Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Открыть в Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
БольшеСтрана не указанаКатегория не указана
1 858
Подписчики
+124 часа
+387 дней
+5830 день
Архив постов
Repost from tvsufi.com
BUKIT BINTANG BERSELAWAT
Kerana rindu kita hadir kembali untuk bersama dengan Bukit Bintang Berselawat (BBB) 3.0
Bermula dari BBB 1.0 dan BBB 2.0, dengan maksud dan tujuan yang jelas.
Muhammad For All.
Hiburan yang beradat.
Budaya yang kembali diangkat.
Jiwa yang kembali mengenal Rasulullah SAW.
Jom hadir bersama, save the date!
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#BukitBintangBerselawat
BBB 1.0
27.09.2023
bermula dengan satu langkah kecil.
BBB 2.0
15.09.2024
menghimpunkan lebih ramai jiwa
di tengah hiruk-pikuk kota.
Dan perjalanan ini…
akan bersambung di BBB 3.0.
16.05.2026
Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Daripada langkah kecil,
kita teruskan gelombang selawat ini bersama.
Sebarkan.
Ajak keluarga, sahabat dan insan tersayang hadir bersama.
Jumpa anda di Bukit Bintang Berselawat 3.0 ✨
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
Di tengah hiruk-pikuk kota,
kita hadir membawa kasih sayang, selawat dan budaya yang diangkat dengan adab.
16 Mei 2026 • Sabtu
Bukit Bintang, Kuala Lumpur
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
Repost from tvsufi.com
Pelancong Roman Traves berkongsi pandangan peribadi beliau dengan Festival yang berlangsung baru-baru ini di Bukit Bintang.
Didalam video ini juga turut kami kongsikan sedikit sedutan respon dari pelbagai bangsa dan agama semasa penganjuran BBB 1.0 dan BBB 2.0 yang lepas.
Moga-moga dengan Bukit Bintang Berselawat 3.0 pada 16 Mei 2026 ini nanti terus akan membawa maksud dan nilai yang sama kena dengan tema Muhammad For All.
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
“Muhammad For All” 🤍
Ramai di luar sana mungkin belum mengenali siapa Nabi Muhammad ﷺ sebenarnya…
Namun melalui risalah ringkas ini, semoga lebih ramai dapat melihat indahnya akhlak, kasih sayang dan rahmat yang dibawa Baginda untuk seluruh manusia.
Klik dan baca pamphlet ini.
Sebarkan juga kepada keluarga dan sahabat ❤️
——
“Muhammad For All” 🤍
Many people may not truly know who Prophet Muhammad ﷺ is…
Through this simple pamphlet, may more hearts discover the beauty, mercy, and compassion he brought to humanity.
Click to read the pamphlet.
Share it with your family and friends ❤️
Kredit kepada sumber-sumber.
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
Terima kasih tuan yang budiman 🤍
BBB 3.0 dibawakan untuk semua. Selain alunan selawat, kami juga ingin mengetengahkan nilai kebudayaan, seni dan warisan yang boleh diraikan bersama oleh pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat.
Moga ia menjadi ruang yang menyatukan hati, menyebarkan kasih sayang serta membawa aura kebaikan untuk semua.
Terima kasih Malaysia ❤️
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
https://www.facebook.com/share/1Cg9tJhcCJ/?mibextid=wwXIfr
Jom sama-sama jadi asbab suasana media sosial yang lebih indah.
Mari penuhkan ruangan komen platform tersebut dengan aura kasih sayang, adab & selawat 🤍
Demi Cinta…
dan rasa yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Momen BBB 1.0 dan 2.0 ini masih segar di ingatan kami. Dan inilah suasana yang ramai mahu ia dihidupkan semula.
Di tengah budaya hedonisme yang semakin menenggelamkan nilai dan maruah manusia,
BBB 3.0 mahu hadir membawa sebuah naratif berbeza…
hiburan yang beradat,
budaya yang diangkat,
dan jiwa yang kembali mengenal cinta Rasulullah ﷺ
Agar Bukit Bintang bukan hanya dipenuhi hiburan,
tetapi juga dipenuhi selawat,
akhlak dan kasih sayang sesama manusia.
Mungkinkah ia bakal terealisasi?
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
Lagi 9 hari menuju Bukit Bintang Berselawat 3.0
Sedia?
🎬 MV rasmi BBB 3.0 akan dilancarkan sebentar lagi…
🔥 Bila ia dilancarkan nanti,
ayuh kita sama-sama sebarkan dan hidupkan gelombang ini.
“Muhammad For All”
“Islam For All”
“Hiburan Beradat”
“Budaya Diangkat”
Mereka mungkin tidak memahami bait selawat…
tetapi mereka dapat merasai kedamaian, kasih sayang dan keindahan yang terpancar 🤍
Inilah suasana yang pernah hidup di Bukit Bintang Berselawat yang lalu…
Saat jalan yang biasanya dipenuhi kesibukan dunia…
bertukar menjadi ruang mengingati Nabi Muhammad ﷺ
Kadang-kadang…
akhlak, cinta dan suasana itu sendiri sudah cukup menjadi dakwah…
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
Ini antara momen yang kami terima sewaktu BBB 2.0 dahulu dan ia mengajar kami satu perkara besar.
