YY COMMUNITY CHANNEL
前往频道在 Telegram
📈 Telegram 频道 YY COMMUNITY CHANNEL 的分析概览
频道 YY COMMUNITY CHANNEL (@yycommunity) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 32 971 名订阅者,在 法律 类别中位列第 213,并在 马来西亚 地区排名第 1 040 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 32 971 名订阅者。
根据 17 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -356,过去 24 小时变化为 -12,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 11.04%。内容发布后 24 小时内通常能获得 4.39% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 3 641 次浏览,首日通常累积 1 448 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 50。
📝 描述与内容策略
尚未提供频道描述。
凭借高频更新(最新数据采集于 18 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 法律 类别中的关键影响点。
32 971
订阅者
-1224 小时
-697 天
-35630 天
帖子存档
32 971
Salam Maal Hijrah 1448H
Awal baharu, semangat baru
Hijrah menuju kebaikan dan membina diri dan ummah yang lebih bermakna.
Selamat bercuti sempena Maal Hijrah.
32 971
Tony singgah YYCC
Semalam Brother Tony singgah YYCC centre merujuk kes satu pengadu diuruskan oleh YYCC sebelum ini.
Tony memaklumkan pengadu tersebut bertemu beliau sebaik sahaja YYCC tarik diri daripada menguruskan kes pengadu.
Selain merujuk permasalahan pengadu, Tony turut minta jasa baik YYCC untuk memulangkan bayaran yang dibuat pengadu susulan pengadu di hospital.
32 971
MAJLIS PEMBUKAAN TGCS DI YAP KWAN SENG!
YYCC hadir pembukaan Pusat Operasi Tony Group Consultant & Services di Jalan Yap Kwan Seng semalam.
Tony antara individu yang ramai kenal dalam industri kewangan di kalangan Pemberi Pinjaman Berlesen.
Terima kasih di atas jemputan di mana YYCC hadir sebagai Rakan Strategik selain tanda sokongan di atas pembukaan pejabat beliau.
Syabas buat Brother Faiz Tony dan seluruh pasukan. TGCS.
Adioss..!
32 971
SUNDAY is a FUN DAY‼️
Esok semua akan kembali kerja setelah habis bercuti.
Anak-anak kembali ke sekolah dan jalanraya mulai sesak.
Begitulah kehidupan setiap dari kita di mana mengulangi rutin sama sehingga ke hari tua.
Untuk infaq bagi kos operasi nombor akaun bank YYCC rasmi tidak berubah masih lagi:
AFFIN BANK
105040052803
KELAB KOMUNITI
REF: MEI-RM50
32 971
ULANGAN VC: TERKORBAN
Rakaman VC malam tadi yang bermula agak lewat tapi disertai 1,000 participants.
Semoga bermanfaat.
32 971
VC: KENA KORBAN LAGI?
TIME: 10:30 MALAM TONIGHT
✔️Bakal Haji tidak kena paksa suntik?
✔️Rakyat mula sedar penipuan disampaikan melalui berita jam 8:00 malam?
✔️Imej & reputasi Polis bahan jenaka, rakyat baru bangun dari lamunan?
✔️Siapa akan terkorban dalam perang teknologi AI?
Apa sahaja berlaku, ia ATURAN dari ALLAH SWT.
Jumpa malam nanti.
32 971
HOT: "ARE YOU HOMOSEXUAL OR BISEXUAL?"
Semalam saya sentuh tentang kesukaran PMX untuk menjawab YES or NO bagi soalan mengenai orientasi seks beliau semasa ditemubual oleh BFM Radio 13 tahun lalu.
Tengok betapa sukar PMX nak jawab, sehingga salah Utusan Malaysia dan UMNO mengenai soalan wartawan BFM.
Atas permintaan ramai saya pendek video ini. Siap sengih reporter.
This is your PMX!
🤣🤣🤣🤣
32 971
CHAK‼️
Ramai tanya, "YY tiada VC ke sekarang?"
