ar
Feedback
YY COMMUNITY CHANNEL

YY COMMUNITY CHANNEL

الذهاب إلى القناة على Telegram

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام YY COMMUNITY CHANNEL

تُعد قناة YY COMMUNITY CHANNEL (@yycommunity) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 32 638 مشتركاً، محتلاً المرتبة 213 في فئة القانون والمرتبة 1 047 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 32 638 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 08 يوليو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -436، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -16، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 14.06‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 4.21‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 4 589 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 1 373 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 104.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

وصف القناة غير متوفر.

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 09 يوليو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة القانون.

32 638
المشتركون
-1624 ساعات
-1057 أيام
-43630 أيام
أرشيف المشاركات
The D Day Hari ini adalah hari Keputusan Akhir pertuduhan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya di mana Aku didakwa telah memasukkan dadah ke dalam badan. Selain itu, hari ini juga adalah sambungan prosiding untuk kes Seksyen 403 KK di mana Aku dituduh salah guna yuran guaman milik seorang wanita sebanyak RM67,000. Hari ini pihak Pembelaan akan soal balas ke atas saksi Hafiz Norkhan, Peguam tersohor. Jadi untuk yang berdekatan dan kelapangan jika rasa nak tengok bagaimana Peguam kena grill dengan Peguam. Boleh hadir jam 10:30 pagi ini di Mahkamah Majistret 2, KL. YYCC masih lagi beroperasi seperti biasa di mana telah masuk lima tahun tertubuh. Justeru, kos operasi YYCC masih bergantung kepada sumbangan Family Members YYCC.
AFFIN BANK 105040052803 KELAB KOMUNITI REF: INFAQ JULAI

1 Julai 2026 Susun semula gerak kerja di YYCC dengan pengambilan dua kakitangan pengurusan pejabat untuk memastikan gerak kerja di YYCC berjalan dengan lancar walaupun YY tiada. Dua kakitangan tetap YYCC akan bertugas waktu pejabat dan menguruskan segala hal ehwal berkaitan aduan serta memantau setiap pembelian merchandiser YYCC. Untuk yang buat tempahan Thumblr YYCC dan T-Shirt anda akan menerima barang yang dibeli pada pertengahan Julai nanti. Terima kasih kerana bersabar dan menjadi penyokong kuat YYCC.

SELESAI BAYAR AHLONG MASIH GANGGU! Tiga minggu lalu terima satu aduan daripada seorang Guru berbangsa Cina dari Pantai Timur yang mengadu tetap diganggu walaupun selesai membayar hutang kepada syarikat pinjaman wang. Ini antara tindakan pemberi pinjam wang untuk penjawat awam. Tindakan ini adalah untuk memastikan mangsa terus membayar walaupun telah lebih membayar. Jika anda berdepan situasi ini atau saudara anda terjerat Ahlong. Jangan tunggu dan tangguh. Segera hubungi YYCC kerana tiada kos buka fail bagi Family Members YYCC.
Infaq Jumaat: AFFIN BANK 105040052803 KELAB KOMUNITI REF: INFAQ JUMAAT

