ar
Feedback
My #HadithTime

My #HadithTime

الذهاب إلى القناة على Telegram

Kenali Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda: https://mylink.la/myhadithtime

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام My #HadithTime

تُعد قناة My #HadithTime (@myhadithtime) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 10 057 مشتركاً، محتلاً المرتبة 9 094 في فئة الدين والقيم الروحية والمرتبة 3 577 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 10 057 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 01 سبتمبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -31، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -2، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 8.06‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 4.41‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 811 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 443 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Kenali Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda: https://mylink.la/myhadithtime

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 02 سبتمبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الدين والقيم الروحية.

10 057
المشتركون
-224 ساعات
-77 أيام
-3130 أيام
أرشيف المشاركات
BISMILLAH SEBELUM MAKAN Ummul Mukminin Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ Apabila seseorang daripada kamu hendak mula makan, bacalah: Bismillah (Dengan nama Allah). Jika terlupa membacanya ketika hendak mula makan, maka bacalah: Bismillahi fi awwalihi wa akhirihi (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya) (Jami' al-Tirmizi, no. 1858, Hasan Sahih) 1. Galakan menyebut Bismillah ini merangkumi ketika minum juga. 2. Antara hikmahnya adalah supaya makanan itu terpelihara daripada dicuri oleh syaitan. Rasulullah SAW bersabda: إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ، فَذَكَرَ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ، وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ، فَلَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، وَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ "Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan ketika hendak makan, syaitan berkata kepada kawan-kawannya: Tiada tempat tinggal dan tiada makanan untuk kamu. Apabila seseorang itu masuk ke dalam rumah, tidak menyebut nama Allah ketika masuk rumah dan tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata: Kamu telah dapat tempat tinggal dan makanan." (Sahih Muslim, no. 2018) Semoga Allah memelihara kita. https://mylink.la/myhadithtime

photo content

Nak doa mustajab? Mulakan doa dengan memuji Allah SWT & selawat untuk Rasulullah SAW https://youtu.be/xUR9G7oc9MI?si=kG8bhvzk8BUzAGAL

Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan untuk My#HadithTime 💰 Dana Terkumpul: RM 6,539 👥 163 penyumbang setakat ini Kami membuka peluang untuk tuan/puan terus menyokong usaha dakwah ini melalui sumbangan serendah RM10. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham pahala yang berterusan sehingga di akhirat kelak. ➡️ Sumbang di sini: https://myhadithtime-konvensyen-2026.netlify.app/

Buat julung kalinya kami akan mengadakan Konvensyen My #HadithTime tidak lama lagi insya-Allah Jemput sertai grup whatsapp waiting list: https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf

Dulu umat Islam paling banyak menghasilkan buku di dunia! Penyalin buku di Perpustakaan Baitul Hikmah Baghdad lebih ramai daripada seluruh England. Sungguh ajaib transformasi bangsa Arab dan umat Islam selepas turunnya al-Quran. Ajar ➡️ https://youtube.com/shorts/62gxgPZ4Cas?si=890kJo0vYfHcN3J4

Dulu umat Islam paling banyak menghasilkan buku di dunia! Penyalin buku di Perpustakaan Baitul Hikmah Baghdad lebih ramai daripada seluruh England. Sungguh ajaib transformasi bangsa Arab dan umat Islam selepas turunnya al-Quran. Ajar ➡️ https://youtube.com/shorts/62gxgPZ4Cas?si=890kJo0vYfHcN3J4

Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan untuk My#HadithTime 💰 Dana Terkumpul: RM 6,416 👥 155 penyumbang setakat ini Kami membuka peluang untuk tuan/puan terus menyokong usaha dakwah ini melalui sumbangan serendah RM10. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham pahala yang berterusan sehingga di akhirat kelak. ➡️ Sumbang di sini: https://myhadithtime-konvensyen-2026.netlify.app/

Repost from N/a
HARI INI! Ayuh sertai Malaysia #QuranHour 2026! Hulurkan tangan, kita Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera dengan menghayati get
HARI INI! Ayuh sertai Malaysia #QuranHour 2026! Hulurkan tangan, kita Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera dengan menghayati getaran makna Surah al-Muzzammil & Al-Balad demi membina negara yang bersatu berpandukan wahyu. ✅ PENDAFTARAN FIZIKAL MQH 2026 : https://ezy.la/MQH2026 ✅ HOTSPOT MQH 2026 : https://ezy.la/HOTSPOTMQH2026 ✅ BAHAN PROMO MQH 2026 : https://ezy.la/PROMOMQH2026 Malaysia #QuranHour #BuatKeranaAllah #MindsetAlQuran #BacaFahamAmal #OperatingSystemAlQuran

