uz
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 36 181 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 284-o'rinni va Malayziya mintaqasida 903-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 36 181 obunachiga ega bo‘ldi.

01 Iyul, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -376 ga, so‘nggi 24 soatda esa -11 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 4.79% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining N/A% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 1 735 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 0 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 02 Iyul, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

36 181
Obunachilar
-1124 soatlar
-777 kunlar
-37630 kunlar
Postlar arxiv
Di media sosial ini, kalau tak boleh menulis untuk beri impak positif, tulislah yang boleh beri ceria, bahagia dan senyum ketawa kepada yang lain. Itu pun sudah cukup bagus. Ia akan menambah #engagement dengan banyaknya #react dan komen. Dalam hal ini, jenis penulisan tersebut disebut sebagai “to entertain”.

Sekiranya kita menulis 5 posting sehari, maka seminggu kita menghasilkan 35 posting, sebulan 150 posting dan setahun 1,825 posting. Sekiranya dari 1,825 posting itu, 30% darinya kita bangunkan posting yang orang suka, yang orang apabila baca, dia boleh buat terus dan posting yang beri impak positif, lalu ianya berjaya dapat 100 orang pengikut (#follower) pada setiap 1 posting, maka: 1,825 x 30% = 547.5 posting. 547.5 x 100 follower = 54,750 pengikut kita dapat setahun. Asasnya ialah menulis dengan konsisten. Dapat 1-2 kali viral, ramai orang share, kemudian terus nak lompat ke 100,000 follower, akan jadikan kalian penat. Hanya bermain dengan #Content. Relaks dan seperti kata orang putih “go with the flow”. Susun semuanya dengan baik, akan dapat hasil yang baik juga. Fokus dengan apa yang kita dah pilih untuk naikkan posting, kemudian konsisten dan sabarlah melihat jumlah pengikut naik perlahan-lahan. Nak cepat-cepat, nak pergi mana kak oi. Lagi 70% posting, esok kita sembang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Fokus + Konsisten + Sabar = 200,000 follower setakat ini.

#Content yang menarik minat orang di media sosial ialah yang sentiasa mendidik, memberi ilmu serta ditulis dalam mood berkongsi bukannya mengajar-ajar. Perkataan yang sering digunakan dan otomatik jadi mengajar-ajar ialah: 1. Jangan. 2. Sebenarnya. 3. Sebetulnya. 4. Tetapi. Dan ada beberapa lagi. Perkataan ini biasanya jadi penegasan, memberi arahan, perintah dalam keadaan tak sedar dan ianya menjadikan pengikut serta sesiapa yang nak follow kita akan ragu-ragu serta tidak selesa. Tukar perkataan itu kepada yang lebih lembut dan tenang. Contoh: A. Janganlah beri anak bermain duit siling. Nanti tertelan kita juga yang susah. B. Sekiranya nampak anak kita bermain duit siling, ambil terus dan beritahu dia yang ia boleh jadi bahaya. 2 ayat ini ada perbezaan serius dalam memberitahu info. 1 dalam bentuk arahan, 1 lagi dalam bentuk makluman. Dan rata-rata ramai akan selesa dengan B. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak banyak perkataan, kena banyak juga membaca.

Gunakan #BahasaLelaki semasa menulis di media sosial. Ianya: 1. Firm, fokus kepada #subjek. 2. Tidak membebel, tidak meleret-leret dan tidak berulang ayat serta perkataan. 3. Menggunakan ayat ringkas, padat dan tepat. 4. Tidak berkias, tidak puitis, tidak bombastik hingga sukar untuk difahami. Sedikit-sedikit tak mengapa. 5. Biar hanya beberapa perenggan, namun #content tetap ada #fakta, menggunakan #emosi yang betul dan memberi impak positif kepada audien. Itu yang mustahak. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula hari ini, kita ubah!

