uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi 👉 Belgini ko‘rmoqchi bo‘lsangiz, obuna bo‘ling

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Kanalga Telegram’da o‘tish

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
1 843
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-57 kun
-1430 kun
Postlar arxiv
MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT bukan sekadar sebuah program, tetapi merupakan titik permulaan kepada satu gerakan kesedaran rakyat untuk memahami, menghayati dan mempertahankan asas kenegaraan Malaysia. Dalam Forum Perdana “Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu”, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan menegaskan bahawa sistem pemerintahan beraja di negara ini masih tetap relevan dan semangat menjunjung daulat mesti terus diperkasakan. Beliau turut menyatakan sokongan penuh agar gerakan yang dimulakan oleh Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat di Masjid Bandar Saujana Putra ini diperluaskan ke seluruh negara bagi membangkitkan kesedaran dan penglibatan rakyat, khususnya orang Melayu Islam, dalam memahami Perlembagaan Persekutuan serta menghayati sistem Raja Berperlembagaan dengan lebih mendalam. “Kita tidak ada masa lagi untuk beretorik atau mempersoalkan perkara-perkara yang telah jelas dalam Perlembagaan. Sebaliknya, usaha kesedaran dan penglibatan rakyat perlu digerakkan di seluruh negara.” — Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan Semoga seruan ini menjadi pencetus kepada lahirnya sebuah gerakan rakyat yang terus menjunjung institusi Raja, memelihara kedaulatan negara dan memperkukuhkan perpaduan demi masa depan Malaysia. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #DaulatTuanku

Repost from Media ACF
KITA BUKAN BANGSA YANG KECIL Pernah suatu ketika dahulu, dunia datang ke Nusantara bukan sekadar untuk berdagang, tetapi untuk mengenali sebuah tamadun yang disegani. Kita memiliki warisan ilmu, kepimpinan, ekonomi, undang-undang dan akhlak yang pernah menjadi contoh kepada dunia. Namun hari ini, mengapa begitu ramai daripada kita lebih mengenali sejarah bangsa lain berbanding sejarah sendiri? Mungkin sudah tiba masanya kita kembali menggali akar peradaban, agar kita tidak kehilangan jati diri dalam menghadapi perubahan dunia yang semakin pantas. Bangkit bukan dengan kenangan, tetapi dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran. Jika kita ingin memahami siapa kita, dari mana datangnya kekuatan peradaban Nusantara, serta bagaimana sejarah boleh menjadi panduan menghadapi cabaran masa depan, sertailah Seminar Bangkit Peradaban Timur. Bersama barisan panel yang akan mengupas sejarah, geopolitik, pembangunan insan dan kebangkitan peradaban dari perspektif yang lebih luas dan mendalam. 📍 Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur 📅 21 Jun 2026 (Ahad) ⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang 🔗 Daftar sekarang : https://nuranirelief.onpay.my/order/form/sumbanganbangkit Tempat adalah terhad. #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #PerangPeralihanDunia #BangkitPeradabanTimur

Repost from Media ACF
KITA BUKAN BANGSA YANG KECIL Pernah suatu ketika dahulu, dunia datang ke Nusantara bukan sekadar untuk berdagang, tetapi untuk mengenali sebuah tamadun yang disegani. Kita memiliki warisan ilmu, kepimpinan, ekonomi, undang-undang dan akhlak yang pernah menjadi contoh kepada dunia. Namun hari ini, mengapa begitu ramai daripada kita lebih mengenali sejarah bangsa lain berbanding sejarah sendiri? Mungkin sudah tiba masanya kita kembali menggali akar peradaban, agar kita tidak kehilangan jati diri dalam menghadapi perubahan dunia yang semakin pantas. Bangkit bukan dengan kenangan, tetapi dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran. Jika kita ingin memahami siapa kita, dari mana datangnya kekuatan peradaban Nusantara, serta bagaimana sejarah boleh menjadi panduan menghadapi cabaran masa depan, sertailah Seminar Bangkit Peradaban Timur. Bersama barisan panel yang akan mengupas sejarah, geopolitik, pembangunan insan dan kebangkitan peradaban dari perspektif yang lebih luas dan mendalam. 📍 Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur 📅 21 Jun 2026 (Ahad) ⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang 🔗 Daftar sekarang : https://nuranirelief.onpay.my/order/ Tempat adalah terhad. #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #PerangPeralihanDunia #BangkitPeradabanTimur

