uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi 👉 Belgini ko‘rmoqchi bo‘lsangiz, obuna bo‘ling 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Kanalga Telegram’da o‘tish

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali Khairul Hakimin Muhammad analitikasi

Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 35 001 obunachidan iborat bo'lib, Marketing toifasida 277-o'rinni va Malayziya mintaqasida 910-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 35 001 obunachiga ega bo‘ldi.

13 Oktabr, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -360 ga, so‘nggi 24 soatda esa 0 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 7.49% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 3.24% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 2 622 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 1 134 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 14 Oktabr, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Marketing toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

35 001
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-1247 kun
-36030 kun
Postlar arxiv
photo content
+9

15 istilah marketing media sosial yang kalian kena tahu: 1. #CTA - Call To Action. 2. #KPI - Key Performance Indicator. 3. #CLV - Customer Lifetime Value. 4. #CPC - Cost Per Click. 5. #CPL - Cost Per Lead. 6. #CPM - Cost Per Mille. 7. #RSS - Rich Site Summary. 8. #CPA - Cost Per Acquisition. 9. #CTR - Click Through Rate. 10. #SMMA - Social Media Marketing Agency. 11. #SEM - Seach Engine Marketing. 12. #SEO - Seacr Engine Optimization. 13. #CRO - Convertion Rate Optimization. 14. #CRM - Customer Relationship Management. 15. #CMS - Content Management System. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Kita kongsi sama-sama.

Contoh posting yang boleh buat orang klik butang share: 1. Apabila orang baca posting tersebut, dia terus boleh buat. Contohnya: - DIY berkebun, susun atur dalam rumah, resipi, tips kecantikan, tutorial tudung, petua, make up, permotoran, fesyen, hal kebersihan, bersenam dan tekniknya serta hal-hal kehidupan yang mudah untuk diikuti. 2. Apabila orang baca #posting tersebut, dia boleh beli terus. Contohnya: - cerita tentang ada sales di sana sini, kedai makan yang best, lokasi pelancongan yang real dan menarik serta hal-hal produk yang senangnya nak dibeli walau ianya tentang kuih keria. 3. Apabila orang baca posting tersebut, dia dapat relate dengan kehidupannya sendiri, contohnya: - kisah keluarga, kisah sedekah, kehebatan kuasa Allah tentang rezeki, kisah anak-anak, kisah berkawan yang semuanya itu ada pengajarannya yang benar-benar terkena kepada diri sendiri. *** Setiap 1 posting di atas tetap kena guna kuadran asas #Content iaitu #Fakta #emosi #bahasa dan memberi #ImpakPositif kepada pembaca. Tak ada 4-4 perkara tersebut, orang tetap tak #share. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bina posting bermanfaat.

#Strategi #Posting Lihat posting saya semalam (10hb Mac 2019). 8.00 pagi saya muat naik tips #sosial #media, ia adalah kepakaran saya. Maka saya dapat lebih 200 komen dan 400 share. Waktu ini #engagement sedang naik tinggi. 9.00 pagi, saya muat naik lagi pesanan. Dapat sekitar 100 #share. Apabila engagement sedang ok, maka kena tebar jala. Jam seterusnya, saya buat iklan. Benar, react hanya dapat sekitar 300 #likes, komen sikit, share lagilah sikit. Namun matlamat buat iklan ialah dapat #sales. Jualan saya untuk 1 posting itu semalam sekitar RM3,000 dan ada lagi dalam 15-20 PM belum berjawab. Disebabkab apabila buat #iklan engagement kita jatuh, maka perlu naikkan ia semula. Sekitar 2-3 jam selepas posting iklan, saya buat 1 posting engagement semula, posting resipi. Maka saya dapat lebih 1,900 reaction, 200 komen dan lebih 1,000 share. Hari ini kita pulun lagi strategi begini. Nak dapat jualan, kena bijak susun posting. Kalau semua posting yang kalian buat itu adalah iklan iklan iklan, maka kalian punya engagement akan turun turun turun. Kena ada susunan #content yang betul. Silap langkah, #follower tak dapat, jualan pun tak ada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita buat lagi sama-sama.

