es
Feedback
My #HadithTime

My #HadithTime

Ir al canal en Telegram

Kenali Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda: https://mylink.la/myhadithtime

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram My #HadithTime

El canal My #HadithTime (@myhadithtime) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 10 104 suscriptores, ocupando la posición 9 305 en la categoría Religión y espiritualidad y el puesto 3 752 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 10 104 suscriptores.

Según los últimos datos del 10 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de 29, y en las últimas 24 horas de 0, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 13.15%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 5.49% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 1 329 visualizaciones. En el primer día suele acumular 555 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Kenali Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda: https://mylink.la/myhadithtime

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 10 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Religión y espiritualidad.

10 104
Suscriptores
Sin datos24 horas
-67 días
+2930 días
Archivo de publicaciones
Suami Dan Isteri Bersama Ke Neraka =========== Allah mengkhususkan satu surah untuk keluarga Abu Lahab, menggambarkan kedudukan mereka yang teruk. Abu Lahab bukan sahaja memusuhi Islam dan menyakiti Rasulullah, malah isteri serta anak mereka turut membantu dalam perkara ini. Kejahatan Abu Lahab serta ahli keluarganya dalam memerangi Islam diabadikan dalam satu surah khas, sebagai pedoman buat Muslim. Moga Allah mengurniakan kita keluarga yang soleh. ===== Nak belajar hadis-hadis penjagaan kesihatan? Jom sertai: ➡️ https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf

photo content

Nak jadi antara yang terawal terima info Konvensyen MyHadithTime 2026? Sertai grup WhatsApp pra-pendaftaran sekarang untuk da
Nak jadi antara yang terawal terima info Konvensyen MyHadithTime 2026? Sertai grup WhatsApp pra-pendaftaran sekarang untuk dapatkan maklumat awal dan hebahan pendaftaran rasmi. ➡️ [https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf]

KONVENSYEN MYHADITHTIME Tema: Gaya Hidup Sihat Coming Soon, September 2026 Insya-Allah

https://youtube.com/shorts/TLRq1Aq8zb0?si=HGuhJalcXg_Cvyf9 Daripada Perompak, Menjadi Ulama, Hanya Kerana 1 Ayat Al-Quran (Kisah Taubat Fudhail Bin Iyyad)

Repost from N/a
🌸 WOMEN #QURANHOUR SUMMIT 2026 🌸 Bertemakan Women of Grit, Women #QuranHour Summit 2026 membawakan konsep The Khadijah Blan
🌸 WOMEN #QURANHOUR SUMMIT 2026 🌸 Bertemakan Women of Grit, Women #QuranHour Summit 2026 membawakan konsep The Khadijah Blanket sebagai inspirasi daripada keteguhan Saidatina Khadijah RA dan kekuatan wanita Palestin dalam mendepani ujian dengan iman, menguatkan keluarga dan menjadi tonggak kekuatan emosi ummah. Jom sertai Women #QuranHour Summit 2026 dan hayati panduan Surah Al-Muzzammil & Surah An-Nisa' dalam membina jiwa wanita bertauhid. 📅 24 Jun 2026 | Rabu 🕘 9.00 pagi – 1.00 tengah hari 📍 Auditorium Dahlia, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam 🎟 Yuran Penyertaan: RM50 Daftar sekarang: https://bit.ly/WomenQH2026 #WomenQuranHourSummit2026 #Palestin #TheKhadijahBlanket #SurahAlMuzzammil

Kempen Masuk Syurga Sekeluarga ========== 1. Surah al-Tahrim menyediakan kepada kita satu panduan yang lengkap mengenai kempen “masuk syurga sekeluarga.” Kempen ini dimulakan dengan peringatan kepada suami agar sentiasa membimbing isteri dan ahli keluarga mereka agar sentiasa mematuhi perintah syarak. 2. Dalam permulaan surah ini Allah menegur Rasulullah supaya tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak semata-mata ingin menjaga hati isteri. 3. Perbincangan ini disusuli dengan peringatan yang sangat tegas di mana Allah meminta kita memelihara diri dan keluarga kita dari neraka. Andai gagal, kita yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Firman Allah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)…” 4. Kemudian al-Quran menampilkan contoh isteri-isteri yang terpisah dari suami mereka. Mereka bukan sahaja tidak beriman malah mengkhianati dakwah suami mereka lalu Allah humban mereka ke neraka terpisah dari suami mereka di syurga. Firman Allah: وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ "Masuklah kamu berdua (isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut) ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)". 5. Setelah itu Allah bayangkan kepada kita, terdapat juga isteri yang dianugerahkan istana di syurga, namun suami mereka merengkok ke neraka. Mereka adalah pasangan yang terpisah dek keimanan yang berbeza. Firman Allah: وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ “Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim." 6. Akhirnya Allah tutup perbincangan ini dengan menjelaskan mengenai wanita yang tidak mempunyai pasangan. Wanita yang masih belum berpasangan ini hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka seperti Saidatina Maryam yang akhirnya dikurniakan syurga oleh Allah. Semoga Allah membimbing kita untuk ke syurga sekeluarga. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://mylink.la/myhadithtime

