ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 35 001 подписчиков, занимая 277 место в категории Маркетинг и PR и 910 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 35 001 подписчиков.

Согласно последним данным от 13 октября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -360, а за последние 24 часа — 0, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 7.49%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 3.24% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 2 622 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 1 134 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 14 октября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

35 001
Подписчики
Нет данных24 часа
-1247 дней
-36030 дней
Архив постов
10 tanda yang kalian akan dapat sekurang-kurangnya 25,000 orang pengikut (Follower) tahun ini. 1. Tahu topik apa yang kalian mahir untuk ditulis sebagai #content. 2. Faham yang topik tersebut mempunyai banyak persamaan dengan audien, tidak rare tidak juga terlalu janggal hingga susahnya audien mahu faham. 3. Konsisten menulis tentang hal tersebut sekurang-kurangnya 1 kali sehari. 4. Menyusun posting dengan sangat berstrategi, ada untuk dapatkan pengikut (#Follower) ada juga untuk dapatkan jualan (#Sales). 5. Tidak beranggapan 1 kali viral adalah sebuah kenaikan follower yang ramai, namun ia adalah proses yang perlu dibuat lagi dan lagi. 6. Memahami yang #Engagement itu terbentuk apabila kita berinteraksi dengan audien. 7. Menjadikan buku sebagai teman paling akrab kerana dengan hanya membaca kita dapat jumpa perkataan. Dari situ urusan mahu menulis dengan cermat, ringkas, padat dan berisi dapat dibuat. 8. Mengurangkan emosi yang tidak baik di media sosial. Teruskan fokus kepada content yang telah disusun. Sekali kita tulis perkara negatif, kita akan heret beribu orang untuk keluar dari zon kita. 9. Membangunkan 4-6 posting sehari. 10. Berinteraksi dengan posting orang lain sekurang-kurangnya 30-50 sehari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Saya buat 100,000 follower setahun.

5 Larangan dalam menulis #content: 1. Tidak mengajar-ajar. Elak gunakan ayat suruhan dan perintah seperti jangan. 2. Tidak menjerit-jerit. Elak gunakan simbol seperti !!!, ???, ^{%|>]?\?_!!. 3. Tidak menuju-nuju. Elakkan menulis sambil berharap seseorang itu baca. 4. Tidak tergantung. Elakkan menulis perkara yang anda seorang sahaja yang faham dan audien (pembaca) terpinga-pinga. 5. Tidak jadikan ia sebuah perbahasan. Elakkan menulis perkara yang buat pergaduhan di ruang komen. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Kadang-kadang terlepas juga.

Seorang penjual penapis air tak perlu gabung nama beliau dengan jenama penapis air tersebut. Seorang wakil hartanah, tak perlu gabung nama beliau dengan perkataan property dan sebagainya. Seorang usahawan kerepek, tak perlu gabung nama beliau dengan nama perusahaannya. Guna nama manusia, nama sendiri adalah lebih baik. Untuk beri orang kenal kalian, tulis #content yang tersusun di media sosial. Bahagikan kepada 3 jenis, untuk dapatkan #Crowd, untuk dapatkan #RM dan untuk naikkan #Engagement (disebut Side). Di situ orang akan kenali kalian. Jika kalian letak nama: Ahmad Coway, Linda Property, Pakcik Hensem Kerepek, Siti Madu, Shahrul Kedai Jam, Bukan sahaja orang takut nak add, nak accept, malah orang akan jauhkan diri dari kalian. Dari minda orang lain, mereka akan nampak kalian hanya nak menjual, jadi tak ada keseronokan nak berkawan dengan kalian di media sosial. Ingat, media sosial adalah medan berkawan, nak menjual, susun baik-baik supaya mereka tak rasa tak selesa. Sekali sahaja rasa merepek, rasa meluat, kalian hilang kawan, hilang jualan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Relaks okey.

Posting yang bukan #Content. 1. Ucapan. 2. Mengeluh. 3. Marah. 4. Gelisah. 5. Tergantung. 6. Menuju-nuju. 7. Quote, kata-kata hikmah, mutiara kata. 8. Lirik lagu. 9. Perli. 10. Jenaka. Ada antaranya ini boleh naikkan engagement. Namun bukan semua dan ada juga yang menurunkan trust serta membuat orang lain menjauhkan diri dari anda. Hati-hati. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka nombor 10.

