uk
Feedback
YY COMMUNITY CHANNEL

YY COMMUNITY CHANNEL

Відкрити в Telegram

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу YY COMMUNITY CHANNEL

Канал YY COMMUNITY CHANNEL (@yycommunity) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 32 380 підписників, посідаючи 217 місце в категорії Юриспруденція та 1 035 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 32 380 підписників.

За останніми даними від 31 липня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -365, а за останні 24 години на -19, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 19.92%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 0 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Опис каналу не надано.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 01 серпня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Юриспруденція.

32 380
Підписники
-1924 години
-807 днів
-36530 день
Архів дописів
Ingat lagi rakaman CCTV IPD Kubang Pasu belanja dadah? Ingat bagaimana Mohd Afif, Miss Sarina dan Mohd Ikhwan ditahan seminggu sebelum umat Islam sambut Aidilfitri? Betapa pantas Polis bertindak tahan tiga individu sebaik saja rakaman CCTV tular. DPP kononnya mahu membuka semula kes DNAA sebelum ini. Tidak sampai 6 bulan, pihak Peguam Negara memanggil segera Mohd Afif, Sarina dan Mohd Ikhwan selepas terima representasi peguam Ammar. InsyaAllah 4 Ogos 2026, Miss Sarina dan suami Mohd Afif akan kembali kepada anak mereka. OCPD Kubang Pasu padam kenyataan media, Polis tarik semula kes, DPP risau sebab sudah makan sikit sorang. Sorry Polis kalah lagi. 😎✅🇲🇾

Salam To All, Lima tahun YYCC beroperasi hasil sumbangan di kalangan family members komuniti. Ramai family members YYCC "pont
Salam To All, Lima tahun YYCC beroperasi hasil sumbangan di kalangan family members komuniti. Ramai family members YYCC "ponteng" infaq setiap bulan untuk operasi YYCC di mana perkara ini berlaku selama 5 tahun tanpa kita sedar. Betul ke ramai lari? AFFIN BANK 105040052803 KELAB KOMUNITI REF: SABUN

"ADA PRIMA FACIE" - MAJISTRET Tempoh hari ramai bertanya tentang keputusan bagi kes pertuduhan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya yang mana keputusan akhir bicara awal tempoh hari Mahkamah mendapati terdapat "Prima Facie" di mana OKT dipanggil untuk membela diri. Keputusan bicara awal yang dibacakan Majistret tempoh hari membuat semua pihak tergamam. Peguam seakan tidak percaya, manakala DPP seperti tidak percaya kerana berdasarkan keterangan dan fakta kes daripada saksi yang ditampilkan pihak DPP. Kita jangka OKT tidak dipanggil untuk membela diri tetapi sebaliknya berlaku. Majistret naik membacakan keputusan awal tidak sampai 2 minit di mana isu posting di FB OKT pula yg dipertikaikan oleh Majistret berbanding dari fakta kes yang dibicarakan. Malah OKT diberikan amaran keras untuk tidak menulis apa sahaja isu mengenai kes yang dibicarakan di mana Majistret siap menakutkan OKT boleh kena "comptent Of court" jika terus menulis mengenai kes. OKT memilih untuk memberi keterangan bersumpah dalam kandang dan membuktikan IO buat laporan tangkapan palsu ke atas OKT. Ringkasnya, at first sight kes Seksyen 15(1) ADB terdapat prima facie berdasarkan dari bicara awal pada pandangan seorang Majistret. Begitulah cerita apabila hidup dalam sistem yang sedang dimanipulasi

The D Day Hari ini adalah hari Keputusan Akhir pertuduhan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya di mana Aku didakwa telah memasukkan dadah ke dalam badan. Selain itu, hari ini juga adalah sambungan prosiding untuk kes Seksyen 403 KK di mana Aku dituduh salah guna yuran guaman milik seorang wanita sebanyak RM67,000. Hari ini pihak Pembelaan akan soal balas ke atas saksi Hafiz Norkhan, Peguam tersohor. Jadi untuk yang berdekatan dan kelapangan jika rasa nak tengok bagaimana Peguam kena grill dengan Peguam. Boleh hadir jam 10:30 pagi ini di Mahkamah Majistret 2, KL. YYCC masih lagi beroperasi seperti biasa di mana telah masuk lima tahun tertubuh. Justeru, kos operasi YYCC masih bergantung kepada sumbangan Family Members YYCC.
AFFIN BANK 105040052803 KELAB KOMUNITI REF: INFAQ JULAI