photo content

photo content

photo content

photo content

SIAPA ORANG YANG ENGGAN MASUK SYURGA? Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى “Seluruh umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Para sahabat bertanya, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَنْ يَأْبَى؟ “Wahai Rasulullah, siapakah yang enggan itu?” Rasulullah bersabda: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى “Sesiapa yang taat kepadaku, dia akan masuk syurga. Sesiapa yang derhaka kepadaku, maka sesungguhnya dia telah enggan.” (Sahih al-Bukhari, no, 7280) Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mengkhabarkan bahawa umat Baginda akan masuk ke dalam syurga, kecuali mereka yang menderhakai Baginda dan tidak mematuhi perintah Baginda. Sesiapa yang mentaati Baginda serta berpegang teguh kepada Quran dan Sunnah, dia akan masuk ke dalam syurga. Manakala sesiapa yang mengikuti hawa nafsunya, tergelincir daripada kebenaran dan menyimpang daripada jalan yang lurus, maka dia seolah-olah telah menolak dan enggan untuk masuk ke dalam syurga serta memilih untuk masuk ke dalam neraka bagi dirinya sendiri. Semoga kita sentiasa taat kepada Rasulullah SAW dan dijauhkan daripada melakukan kederhakaan terhadap Baginda. https://mylink.la/myhadithtime

SIAPA ORANG YANG ENGGAN MASUK SYURGA? Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى “Seluruh umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Para sahabat bertanya, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَنْ يَأْبَى؟ “Wahai Rasulullah, siapakah yang enggan itu?” Rasulullah bersabda: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى “Sesiapa yang taat kepadaku, dia akan masuk syurga. Sesiapa yang derhaka kepadaku, maka sesungguhnya dia telah enggan.” (Sahih al-Bukhari, no, 7280) Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mengkhabarkan bahawa umat Baginda akan masuk ke dalam syurga, kecuali mereka yang menderhakai Baginda dan tidak mematuhi perintah Baginda. Sesiapa yang mentaati Baginda serta berpegang teguh kepada Quran dan Sunnah, dia akan masuk ke dalam syurga. Manakala sesiapa yang mengikuti hawa nafsunya, tergelincir daripada kebenaran dan menyimpang daripada jalan yang lurus, maka dia seolah-olah telah menolak dan enggan untuk masuk ke dalam syurga serta memilih untuk masuk ke dalam neraka bagi dirinya sendiri. Semoga kita sentiasa taat kepada Rasulullah SAW dan dijauhkan daripada melakukan kederhakaan terhadap Baginda. https://mylink.la/myhadithtime

photo content

https://youtube.com/shorts/KCI8GsmuYAY?si=ueEYHJKlWDz4s-4M Kuiz: Dr Ahmad Sanusi & Aiman Psikologi 1. Siapa menggantikan Rasulullah SAW sebagai khalifah pertama? 2. Al-Quran ada berapa juzuk? 3. Apa hubungan Rasulullah dengan Abdul Muttalib? 4. Takbir pertama dalam solat disebut sebagai apa?

Elemen Burung dalam Hadis Tawakal ======= 1. Ketika menerangkan mengenai konsep tawakal dan rezeki, Rasulullah ﷺ memberikan perumpamaan mengenai burung yang keluar pada waktu pagi mencari rezeki. Penggunaan objek burung dalam hadis ini menarik untuk diteliti. 2. Menurut al-Imam al-Baihaqi, elemen burung digunakan bagi menggambarkan tentang usaha. Kerana burung tidak duduk diam dalam sarangnya melainkan dia akan keluar mencari rezeki. Seakan-akan, tawakal harus disertakan dengan usaha. Kata al-Baihaqi: فهذه الطيور لا تبقى في أوكارها تنتظر رزق الله “Burung-burung ini tidak kekal di dalam sarang mereka menanti rezeki yang akan diberikan oleh Allah (sebaliknya burung-burung ini keluar mencari rezeki). 3. Oleh itu seseorang tidak boleh dengan mudah menyatakan dia sudah bertawakal sedangkan dia belum berusaha untuk mendapatkannya. Seorang pelajar tidak boleh bertawakal dan mengharapkan kejayaan sedangkan dia tidur sepanjang hari. 4. Atas sebab itulah Saidina Umar menegur sekumpulan manusia yang datang dari Yaman tanpa membawa bekalan. Saidina Umar bertanya kepada mereka: مَا أَنْتُمْ؟ فَقَالُوا: نَحْنُ المُتَوَكِّلُوْنَ. فَقَالَ: بَلْ أَنْتُمُ المُتَّكِلُوْنَ. “Siapakah kamu semua ini? Mereka menjawab: Kami adalah golongan yang bertawakal. Umar membalas: (kamu bukanlah orang yang bertawakal) bahkan kamu adalah orang yang hanya bersandar (tidak berusaha). 5. Lalu Saidina Umar menjelaskan kepada mereka tentang konsep tawakal: أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِالمُتَوَكِّلِيْنَ؟ رَجُلٌ أَلْقَى حَبَّةً فِي الأَرْضِ ثُمَّ تَوَكَّلَ عَلَى رَبِّهِ Biar aku beritahu kamu tentang orang yang bertawakal: Iaitu lelaki yang mencampakkan benih ke tanah (iaitu berusaha bercucuk tanam) dan kemudian dia pun bertawakal kepada Allah. (Inilah sebenar-benar tawakal) (Syu'ab al-Iman). Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://mylink.la/myhadithtime