uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi 👉 Belgini ko‘rmoqchi bo‘lsangiz, obuna bo‘ling

My #HadithTime

My #HadithTime

Kanalga Telegram’da o‘tish

Kenali Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda: www.myhadithtime.com

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali My #HadithTime analitikasi

My #HadithTime (@myhadithtime) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 10 025 obunachidan iborat bo'lib, Din & Maʼnaviyat toifasida 9 214-o'rinni va Malayziya mintaqasida 3 609-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 10 025 obunachiga ega bo‘ldi.

23 Oktabr, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -20 ga, so‘nggi 24 soatda esa -1 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 15.56% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 5.39% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 1 560 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 540 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
“Kenali Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda: www.myhadithtime.com”

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 24 Oktabr, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Din & Maʼnaviyat toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

10 025
Obunachilar
-124 soatlar
+17 kun
-2030 kun
Postlar arxiv
Keturunan Sahaja Tidak Menjamin Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bahawa keturunan sahaja tidak menjamin seseorang itu untuk masuk ke dalam syurga. Firman Allah: جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ “Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka…” (Surah al-Ra’d: 23) Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan: دليل على أن هؤلاء الأقارب لا يستحقون دخول الجنة ، إلا إذا كانت أعمالهم صالحة “Ayat ini menjadi dalil bahawa keturunan seseorang tidak menjamin mereka masuk ke syurga melainkan sekiranya ia diiringi dengan amal soleh mereka.” (Tafsir al-Wasit) Semoga Allah membimbing kita untuk lebih banyak menjalankan amal soleh di sisinya. Dr. Ahmad Sanusi Azmi ===== Sertai Konvensyen MyHadithTime: https://myhadithtime.com/konvensyen2026/

Keturunan Sahaja Tidak Menjamin Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bahawa keturunan sahaja tidak menjamin seseorang itu untuk masuk ke dalam syurga. Firman Allah: جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ “Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka…” (Surah al-Ra’d: 23) Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan: دليل على أن هؤلاء الأقارب لا يستحقون دخول الجنة ، إلا إذا كانت أعمالهم صالحة “Ayat ini menjadi dalil bahawa keturunan seseorang tidak menjamin mereka masuk ke syurga melainkan sekiranya ia diiringi dengan amal soleh mereka.” (Tafsir al-Wasit) Semoga Allah membimbing kita untuk lebih banyak menjalankan amal soleh di sisinya. Dr. Ahmad Sanusi Azmi ===== Sertai Konvensyen MyHadithTime: https://myhadithtime.com/konvensyen2026/

Keturunan Sahaja Tidak Menjamin ======== 1. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bahawa keturunan sahaja tidak menjamin seseorang itu untuk masuk ke dalam syurga. Firman Allah: جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ “Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka…” (Surah al-Ra’d: 23) 2. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan: دليل على أن هؤلاء الأقارب لا يستحقون دخول الجنة ، إلا إذا كانت أعمالهم صالحة “Ayat ini menjadi dalil bahawa keturunan seseorang tidak menjamin mereka masuk ke syurga melainkan sekiranya ia diiringi dengan amal soleh mereka.” (Tafsir al-Wasit) 3. Semoga Allah membimbing kita untuk lebih banyak menjalankan amal soleh di sisinya. Dr. Ahmad Sanusi Azmi ===== Sertai Konvensyen MyHadithTime: https://myhadithtime.com/konvensyen2026/

photo content

Jumuah Mubarakah! Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan tuan/puan bagi menaja pelajar untuk menyertai Konvensyen My #HadithTime pada 6 Disember 2026 💰 Dana Terkumpul: RM9,975.40 🎓 132 / 200 pelajar telah ditaja setakat ini 👥 227 penyumbang telah bersama-sama menyumbang Kami masih membuka peluang kepada tuan/puan untuk bersama-sama menaja lebih ramai pelajar menghadiri Konvensyen My #HadithTime, dengan sumbangan serendah RM20. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham pahala yang berterusan, melalui ilmu yang dipelajari, diamalkan dan disebarkan oleh para pelajar ini. ➡️ Taja pelajar di sini: https://myhadithtime.com/taja-peserta/