Orang bisnes: 1. Jika ada ejen, #konsisten menulis tentang strategi jualan dan pemasaran untuk mereka sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Isnin, Rabu, Jumaat jam 11.00 pagi. 2. Jika ada produk, konsisten #menulis tentang penerangan #produk, proses, kelebihan serta bagaimana untuk dapatkan produk itu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Isnin, Rabu, Jumaat jam 4.00 petang. 3. Untuk naikkan follower, konsisten menulis perkara yang kalian sering buat, contohnya memang suka memasak, suka travel, suka hadiri kelas, suka makan, suka melayan keletah anak-anak dan sebagainya. Up hal kehidupan yang ada #content ini sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Selasa, Khamis, Sabtu, Ahad jam 9.00 pagi atau 5.00 petang. 4. Untuk kekalkan #Engagement di kalangan friends dan #follower, sentiasa muat naik hal yang memudahkan orang komen seperti #contest atau hal jenaka, punchline, lawak, bermain dengan isu namun jenakakan hal tersebut, lucu serta hal-hal yang biasa seperti selfie, ambil gambar dan letak caption yang boleh buat orang ketawa. Posting ini perlu dimuat naik selepas kalian buat posting #iklan. Sangat baik 8-12 kali seminggu. 5. Untuk dapatkan #jualan, muat naik iklan pada setiap hari jam 12.00 tengah hari. Apabila iklan dimuat naik, biasanya engagement akan turun. Namun kalian punya fokus ialah untuk dapatkan jualan. Ianya ok. Yang penting ialah duit masuk. Selepas 1-3 jam, buat posting nombor 4 di atas. Engagement - Share dan Follower saling berkait. Bermainlah dengan jadualkan posting supaya kalian dapat kesannya. Biasanya dalam tempoh 6 bulan, kalian akan dapat: ✅ kenaikan follower 1,000-5,000 orang (atau lebih). ✅ jualan naik mendadak. Zaman ini adalah zaman #ContentMarketing. Muat naik posting tanpa rancang, tanpa susun, tanpa rasa tanggungjawab, kalian tak akan dapat hasil. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita buat sama-sama.

Hal teknikal menulis di Facebook: 1. Setiap 4 atau 5 baris ayat, buat perenggan yang terputus antara satu sama lain. Ia memudahkan pembacaan menggunakan telefon walau poin perenggan itu adalah sama. Ini maksud perenggan yang terputus (ada space antara nombor 1 dan nombor 2). 2. Elakkan menulis ??? !!!! .... ianya memberi maksud berbeza dengan apa yang kita mahu sampaikan. Boleh jadi emosinya itu teruja, boleh juga marah boleh juga sedang terlalu gembira. Guna ? Atau ! Sahaja. 3. Elakkan menulis tajuk (heading) untuk penulisan di wall sendiri. Kebiasaan mereka yang belum ada pengikut, tulisan mereka akan “jump to conclusion” sekiranya ada header. Namun bagi mereka yang dah ada pengikut, tidak menjadi hal. Ianya persepsi. 4. Gunakan perkataan yang biasa digunakan. Elakkan perkataan sastera, bombastik dan fancy. Contohnya seperti usai, lantera, metafora, dan sebagainya. Di media sosial, bahasanya perlu lebih mudah difahami. Ianya #content yang mudah dan senang. 5. Pastikan mengeja dengan betul. Ejaan yang betul tanpa sebarang short form, sebarang singkatan yang direka-reka akan menjadikan posting itu difahami dan mudahnya orang lain berkongsi (klik share). 6. Sekiranya mahu menulis tentang dialog atau dialek, gunakan “....” ianya akan lebih mudah difahami. 7. Jika posting bergambar, adalah sangat baik pada setiap satu gambar ada captionnya yang tersendiri. 8. Pastikan kata nama khas menggunakan huruf besar di huruf pertama perkataan tersebut. Seperti menulis Allah, Tuhan, nama orang, nama tempat dan sebagainya. 9. Elakkan copy paste mana-mana status orang lain walau memberi kredit. Fungsi copy di #Facebook ini adalah untuk paste di ruang yang bukannya Facebook. Ia mesti dipastekan di blog atau web atau di tempat lain. Sekiranya dilaporkan (report), boleh jadi akaun kalian disekat atau dipadam status tersebut tanpa notis. 10. Penggunaan hashtag yang betul ialah yang berada di dalam #cerita / #posting. Bukannya membuat list di bawah posting. #Hashtag sangat menjadi untuk kempen atau produk atau brand atau sesuatu perkara yang menjadi elemen penting di dalam posting tersebut. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis baik-baik, nak lagi tips jom ke Channel Telegram saya: https://t.me/ContentKHM

8 lagi.

Tinggal 12

Ada lagi 14 kupon untuk dapatkan ke 3-3 ebook content saya dengan harga RM99. Harga asal RM303. Sesiapa nak kupon diskaun tersebut terus PM di Facebook ya.