1 Julai 2026 Susun semula gerak kerja di YYCC dengan pengambilan dua kakitangan pengurusan pejabat untuk memastikan gerak kerja di YYCC berjalan dengan lancar walaupun YY tiada. Dua kakitangan tetap YYCC akan bertugas waktu pejabat dan menguruskan segala hal ehwal berkaitan aduan serta memantau setiap pembelian merchandiser YYCC. Untuk yang buat tempahan Thumblr YYCC dan T-Shirt anda akan menerima barang yang dibeli pada pertengahan Julai nanti. Terima kasih kerana bersabar dan menjadi penyokong kuat YYCC.

SELESAI BAYAR AHLONG MASIH GANGGU! Tiga minggu lalu terima satu aduan daripada seorang Guru berbangsa Cina dari Pantai Timur yang mengadu tetap diganggu walaupun selesai membayar hutang kepada syarikat pinjaman wang. Ini antara tindakan pemberi pinjam wang untuk penjawat awam. Tindakan ini adalah untuk memastikan mangsa terus membayar walaupun telah lebih membayar. Jika anda berdepan situasi ini atau saudara anda terjerat Ahlong. Jangan tunggu dan tangguh. Segera hubungi YYCC kerana tiada kos buka fail bagi Family Members YYCC.
Infaq Jumaat: AFFIN BANK 105040052803 KELAB KOMUNITI REF: INFAQ JUMAAT

"YYCC SIAPA?" Soal Coach Fadzil. Kelmarin saya kongsi laporan Polis berkaitan Raudhah City sebuah perkampungan Islam berkonsep pertanian dilancar oleh Coach Fadzil Hashim. Di mana pembeli ditawarkan unit resort secara sewa beli dengan konsep "Eco Resort". Merujuk kepada perancangan tapak projek Raudhah City di Serendah, Selangor sediakan 257 unit resort dengan 158 unit chalet dan 99 unit Villa. Pembeli ditawarkan tiga jenis resort impian - CF Signature Semi D berharga RM92,000, The Great Escape RM172,000 dan Serendah Signature pada harga RM345,000. Para pembeli Raudhah City dikumpulkan dalam Telegram dan urusan jual beli di antara pembeli dan pihak Raudhah City melalui Telegram sahaja. Malah surat perjanjian antara pembeli dan penjual langsung tidak dimeterai di mana para pembeli menerima perjanjian atas talian semata-mata. Ketika pengadu datang YYCC Aku menghubungi pihak dari Raudhah City di mana mereka mengakui dalam proses bayar semula kerugian dialami para pembeli. Selain turut berjanji akan call pengadu pada hari Isnin tapi Aku tahu pihak Raudhah City berbohong dan "buying time" kerana lama kelamaan orang kita akan pasrah dan putus asa untuk menuntut semula kerugian mereka. Begini cara modus operandi Scammer bertopeng agama. Coach Fadzil ada tanya siapa YYCC, mungkin lupa bahawa YYCC antara yang membantu promosi Malakat Mall suatu ketika dulu. Fadzil, Kamu hanya perlu selesaikan kerugian dialami Pengadu ini sahaja. Jangan sombong!

Salam Maal Hijrah 1448H Awal baharu, semangat baru Hijrah menuju kebaikan dan membina diri dan ummah yang lebih bermakna. Sel
Salam Maal Hijrah 1448H Awal baharu, semangat baru Hijrah menuju kebaikan dan membina diri dan ummah yang lebih bermakna. Selamat bercuti sempena Maal Hijrah.

Tony singgah YYCC Semalam Brother Tony singgah YYCC centre merujuk kes satu pengadu diuruskan oleh YYCC sebelum ini. Tony memaklumkan pengadu tersebut bertemu beliau sebaik sahaja YYCC tarik diri daripada menguruskan kes pengadu. Selain merujuk permasalahan pengadu, Tony turut minta jasa baik YYCC untuk memulangkan bayaran yang dibuat pengadu susulan pengadu di hospital.