KITA BERUSAHA UNTUK SEMBUH. TAPI SIAPA SEBENARNYA YANG MENYEMBUHKAN? Apabila sakit, kita mencari doktor, mengambil ubat dan mendapatkan rawatan. Namun, dalam kesungguhan mencari penawar, pernahkah kita bertanya, di manakah letaknya keyakinan kita kepada Allah? Allah SWT berfirman: وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.” (Surah al-Syu‘ara’, 26:80) DARIPADA LAYAR DIGITAL, KINI KITA BERTEMU DALAM SATU DEWAN Setelah sekian lama menyampaikan ilmu menerusi platform digital, kini My #HadithTime membuka lembaran baharu dengan penganjuran konvensyen pertamanya. KONVENSYEN MY #HADITHTIME 2026 PROPHETIC WELLNESS: WHO HEALS YOU? Sebuah konvensyen yang menghimpunkan ilmuwan al-Quran, hadis dan bidang perubatan untuk mengupas kesihatan dan kesejahteraan melalui enam komponen utama: Tauhid, Matlamat, Bukti, Kepakaran, Etika dan Rahmah. Kerana Islam bukan sekadar mengajar kita mencari kesembuhan, tetapi juga membimbing kita berikhtiar dengan ilmu, berpandukan al-Quran dan hadis serta meletakkan keyakinan kepada Allah SWT. 📅 Ahad | 6 Disember 2026 🕗 8.00 pagi – 4.30 petang 📍 Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam ✨ Diadakan bersempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2026. Ayuh bersama-sama meneroka panduan kesihatan yang bukan sahaja menyentuh jasmani, tetapi turut membentuk cara kita berfikir, berikhtiar dan bertawakal. 🎟️ Tempat terhad. Daftar sekarang! 🔗 https://myhadithtime.com/konvensyen2026/ #MyHadithTime #PropheticWellnessCompass #WhoHealsYou #KonvensyenMyHadithTime2026 #SIBF2026

photo content

Istimewanya wanita yang buat 4 perkara ini ➡️ https://youtube.com/shorts/-K-o48fylao?si=ZmlUP1sLMTH6w3FL

Istimewanya wanita yang buat 4 perkara ini ➡️ https://youtube.com/shorts/-K-o48fylao?si=ZmlUP1sLMTH6w3FL

photo content

Siapakah Abu Zar al-Ghifari? Jundub bin Junadah, Kisah Masuk Islam, Mengasingkan Diri ➡️ https://youtu.be/ORNX3Ybyzkc?si=R40MnAT8yK0n5QMk

GANJARAN BESAR MENGIRINGI JENAZAH Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا، فَإِنَّهُ يَرْجِعُ مِنَ الأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ، كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ، وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ، فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ “Sesiapa yang mengiringi jenazah orang Islam dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, serta tetap bersamanya sehingga jenazah itu disolatkan dan selesai dikebumikan, maka dia pulang dengan membawa pahala sebanyak dua qirat. Setiap qirat seperti Gunung Uhud. Manakala sesiapa yang menunaikan solat jenazah kemudian pulang sebelum jenazah itu dikebumikan, maka dia pulang dengan membawa pahala sebanyak satu qirat.” (Sahih al-Bukhari, no. 47) 1. Hadis ini menggalakkan umat Islam menunaikan solat jenazah, mengiringinya hingga ke tanah perkuburan dan menghadiri proses pengebumiannya. 2. Ganjaran yang dijanjikan ini berkait dengan keimanan dan keikhlasan, iaitu mengiringi jenazah semata-mata kerana Allah SWT serta mengharapkan pahala daripada-Nya. 3. Bayangkan betapa besar dan megahnya Gunung Uhud. Rasulullah SAW menggambarkan ganjaran satu qirat seperti Gunung Uhud. Itu baru satu qirat! Sedangkan mereka yang mengiringi jenazah sehingga selesai pengebumiannya dijanjikan dua qirat. Betapa besarnya ganjaran yang Allah SWT sediakan melalui amalan ini! Semoga Allah SWT menerima amalan kita. www.myhadithtime.com