Repost from Media ACF
photo content

KENYATAAN SEKRETARIAT MUAFAKAT JELATA MENJUNJUNG DAULAT (MJMD) Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), yang sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Bukit Bintang Berselawat (BBB 3.0), merakamkan rasa syukur dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kelulusan khas pelaksanaan Solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang. Perkembangan ini merupakan satu berita yang amat menggembirakan buat umat Islam, khususnya mereka yang berada di sekitar kawasan Bukit Bintang. Kemudahan untuk menunaikan Solat Jumaat di lokasi yang strategik ini bukan sahaja memudahkan urusan ibadah para pekerja, peniaga dan pengunjung, malah memperkukuhkan syiar Islam di tengah-tengah nadi ibu kota. Ketika penganjuran Bukit Bintang Berselawat 3.0 sebelum ini, kami menyaksikan sendiri sambutan dan kehadiran masyarakat yang dahagakan pengisian kerohanian serta ruang-ruang yang mendekatkan mereka kepada Allah SWT. Justeru, kelulusan ini dilihat sebagai satu langkah yang sangat bermakna dalam usaha mengimarahkan kawasan Bukit Bintang dengan aktiviti ibadah, dakwah dan pembangunan ummah. Kami turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini, khususnya pihak berkuasa agama dan agensi-agensi berkaitan yang telah memainkan peranan penting sehingga hasrat tersebut dapat direalisasikan. Semoga Outreach Oasis Bukit Bintang terus berkembang sebagai pusat dakwah, kebajikan dan pengimarahan Islam yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat serta menjadi mercu tanda syiar Islam yang menyatukan umat di tengah-tengah ibu kota. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) (Dahulunya Sekretariat Bukit Bintang Berselawat 3.0) Bacaan artikel penuh di sini : https://alhijrahnews.com/solat-jumaat-di-bukit-bintang-mulai-hari-ini/ #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

BACAAN GURINDAM DUA BELAS MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Antara pengisian yang mencuri perhatian pada Malam Berselawat Menjunjung Daulat ialah persembahan Bacaan Gurindam Dua Belas, sebuah karya agung warisan Melayu Islam hasil nukilan Raja Ali Haji. Bacaan ini mengangkat nilai adab, ilmu, kepimpinan, tanggungjawab serta hubungan manusia dengan Allah SWT yang menjadi teras pembinaan sebuah masyarakat berakhlak dan berperadaban. Melalui alunan yang penuh penghayatan, para hadirin dibawa menghayati mutiara nasihat yang kekal relevan merentasi zaman, sekali gus mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah bangsa bukan hanya terletak pada kemajuan material, tetapi juga pada keluhuran budi, adab dan pegangan agama. Semoga khazanah warisan bangsa ini terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang sebagai panduan membentuk insan yang berilmu, berakhlak serta cintakan agama, bangsa dan negara. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimu

MUNAJAT MENJUNJUNG DAULAT Dalam suasana penuh khusyuk, para hadirin bersama-sama mengaminkan doa yang dipimpin oleh Imam Masjid Bandar Saujana Putra. Selaras dengan semangat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat, doa dipanjatkan memohon keberkatan dan perlindungan Allah SWT ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta seluruh kerabat diraja. Turut dipohon agar Negeri Selangor dan seluruh rakyat sentiasa dikurniakan keamanan, kesejahteraan, kemakmuran serta perpaduan yang berkekalan di bawah naungan Baginda. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA MAJLIS PERASMIAN MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Alhamdulillah, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada seluruh hadirin yang telah hadir memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Kehadiran anda semua menjadi lambang kecintaan kepada Rasulullah SAW serta manifestasi kesetiaan kepada Raja, agama dan negara. Semoga himpunan penuh keberkatan ini terus menyuburkan semangat muafakat, memperkukuh jati diri dan memperteguh peradaban ummah. "...Sebab itulah Duli Yang Maha Mulia Sultan sentiasa menyeru agar kita memperkukuhkan perpaduan dan memelihara keharmonian dalam kalangan umat Islam. Seruan ini wajar kita sambut dengan penuh rasa tanggungjawab. Sekiranya wujud sebarang perselisihan atau perbezaan pandangan sesama kita, janganlah ia diperbesarkan di khalayak ramai sehingga mengundang perpecahan dan membuka ruang kepada pihak lain mengambil kesempatan. Sebaliknya, marilah kita menyelesaikan setiap permasalahan melalui musyawarah, dengan hikmah, adab dan semangat ukhuwah Islamiah. Islam mengajar kita bahawa setiap perselisihan hendaklah diselesaikan dengan kebijaksanaan, saling menghormati dan mengutamakan maslahat ummah. Jika semangat ini dapat kita hayati, insya-Allah umat Islam akan terus teguh, bersatu dan dihormati..." Petikan Ucapan Rasmi, YB Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tetamu Kehormat dan Perasmi Malam Berselawat Menjunjung Daulat 17 Jun 2026 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA AKTIVITI DI BOOTH NR THERAPY CENTRE MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Sempena program Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang berlangsung di Masjid Bandar Saujana Putra, tim NR Therapy Centre telah membuka booth bagi memperkenalkan pendekatan kesihatan holistik yang menggabungkan warisan Perubatan Melayu tradisional dengan teknologi moden. Booth ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung yang hadir bersama keluarga dan sahabat untuk memeriahkan program. Selain menikmati suasana yang dipenuhi gema selawat serta semangat muafakat, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan penjagaan kesihatan emosi, fizikal, mental dan spiritual. Antara aktiviti dan tawaran yang disediakan oleh NR Therapy Centre ialah: • Saringan EEG Percuma – Pengunjung berpeluang melihat aktiviti gelombang otak masing-masing secara langsung. • Diskaun Terapi Bunyi NR dengan pembelian produk NR. • Urutan Wajah Percuma bagi mereka yang melanggan Terapi Bunyi semasa program berlangsung. • Konsultasi Kesihatan Percuma serta pelbagai tawaran pakej rawatan yang berbaloi. Booth ini turut memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat kaedah rawatan dan terapi yang ditawarkan dalam usaha membantu meningkatkan kesejahteraan diri secara menyeluruh. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah, bertanya dan mendapatkan maklumat di booth NR Therapy Centre. Semoga usaha memperkasakan kesedaran kesihatan secara holistik ini memberi manfaat kepada masyarakat dan menyumbang ke arah pembentukan komuniti yang sihat, sejahtera dan berdaya tahan. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA BOOTH PAMERAN MAKANAN BUDAYA – LALUAN SUTERA Booth Makanan Budaya Laluan Sutera menampilkan infografik dan bahan pameran yang menarik berkaitan kepelbagaian hidangan tradisi dunia hasil pertembungan budaya sepanjang laluan perdagangan bersejarah tersebut. Melalui paparan visual dan bahan maklumat yang disediakan, pengunjung dapat menelusuri bagaimana makanan bukan sekadar keperluan harian, tetapi menjadi simbol interaksi tamadun, pertukaran idea serta penyatuan budaya antara masyarakat dunia. Pameran ini memberi fokus kepada budaya Cina dan India, dua komponen penting dalam kepelbagaian masyarakat di Malaysia. Ia turut memperlihatkan bagaimana unsur budaya tempatan diserap dan diadaptasi dalam kehidupan masyarakat Islam di pelbagai negara, termasuk contoh Kaum Hui di China yang menunjukkan wujudnya integrasi antara identiti Islam dan budaya setempat dalam bentuk yang harmoni. Keseluruhannya, pameran ini membuktikan bahawa Islam hadir dalam ruang yang luas dan inklusif, hidup secara fleksibel, harmoni dan menyantuni kepelbagaian budaya, tanpa menghilangkan prinsip asas akidah dan nilai yang membentuk jati diri umat. ✨ Citarasa Warisan Budaya #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA PERTANDINGAN KHAT MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Tahniah kepada semua pemenang! 👏 Kreatif dan berbakat sungguh adik-adik yang menyertai Pertandingan Khat sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Setiap hasil karya yang dihasilkan mempunyai keunikan dan keindahan tersendiri. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mendalami seni khat sebagai warisan ilmu, seni dan khazanah peradaban Islam. Buat adik-adik yang belum mendapat tempat, jangan kecewa ya 😊 Kemenangan bukan hanya milik mereka yang menerima hadiah, tetapi juga milik mereka yang berani mencuba, berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Yang belum menang hari ini bukan bermakna kalah, sebaliknya sedang mengumpul pengalaman dan mempersiapkan diri untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Teruskan belajar, berkarya dan mengasah bakat yang ada. Setiap usaha yang dilakukan pasti mempunyai nilainya. Insya Allah, dengan kesungguhan dan doa, adik-adik semua mampu pergi lebih jauh. Terima kasih kepada semua peserta yang telah memeriahkan pertandingan ini. Anda semua memang hebat dan membanggakan! 🌹 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Siapa kata anak-anak Generasi Alpha hanya kenal gajet dan media sosial? 😊 Rukun Negara Malaysia sebagai asas pembinaan jati diri rakyat wajar diperkenalkan, difahami dan dihayati oleh anak-anak kita. Sinergi nilai kerohanian, adab dan mahabbah mampu menyemai rasa kasih kepada agama, Raja dan tanah air. Mereka inilah bakal pewaris negara yang akan mencorakkan masa depan bangsa dan tanah air. Justeru, nilai jati diri, adab dan semangat cintakan negara perlu dipupuk sejak usia muda. Jom ‘terjah’ anak-anak Generasi Alpha kita dan lihat sendiri jawapan spontan mereka apabila diminta menyebut 5 Prinsip Rukun Negara! 😊 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA KEHADIRAN PENGUNJUNG Lensa kali ini merakam kehadiran para pengunjung yang hadir bersama keluarga, sahabat handai dan sanak saudara dengan satu tujuan yang sama iaitu menyatakan cinta kepada Rasulullah SAW serta mengukuhkan semangat muafakat dalam masyarakat. Suasana yang terzahir sepanjang program mencerminkan perpaduan yang berakar pada nilai agama, adab dan jati diri bangsa. Dalam suasana penuh harmoni, rakyat berhimpun dalam kasih sayang, hormat-menghormati dan kebersamaan, sambil menjunjung institusi negara sebagai simbol penyatuan yang diwarisi turun-temurun. Semoga momen indah ini menjadi peringatan bahawa kekuatan umat bermula apabila kita kembali kepada akar jati diri yang berteraskan iman, akhlak dan nilai-nilai murni yang membina sebuah peradaban yang bermaruah. Junjung daulat, jelata muafakat, Gema selawat membawa berkat, Kasih Rasul menyatu umat, Bina peradaban penuh martabat. Bumi bertuah tanah pusaka, Warisan bangsa sepanjang masa, Raja dan rakyat saling setia, Payung negara kekal terpelihara. Adat dijunjung budaya dipelihara, Akar peradaban jangan dilupa, Muafakat teguh penyeri negara, Harmoni hidup seluruh jelata. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Semoga ukhuwah yang terjalin dan semangat yang disemarakkan terus mekar demi agama, bangsa dan negara. Insya Allah, lain hari bersua kembali🌹 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur