uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 36 264 підписників, посідаючи 283 місце в категорії Маркетинг і PR та 908 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 36 264 підписників.

За останніми даними від 23 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -379, а за останні 24 години на -8, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 9.20%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.02% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 0 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 734 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 24 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

36 264
Підписники
-824 години
-987 днів
-37930 день
Архів дописів
Kurma Ajwa kami gred AA dari Madinah. Saya cadangkan kalian hadiahkan kepada ibu ayah di kampung kurma ini. Beritahu ia dari
Kurma Ajwa kami gred AA dari Madinah. Saya cadangkan kalian hadiahkan kepada ibu ayah di kampung kurma ini. Beritahu ia dari Madinah, pasti terubat rindu mereka ke Tanah Suci. Boleh terus buat kiriman kurma anda di sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

photo content

Ada yang tanya saya bagaimana saya sentiasa positif dan dapat networking yang bagus? Jawapan saya mudah sahaja, buat pelaburan pergi ke kelas mahal, apa sahaja. Di sana kalian akan jumpa orang yang duit bekerja untuknya. Bukan dia bekerja untuk duit. Perbezaan itu adalah cara berfikir, cara bercakap, cara susun Big Why, cara beradab dengan Tuhan, kaedah menyantuni rezeki, bagaimana meletakkan Allah di hadapan serta tips mahu kekal positif di mana-mana lapangan walau berada dalam situasi stress, tegang dan tercabar. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Networking = silaturrahim = membuka pintu rezeki.

Sale 3-3 gais! Semua buku FREE kurier! Klik link ini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/sale3-3_freekurier
Sale 3-3 gais! Semua buku FREE kurier! Klik link ini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/sale3-3_freekurier

Sabarnya mereka inilah yang membuahkan hasil yang melumayankan bahagia dan membuah rasa cinta sesama keluarga. (Baca selanjut
Sabarnya mereka inilah yang membuahkan hasil yang melumayankan bahagia dan membuah rasa cinta sesama keluarga. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/ibu-kita-mulia-m…lakukan-kebaikan/ )

Sedikit nota dari perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman x Neelofa sebentar tadi di ClubHouse.
Sedikit nota dari perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman x Neelofa sebentar tadi di ClubHouse.