Bagaimana #Facebook mengambil segala reaksi kita terhadap satu-satu posting? 1. Kesemua butang react yang dibina (haha, angry, wow, sad, like, love) adalah untuk diambil data terhadap apa yang kalian post juga apa yang audien suka. Kemudian, dari situ analisis terhadap posting kita dan apa yang audien suka diambil. 2. Dari situ, Facebook mengambil tahu kalian suka posting yang bagaimana. 3. Dikatakan ada lebih 160 juta posting dimuat naik pada setiap hari, posting yang ditekan butang “love” dan “haha” adalah lebih 40% sehari. Dua butang ini merupakan butang yang paling digemari oleh manusia yang bermain media sosial. 4. Sekiranya posting anda dapat meraih butang #haha dan #love pada setiap hari, dikatakan engagement anda naik sekitar 3% pada setiap 24 jam. 5. Manakala sekiranya anda dapat butang “angry” di post anda, maka engagement anda turun 3% dalam tempoh 24 jam. Dengan kata lain, setiap posting yang dimuat naik, jika dapat react yang tidak betul, maka ia akan mengganggu engagement untuk 24 jam tersebut. Bina posting yang orang suka, bangunkan #content, bukan hal kita syok sendiri. Marah, gelisah, benci, tolak tepi, tak perlu up di media sosial, kita akan rugi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Love. ❤️

Ada 5 perkara tentang penulisan #content di media sosial yang kalian perlu tahu: 1. Lebih 160 juta #posting dimuat naik dalam 1 hari, namun hanya sekitar 8% sahaja ditulis dengan mendapat share yang tinggi. 2. 8% itu datang dari posting to #educate, to #inspire dan to #inform. 3. Menulis di #Page sudah tidak banyak engagement berbanding di personal account. Namun ia boleh dijanakan berkali ganda dengan membayar ads. 4. Memuat naik video atau melakukan live video selama 5-10 minit 1 atau 2 kali seminggu akan menaikkan kepercayaan orang kepada kalian sebanyak 300%. 5. Sosial media hari ini ialah tentang #trust (percaya), #comfort (buat orang selesa) dan #loyal (kesetiaan orang terhadap posting). Untuk dapat 3-3 perkara ini, kalian wajib munculkan diri, menyusun posting kehidupan biasa dan wajar sentiasa berinteraksi dengan pengikut yang ada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis jom!

Ada tinggal 300 naskhah sahaja lagi. Sesiapa yang beli sekarang hingga sebelum jam 4.00 petang hari ini. Dapat #FreeKurier! RM25 sahaja! #RahsiaBapaViralKebangsaan khas untuk mereka yang nak belajar menulis di media sosial, buku ini memang wajib untuk kalian rujuk. Beli di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/rbvkmondaysale https://bykhm.onpay.my/order/form/rbvkmondaysale https://bykhm.onpay.my/order/form/rbvkmondaysale

photo content

#StrategiPosting 1. Kuantiti posting tidak akan menaikkan engagement sekiranya posting tersebut tiada content. 2. Jumlah posting sehari yang baik ialah sekitar 4 ke 6 sahaja. 3. 1 untuk #crowd, 1 untuk #RM dan 4 untuk #side itu sudah cukup bagus. 4. Quote dan ucapan merupakan bukan #content. 5. Masa yang sesuai ialah sekitar 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja. 6. Fokus, konsisten muat naik satu-satu jenis content yang dipilih dan buat susunan yang betul mengikut masa akan jadikan pengikut ternanti-nanti posting seterusnya. 7. Setiap satu fakta mesti diserikan dengan emosi yang kuat. 8. Elakkan memberi pandangan tanpa guna fakta sebenar, di media sosial pandangan kita semata-mata tak penting. Begitulah Khairul Hakimin Muhammad, Target 10,000 pengikut March ini kawan-kawan!