Menggetarkan Jiwa! Kompilasi Bacaan Al-Quran Ustaz Husaini Mahmur My#HadithTime 1.0 Episod 1-10 https://youtu.be/Ha64wHZT-Ls?si=JdrFT9FHw95aFsY4

photo content

Kepentingan Kawan Yang Baik ===== 1. Dalam hadis Rasulullah berpesan bahawa seorang kawan itu akan mempunyai pengaruh terhadap kawannya yang lain terutama dalam perihal keagamaan. Sabda Rasulullah: الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِطُ. وَقَالَ مُؤَمَّلٌ: مَنْ يُخَالِلُ "Sesungguhnya seseorang itu berada di atas agama kawannya. Maka perhatikanlah seorang dari kamu semua dengan siapa dia berkawan." (HR Ahmad) 2. Begitu juga dengan anak-anak kita. Perhatikan dengan siapakan mereka berkawan. Atas dasar itu al-Imam al-Ghazali menegaskan bahawa prinsip asas dalam pembentukan anak adalah mengelakkan mereka dari bertemu dengan pengaruh yang tidak baik. Kata al-Ghazali: أَصْلُ تَأْدِيبِ الصِّبْيَانِ الْحِفْظُ مِنْ قُرَنَاءِ السُوْء "Asas dalam pendidikan adab seorang anak ialah menjaga mereka dari kawan-kawan yang tidak elok." (Ihya Ulumuddin) Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://mylink.la/myhadithtime

https://youtube.com/shorts/Fo3YbFcIfKE?si=NMTEKQM5QBl-CdHo Bacaan Merdu Surah al-Baqarah Ayat 186 Ustaz Husaini Mahmur, Johan Qari Tilawah Antarabangsa

Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan untuk My#HadithTime 💰 Dana Terkumpul: RM 6,156 👥 145 penyumbang setakat ini Kami membuka peluang untuk tuan/puan terus menyokong usaha dakwah ini melalui sumbangan serendah RM10. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham pahala yang berterusan sehingga di akhirat kelak. ➡️ Sumbang di sini: https://myhadithtime-konvensyen-2026.netlify.app/

Repost from N/a
Sebenarnya, Islam yang memperkenalkan konsep "Hubbul Watan" atau cintakan negara. Selepas peristiwa hijrah, para sahabat dari kalangan golongan Ansar amat rindukan Mekah dan perubahan cuaca di Madinah menyebabkan sebahagian dari mereka jatuh sakit. Hal ini membuatkan Bilal RA mencipta sebuah syair untuk mengungkapkan rindunya kepada Mekah. Lantas Rasulullah mengajarkan kepada para sahabat doa yang membuktikan semangat cinta kepada tanah air. Malaysia #QuranHour #BuatKeranaAllah #MindsetAlQuran #BacaFahamAmal #OperatingSystemAlQuran

SUNNAH MENDOAKAN ORANG SECARA RAHSIA Rasulullah SAW bersabda: دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ Doa seorang Muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya adalah mustajab. Di sisi orang yang berdoa itu ada malaikat yang ditugaskan. كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat tersebut berkata: Amin, dan semoga kamu juga memperoleh kebaikan yang seumpamanya.” (Sahih Muslim, no. 2733) Hadis ini menggambarkan kelebihan orang yang mendoakan kebaikan buat saudaranya secara rahsia dan sembunyi tanpa pengetahuan saudaranya. Malaikat akan mengaminkan doa tersebut dan turut mendoakan orang yang berdoa agar dia memperoleh perkara yang sama seperti yang didoakannya untuk saudaranya. Kelebihan ini diberikan kepada orang yang berdoa kerana: i. Dia ikhlas sehingga tidak menonjolkan doanya kepada orang lain ii. Dia telah melakukan kebaikan dengan mendoakan kebaikan untuk orang lain Semoga Allah SWT menerima doa kita. https://mylink.la/myhadithtime

photo content

https://youtu.be/Dr2g0rYhz_U?si=NbSBdG9rrmvca1TD Aneh dan hebatnya doa Nabi Yunus

Kisah Ibn Mas'ud Diketawakan Kerana Betisnya Kurus (Body Shaming) https://youtube.com/shorts/0YQOj0WVEwM?si=hSqIm1myowRxshI7