MAJLIS PEMBUKAAN TGCS DI YAP KWAN SENG! YYCC hadir pembukaan Pusat Operasi Tony Group Consultant & Services di Jalan Yap Kwan Seng semalam. Tony antara individu yang ramai kenal dalam industri kewangan di kalangan Pemberi Pinjaman Berlesen. Terima kasih di atas jemputan di mana YYCC hadir sebagai Rakan Strategik selain tanda sokongan di atas pembukaan pejabat beliau. Syabas buat Brother Faiz Tony dan seluruh pasukan. TGCS. Adioss..!

SUNDAY is a FUN DAY‼️ Esok semua akan kembali kerja setelah habis bercuti. Anak-anak kembali ke sekolah dan jalanraya mulai sesak. Begitulah kehidupan setiap dari kita di mana mengulangi rutin sama sehingga ke hari tua. Untuk infaq bagi kos operasi nombor akaun bank YYCC rasmi tidak berubah masih lagi: AFFIN BANK 105040052803 KELAB KOMUNITI REF: MEI-RM50

ULANGAN VC: TERKORBAN Rakaman VC malam tadi yang bermula agak lewat tapi disertai 1,000 participants. Semoga bermanfaat.

VC: KENA KORBAN LAGI? TIME: 10:30 MALAM TONIGHT ✔️Bakal Haji tidak kena paksa suntik? ✔️Rakyat mula sedar penipuan disampaikan melalui berita jam 8:00 malam? ✔️Imej & reputasi Polis bahan jenaka, rakyat baru bangun dari lamunan? ✔️Siapa akan terkorban dalam perang teknologi AI? Apa sahaja berlaku, ia ATURAN dari ALLAH SWT. Jumpa malam nanti.

SIAPA Request nyanyi live dalam VC?

HOT: "ARE YOU HOMOSEXUAL OR BISEXUAL?" Semalam saya sentuh tentang kesukaran PMX untuk menjawab YES or NO bagi soalan mengenai orientasi seks beliau semasa ditemubual oleh BFM Radio 13 tahun lalu. Tengok betapa sukar PMX nak jawab, sehingga salah Utusan Malaysia dan UMNO mengenai soalan wartawan BFM. Atas permintaan ramai saya pendek video ini. Siap sengih reporter. This is your PMX! 🤣🤣🤣🤣

CHAK‼️ Ramai tanya, "YY tiada VC ke sekarang?" Maaf, kurang kemaskini isu-isu semasa semenjak dua minggu lalu kerana sibuk menguruskan kes-kes Ahlong dan kes yang diadukan kepada YYCC. Jadi, malam ini kita VC Special jam 10:00 malam ini. SUNDAY NIGHT LIVE VC‼️ ISU-ISU SEMASA 10:00 PM Telegram Channel YYCC

NOTIS RASMI Adalah dimaklumkan penama Muhammad Izwan A Samad dikenali (Coach Izwan) No.KP: 900215-01-5361 tidak lagi mewakili
NOTIS RASMI Adalah dimaklumkan penama Muhammad Izwan A Samad dikenali (Coach Izwan) No.KP: 900215-01-5361 tidak lagi mewakili YYCC untuk urusan kes Ceti Haram atau Ahlong. En. Izwan bertindak mewakili YYCC bermula 9 Februari dan telah ditamatkan pada 8 April 2026. YYCC tidak bertanggungjawab sekiranya pembayaran dibuat kepada akaun milik Muhammad Izwan dan tidak melalui akaun rasmi Affin Bank Berhad Kelab Komuniti Kemanusiaan 105040052803. Sekiranya terdapat kekeliruan, Tuan Puan boleh hubungi terus pejabat YYCC 03-48217226