Maaf, kurang kemaskini isu-isu semasa semenjak dua minggu lalu kerana sibuk menguruskan kes-kes Ahlong dan kes yang diadukan kepada YYCC.
Jadi, malam ini kita VC Special jam 10:00 malam ini.
SUNDAY NIGHT LIVE VC‼️
ISU-ISU SEMASA
10:00 PM
Telegram Channel YYCC
32 971
NOTIS RASMI
Adalah dimaklumkan penama Muhammad Izwan A Samad dikenali (Coach Izwan) No.KP: 900215-01-5361 tidak lagi mewakili YYCC untuk urusan kes Ceti Haram atau Ahlong.
En. Izwan bertindak mewakili YYCC bermula 9 Februari dan telah ditamatkan pada 8 April 2026.
YYCC tidak bertanggungjawab sekiranya pembayaran dibuat kepada akaun milik Muhammad Izwan dan tidak melalui akaun rasmi Affin Bank Berhad Kelab Komuniti Kemanusiaan 105040052803.
Sekiranya terdapat kekeliruan, Tuan Puan boleh hubungi terus pejabat YYCC 03-48217226
32 971
MAIWP: JANGAN LEPAS TANGAN!
Terdahulu Aku kongsi pengakuan daripada Nazrin, asnaf yang berdepan kesulitan hidup selepas sertai program Latihan & Kursus Jangka Pendek dengan peluang pekerjaan dan tajaan penuh pihak MAIWP.
Selepas video tersebut disiarkan, syarikat dilantik MAIWP berusaha memujuk setiap peserta melalui Group WhatsApp di mana mereka diberikan tarikh baru untuk lapor diri bekerja.
Bermula tamat kursus dan latihan, mereka diminta lapor diri 22 Disember 2025 tapi ditukarkan tarikh dan sehingga kini lima kali penangguhan dibuat.
Firdaus, salah seorang peserta mendakwa MAIWP tidak mengetahui 15 peserta program latihan tidak bekerja dan terpaksa bergolok gadai.
"Kami dijanjikan peluang untuk belajar, pekerjaan di mana kemudahan tempat tinggal, pengangkutan, elaun diberikan. Kami mengikuti kursus kerana ada kemudahan ini.
Tapi beberapa hari sebelum habis belajar di mana kami perlu lapor diri untuk bekerja. Kami terpaksa keluar daripada tempat disediakan memaksa kami sewa bilik.
Saya guna duit sendiri, ingatkan bila bekerja dapat gaji akan menampung semula kos, sepanjang lima bulan lapor diri untuk bekerja, kami tidak dibayar"
Firdaus merupakan Asnaf yang menerima bantuan perubatan kecewa di mana berharap MAIWP dapat memberikan ganti rugi kepada mereka".
Menurut Ikmal, sepanjang lima bulan beliau berada di penempatan tapi tiada pekerjaan yang diberikan.
Malah Ikmal terpaksa naik motor ke KL untuk ambil beras kerana beliau dan empat lagi rakan kelaparan kerana sepanjang lapor diri 5 bulan bekerja mereka tidak dibayar gaji dijanjikan.
Sekarang perjanjian (perlanggaran kontrak) berlaku kerana MAIWP gagal memenuhi terma, syarat, atau tanggungjawab ditetapkan dalam perjanjian.
YYCC sedang mendapatkan maklum balas MAIWP di mana semua 15 peserta terdiri golongan Asnaf menggesa MAIWP membayar pampasan dan ganti rugi setimpal.
Aduan permasalahan hubungi: 03-48217226
#JusticePeaceHumanity
https://www.facebook.com/share/v/1CPD2epC4P/?mibextid=wwXIfr
32 971
"YYCC transparent" - Saksi Pendakwaan ke-4
Prosiding perbicaraan untuk pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan bersambung hari ini bagi mendengar keterangan daripada pengurus akaun Captegis Sdn. Bhd, Aiman.
SP4 memberikan keterangan selama 25 minit yang mana mengesahkan sepanjang akaun bank CIMB Captegis digunakan bagi aktiviti NGO.