Soalan: Mengapa posting resipi senang untuk dapat share tinggi? Jawapan: Ia #content yang punya titik persamaan yang besar dengan semua orang. Orang suka makan, suka memasak dan suka mahu tahu bagaimana ia disiapkan. Walau ia resipi yang ringkas, ia tetap disukai. Saya mula kongsi resipi pada 2014. Waktu itu jika dapat share 1, 2, 5, dah boleh buat kenduri. Suka sangat-sangat. Kemudian saya berjaya buat resipi Brownies Walnut and Chocolate pada 2016, dan mendapat lebih 100,000 share. Sekiranya kalian konsisten menulis benda yang kalian sendiri buat, sendiri suka, dan audien juga suka, maka kalian akan mudah nak dapatkan #crowd. Bayangkan, ia kesukaan semua orang. Dan semua orang itu sedang berkumpul di wall kalian. Jadi senanglah mahu menjual segala benda kan? Ha begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Soalan: Sehari dua ini baru saya tahu ada ramai penulis #content yang ramai follower lepas baca posting tuan dan Cikgu Fadli. Soalan saya 1 sahaja, apa yang jadikan mereka ada ramai pengikut ya tuan? Jawapan: Tulis perkara bermanfaat yang beri impak positif kepada audien. Maksud impak positif ialah: 1. Apabila orang baca, orang faham (posting inspirasi). 2. Apabila orang baca, orang boleh buat terus (posting educate, inform, inspirasi). 3. Apabila orang baca, orang boleh beli terus (posting sales, review). Mereka ini ada petua yang tidak ada pada orang lain. Benda itu ialah: Konsisten menulis, konsisten berbuat baik, positif, niat (big why) mahu sebarkan ilmu, sentiasa update ilmu, kerja keras, banyak membaca dan menjaga circle mereka dengan sangat baik. Serius saya cakap terang, kalian berjumpalah dengan mereka, orang-orang ini tak banyak beralasan, mereka hanya tahu berbuat sampai jaya. Semuanya bermula dari kosong pengikut, hari ini punya ratusan ribu hanya dengan menulis kebaikan yang orang lain boleh tiru. Mereka tulis dari hati, tak berlebih, tak berkurang. Sedap dan senang dibaca. Biasanya bahasa yang mudah difahami. Firm. Tidak ada kiasan yang sukar difahami, tak ada juga putar belit meleret dan membebel. Apabila tulisan mereka itu bermanfaat, maka orang klik butang #share, dan #follower mereka bertambah setiap hari. Semua itu menjadikan mereka ini mahu terus menulis dan menyebarkan kebaikan di media sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Juga mula dari kosong gais! Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Soalan: Saya ada banyak sangat benda yang saya minat. Sampai kadang-kadang tak tahu nak susun yang mana untuk dikongsikan dengan friends dan followers di Facebook. Bagaimana ya? Jawapan: Cari yang punya banyak titik persamaan dengan orang lain. Tak perlu jadi rare, jadi asing, jadi pelik. Hanya perlu sama sahaja. Yang bezakan ialah stail dan penyampaian sahaja. Orang suka masak dan makan, kongsi resipi. Orang suka jaga badan, kongsi tips senaman, video kecergasan, step nak kurus. Orang suka cantik, kongsi tips bersiap dengan cepat. Orang suka bawa bekal tempat kerja, kongsi menu bento. Orang suka memancing, kongsi tips joran, jenis ikan, jenis umpan. Orang suka motor, kongsi tips jalan raya. Orang suka kereta, kongsi pengumuman kereta baru, features terkini. Ada banyak titik persamaan yang manusia suka. Jadi gunakan itu sebaiknya. Pilih 3 sahaja setiap minat itu, dan konsisten menulis tentang itu di media sosial sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 1 minat, 3 kali seminggu = 3 minat kali 3 post, bersamaan dengan 9 post seminggu. Susun baik-baik, maka kalian akan mula dapat audien. Dari Naskhah Rahsia Penulisan Berpengaruh. Klik sini untuk membeli https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb

Dalam bermain media sosial, pastikan akaun kalian ada unsur yang boleh dipercayai (#trust) ✅ Guna nama orang, ✅ Letak profile yang ringkas dan kurang keraguan (atau tiada keraguan), ✅ Letak gambar sendiri. Di ruangan cover, profile picture dan text bio, letak hal kehidupan sahaja. Itu semua adalah titik kepercayaan. Dari sini, kalian akan mula memberikan rasa selesa (#comfort) kepada rakan dan #follower. Apabila mereka ada perasaan yang baik, sentiasa positif, maka mereka akan letak kepercayaan yang tinggi. Dari situ, aktiviti jual beli akan berlangsung dengan bagus dan lancar. Ini yang dinamakan sebagai #tribe yang bagus yang mana mereka ada ciri-ciri kesetiaan (#loyal). Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Percayalah. Cewah.