"YYCC SIAPA?" Soal Coach Fadzil. Kelmarin saya kongsi laporan Polis berkaitan Raudhah City sebuah perkampungan Islam berkonsep pertanian dilancar oleh Coach Fadzil Hashim. Di mana pembeli ditawarkan unit resort secara sewa beli dengan konsep "Eco Resort". Merujuk kepada perancangan tapak projek Raudhah City di Serendah, Selangor sediakan 257 unit resort dengan 158 unit chalet dan 99 unit Villa. Pembeli ditawarkan tiga jenis resort impian - CF Signature Semi D berharga RM92,000, The Great Escape RM172,000 dan Serendah Signature pada harga RM345,000. Para pembeli Raudhah City dikumpulkan dalam Telegram dan urusan jual beli di antara pembeli dan pihak Raudhah City melalui Telegram sahaja. Malah surat perjanjian antara pembeli dan penjual langsung tidak dimeterai di mana para pembeli menerima perjanjian atas talian semata-mata. Ketika pengadu datang YYCC Aku menghubungi pihak dari Raudhah City di mana mereka mengakui dalam proses bayar semula kerugian dialami para pembeli. Selain turut berjanji akan call pengadu pada hari Isnin tapi Aku tahu pihak Raudhah City berbohong dan "buying time" kerana lama kelamaan orang kita akan pasrah dan putus asa untuk menuntut semula kerugian mereka. Begini cara modus operandi Scammer bertopeng agama. Coach Fadzil ada tanya siapa YYCC, mungkin lupa bahawa YYCC antara yang membantu promosi Malakat Mall suatu ketika dulu. Fadzil, Kamu hanya perlu selesaikan kerugian dialami Pengadu ini sahaja. Jangan sombong!

Salam Maal Hijrah 1448H Awal baharu, semangat baru Hijrah menuju kebaikan dan membina diri dan ummah yang lebih bermakna. Sel
Salam Maal Hijrah 1448H Awal baharu, semangat baru Hijrah menuju kebaikan dan membina diri dan ummah yang lebih bermakna. Selamat bercuti sempena Maal Hijrah.

Tony singgah YYCC Semalam Brother Tony singgah YYCC centre merujuk kes satu pengadu diuruskan oleh YYCC sebelum ini. Tony memaklumkan pengadu tersebut bertemu beliau sebaik sahaja YYCC tarik diri daripada menguruskan kes pengadu. Selain merujuk permasalahan pengadu, Tony turut minta jasa baik YYCC untuk memulangkan bayaran yang dibuat pengadu susulan pengadu di hospital.

MAJLIS PEMBUKAAN TGCS DI YAP KWAN SENG! YYCC hadir pembukaan Pusat Operasi Tony Group Consultant & Services di Jalan Yap Kwan Seng semalam. Tony antara individu yang ramai kenal dalam industri kewangan di kalangan Pemberi Pinjaman Berlesen. Terima kasih di atas jemputan di mana YYCC hadir sebagai Rakan Strategik selain tanda sokongan di atas pembukaan pejabat beliau. Syabas buat Brother Faiz Tony dan seluruh pasukan. TGCS. Adioss..!

SUNDAY is a FUN DAY‼️ Esok semua akan kembali kerja setelah habis bercuti. Anak-anak kembali ke sekolah dan jalanraya mulai sesak. Begitulah kehidupan setiap dari kita di mana mengulangi rutin sama sehingga ke hari tua. Untuk infaq bagi kos operasi nombor akaun bank YYCC rasmi tidak berubah masih lagi: AFFIN BANK 105040052803 KELAB KOMUNITI REF: MEI-RM50

ULANGAN VC: TERKORBAN Rakaman VC malam tadi yang bermula agak lewat tapi disertai 1,000 participants. Semoga bermanfaat.

VC: KENA KORBAN LAGI? TIME: 10:30 MALAM TONIGHT ✔️Bakal Haji tidak kena paksa suntik? ✔️Rakyat mula sedar penipuan disampaikan melalui berita jam 8:00 malam? ✔️Imej & reputasi Polis bahan jenaka, rakyat baru bangun dari lamunan? ✔️Siapa akan terkorban dalam perang teknologi AI? Apa sahaja berlaku, ia ATURAN dari ALLAH SWT. Jumpa malam nanti.

SIAPA Request nyanyi live dalam VC?

HOT: "ARE YOU HOMOSEXUAL OR BISEXUAL?" Semalam saya sentuh tentang kesukaran PMX untuk menjawab YES or NO bagi soalan mengenai orientasi seks beliau semasa ditemubual oleh BFM Radio 13 tahun lalu. Tengok betapa sukar PMX nak jawab, sehingga salah Utusan Malaysia dan UMNO mengenai soalan wartawan BFM. Atas permintaan ramai saya pendek video ini. Siap sengih reporter. This is your PMX! 🤣🤣🤣🤣

CHAK‼️ Ramai tanya, "YY tiada VC ke sekarang?" Maaf, kurang kemaskini isu-isu semasa semenjak dua minggu lalu kerana sibuk menguruskan kes-kes Ahlong dan kes yang diadukan kepada YYCC. Jadi, malam ini kita VC Special jam 10:00 malam ini. SUNDAY NIGHT LIVE VC‼️ ISU-ISU SEMASA 10:00 PM Telegram Channel YYCC

NOTIS RASMI Adalah dimaklumkan penama Muhammad Izwan A Samad dikenali (Coach Izwan) No.KP: 900215-01-5361 tidak lagi mewakili
NOTIS RASMI Adalah dimaklumkan penama Muhammad Izwan A Samad dikenali (Coach Izwan) No.KP: 900215-01-5361 tidak lagi mewakili YYCC untuk urusan kes Ceti Haram atau Ahlong. En. Izwan bertindak mewakili YYCC bermula 9 Februari dan telah ditamatkan pada 8 April 2026. YYCC tidak bertanggungjawab sekiranya pembayaran dibuat kepada akaun milik Muhammad Izwan dan tidak melalui akaun rasmi Affin Bank Berhad Kelab Komuniti Kemanusiaan 105040052803. Sekiranya terdapat kekeliruan, Tuan Puan boleh hubungi terus pejabat YYCC 03-48217226

MAIWP: JANGAN LEPAS TANGAN! Terdahulu Aku kongsi pengakuan daripada Nazrin, asnaf yang berdepan kesulitan hidup selepas sertai program Latihan & Kursus Jangka Pendek dengan peluang pekerjaan dan tajaan penuh pihak MAIWP. Selepas video tersebut disiarkan, syarikat dilantik MAIWP berusaha memujuk setiap peserta melalui Group WhatsApp di mana mereka diberikan tarikh baru untuk lapor diri bekerja. Bermula tamat kursus dan latihan, mereka diminta lapor diri 22 Disember 2025 tapi ditukarkan tarikh dan sehingga kini lima kali penangguhan dibuat. Firdaus, salah seorang peserta mendakwa MAIWP tidak mengetahui 15 peserta program latihan tidak bekerja dan terpaksa bergolok gadai. "Kami dijanjikan peluang untuk belajar, pekerjaan di mana kemudahan tempat tinggal, pengangkutan, elaun diberikan. Kami mengikuti kursus kerana ada kemudahan ini. Tapi beberapa hari sebelum habis belajar di mana kami perlu lapor diri untuk bekerja. Kami terpaksa keluar daripada tempat disediakan memaksa kami sewa bilik. Saya guna duit sendiri, ingatkan bila bekerja dapat gaji akan menampung semula kos, sepanjang lima bulan lapor diri untuk bekerja, kami tidak dibayar" Firdaus merupakan Asnaf yang menerima bantuan perubatan kecewa di mana berharap MAIWP dapat memberikan ganti rugi kepada mereka". Menurut Ikmal, sepanjang lima bulan beliau berada di penempatan tapi tiada pekerjaan yang diberikan. Malah Ikmal terpaksa naik motor ke KL untuk ambil beras kerana beliau dan empat lagi rakan kelaparan kerana sepanjang lapor diri 5 bulan bekerja mereka tidak dibayar gaji dijanjikan. Sekarang perjanjian (perlanggaran kontrak) berlaku kerana MAIWP gagal memenuhi terma, syarat, atau tanggungjawab ditetapkan dalam perjanjian. YYCC sedang mendapatkan maklum balas MAIWP di mana semua 15 peserta terdiri golongan Asnaf menggesa MAIWP membayar pampasan dan ganti rugi setimpal. Aduan permasalahan hubungi: 03-48217226 #JusticePeaceHumanity https://www.facebook.com/share/v/1CPD2epC4P/?mibextid=wwXIfr