Perbuatan copy-paste walau dengan kredit kepada tuan penulis, akan berakhir dengan akaunnya dibuang oleh Facebook tanpa notis. Cukup dengan seorang dua yang report dan lengkap buktinya, maka habislah akaun kalian dengan begitu sahaja. Facebook telah sediakan butang share, maka lakukanlah dengan baik. Memang ya, 'copy-paste' content akan berikan reach kalian berganda. Jumlah share meningkat, komen dan like naik mencanak, namun salah tetap salah. Untuk bangunkan pengikut, tulis content. Bangunkan pengikut dengan gaya tersendiri. Tak perlu tergesa-gesa dengan buat perkara yang tidak betul. Saya tetap bantah. #khm

Sekiranya kita menulis 5 posting sehari, maka seminggu kita menghasilkan 35 posting, sebulan 150 posting dan setahun 1,825 posting. Sekiranya dari 1,825 posting itu, 30% darinya kita bangunkan posting iklan. 1,825 x 30% = 547.5 posting. 547.5 x RM350 jualan = RM191,625, setahun. Jika kalian dapat 30% dari jualan ini, maka: bersih kalian dapat ialah RM54,487.50 setahun. Bahagi 12 bulan, RM4,790.60 sebulan bersih kalian terima. Itu jika jualan hanya RM350 sahaja per posting. Bayangkanlah jerung-jerung online yang ramai follower itu berapa hasilnya walau sekali sahaja up posting jualan seminggu. Sebab itulah susun #posting supaya: 30% posting #content naikkan follower. 30% buat iklan. 40% naikkan engagement. Jika hanya buat salah satu dari perkara ini, kalian hilang 2 perkara. Kena buat 3-3 supaya kalian dapat apa yang kalian nak. Fokus, konsisten dan sabar. Tak buat, memang takkan menjadi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bina empayar sendiri weh!

Dari jam 10.00 pagi sampai 3.50 petang, siapa yang membeli 2 naskhah buku resipi #BrowniesPalingAgung dan #KekKampungPalingAgung, dapat kurier percuma! RM50 sahaja ya! Beli di sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/mondaysalekresipi https://bykhm.onpay.my/order/form/mondaysalekresipi https://bykhm.onpay.my/order/form/mondaysalekresipi

photo content

Di media sosial ini, kalau tak boleh menulis untuk beri impak positif, tulislah yang boleh beri ceria, bahagia dan senyum ketawa kepada yang lain. Itu pun sudah cukup bagus. Ia akan menambah #engagement dengan banyaknya #react dan komen. Dalam hal ini, jenis penulisan tersebut disebut sebagai “to entertain”.

Sekiranya kita menulis 5 posting sehari, maka seminggu kita menghasilkan 35 posting, sebulan 150 posting dan setahun 1,825 posting. Sekiranya dari 1,825 posting itu, 30% darinya kita bangunkan posting yang orang suka, yang orang apabila baca, dia boleh buat terus dan posting yang beri impak positif, lalu ianya berjaya dapat 100 orang pengikut (#follower) pada setiap 1 posting, maka: 1,825 x 30% = 547.5 posting. 547.5 x 100 follower = 54,750 pengikut kita dapat setahun. Asasnya ialah menulis dengan konsisten. Dapat 1-2 kali viral, ramai orang share, kemudian terus nak lompat ke 100,000 follower, akan jadikan kalian penat. Hanya bermain dengan #Content. Relaks dan seperti kata orang putih “go with the flow”. Susun semuanya dengan baik, akan dapat hasil yang baik juga. Fokus dengan apa yang kita dah pilih untuk naikkan posting, kemudian konsisten dan sabarlah melihat jumlah pengikut naik perlahan-lahan. Nak cepat-cepat, nak pergi mana kak oi. Lagi 70% posting, esok kita sembang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Fokus + Konsisten + Sabar = 200,000 follower setakat ini.

#Content yang menarik minat orang di media sosial ialah yang sentiasa mendidik, memberi ilmu serta ditulis dalam mood berkongsi bukannya mengajar-ajar. Perkataan yang sering digunakan dan otomatik jadi mengajar-ajar ialah: 1. Jangan. 2. Sebenarnya. 3. Sebetulnya. 4. Tetapi. Dan ada beberapa lagi. Perkataan ini biasanya jadi penegasan, memberi arahan, perintah dalam keadaan tak sedar dan ianya menjadikan pengikut serta sesiapa yang nak follow kita akan ragu-ragu serta tidak selesa. Tukar perkataan itu kepada yang lebih lembut dan tenang. Contoh: A. Janganlah beri anak bermain duit siling. Nanti tertelan kita juga yang susah. B. Sekiranya nampak anak kita bermain duit siling, ambil terus dan beritahu dia yang ia boleh jadi bahaya. 2 ayat ini ada perbezaan serius dalam memberitahu info. 1 dalam bentuk arahan, 1 lagi dalam bentuk makluman. Dan rata-rata ramai akan selesa dengan B. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak banyak perkataan, kena banyak juga membaca.

