uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 35 199 підписників, посідаючи 278 місце в категорії Маркетинг і PR та 898 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 35 199 підписників.

За останніми даними від 01 жовтня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -268, а за останні 24 години на -14, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 8.66%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 0 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 02 жовтня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

35 199
Підписники
-1424 години
-817 днів
-26830 днів
Архів дописів
Positifnya mereka ini sampai ia beroleh kejayaan, dan semua itu diraih bersama. Seronok betul! (Baca selanjutnya di https://k
Positifnya mereka ini sampai ia beroleh kejayaan, dan semua itu diraih bersama. Seronok betul! (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/seronoknya-ada-business-shower/ )

Mudahnya Personal Branding Sosial Media 1. Mesti ada topik yang fokus. 2. Posting topik tersebut sekitar 2-3 kali seminggu. 3. Wajib ada posting “side” atau “ad-hoc” untuk menaikkan percaya. 4. Contoh: Seorang Pegawai Majlis Agama nak up posting keagamaan setiap hari. Beliau susun content Kisah dalam Al-Quran, Sirah, Hukum, Isu Semasa dan sebagainya. Dalam waktu sama beliau juga memuat naik apa yang beliau minat, contohnya beliau penggemar aktiviti memancing. Maka ada juga posting begitu dibangunkan sekali seminggu. 5. Posting kerjaya dan posting minat perlu disusun untuk menaikkan kepercayaan audien. Itulah maksud Personal Branding di Media Sosial Media Sosial untuk bersosial, bukan fokus kepada kepakaran kita sahaja. Ia berjalan seiring dengan perkara yang kita suka, kita mahir dan kita minat. Semuanya bagus ditulis dalam bentuk #content yang tersusun. Barulah follower tinggi dan kita senang untuk sebarkan kebaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Memasak, mengembara, menulis dan kemanusiaan. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Allah sentiasa ada. Bertaubat. Dan kita yang tidak terlibat, mohoh menjauh dan dijauhkan dari ujian yang begini. Hanya kita y
Allah sentiasa ada. Bertaubat. Dan kita yang tidak terlibat, mohoh menjauh dan dijauhkan dari ujian yang begini. Hanya kita yang boleh kawal diri kita. Orang lain tidak. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/tak-apa-orang-tak-nampak-tapi-ingat-allah-mengetahuinya/ )

Salam semua, selamat pagi! Tips nak tulis perkara baik secara konsiten setiap pagi ialah: 1. Lihat apa yang anda baca setiap pagi. Tulis terus 3 perkara yang anda dapat dari bacaan itu. >> To educate. 2. Lihat apa yang anda dengar pada setiap pagi. Tulis terus 3 perkara yang anda dapat dari perkongsian itu >> To Educate. Senang kan? Tak yah penat-penat nak fikir beriya-iya. Mula kecil-kecil, lama-lama dah dapat rentak, kalian akan nampak apa yang kalian nak sampaikan secara terus menerus. Bismillah gais. KHM

Waktu saya gagal di sebuah kolej dulu (tahun 1999), emak nasihat cari kerja sebelum masuk ke kolej atau universiti lain. Saya
Waktu saya gagal di sebuah kolej dulu (tahun 1999), emak nasihat cari kerja sebelum masuk ke kolej atau universiti lain. Saya pun cari di pekan Mentakab dan berjaya dapat masuk... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/ingat-hidup-ini-kadang-kita-di-atas-kadang-kita-di-bawah/ )

Hangpa dah ada ClubHouse? Ok mai follow saya, boleh kita sembang hal bina content dan copy writing okeh.
Hangpa dah ada ClubHouse? Ok mai follow saya, boleh kita sembang hal bina content dan copy writing okeh.