"YYCC transparent" - Saksi Pendakwaan ke-4 Prosiding perbicaraan untuk pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan bersambung hari ini bagi mendengar keterangan daripada pengurus akaun Captegis Sdn. Bhd, Aiman. SP4 memberikan keterangan selama 25 minit yang mana mengesahkan sepanjang akaun bank CIMB Captegis digunakan bagi aktiviti NGO. YY tiada akses terhadap akaun tersebut sebaliknya diuruskan oleh beliau dan seorang lagi kakitangan Captegis. Malah mengesahkan sebaik menerima sumbangan bagi yuran guaman, pembayaran akan dibuat oleh beliau terus ke akaun firma guaman yang terbabit dalam kempen berkenaan. Seramai 4 saksi memberikan keterangan sepanjang perbicaraan berjalan, bagaimanapun tidak kelihatan isu penyelewengan yang dilakukan oleh OKT. Tuduh dulu, bukti belakang kira. Ini SOP baharu amalan AGC. #TruthThatCannotBeCover

PWB TUNTUT RM36,000, KITA RUNDING, PENGADU DIMINTA BAYAR RM10,000 Semalam terima pengadu yang berdepan tuntutan mahkamah apabila PWB tuntut sebanyak RM36,000 kerana pengadu kes mengabaikan bayaran balik. Sebelum ini pengadu membuat pinjaman RM9,000 selepas dia buat pinjaman semula. PWB bayar lebihan gaji adalah RM6 sahaja. Pengadu hentikan kad ATM dan elak membayar. Beberapa bulan Pengadu dapat notis tuntutan RM36,000. Oleh kerana seorang penjawat awam boleh kena tatatertib. Pengadu cuba runding sendiri dan tawarkan RM20,000 tetapi PWB tolak. Jumpa YYCC semalam, hari ini kes selesai Pengadu kena buat bayaran RM10,000 tutup akaun dan selesai. 03-48217226

KES Baby Syifaa bermula Pengasuh langsung tidak ditahan reman. Kemudian dijalankan prosiding Inkues konon untuk mencari sebab kematian. Hakim Koroner membuat keputusan yang kematian bukan disebabkan kemalangan tapi Pengasuh tetap tidak dibawa untuk pertuduhan di mahkamah. Selepas buat 80 laporan Polis serentak di seluruh negeri, Pengasuh dituduh secara diam-diam. Selepas dituduh, usaha untuk memastikan dihukum denda sahaja tetapi gagal. Akhirnya, terpaksa juga mereka pujuk Pengasuh ke penjara setahun. Sekarang meringkuk dalam Penjara Sungai Udang, Melaka. Itulah Aku kata, walaupun Pengasuh kena hukuman penjara setahun. Beruk dalam AGC dan Polis yang cuba melindungi Pengasuh kalah dengan rakyat biasa iaitu seorang bapa yang menuntut keadilan terhadap kematian anaknya. Adik, Daddy sudah buat yang terbaik. #Justice4BabySyifaa Nota kaki: sebelum makan nasi minta rakan satu sel cuba dulu. Mana tahu ada racun!

TEMPAHAN T-Shirt & Thumblr akan dihantar bermula minggu depan. Terima kasih kerana bersabar.

LIVE VC: SISTEM, KRISIS? TIME: 10:00 MALAM Kita akan disusahkan. Tiada lagi hak pemilikan. Tapi kita santai kerana minda kita disumbat dengan tragedi, gossip, cerita artis. Yang lemah akan hanyut ikut sistem. Sistem kita tidak mahu rakyat bodoh, kerana rakyat bodoh akan pandai apabila belajar. Sistem kita mahu rakyat malas berfikir. Rakyat disumbat otak dengan krisis dan komitmen hutang. Rakyat kepenatan, rakyat yang penat tidak akan berfikir hanya menerima. Jumpa kejap lagi..

YY COMMUNITY CHANNEL - إحصائيات وتحليلات قناة تيليجرام @yycommunity