MAIWP: JANGAN LEPAS TANGAN! Terdahulu Aku kongsi pengakuan daripada Nazrin, asnaf yang berdepan kesulitan hidup selepas sertai program Latihan & Kursus Jangka Pendek dengan peluang pekerjaan dan tajaan penuh pihak MAIWP. Selepas video tersebut disiarkan, syarikat dilantik MAIWP berusaha memujuk setiap peserta melalui Group WhatsApp di mana mereka diberikan tarikh baru untuk lapor diri bekerja. Bermula tamat kursus dan latihan, mereka diminta lapor diri 22 Disember 2025 tapi ditukarkan tarikh dan sehingga kini lima kali penangguhan dibuat. Firdaus, salah seorang peserta mendakwa MAIWP tidak mengetahui 15 peserta program latihan tidak bekerja dan terpaksa bergolok gadai. "Kami dijanjikan peluang untuk belajar, pekerjaan di mana kemudahan tempat tinggal, pengangkutan, elaun diberikan. Kami mengikuti kursus kerana ada kemudahan ini. Tapi beberapa hari sebelum habis belajar di mana kami perlu lapor diri untuk bekerja. Kami terpaksa keluar daripada tempat disediakan memaksa kami sewa bilik. Saya guna duit sendiri, ingatkan bila bekerja dapat gaji akan menampung semula kos, sepanjang lima bulan lapor diri untuk bekerja, kami tidak dibayar" Firdaus merupakan Asnaf yang menerima bantuan perubatan kecewa di mana berharap MAIWP dapat memberikan ganti rugi kepada mereka". Menurut Ikmal, sepanjang lima bulan beliau berada di penempatan tapi tiada pekerjaan yang diberikan. Malah Ikmal terpaksa naik motor ke KL untuk ambil beras kerana beliau dan empat lagi rakan kelaparan kerana sepanjang lapor diri 5 bulan bekerja mereka tidak dibayar gaji dijanjikan. Sekarang perjanjian (perlanggaran kontrak) berlaku kerana MAIWP gagal memenuhi terma, syarat, atau tanggungjawab ditetapkan dalam perjanjian. YYCC sedang mendapatkan maklum balas MAIWP di mana semua 15 peserta terdiri golongan Asnaf menggesa MAIWP membayar pampasan dan ganti rugi setimpal. Aduan permasalahan hubungi: 03-48217226 #JusticePeaceHumanity https://www.facebook.com/share/v/1CPD2epC4P/?mibextid=wwXIfr

"YYCC transparent" - Saksi Pendakwaan ke-4 Prosiding perbicaraan untuk pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan bersambung hari ini bagi mendengar keterangan daripada pengurus akaun Captegis Sdn. Bhd, Aiman. SP4 memberikan keterangan selama 25 minit yang mana mengesahkan sepanjang akaun bank CIMB Captegis digunakan bagi aktiviti NGO. YY tiada akses terhadap akaun tersebut sebaliknya diuruskan oleh beliau dan seorang lagi kakitangan Captegis. Malah mengesahkan sebaik menerima sumbangan bagi yuran guaman, pembayaran akan dibuat oleh beliau terus ke akaun firma guaman yang terbabit dalam kempen berkenaan. Seramai 4 saksi memberikan keterangan sepanjang perbicaraan berjalan, bagaimanapun tidak kelihatan isu penyelewengan yang dilakukan oleh OKT. Tuduh dulu, bukti belakang kira. Ini SOP baharu amalan AGC. #TruthThatCannotBeCover

PWB TUNTUT RM36,000, KITA RUNDING, PENGADU DIMINTA BAYAR RM10,000 Semalam terima pengadu yang berdepan tuntutan mahkamah apabila PWB tuntut sebanyak RM36,000 kerana pengadu kes mengabaikan bayaran balik. Sebelum ini pengadu membuat pinjaman RM9,000 selepas dia buat pinjaman semula. PWB bayar lebihan gaji adalah RM6 sahaja. Pengadu hentikan kad ATM dan elak membayar. Beberapa bulan Pengadu dapat notis tuntutan RM36,000. Oleh kerana seorang penjawat awam boleh kena tatatertib. Pengadu cuba runding sendiri dan tawarkan RM20,000 tetapi PWB tolak. Jumpa YYCC semalam, hari ini kes selesai Pengadu kena buat bayaran RM10,000 tutup akaun dan selesai. 03-48217226