Situasi A. Hadir kelas, terus merancang buat: 1. Content Mapping. 2. Beli buku, rujuk. 3. Mula menulis. 4. Susun posting. 5. Posting, viral. Rujuk balik nombor 1. 6. Sales naik 300%. 7. Pengikut pun naik mendadak. Klien ini dari 0 pengikut, hari ini 14,000 orang follower. Baru 3 bulan ikuti kelas, sudah berjaya mendapatkan jualan sehingga RM500,000 dengan memuat naik #content yang tersusun bagi mendapatkan #crowd dan kemudiannya menyusun juga posting copy-writing berbentuk #iklan. Situasi B. Hadir kelas, kemudian: 1. Buat posting, #viral sekali. 2. Lost dan blur. Tak tahu nak buat apa. Tiada perancangan content. 3. Beri alasan sibuk. 4. Kemudian tak buat, tak muat naik content. 5. Sales semakin jatuh. 6. Mula salahkan cikgu. 7. Mahu cikgu bantu bangunkan #sales segera. Ini yang biasa terjadi. Dan dipihak cikgu, terima sahaja apa kelemahan anak murid dan telanlah segalanya apa yang dituntut. Kawan-kawan yang baik, untuk teruskan momentum mendapatkan apa yang kalian mahu, kalian perlu putuskan sama ada mahu kerja keras atau biar. Jika kalian mahu hasil, maka buat. Jika tidak mahu, dan kemudiannya jadi gagal. Siap sedialah hilang network, hilang sales, hilang juga kredibiliti dan hormat orang kepada kalian. Ingat ini, Fokus = rezeki. Kerja keras = rezeki. Network = rezeki. Alasan = menolak / buang rezeki. Selepas hadir kelas, buat. Tak buat, tak adalah hasil. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita follow cara Situasi A.

Untuk menulis content, cara yang paling baik ialah mendahulukan fakta barulah disusuli dengan emosi. Maksud fakta di sosial media ini adalah bukannya perkara yang perlu dicari hingga ke Wikipedia, ia adalah perkara sebenar dan tepat tentang kehidupan kalian sahaja. Contoh: “Hari ini saya sudah bersarapan. Lega dah kenyang.” Ini ayat biasa, ikutkan itu sudah jadi fakta kerana memang iya kalian bersarapan. Perkataan lega itu pula menunjukkan emosi kalian. Namun, ia boleh diperkuatkan dengaan begini: “Hari ini saya sudah bersarapan nasi dagang di Simpang Pintu 1 Putrajaya. Sedap betul nasinya, gulainya padu ya amat dan ikannya memang dimasak betul. Rasa macam nak tambah 2-3 kali, haha.” Sebut nasi dagang, Simpang Pintu 1 Putrajaya merupakan fakta kejadian dalam hidup kalian pagi itu. Emosinya pula sangat kuat. Perkataan sedap dan padu memberi impak bagus dalam minda pembaca. Masukkan gambar, ada video lebih bagus. Ia akan buat orang lain klik butang share. Senang kan? Sebarkan kebaikan, kebaikan juga kembali kepada kalian walau sekadar cerita tentang sarapan pagi. Mulakan menulis content dengan kehidupan kalian, nanti-nanti sudah praktis ia akan memudahkan kalian menulis content iklan, copy-writing dan ayat menarik pelanggan dengan sebaiknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pembangun Content. Cewah.

photo content

Itu hari ramai marah kenapa sekejap sangat buat #FlashSale. Iyalah dari #RM303 dapat bawah RM100. Ha sesiapa nak harga #RM99, pm saya, saya kasi kupon diskaun, dapat #potongan harga sampai #RM204. Habis ja kupon jangan duk nangis lagi okeh. Tunggu 3 bulan lagi baru ada. Hahaha. 3 E-Book #Content ini ialah: 1. The Content Game. 2. Bagaimana Saya Bina Bank Content. 3. 118 Idea Menulis Content. Semuanya saya sendiri tulis. Siapa nak kupon, PM SAYA DI FACEBOOK MESSENGGER YA! Ini linknya: https://bykhm.onpay.my/order/form/ebook2mac https://bykhm.onpay.my/order/form/ebook2mac https://bykhm.onpay.my/order/form/ebook2mac

