fa
Feedback
DBPMalaysia

DBPMalaysia

رفتن به کانال در Telegram

📈 تحلیل کانال تلگرام DBPMalaysia

کانال DBPMalaysia (@dbpmalaysia) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 23 938 مشترک است و جایگاه 8 160 را در دسته آموزش و رتبه 1 442 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 23 938 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 28 سپتامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -64 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -4 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 5.61% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 3.41% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 1 344 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 817 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia. [+] Info prpm.dbp.gov.my kndbp.dbp.gov.my lamanweb.dbp.gov.my www.facebook.com/DBPMalaysia twitter.com/DBPMalaysia www.instagram.com/dbpmalaysia www.youtube.com/@DBPMalaysia tiktok.com/@dbpmalaysi...”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 29 سپتامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته آموزش تبدیل کرده‌اند.

23 938
مشترکین
-424 ساعت
-187 روز
-6430 روز
آرشیو پست ها
Kalau bola tersasar, boleh cuba lagi. Kalau bahasa tersasar, kita betulkan sama-sama. #BahasaKitaWajahKita #BulanBahasaKebang
Kalau bola tersasar, boleh cuba lagi. Kalau bahasa tersasar, kita betulkan sama-sama. #BahasaKitaWajahKita #BulanBahasaKebangsaan #Oktober2026

SELASA: BETULKAN EJAAN Salah? Kita betulkan. Keliru? Kita semak. Sudah tahu? Kita biasakan. #BahasaKitaWajahKita #BulanBahasa
SELASA: BETULKAN EJAAN Salah? Kita betulkan. Keliru? Kita semak. Sudah tahu? Kita biasakan. #BahasaKitaWajahKita #BulanBahasaKebangsaan #Oktober2026

𝐈𝐬𝐭𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢 Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP.
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢 Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP. #IstilahHariIni #BahasaJiwaBangsa #DekadBahasaKebangsaan

Bahasa akan terus hidup kerana kita memilih untuk peduli. #BulanBahasaKebangsaan #BahasaKitaWajahKita
Bahasa akan terus hidup kerana kita memilih untuk peduli. #BulanBahasaKebangsaan #BahasaKitaWajahKita

Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Has
Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali, isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi saat duka.

Pada 26 September 2026 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan di SJKT Ayer Tawar, Manjung, Perak. Program yang melibatkan hampir 200 orang murid dari lapan buah SJKT, iaitu SJKT Ayer Tawar, SJKT Ladang Sungai Wangi 2, SJKT Kampung Columbia, SJKT Pengkalan Baharu, SJKT Ladang Cashwood, SJKT Beruas, SJKT Ladang Ayer Tawar dan SJKT Ladang Wallbrook merupakan kerjasama DBP dengan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil (PERTAMA). Program ini dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa Jiwa Bangsa!

Debaran semakin terasa! Terus setia menantikan yang terkini daripada media sosial DBP Malaysia berkaitan dengan Pertandingan Pidato Arena Wacana Aspirasi Mahasiswa Peringkat Institusi Pengajian Tinggi bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan 2026 Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). #BahasaJiwaBangsa

Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr. Safian bin Hus
Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr. Safian bin Hussain, mantan Ketua Bahagian Ensiklopedia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi saat duka.

ISNIN: PERIBAHASA Rupa harimau hati tikus #BulanBahasaKebangsaan #BahasaKitaWajahKita
ISNIN: PERIBAHASA Rupa harimau hati tikus #BulanBahasaKebangsaan #BahasaKitaWajahKita

𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 Proses atau perbuatan mendalami atau mendalamkan. 𝗣𝗲𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 Kawasan atau daerah yang terletak j
𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 Proses atau perbuatan mendalami atau mendalamkan. 𝗣𝗲𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 Kawasan atau daerah yang terletak jauh dari kawasan pantai atau bandar. #BahasaKitaWajahKita #BulanBahasaKebangsaan

Perkataan "naik" itu sendiri sudah membawa maksud bergerak atau menuju ke tempat yang lebih tinggi. Jadi, frasa yang lebih te
Perkataan "naik" itu sendiri sudah membawa maksud bergerak atau menuju ke tempat yang lebih tinggi. Jadi, frasa yang lebih tepat ialah "naik ke pentas". #BulanBahasaKebangsaan #BahasaKitaWajahKita

Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Idrus bin Ibrahim,
Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Idrus bin Ibrahim, kakanda kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi saat duka.

SABTU: BAHASA MELAYULAH! #BulanBahasaKebangsaan #BahasaKitaWajahKita
SABTU: BAHASA MELAYULAH! #BulanBahasaKebangsaan #BahasaKitaWajahKita

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Peristilahan dan Leksikologi dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Pers
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Peristilahan dan Leksikologi dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) akan menganjurkan Ceramah Umum JKTBM Bil. 1/2026 yang bertajuk "Kebitaraan Guru Memacu Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu" pada pukul 2.00 petang. Ceramah ini akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Adjung Dr. Haji Abdul Rasid bin Jamian, Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu. Program ini boleh diikuti secara langsung menerusi Facebook Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Moga bermanfaat. Jangan lupa tonton, ya! #CUJKTBM #BahasaJiwaBangsa

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Akademi DBP dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga telah mengadakan Kursus Penulisan Profesiona
+3
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Akademi DBP dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga telah mengadakan Kursus Penulisan Profesional Berimpak Tinggi (Surat Rasmi dan Memo) pada 23 dan 24 September 2026 di Hotel Dorsett Putrajaya. Pembimbing kursus ini ialah Encik Mohd Rosle bin Said, Munsyi Dewan (Bahasa). Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Suruhanjaya Tenaga telah menyertai kursus ini. Melalui kursus ini, para peserta dapat meningkatkan pengetahuan tentang penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan dokumen rasmi (surat rasmi dan memo) yang betul dan berkesan. Untuk maklumat dan keterangan lanjut tentang kursus anjuran Akademi DBP, sila layari portal akademi.dbp.my. #DekadBahasaKebangsaan #BahasaJiwaBangsa #KursusAkademiDBP

Apakah makna bahasa bagi anda? #Oktober2026 #BulanBahasaKebangsaan #BahasaKitaWajahKita
Apakah makna bahasa bagi anda? #Oktober2026 #BulanBahasaKebangsaan #BahasaKitaWajahKita

BULAN BAHASA KEBANGSAAN OKTOBER 2026 #BahasaKitaWajahKita #BulanBahasaKebangsaan
BULAN BAHASA KEBANGSAAN OKTOBER 2026 #BahasaKitaWajahKita #BulanBahasaKebangsaan

KUALA LUMPUR - Bengkel Semantik Leksikal anjuran Bahagian Perkamusan, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera telah berlangsung
+3
KUALA LUMPUR - Bengkel Semantik Leksikal anjuran Bahagian Perkamusan, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera telah berlangsung pada 23 - 24 September 2026, bertempat di Bilik Latihan, Wisma DBP Kuala Lumpur. Bengkel ini dibimbing oleh Prof. Madya Dr. Maslida Yusof, Ketua Pusat Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA MELAYU), Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman peserta tentang makna leksikal serta hubungan antara kata. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran peserta dalam menganalisis dan menghuraikan makna serta hubungan makna secara sistematik bagi menyokong kerja perkamusan, peristilahan dan penyelidikan bahasa Melayu. #BahasaJiwaBangsa

Adakah anda ahli berdaftar Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)? Anda berminat menulis khat Jawi? Anda mahir membaca Jawi? Jika ya
+1
Adakah anda ahli berdaftar Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)? Anda berminat menulis khat Jawi? Anda mahir membaca Jawi? Jika ya, inilah peluang untuk menyerlahkan bakat anda. Ayuh, sertai Pertandingan Khat Jawi dan Pertandingan Baca Naskhah Jawi bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan 2026 Peringkat NGO. Jangan lepaskan peluang ini. Hadiah menarik menanti anda! Untuk maklumat lanjut tentang syarat penyertaan dan pendaftaran, sila imbas kod QR yang tertera pada poster yang berikut. #DekadBahasaKebangsaan #BahasaJiwaBangsa #JawiWarisanKita

𝐈𝐬𝐭𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢 Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP.
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢 Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP. #IstilahHariIni #BahasaJiwaBangsa #DekadBahasaKebangsaan