Soalan: Tuan, betul ke ada orang cakap orang yang tulis cerita-cerita ini dia berhalusinasi? Cerita dia tak berlaku pun, dia reka-reka sahaja sebab nak viral. Jawapan: Untuk yang pernah hadir ke kelas #content saya, itu tak berlaku. Kami berusaha mencari cerita dan sentiasa alert dengan sekeliling. Asas mendapatkan cerita ialah peka, sentiasa nampak, sentiasa pandang dan mesti dapatkan 4 asas dalam pembangunan cerita tersebut. Mesti ada fakta, Mesti kuat emosi, Mesti ditulis dengan ejaan betul, Mesti memberi impak positif. Benar, cerita itu boleh direka-reka. Namun, kebiasaannya kita sendiri boleh tahu / nampak cerita itu rekaan atau tak. Menulis dalam bentuk story telling akan lebih kuat emosinya berbanding content biasa. Jadi, penulis akan dramatise cerita tersebut dengan memvisualkan emosi. Contoh adegan suami memarahi isteri, kita boleh masukkan dialog suami, dialog isteri. Jadi orang akan bayang apa yang mereka bualkan. Itu maksud memvisualkan. Kebiasaannya, story teller melihat lebih banyak dari orang biasa. Mereka ini juga lebih peka dari mereka yang tidak bangunkan content. Nampak apa sahaja yang baik, mereka akan ceritakan, ia normal bagi story teller atau pembangun content. Bab dia mahu reka cerita, itu saya tak tahu. Saya tidak, kelas saya juga tidak, setiap kali ada peserta kelas tanya boleh atau tak kita reka-reka cerita, jawapan saya sama, “tak boleh.” Kena usaha cari, kena sentiasa alert dan kena pastikan hanya cerita yang beri impak positif sahaja ditulis dan dikongsikan kepada audien. Sebab itu di wall-wall saya hanya ada kisah-kisah baik. Yang tidak, tak perlu share. Ia menambah dosa. Pergi kelas, masuk belajar dan kalian akan dapat tahu teknik mudah untuk mendapatkan cerita di sekeliling kita. Ianya sangat membantu dalam hal menulis di mana-mana medan. Tentang orang mahu berfikir kita ini begitu, kita ini begini, itu hal orang. Jika dia boleh berusaha berfikir kita ini yang bersusah payah mendapatkan story kemudian dia kata kita mereka-reka cerita, lantakkan sahaja. Orang begini memang kerjanya mencari salah orang, mencari titik lemah dan sentiasa tak yakin dengan diri sendiri. Jika kita tak pernah berjumpa kisah begitu, tak semestinya kita boleh menuduh-nuduh orang begitu begini. Sama juga dengan kesalahan orang yang pernah menipu dalam bercerita, tak adil pukul rata semua yang lain pun sama. Kita teruskan berusaha cari cerita, bangunkan content untuk kebaikan orang lain. Industri cerita ini datang dari zaman dahulu kala, zaman Nabi (selawat) juga bermula dengan penceritaan, hadis, al-Quran malah kita mengenal sahabat Nabi (selawat), sirah semuanya dalam bentuk penceritaan. Yang baik, ambil. Yang tak baik, tinggal. Tulis sahaja dulu, viral atau tak, itu rezeki. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Gambar: Di Wreck Plane, Iceland. Jika nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

photo content

Namun kita apabila dah berada di atasnya. Kena jadi orang biasa sahaja. Supaya kita tak merendahkan orang yang berada di bawa
Namun kita apabila dah berada di atasnya. Kena jadi orang biasa sahaja. Supaya kita tak merendahkan orang yang berada di bawah. Kita akan rasa kita sama. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/ingat-di-mata-allah-kita-semua-sama/ )

Hari ini, kita lihat beza orang berjaya dengan orang gagal. Tentukan mana satu yang kalian nak jadi. (Baca selanjutnya di htt
Hari ini, kita lihat beza orang berjaya dengan orang gagal. Tentukan mana satu yang kalian nak jadi. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/beza-orang-berja…ngan-orang-gagal/ )

Sesekali nak buh iklan support team kilang biskut saya, aci takkk? Huhu maaf belaka ya. Ini biskut yang ada stok. Kalian bole
+4
Sesekali nak buh iklan support team kilang biskut saya, aci takkk? Huhu maaf belaka ya. Ini biskut yang ada stok. Kalian boleh dapatkannya di sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001

Soalan: Bagaimana nak konsisten menulis? Jawapan: Jadikan rutin dan set disiplin. Contoh, tahun 2020 nak menulis 100 patah perkataan sehari. Jadi buat, berhenti sembang, buat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita kawal diri kita. Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Ini doa yang guru saya minta kami semua amalkan untuk teruskan hidup dalam industri penulisan termasuk hal memuat naik #content di media sosial: 1. Bangun pagi sahaja, terus ucap alhamdulillah, doa bagun tidur dan juga doa “Ya Allah, berilah aku idea yang bermanfaat untuk aku kongsi kepada rakan lain di dalam media sosial.” 2. Keluar sahaja dari rumah, baca Ayat Qursi, Bismillah hi tawakkaltu Allallah, kemudian baca doa ini “Ya Allah, berilah aku sebuah cerita hari ini untuk aku tulis dan kongsi kepada rakan-rakanku.” 3. Kemudian apabila mahu menulis, baca bismillah dan doa, “Ya Allah lancarkanlah tulisanku ini seperti mana lancarnya angin yang bertiup Ya Allah, berilah ilham yang tidak putus-putus seperti tidak putus-putusnya air zam-zamMu Ya Allah.” Amalkan, kalian akan nampak hasilnya bagaimana. Kita letak Allah di hadapan untuk setiap usaha kita supaya Allah juga ada bersama saat sukar juga dalam saat senang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Memori Pagi di Jakarta. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