Soalan: Saya ada banyak sangat benda yang saya minat. Sampai kadang-kadang tak tahu nak susun yang mana untuk dikongsikan dengan friends dan followers di Facebook. Bagaimana ya? Jawapan: Cari yang punya banyak titik persamaan dengan orang lain. Tak perlu jadi rare, jadi asing, jadi pelik. Hanya perlu sama sahaja. Yang bezakan ialah stail dan penyampaian sahaja. Orang suka masak dan makan, kongsi resipi. Orang suka jaga badan, kongsi tips senaman, video kecergasan, step nak kurus. Orang suka cantik, kongsi tips bersiap dengan cepat. Orang suka bawa bekal tempat kerja, kongsi menu bento. Orang suka memancing, kongsi tips joran, jenis ikan, jenis umpan. Orang suka motor, kongsi tips jalan raya. Orang suka kereta, kongsi pengumuman kereta baru, features terkini. Ada banyak titik persamaan yang manusia suka. Jadi gunakan itu sebaiknya. Pilih 3 sahaja setiap minat itu, dan konsisten menulis tentang itu di media sosial sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 1 minat, 3 kali seminggu = 3 minat kali 3 post, bersamaan dengan 9 post seminggu. Susun baik-baik, maka kalian akan mula dapat audien. #rahsiabapaviralkebangsaan

Salam semua. Kalau kalian semua perasan, saya ada jual 2 ebook dari 2 kawan saya. Dan 2-2nya itu saya sendiri ikuti perkembangannya. Paling best ialah 2-2nya memberi banyak manfaat kepada team saya. 1. *Ebook BluePrint Prospek *dari Tuan Khairul Nidzam Harga sekarang ialah RM179. Harga asal RM687. 2. *176 Template Copy Writing dan Story Telling *dari Hafiz Mansor. Harga asal RM199, sekarang hanya RM126. Isunya ialah bukan harga. Namun kegunaannya itu yang power. Kami buat simulasi baru-baru ini, alhamdulillah berjaya buat sales RM74,000 dalam tempoh beberapa jam sahaja. Syukur sangat. Saya berharap kalian beli, gunakan dan manfaatkan. Ianya pelaburan yang amat-amat berbaloi. Ini linknya: *Ebook1*: https://knmarketingglobal.onpay.my/order/form/blueprintinstant/11 *Ebook2*: https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/776 Kalau perlu kupon di ebook pertama, masukkan perkataan BLUEPRINTKN kemudian klik tuntut. Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Ini antara ebook yang saya sayang sangat-sangat. Sejak dijual januari lalu, bersyukur ramai yang memberi maklum balas positif. Saya terangkan dengan jelas apakah #content dan bagaimana ia boleh sesuai dengan #bisnes kalian. Lebih dari itu, ada yang bermula dengan 100 pengikut, hari ini dalam tempoh hampir 2 bulan sudah mencecah 4,000 orang. Dan paling saya rasa lega ialah kenaikan pengikutnya diikuti dengan naiknya #jualan juga. Alhamdulillah alhamdulillah. Kalian boleh dapatkan ebook ini dengan harga RM187 sahaja di sini: 118 Idea Menulis Content oleh #KHM https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhm https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhm https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhm Jika kalian perlu bantuan, terus whatsapp ke: 013 924 9877 013 924 9877 013 924 9877

photo content

Alhamdulillah. Naskhah “Ya Tuhan, Ini Amat Menyakitkan” kini dah masuk que untuk dicetak. Perjalanan dari #Malaysia hingga ke #Turki kemudian dapat pengalaman ke kem-kem pelarian termasuk berpeluang menziarahi #Syria sendiri, semuanya saya tulis di dalam naskhah ini. Semoga ianya dapat membuka banyaknya hati untuk kita bersama dalam berharap, berdoa dan terus membantu mereka. Dengan lafaz Bismillah hirrahman nirrahim saya dengan ini membuka untuk kawan-kawan yang baik semua untuk buat pra-pesanan. Harganya RM23, kurier ke mana-mana pun seluruh negara RM7 sahaja. Kalian boleh buat pesanan melalui link ini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/ytiam https://bykhm.onpay.my/order/form/ytiam https://bykhm.onpay.my/order/form/ytiam

photo content

Sekiranya mahu muat naik status ke Facebook, fikir semula tentang: 1. Adakah ia beri impak positif kepada diri sendiri? Jika ya, teruskan. 2. Adakah ia beri impak positif kepada audien (friends dan follower)? Jika ya, teruskan. Antara yang menjadikan impak negatif dalam satu-satu posting ialah perkara yang boleh menjadikan pergaduhan, perbalahan, bantaian, kesipuan serta apa sahaja bentuk penulisan yang ada nilai kemarahan dan keburukan di dalam ruang komen. Ingat, fungsi like, komen dan share hanya untuk perkara kebaikan sahaja. Facebook membawa pendamaian. Tidak ada butang unlike disediakan. Like perkara yang kalian suka, komen baik-baik dan kongsilah perkara yang bawa kesan positif kepada kehidupan.