Gunakan #BahasaLelaki semasa menulis di media sosial. Ianya: 1. Firm, fokus kepada #subjek. 2. Tidak membebel, tidak meleret-leret dan tidak berulang ayat serta perkataan. 3. Menggunakan ayat ringkas, padat dan tepat. 4. Tidak berkias, tidak puitis, tidak bombastik hingga sukar untuk difahami. Sedikit-sedikit tak mengapa. 5. Biar hanya beberapa perenggan, namun #content tetap ada #fakta, menggunakan #emosi yang betul dan memberi impak positif kepada audien. Itu yang mustahak. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula hari ini, kita ubah!

Bagaimana #Facebook mengambil segala reaksi kita terhadap satu-satu posting? 1. Kesemua butang react yang dibina (haha, angry, wow, sad, like, love) adalah untuk diambil data terhadap apa yang kalian post juga apa yang audien suka. Kemudian, dari situ analisis terhadap posting kita dan apa yang audien suka diambil. 2. Dari situ, Facebook mengambil tahu kalian suka posting yang bagaimana. 3. Dikatakan ada lebih 160 juta posting dimuat naik pada setiap hari, posting yang ditekan butang “love” dan “haha” adalah lebih 40% sehari. Dua butang ini merupakan butang yang paling digemari oleh manusia yang bermain media sosial. 4. Sekiranya posting anda dapat meraih butang #haha dan #love pada setiap hari, dikatakan engagement anda naik sekitar 3% pada setiap 24 jam. 5. Manakala sekiranya anda dapat butang “angry” di post anda, maka engagement anda turun 3% dalam tempoh 24 jam. Dengan kata lain, setiap posting yang dimuat naik, jika dapat react yang tidak betul, maka ia akan mengganggu engagement untuk 24 jam tersebut. Bina posting yang orang suka, bangunkan #content, bukan hal kita syok sendiri. Marah, gelisah, benci, tolak tepi, tak perlu up di media sosial, kita akan rugi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Love. ❤️

Ada 5 perkara tentang penulisan #content di media sosial yang kalian perlu tahu: 1. Lebih 160 juta #posting dimuat naik dalam 1 hari, namun hanya sekitar 8% sahaja ditulis dengan mendapat share yang tinggi. 2. 8% itu datang dari posting to #educate, to #inspire dan to #inform. 3. Menulis di #Page sudah tidak banyak engagement berbanding di personal account. Namun ia boleh dijanakan berkali ganda dengan membayar ads. 4. Memuat naik video atau melakukan live video selama 5-10 minit 1 atau 2 kali seminggu akan menaikkan kepercayaan orang kepada kalian sebanyak 300%. 5. Sosial media hari ini ialah tentang #trust (percaya), #comfort (buat orang selesa) dan #loyal (kesetiaan orang terhadap posting). Untuk dapat 3-3 perkara ini, kalian wajib munculkan diri, menyusun posting kehidupan biasa dan wajar sentiasa berinteraksi dengan pengikut yang ada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis jom!

Ada tinggal 300 naskhah sahaja lagi. Sesiapa yang beli sekarang hingga sebelum jam 4.00 petang hari ini. Dapat #FreeKurier! RM25 sahaja! #RahsiaBapaViralKebangsaan khas untuk mereka yang nak belajar menulis di media sosial, buku ini memang wajib untuk kalian rujuk. Beli di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/rbvkmondaysale https://bykhm.onpay.my/order/form/rbvkmondaysale https://bykhm.onpay.my/order/form/rbvkmondaysale

photo content

#StrategiPosting 1. Kuantiti posting tidak akan menaikkan engagement sekiranya posting tersebut tiada content. 2. Jumlah posting sehari yang baik ialah sekitar 4 ke 6 sahaja. 3. 1 untuk #crowd, 1 untuk #RM dan 4 untuk #side itu sudah cukup bagus. 4. Quote dan ucapan merupakan bukan #content. 5. Masa yang sesuai ialah sekitar 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja. 6. Fokus, konsisten muat naik satu-satu jenis content yang dipilih dan buat susunan yang betul mengikut masa akan jadikan pengikut ternanti-nanti posting seterusnya. 7. Setiap satu fakta mesti diserikan dengan emosi yang kuat. 8. Elakkan memberi pandangan tanpa guna fakta sebenar, di media sosial pandangan kita semata-mata tak penting. Begitulah Khairul Hakimin Muhammad, Target 10,000 pengikut March ini kawan-kawan!

Ikutkan #MasterclassContent hari rabu ini (20hb) dah penuh. Namun kami buka lagi 4 tempat. Kelas di Bandar Baru Bangi, 10 pagi hingga 3.00 petang. RM359/pax. Hubungi +60 19 350 5175 ya.

photo content