Sering kali kita perhati perkara ini berlaku; “Tulisan viral, namun follower tak naik.” Dan penulis akan tertanya-tanya kenapa. Kita rasa semua kita dah buat dengan betul. Orang duk bercakap promote your profile, biar orang tahu kita ini siapa. Namun tak menjadi pun. Orang lain sekali viral, naik sampai 1,000 orang follower baru, kita tak. Baik, begini. Maksud Promote Your Profile itu mesti dalam skop media sosial. Ia disebut sebagai profiling yang mana ada 5 perkara paling utama yang buat orang percaya kepada kita: 1. Nama, mesti nama orang. 2. Gambar cover, tak boleh gambar kedai, tak boleh gambar produk, tak boleh gambar bisness card. Ia akan buat orang rasa ini bukan profile orang, ini profile kedai yang tak habis buat iklan. 3. Gambar profile mesti gambar seorang. Gambar jelas mengadap, sekitar potongan dada ke kepala. Tak perlu pakai jaket, coat, blazer dan sebagainya, pakaian biasa sahaja, ini media sosial gais, biar ianya beri orang relaks tanpa letak apa-apa persepsi. 4. Ruangan teks bio, utamakan minat, kemahiran dan kesukaan, bukannya hal berniaga dengan letak produk, jual apa dan apa. Saya sendiri tulis Memasak, Menulis dan Mengembara kemudian baru tulis hal kerjaya. 5. Di dalam bahagian about, ada 1 ruangan disebut sebagai working. Di sini letaklah jawatan kalian, CEO sana, Sales sini, dropship sana. Ha letak di bahagian ini. Orang akan mula percaya kalian memang berbuat itu pada hari ini. Inilah maksud Promote Your Profile dalam konteks media sosial. Kemudian, bangunkanlah #content bermanfaat dengan konsisten. Ia mesti disusun rapi dan kemudiannya kalian akan mula dapat follower. Oh ya, butang follow kena set okey! Tak perlu penuhkan 5,000 friends baru ia tukar kepada follower, no. Hanya pergi ke Setting > public post > who can follow me > klik public. Nanti butang follow akan keluar. Jadi kalian add dan accept kawan sebenar sahaja, yang bukan, kalian biarkan mereka klik butang follow ya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kekal gambar sama, profile sama dari 0 follower hingga hari ini. Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Antara benda yang saya dapat semasa berada di kampung Svay Kleang, Kemboja beberapa tahun lalu ialah tentang bersyukur itu akan menambahkan rezeki kita semua. Contoh mudahnya ialah: 1. Bangun tidur, perkataan pertama yang wajar keluar ialah alhamdulillah. Tanda kita masih ada masa untuk bertaubat dan memohon ampun dari Allah. Kita banyak dosa. 2. Kemudiannya kita terus ke tandas, buang air, mandi, gosok gigi dan membersihkan diri. Keluar sahaja dari situ, sebut lagi alhamdulillah. Tanda kita masih sihat dan masih boleh berbuat semua itu secara mandiri sedang hari ini ada ramai di sekeliling kita yang kena dibantu untuk berbuat begitu kerana sakit dan sebagainya. 3. Sudah bersih, bentang sejadah, solat. Perkataan pertama selepas solat ialah istighfar. Dan itu antara benda yang sangat bagus untuk diri, ianya berupa memohon kemaafan dari Allah. Baca selanjutnya di : https://khairulhakimin.com/bersyukur-itu-menambahkan-rezeki/

Siapa yang pernah sertai affiliate kami tahun lalu jual kurma, ha mai sini kita guna sistem baru ini. Sama sahaja jual guna s
Siapa yang pernah sertai affiliate kami tahun lalu jual kurma, ha mai sini kita guna sistem baru ini. Sama sahaja jual guna share link sahaja! Tak payah pegang stok! Komisen ngam punya! Siap ada bonus cash okeh! Pendaftaran masih percuma! Klik sini sekarang! https://khmonecookies.com/daftar/000002 https://khmonecookies.com/daftar/000002 https://khmonecookies.com/daftar/000002

Posting #side yang menambah kepercayaan di media sosial: 1. Selfie, 1 atau 2 kali seminggu. 2. Jenaka keluarga, 1 atau 2 kali seminggu. 3. Content, 1 kali sebulan. 4. Bertanya, poll atau memberi soalan. 5. Jenaka isu semasa seperti hashtag #DoneIntoScene 6. Gambar keluarga. 7. Update percutian. 8. OOTD 9. Punchline, pick up line. 10. Selfie memek muka yang mengikut isu media sosial. * Posting side biasanya tiada #share. Ia juga bukan termasuk dalam pembangunan #content yang tersusun. Ia diperlukan dalam media sosial supaya orang tahu kita wujud, orang tahu kita juga seperti manusia biasa dan boleh memberi reaksi kepada kita. Biasanya posting ini akan memberi like dan komen yang banyak, itu bermaksud engagement kita tinggi! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Hidup kita ini, kena ada dalam kepala untuk setkan perkara yang wajar kita mengadu atau bersembang. Kalau bab memburuk, tak s
Hidup kita ini, kena ada dalam kepala untuk setkan perkara yang wajar kita mengadu atau bersembang. Kalau bab memburuk, tak suka itu, bandingkan ini, letaklah tepi. Kena pastikan ia wajar atau tak. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/ingat-dengan-sia…tu-yang-utamanya/ )