YY tiada akses terhadap akaun tersebut sebaliknya diuruskan oleh beliau dan seorang lagi kakitangan Captegis.
Malah mengesahkan sebaik menerima sumbangan bagi yuran guaman, pembayaran akan dibuat oleh beliau terus ke akaun firma guaman yang terbabit dalam kempen berkenaan.
Seramai 4 saksi memberikan keterangan sepanjang perbicaraan berjalan, bagaimanapun tidak kelihatan isu penyelewengan yang dilakukan oleh OKT.
Tuduh dulu, bukti belakang kira.
Ini SOP baharu amalan AGC.
#TruthThatCannotBeCover
32 971
PWB TUNTUT RM36,000, KITA RUNDING, PENGADU DIMINTA BAYAR RM10,000
Semalam terima pengadu yang berdepan tuntutan mahkamah apabila PWB tuntut sebanyak RM36,000 kerana pengadu kes mengabaikan bayaran balik.
Sebelum ini pengadu membuat pinjaman RM9,000 selepas dia buat pinjaman semula.
PWB bayar lebihan gaji adalah RM6 sahaja. Pengadu hentikan kad ATM dan elak membayar.
Beberapa bulan Pengadu dapat notis tuntutan RM36,000. Oleh kerana seorang penjawat awam boleh kena tatatertib.
Pengadu cuba runding sendiri dan tawarkan RM20,000 tetapi PWB tolak.
Jumpa YYCC semalam, hari ini kes selesai Pengadu kena buat bayaran RM10,000 tutup akaun dan selesai.
03-48217226
32 971
KES Baby Syifaa bermula Pengasuh langsung tidak ditahan reman.
Kemudian dijalankan prosiding Inkues konon untuk mencari sebab kematian.
Hakim Koroner membuat keputusan yang kematian bukan disebabkan kemalangan tapi Pengasuh tetap tidak dibawa untuk pertuduhan di mahkamah.
Selepas buat 80 laporan Polis serentak di seluruh negeri, Pengasuh dituduh secara diam-diam.
Selepas dituduh, usaha untuk memastikan dihukum denda sahaja tetapi gagal.
Akhirnya, terpaksa juga mereka pujuk Pengasuh ke penjara setahun.
Sekarang meringkuk dalam Penjara Sungai Udang, Melaka.
Itulah Aku kata, walaupun Pengasuh kena hukuman penjara setahun.
Beruk dalam AGC dan Polis yang cuba melindungi Pengasuh kalah dengan rakyat biasa iaitu seorang bapa yang menuntut keadilan terhadap kematian anaknya.
Adik, Daddy sudah buat yang terbaik.
#Justice4BabySyifaa
Nota kaki: sebelum makan nasi minta rakan satu sel cuba dulu. Mana tahu ada racun!
32 971
TEMPAHAN T-Shirt & Thumblr akan dihantar bermula minggu depan.
Terima kasih kerana bersabar.
32 971
LIVE VC: SISTEM, KRISIS?
TIME: 10:00 MALAM
Kita akan disusahkan.
Tiada lagi hak pemilikan.
Tapi kita santai kerana minda kita disumbat dengan tragedi, gossip, cerita artis.
Yang lemah akan hanyut ikut sistem.
Sistem kita tidak mahu rakyat bodoh, kerana rakyat bodoh akan pandai apabila belajar.
Sistem kita mahu rakyat malas berfikir.
Rakyat disumbat otak dengan krisis dan komitmen hutang.
Rakyat kepenatan, rakyat yang penat tidak akan berfikir hanya menerima.
Jumpa kejap lagi..
32 971
Masa seolah-olah berlalu lebih pantas dan pantas?
Adakah benar dan menariknya, ini bukan sekadar pemerhatian moden.
Para sami Gunung Athos, yang terkenal dengan disiplin rohani mereka yang mendalam, telah memerhatikan perubahan luar biasa bagi menyokong andaian ini.
Selama berabad-abad, mereka telah menggunakan lilin buatan tangan yang direka untuk menyala selama 24 jam.