“Asal namanya kebaikan, buat. Walau hanya ada RM10 dalan poket, entah-entah RM5 adalah untuk beli kuih / makanan kepada kawan
“Asal namanya kebaikan, buat. Walau hanya ada RM10 dalan poket, entah-entah RM5 adalah untuk beli kuih / makanan kepada kawan di pejabat." Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/asal-namanya-kebaikan/ )

Fungsi “story” tak sama seperti “posting”. Ia adalah untuk: 1. Memuat naik perkongsian tentang aktiviti harian. 2. Kempen. 3. Lebih kepada personal. 4. Di Instagram, jika follower sudah lebih 10,000 orang, kalian akan dapat fungsi lain seperti klik here, swipe up dan lain-lain. 5. Ia memberi keyakinan kepada audien kita memang wujud. 6. Bersifat sementara, 24 jam sahaja berada di ruangan itu. 7. Tulisan / gambaran yang sangat ringkas. Juga boleh tag, repost dengan mudah. 8. Tidak perlu bersusah bersedia caption atau video yang kemas, cukup ambil sendiri menggunakan phone. 9. Kebanyakan artis, selebriti, traveler, ikon sangat suka fungsi ini. Ia menyedia ruang berkongsi apa yang mereka buat tanpa perlu memuat naik posting. 10. Ada kempen jualan yang berjaya dibuat melalui fungsi ini dan biasanya mempunyai lebih 10,000 follower. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Menuju ke Jakarta. Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Waktu saya ambil degree dulu, saya buat kerja part time, katering. Dalam banyak-banyak kerja yang perlu dilakukan, paling enj
Waktu saya ambil degree dulu, saya buat kerja part time, katering. Dalam banyak-banyak kerja yang perlu dilakukan, paling enjoy ialah semasa basuh pinggan mangkuk. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bapa-pencuci-hati-kebangsaan/ )

Saya tegas dalam hal begini. Cikgu saya pesan banyak kali, apabila kalian membuka jalan untuk memudahkan orang lain, pastinya
Saya tegas dalam hal begini. Cikgu saya pesan banyak kali, apabila kalian membuka jalan untuk memudahkan orang lain, pastinya Tuhan juga memudahkan kalian. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/sebarkan-kebaikan-rezeki-datang/ )

#Content Ad-Hoc. 1. Bukan dalam senarai topik yang kita pilih dan susun. 2. Biasanya melibatkan aktiviti yang kita nak buat pada waktu itu. 3. Contohnya pergi makan, pergi bercuti, terserempak ikon, idola, artis, pergi kelas, junpa cikgu dan sebagainya. 4. Content jenis ini jatuh dalam “crowd” yang mana jika disusun dengan baik boleh dapat double engagement = share + like / komen. 5. Ad-Hoc biasanya lebih sifat manusia biasa. Bukti kepada kita wujud selain dari membina posting side. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Content Developer. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Di Facebook, hashtag tidak sekuat di Instagram. Kita boleh mencari apa sahaja perkataan di Facebook tanpa menggunakan hashtag. Facebook berupaya mencari dan mendapatkan apa yang kita mahu melalui ruangan search sahaja. Namun jika kita menyusun #content melalui hashtag tersendiri, maka ia berbaloi digunakan. Contoh: Dr Azizul Azli Ahmad menggunakan beberapa hashtag untuk membina posting beliau. Antaranya #TabungDuit untuk bercakap tentang penyimpanan. #TabungRumah untuk berbicara tentang pembelian dan penjualab rumah. #TabungIsteri untuk menulis tentang kriteria pasangan yang bagus bagi seisi keluarga. Ada banyak lagi hashtag yang beliau bina untuk susun content tersebut. Apabila kita klik di situ, akan jumpa banyaknya posting yang disusun melalui topik tersebut. Strategi itu sangat bagus bagi mereka yang membangunkan content secara tersusun. Ia memudahkan audien dan memberi audien selesa bab mencari posting yang mereka suka. Bagus dan memberi manfaat yang besar kepada pembaca. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master di The Content Success. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Ingat kawan, matang dalam bisnes ini ialah apabila kita rajin belajar, rajin mendengar, rajin berbuat, rajin berbaik dan raji
Ingat kawan, matang dalam bisnes ini ialah apabila kita rajin belajar, rajin mendengar, rajin berbuat, rajin berbaik dan rajin berkawan. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/matang-dalam-bisnes/ )