Pada awalnya, pakcik ini mempunyai persepsi yang sangat negatif terhadap Nabi Muhammad ﷺ.
Namun…
apabila dijelaskan tentang kasih sayang Baginda, akhlak Baginda, dan bagaimana Rasulullah ﷺ sangat mencintai manusia tanpa mengira bangsa dan latar belakang…
air matanya mengalir.
Dia mula bertanya.
Dia mahu tahu lagi.
Di situlah kami sedar…
Kadang-kadang,
manusia bukan membenci Islam.
Mereka cuma belum pernah benar-benar mengenali Rasulullah ﷺ.
Sebab itu BBB bukan sekadar program.
Ia adalah ruang memperkenalkan cinta, rahmat, dan akhlak Nabi Muhammad ﷺ kepada masyarakat.
Mungkin…
masih ramai lagi di luar sana yang sedang menunggu untuk dikenalkan kepada Baginda.
🤍
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
Bayangkan…
Di tengah hiruk-pikuk Bukit Bintang,
ada manusia berselawat.
Ada yang mengajak dengan lembut.
Ada yang mendengar dengan tenang.
Ada yang mungkin baru pertama kali melihat indahnya Islam.
Mungkin…
inilah cara hati disentuh,
tanpa dipaksa.
Mungkinkah bakal terealisasi?
🤍
#BukitBintangBerselawat
#IslamForAll
#MuhammadForAll
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#TanyaJawabBBB
🤌🏻Ada apa-apa boleh ditolong atau nak turut sama membantu?
Bantu kami dengan sokongan anda ❤️
Sebarkan hashtag ini dan gunakan dalam konten kalian :
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
📍 Pin location : Bukit Bintang
Dan jangan lupa hadir beramai-ramai pada 16 Mei ini.
Mungkin dengan satu posting daripada kita, menjadi asbab cahaya gelombang selawat ini sampai kepada lebih ramai hati 🤍
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
🚨 POSTER RASMI BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 🚨
Akhirnya yang dinanti tiba ✨
Inilah poster rasmi Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Satu gelombang yang menghimpunkan masyarakat di tengah kota… membawa selawat, budaya, warisan dan cinta kepada Rasulullah ﷺ dalam suasana yang penuh hikmah dan adab.
📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur
🗓 16 Mei 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 malam – 10.30 malam
Antara pengisian :
• Perarakan Selawat
• Sajak Warisan Jiwa
• Lagu Patriotik
• Persembahan Budaya & Tari Silat
• Zikir, Selawat & Doa
Kita angkat :
✨ Hiburan Beradat
✨ Budaya Diangkat
✨ Muhammad For All
✨ Islam For All
Ayuh hadir bersama keluarga, sahabat dan komuniti ❤️
Mari hidupkan malam kota dengan selawat.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
JEMPUTAN MEDIA & RAKAN STRATEGIK
BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0
“HIBURAN BERADAT, BUDAYA DIANGKAT”
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pihak Sekretariat Bukit Bintang Berselawat 3.0 dengan penuh hormat ingin menjemput pihak media, stesen radio, rakan industri, penggiat seni serta rakan strategik untuk bersama-sama menyokong dan memeriahkan penganjuran Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Program ini membawa sebuah naratif masyarakat yang positif melalui tema:
“Hiburan Beradat, Budaya Diangkat”
dengan mengetengahkan pendekatan yang menyatukan elemen selawat, budaya, seni dan nilai kemasyarakatan dalam suasana yang harmoni serta penuh adab.
Bukit Bintang Berselawat 3.0 turut membawa mesej besar:
“Muhammad For All”
“Islam For All”
sebagai simbol kasih sayang, perpaduan dan kesejahteraan yang bersifat menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat.
Sehubungan itu, pihak kami amat mengalu-alukan sokongan dan kerjasama pihak media dalam membantu menyebarkan hebahan, liputan serta kesedaran masyarakat terhadap inisiatif ini.
Segala bentuk sokongan, kolaborasi dan penyertaan amat dihargai dalam menjayakan usaha memperkasakan budaya, nilai dan keharmonian masyarakat melalui pendekatan yang positif dan berimpak.
Sekian, terima kasih.
SEKRETARIAT
BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TanyaJawabBBB
📍 Flow pergerakan macam mana?
Segala laluan masuk, keluar serta susunan kawasan sedang dalam proses penyelarasan oleh pihak pengurusan.
📢 Maklumat rasmi akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui platform rasmi BBB.
✨ Mohon hadir dengan sabar, tertib dan memberi kerjasama sepanjang program berlangsung.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
#TanyaJawabBBB
🌧️ Kalau hujan macam mana?
Program berjalan seperti biasa, tertakluk kepada keadaan semasa.
☔ Disarankan membawa payung atau raincoat
👟 Pakai kasut yang sesuai & selesa
📍 Ikuti arahan serta pengumuman semasa di lokasi
Hujan bukan penghalang, selawat tetap berjalan dengan penuh adab 🤍
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
#TanyaJawabBBB
🕌 Nak solat Isyak macam mana?
Digalakkan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu di Masjid Asy-Syakirin KLCC atau surau berdekatan sebelum bergerak ke lokasi program.
✨ Didahulukan yang wajib, diperindahkan dengan selawat.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
Уже доступно! Исследование Telegram 2025 — ключевые инсайты года 