Proses pengeluaran lilin tidak berubah, tetapi pada masa kini lilin yang sama menyala dengan ketara lebih lama.
Begitu juga, doa harian mereka, mengikuti jadual, pengulangan yang tepat, tidak lagi boleh dibahagikan kepada tempoh masa yang sama.
Apa yang dahulu dapat mereka capai dalam tempoh tertentu kini mengambil masa lebih lama, seolah-olah masa itu sendiri berlalu dengan lebih pantas.
Pemerhatian yang halus tetapi konsisten turut menunjukkan bahawa sesuatu yang asas dalam aliran masa itu sendiri mungkin telah berubah.
1968 = 24 jam
2026 = 18.19 jam
32 971
MAIWP jangan aniaya asnaf!
Bekas tentera berdepan tekanan kewangan serius apabila terpaksa menjual kenderaan dan barangan peribadi bagi menampung perbelanjaan keluarga kerana masih menanti tawaran pekerjaan dijanjikan sejak Januari lalu.
Selepas mengikuti program pengajian dan kerjaya kursus jangka pendek dalam bidang gas paip high pressure fitting yang ditawarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Menurutnya, sepanjang tempoh mengikuti kursus itu, dia tidak mempunyai pendapatan tetap apabila penempatan kerja dijanjikan beberapa kali ditunda.
Keadaan tersebut memaksa buat keputusan sukar dengan menjual aset peribadi demi kelangsungan hidup keluarga.
Program yang disertainya menjanjikan pekerjaan selepas tamat latihan, namun tidak berlaku seperti yang diharapkan.
Katanya, seramai 15 peserta menyertai program siri pertama itu, hanya lima dihantar ke Pasir Gudang untuk meneruskan pekerjaan.
Dia berharap satu siasatan telus dapat dilakukan serta mempertimbangkan pampasan terhadap kerugian yang dialami peserta.
Ramai peserta datang daripada latar belakang keluarga susah dan sangat mengharapkan peluang pekerjaan yang dijanjikan.
MAIWP ketika dihubungi wartawan minta supaya tidak dilaporkan kerana mereka sedang siasat dan berusaha untuk menafikan kewujudan program ini.
Tapi masalahnya YYCC bukan wartawan. Kita tidak terikat sebarang etika.
Korang bantu asnaf atau susahkan hidup Asnaf?
Tarikh penempatan ditunda, ditunda dan ditunda.
Jika tiada pekerjaan kenapa surat tawaran selain tarikh lapor diri diberikan kepada mereka?
#ResultMatters
Infaq Jumaat melalui akaun rasmi: AFFIN BANK 105040052803 Kelab Komuniti
32 971
APA Cerita Majlis Agama Islam?
Golongan asnaf fisabilillah yang disusahkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan janji palsu?
Adakah ini projek untuk tarik duit zakat sebanyak RM12,000 untuk seorang peserta?
Kita dapatkan jawapan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan terlebih dahulu.
Jeng.. jeng.. jeng..
32 971
2030 adalah titik perubahan.
Satu fasa di mana sistem dunia sedang disusun semula—perlahan, tetapi menyeluruh.
CBDC sedang menuju ke hadapan—
bukan sekadar mata wang digital,
tetapi instrumen kawalan terhadap aliran kewangan manusia.
Setiap transaksi boleh dijejak.
Setiap nilai boleh diprogram.
Setiap individu boleh dihadkan aksesnya.
Identiti digital pula bergerak senyap—
menjadi syarat untuk “wujud” dalam sistem.
Tanpa ID — tiada akses.
Tanpa akses — tiada transaksi.
Tanpa transaksi — terputus dari kehidupan moden.
Inilah wajah baru dominasi:
bukan dengan peluru,
tetapi dengan sistem.
Dan di tengah struktur ini—
riba bukan sekadar wujud,
tetapi menjadi tulang belakang.
Ia mengikat manusia dengan hutang,
membentuk kebergantungan,
dan akhirnya menundukkan kebebasan.
Sambungan diruang comment 👇👇👇
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