photo content

photo content

Cari Hati Di Tiga Tempat ========= 1. al-Imam Ibn al-Qayyim menukilkan kata-kata nasihat yang sangat indah yang berbunyi: “Carilah hati kamu pada tiga tempat: (1) ketika membaca al-Quran, (2) di dalam majlis zikir dan (3) ketika bersendirian. Sekiranya engkau tidak mendapati hatimu dalam tiga tempat ini, maka mohonlah kepada Allah supaya engkau dikurniakan hati kerana engkau tidak memiliki hati.” (Ibn al-Qayyim, al-Fawaid) 2. Sekiranya dalam tiga keadaan di atas hati kita tidak memberikan reaksi yang positif, maka benarlah kata nasihat itu tadi, mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan hati, kerana hatinya seakan tidak berfungsi. Dalam erti kata yang lain berdoalah dan memohon ampunlah agar dikurniakan hati yang baik dan suci. Semoga Allah membimbing kita. www.myhadithtime.com

Keluarga Imran Dalam al-Quran =========== 1. Allah memilih untuk menampilkan kisah keluarga Imran sebagai contoh keluarga yang soleh dalam al-Quran. Imran adalah bapa kepada Saidatina Maryam. Menurut Ibn Asyur, beliau adalah di antara lelaki yang soleh dikalangan Bani Israel. (al-Tahrir wa al-Tanwir, 3/84) 2. Bukan sahaja Imran, isteri beliau turut digambarkan sebagai ibu dan isteri yang solehah. Ini dapat difahami melalui dialog (doa) beliau ketika mengandungkan Maryam. Isteri Imran bernazar agar anak yang dikandungnya menjadi seorang yang melindungi agama mengabdikan dirinya hanya untuk Allah. (al-Tabari, Jami’ al-Bayan). 3. Berkat doa ibu yang solehah serta ayah yang soleh, mereka dikurniakan anak yang solehah iaitu Maryam. Bukan itu sahaja, Allah menyusun agar guru yang mendidik Maryam juga adalah seorang yang soleh, iaitu Nabi Zakaria (surah Ali Imran: 37). 4. Kisah ringkas dalam Quran ini menggambarkan kepentingan sinergi gabungan peranan ibubapa dan guru dalam membesar, mendidik serta menghasilkan pelajar yang baik. Walaupun diuji dengan ujian yang amat sukar, Maryam berjaya melalui ujian ini dengan tenang. 5. Kehebatan keluarga ini menjadikan nama mereka dipatrikan sebagai salah satu nama surah di dalam al-Quran, iaitu surah Ali Imran. Menariknya disini, Allah turut menampilkan juga contoh keluarga yang tidak baik, yang berlawanan dengan kisah keluarga Imran. 6. Allah mengkhususkan satu surah untuk keluarga Abu Lahab, menggambarkan kedudukan mereka sebagai contoh keluarga yang teruk di dalam al-Quran. Surah ini dimulakan dengan lafaz “cilaka” (tabbat) buat Abu Lahab kerana bukan sahaja memusuhi Islam dan menyakiti Rasulullah, malah isteri serta anak mereka turut membantu dalam perkara ini. 7. Ummu Jamil, isteri Abu Lahab dikatakan bukan sahaja mencaci Rasulullah, malah menabur duri dijalan yang dilalui Rasulullah. Anak mereka yang berkahwin dengan puteri Rasulullah, Utbah (yang berkahwin dengan Ruqaiyah) serta Utaybah (yang berkahwin dengan Ummu Kalthum) disuruh pula menceraikan isteri mereka (iaitu anak-anak Rasulullah). 8. Kejahatan Abu Lahab serta ahli keluarga mereka dalam memerangi Islam diabadikan di dalam al-Quran di dalam satu surah khas, sebagai pedoman buat Muslim. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi myhadithtime.com

photo content

➡️ https://youtube.com/shorts/ZtqlfBTrlLc?si=BXXy2Ac_XhsF8aDO Kitaran buli: daripada mangsa kepada pemangsa

➡️ https://youtube.com/shorts/ZtqlfBTrlLc?si=BXXy2Ac_XhsF8aDO Kitaran buli: daripada mangsa kepada pemangsa

3 punca konflik suami isteri yang ramai tak perasan Fadzli Aziz, Dr Ahmad Sanusi Azmi & Ustaz Husaini Mahmur https://youtu.be/a01CpRbe0Eg?si=4yiTMGuRFtpUjCK_