Soalan: Apa maksud posting crowd, side dengan RM tuan? Tuan selalu sebut namun saya tak dapat faham. Jawapan: hehe, kena datang kelas kalau betul nak tahu konsep sebenar dan faham. Ia disebut sebagai niche atau positioning. Di media sosial, ada 3: Crowd: posting #content untuk tarik audien datang ke wall kita kemudian klik butang follow. Side: posting untuk naikkan kepercayaan audien dan yakin kita wujud. RM: posting buat duit. 3 posting ini saling berkait dan punya strategi yang perlu disusun. Crowd dapat follower, setakat ini ada yang dari 0, sekarang sudah hampir 30,000 follower, paling tinggi anak murid yang pernah capai ialah 250,000 follower siap potong saya punya follower lagi. Side untuk maintain reach dan engagement. RM untuk buat duit. Kalian kena tahu, follower besar, jika postingnya tersusun, sales juga besar. Besar mana? Yang hampir 30,000 follower tersebut, sales beliau cecah RM5juta tahun lepas. Dan paling geram, beliau buat secara part time. Media sosial juga boleh bantu kalian dapat jana pendapatan, cara kena betul dan kalian akan raih hasilnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 100,000 follower dalam setahun. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Positifnya mereka ini sampai ia beroleh kejayaan, dan semua itu diraih bersama. Seronok betul! (Baca selanjutnya di https://k
Positifnya mereka ini sampai ia beroleh kejayaan, dan semua itu diraih bersama. Seronok betul! (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/seronoknya-ada-business-shower/ )

Mudahnya Personal Branding Sosial Media 1. Mesti ada topik yang fokus. 2. Posting topik tersebut sekitar 2-3 kali seminggu. 3. Wajib ada posting “side” atau “ad-hoc” untuk menaikkan percaya. 4. Contoh: Seorang Pegawai Majlis Agama nak up posting keagamaan setiap hari. Beliau susun content Kisah dalam Al-Quran, Sirah, Hukum, Isu Semasa dan sebagainya. Dalam waktu sama beliau juga memuat naik apa yang beliau minat, contohnya beliau penggemar aktiviti memancing. Maka ada juga posting begitu dibangunkan sekali seminggu. 5. Posting kerjaya dan posting minat perlu disusun untuk menaikkan kepercayaan audien. Itulah maksud Personal Branding di Media Sosial Media Sosial untuk bersosial, bukan fokus kepada kepakaran kita sahaja. Ia berjalan seiring dengan perkara yang kita suka, kita mahir dan kita minat. Semuanya bagus ditulis dalam bentuk #content yang tersusun. Barulah follower tinggi dan kita senang untuk sebarkan kebaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Memasak, mengembara, menulis dan kemanusiaan. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Allah sentiasa ada. Bertaubat. Dan kita yang tidak terlibat, mohoh menjauh dan dijauhkan dari ujian yang begini. Hanya kita y
Allah sentiasa ada. Bertaubat. Dan kita yang tidak terlibat, mohoh menjauh dan dijauhkan dari ujian yang begini. Hanya kita yang boleh kawal diri kita. Orang lain tidak. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/tak-apa-orang-tak-nampak-tapi-ingat-allah-mengetahuinya/ )

Salam semua, selamat pagi! Tips nak tulis perkara baik secara konsiten setiap pagi ialah: 1. Lihat apa yang anda baca setiap pagi. Tulis terus 3 perkara yang anda dapat dari bacaan itu. >> To educate. 2. Lihat apa yang anda dengar pada setiap pagi. Tulis terus 3 perkara yang anda dapat dari perkongsian itu >> To Educate. Senang kan? Tak yah penat-penat nak fikir beriya-iya. Mula kecil-kecil, lama-lama dah dapat rentak, kalian akan nampak apa yang kalian nak sampaikan secara terus menerus. Bismillah gais. KHM