Ikutkan #MasterclassContent hari rabu ini (20hb) dah penuh. Namun kami buka lagi 4 tempat. Kelas di Bandar Baru Bangi, 10 pagi hingga 3.00 petang. RM359/pax. Hubungi +60 19 350 5175 ya.

photo content

photo content
+9

15 istilah marketing media sosial yang kalian kena tahu: 1. #CTA - Call To Action. 2. #KPI - Key Performance Indicator. 3. #CLV - Customer Lifetime Value. 4. #CPC - Cost Per Click. 5. #CPL - Cost Per Lead. 6. #CPM - Cost Per Mille. 7. #RSS - Rich Site Summary. 8. #CPA - Cost Per Acquisition. 9. #CTR - Click Through Rate. 10. #SMMA - Social Media Marketing Agency. 11. #SEM - Seach Engine Marketing. 12. #SEO - Seacr Engine Optimization. 13. #CRO - Convertion Rate Optimization. 14. #CRM - Customer Relationship Management. 15. #CMS - Content Management System. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Kita kongsi sama-sama.

Contoh posting yang boleh buat orang klik butang share: 1. Apabila orang baca posting tersebut, dia terus boleh buat. Contohnya: - DIY berkebun, susun atur dalam rumah, resipi, tips kecantikan, tutorial tudung, petua, make up, permotoran, fesyen, hal kebersihan, bersenam dan tekniknya serta hal-hal kehidupan yang mudah untuk diikuti. 2. Apabila orang baca #posting tersebut, dia boleh beli terus. Contohnya: - cerita tentang ada sales di sana sini, kedai makan yang best, lokasi pelancongan yang real dan menarik serta hal-hal produk yang senangnya nak dibeli walau ianya tentang kuih keria. 3. Apabila orang baca posting tersebut, dia dapat relate dengan kehidupannya sendiri, contohnya: - kisah keluarga, kisah sedekah, kehebatan kuasa Allah tentang rezeki, kisah anak-anak, kisah berkawan yang semuanya itu ada pengajarannya yang benar-benar terkena kepada diri sendiri. *** Setiap 1 posting di atas tetap kena guna kuadran asas #Content iaitu #Fakta #emosi #bahasa dan memberi #ImpakPositif kepada pembaca. Tak ada 4-4 perkara tersebut, orang tetap tak #share. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bina posting bermanfaat.

#Strategi #Posting Lihat posting saya semalam (10hb Mac 2019). 8.00 pagi saya muat naik tips #sosial #media, ia adalah kepakaran saya. Maka saya dapat lebih 200 komen dan 400 share. Waktu ini #engagement sedang naik tinggi. 9.00 pagi, saya muat naik lagi pesanan. Dapat sekitar 100 #share. Apabila engagement sedang ok, maka kena tebar jala. Jam seterusnya, saya buat iklan. Benar, react hanya dapat sekitar 300 #likes, komen sikit, share lagilah sikit. Namun matlamat buat iklan ialah dapat #sales. Jualan saya untuk 1 posting itu semalam sekitar RM3,000 dan ada lagi dalam 15-20 PM belum berjawab. Disebabkab apabila buat #iklan engagement kita jatuh, maka perlu naikkan ia semula. Sekitar 2-3 jam selepas posting iklan, saya buat 1 posting engagement semula, posting resipi. Maka saya dapat lebih 1,900 reaction, 200 komen dan lebih 1,000 share. Hari ini kita pulun lagi strategi begini. Nak dapat jualan, kena bijak susun posting. Kalau semua posting yang kalian buat itu adalah iklan iklan iklan, maka kalian punya engagement akan turun turun turun. Kena ada susunan #content yang betul. Silap langkah, #follower tak dapat, jualan pun tak ada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita buat lagi sama-sama.

