat, Uzbekistan, Korea, Jepun dan Brunei Darussalam. Acara dimulakan dengan empat sesi Dialog Puisi Dunia Niah yang dibahagikan kepada dua sesi selari. Aktiviti ini melibatkan barisan panel tempatan dan antarabangsa yang berkongsi tentang dunia sastera negara masing-masing. Bual Bicara Gema Niah pula merupakan sesi perkongsian atau sembang santai antara para peserta mengenai pengalaman dalam bidang penulisan. Aktiviti hari kedua diakhiri dengan Malam Gema Niah yang merupakan sesi makan malam dan persembahan puisi oleh para peserta bertemakan "Gema Niah: Puisi, Warisan dan Kemanusiaan". #BahasaJiwaBangsa

Kepelbagaian budaya yang dipupuk bakal membentuk perpaduan dan jati diri dalam kalangan murid di negara ini. Mendukung Amanat
Kepelbagaian budaya yang dipupuk bakal membentuk perpaduan dan jati diri dalam kalangan murid di negara ini. Mendukung Amanat Tahun Baharu 2026 oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang menekankan inisiatif kepelbagaian budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka memperkenalkan Dana Khas Silang Budaya Pelbagai Kaum untuk sekolah bawah Kementerian Pendidikan. Sila imbas kod QR pada gambar atau layari https://forms.gle/3KpBnMgN6s2pJqN76 untuk maklumat dan tindakan yang selanjutnya. SYARAT DAN BORANG PERMOHONAN: https://bit.ly/42SzYEZ @KemPendidikan #budayakitabangsakita #terimakasihDBP #DBP70tahun #restujiwapahlawan #bahasajiwabangsa