Orang bisnes: 1. Jika ada ejen, #konsisten menulis tentang strategi jualan dan pemasaran untuk mereka sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Isnin, Rabu, Jumaat jam 11.00 pagi. 2. Jika ada produk, konsisten #menulis tentang penerangan #produk, proses, kelebihan serta bagaimana untuk dapatkan produk itu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Isnin, Rabu, Jumaat jam 4.00 petang. 3. Untuk naikkan follower, konsisten menulis perkara yang kalian sering buat, contohnya memang suka memasak, suka travel, suka hadiri kelas, suka makan, suka melayan keletah anak-anak dan sebagainya. Up hal kehidupan yang ada #content ini sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Selasa, Khamis, Sabtu, Ahad jam 9.00 pagi atau 5.00 petang. 4. Untuk kekalkan #Engagement di kalangan friends dan #follower, sentiasa muat naik hal yang memudahkan orang komen seperti #contest atau hal jenaka, punchline, lawak, bermain dengan isu namun jenakakan hal tersebut, lucu serta hal-hal yang biasa seperti selfie, ambil gambar dan letak caption yang boleh buat orang ketawa. Posting ini perlu dimuat naik selepas kalian buat posting #iklan. Sangat baik 8-12 kali seminggu. 5. Untuk dapatkan #jualan, muat naik iklan pada setiap hari jam 12.00 tengah hari. Apabila iklan dimuat naik, biasanya engagement akan turun. Namun kalian punya fokus ialah untuk dapatkan jualan. Ianya ok. Yang penting ialah duit masuk. Selepas 1-3 jam, buat posting nombor 4 di atas. Engagement - Share dan Follower saling berkait. Bermainlah dengan jadualkan posting supaya kalian dapat kesannya. Biasanya dalam tempoh 6 bulan, kalian akan dapat: ✅ kenaikan follower 1,000-5,000 orang (atau lebih). ✅ jualan naik mendadak. Zaman ini adalah zaman #ContentMarketing. Muat naik posting tanpa rancang, tanpa susun, tanpa rasa tanggungjawab, kalian tak akan dapat hasil. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita buat sama-sama.

Hal teknikal menulis di Facebook: 1. Setiap 4 atau 5 baris ayat, buat perenggan yang terputus antara satu sama lain. Ia memudahkan pembacaan menggunakan telefon walau poin perenggan itu adalah sama. Ini maksud perenggan yang terputus (ada space antara nombor 1 dan nombor 2). 2. Elakkan menulis ??? !!!! .... ianya memberi maksud berbeza dengan apa yang kita mahu sampaikan. Boleh jadi emosinya itu teruja, boleh juga marah boleh juga sedang terlalu gembira. Guna ? Atau ! Sahaja. 3. Elakkan menulis tajuk (heading) untuk penulisan di wall sendiri. Kebiasaan mereka yang belum ada pengikut, tulisan mereka akan “jump to conclusion” sekiranya ada header. Namun bagi mereka yang dah ada pengikut, tidak menjadi hal. Ianya persepsi. 4. Gunakan perkataan yang biasa digunakan. Elakkan perkataan sastera, bombastik dan fancy. Contohnya seperti usai, lantera, metafora, dan sebagainya. Di media sosial, bahasanya perlu lebih mudah difahami. Ianya #content yang mudah dan senang. 5. Pastikan mengeja dengan betul. Ejaan yang betul tanpa sebarang short form, sebarang singkatan yang direka-reka akan menjadikan posting itu difahami dan mudahnya orang lain berkongsi (klik share). 6. Sekiranya mahu menulis tentang dialog atau dialek, gunakan “....” ianya akan lebih mudah difahami. 7. Jika posting bergambar, adalah sangat baik pada setiap satu gambar ada captionnya yang tersendiri. 8. Pastikan kata nama khas menggunakan huruf besar di huruf pertama perkataan tersebut. Seperti menulis Allah, Tuhan, nama orang, nama tempat dan sebagainya. 9. Elakkan copy paste mana-mana status orang lain walau memberi kredit. Fungsi copy di #Facebook ini adalah untuk paste di ruang yang bukannya Facebook. Ia mesti dipastekan di blog atau web atau di tempat lain. Sekiranya dilaporkan (report), boleh jadi akaun kalian disekat atau dipadam status tersebut tanpa notis. 10. Penggunaan hashtag yang betul ialah yang berada di dalam #cerita / #posting. Bukannya membuat list di bawah posting. #Hashtag sangat menjadi untuk kempen atau produk atau brand atau sesuatu perkara yang menjadi elemen penting di dalam posting tersebut. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis baik-baik, nak lagi tips jom ke Channel Telegram saya: https://t.me/ContentKHM

8 lagi.

Tinggal 12

Ada lagi 14 kupon untuk dapatkan ke 3-3 ebook content saya dengan harga RM99. Harga asal RM303. Sesiapa nak kupon diskaun tersebut terus PM di Facebook ya.