Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 199 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 278,并在 马来西亚 地区排名第 898 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 199 名订阅者。
根据 01 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -268,过去 24 小时变化为 -14,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.66%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 02 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
35 199
订阅者
-1424 小时
-817 天
-26830 天
帖子存档
35 199
Zaman dulu-dulu biskut inilah jadi peneman pi memana. Mak suka buat. Dulu biskutnya lembut sikit, sekarang kami rangupkan ia! Sedaaaap!
RM25 sahaja sebalang! Biskut Peanut Butter kami memang sedaaap!
Lekas dapatkannya di OneCookies ya, klik sini:
https://khmonecookies.com/shop/000001
https://khmonecookies.com/shop/000001
https://khmonecookies.com/shop/000001
35 199
Sungguhlah, rezeki Allah itu seluas langit. Kita sahaja yang salah minta, salah mohon, salah perangai dan silap sana sini.
Kemudian dah tersangkut, kita masih menyalahkan banyak benda, sedangkan yang sangkut itu kita, dan kita yang kena ubah diri kita.
Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/sesungguhnya-rezeki-allah-itu-seluas-langit/ .
Salam Jumaat ya kawan-kawan semua.
35 199
Rutin saya menulis #content di media sosial:
7-9am - Tips Content (To Educate).
10-12pm - Iklan Kelas / Ebook (To Moneytize).
2-4pm - Side (To Entertain).
5-6pm - Review (To Inform / To Moneytize).
8-10pm - Side (To Entertain) atau To Inspire.
(Jadual ini saya akan main dan rotate fungsinya setiap hari).
*
To Educate / To Inform / To Inspire: Crowd, dapat share.
To moneytize: dapat duit.
Side: Maintain engagement.
Semua ada matlamatnya.
Semuanya bersusun. Ramai yang tanya bagaimana saya ada banyak content sedangkan urusan saya penuh setiap hari.
Jawapannya ialah saya ada disiplin menulis. Saya akan tulis sahaja setiap hari dalam Microsoft Word, kemudian saya save dalam folder.
Itu dinamakan sebagai bank content.
Ia wujud selepas kita buat content mapping. Ia adalah blueprint pembangunan content kita mengikut topik yang kita pilih.
Saya masih ada 200 posting yang belum up.
Masih ada 40 resipi yang belum up.
Jadi, sibuk bagaimanapun, follower tetap naik apabila kita buat posting crowd.
Sales tetap masuk walau kita tidur. Best kan? Alhamdulillah.
Allah perancangan, maha merancang.
Kita sebagai hamba, nak berjaya juga kena merancang.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sosial media tak ada limit, nak pahala, bersepah, nak duit, berbagai cara, tinggal nak susun dan buat sahaja. Nak tips lagi, klik sini ya https://t.me/ContentKHM
35 199
Waktu yang bagus memuat naik status ialah bermula 7.00 pagi hingga 10.00 malam.
Sebelum waktu itu dan selepasnya adalah sangat tak digalakkan sekiranya kalian belum ada sejumlah follower yang besar.
Pada waktu pagi, adalah sangat bagus untuk menaikkan posting #crowd.
Ingat, posting ini kalian akan dapat:
1. Share.
2. Apabila posting itu ada share, maka kalian akan memperoleh follower.
3. Like dan komen datang seiring.
Posting ini kita terus up:
To educate atau to inform atau to inspire. Ia posting yang beri impak positif kepda audien. Kalian pasti ada sesuatu yang kalian mahir atau kalian suka atau kalian minat, maka uplah #content itu satu hari satu pada awal pagi.
Mulakan post itu untuk hari itu. Tak perlu pergi buat ucapan selamat pagi dan sebagainya, terus kasi ilmu.
Sekiranya tak boleh, maka up posting #Side. Ia biasanya status yang:
1. Memberi keceriaan.
2. Memberi bahagia, selesa.
3. Keseronokan, jenaka, lawak dan lucu.
Pagi adalah waktu untuk motivasi dan semangat sepanjang hari. Kerana itu radio biasanya membawakan topik yang sedap, sampai ada yang suka ketawa dan ceria pada waktu tersebut.
Ada juga yang membawa teknik dan tips kehidupan, ada yang buat kelas itu kelas ini di dalam radio. Maka kita dapat sesuatu yang segar.
Jika jalan jem, lambat hantar anak sekolah, suami jenis pemalas tak mahu bantu dan sebagainya, yang itu simpan sendiri. Posting di media sosial adalah untuk mendapatkan reaksi positif. Letak perkara negatif, negatif jugalah audien yang kalian dapat.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM
35 199
Kurma Ajwa kami gred AA dari Madinah. Saya cadangkan kalian hadiahkan kepada ibu ayah di kampung kurma ini.
Beritahu ia dari Madinah, pasti terubat rindu mereka ke Tanah Suci.
Boleh terus buat kiriman kurma anda di sini ya:
https://khmonecookies.com/shop/000001
https://khmonecookies.com/shop/000001
https://khmonecookies.com/shop/000001
35 199
Ada yang tanya saya bagaimana saya sentiasa positif dan dapat networking yang bagus?
Jawapan saya mudah sahaja, buat pelaburan pergi ke kelas mahal, apa sahaja. Di sana kalian akan jumpa orang yang duit bekerja untuknya. Bukan dia bekerja untuk duit.
Perbezaan itu adalah cara berfikir, cara bercakap, cara susun Big Why, cara beradab dengan Tuhan, kaedah menyantuni rezeki, bagaimana meletakkan Allah di hadapan serta tips mahu kekal positif di mana-mana lapangan walau berada dalam situasi stress, tegang dan tercabar.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Networking = silaturrahim = membuka pintu rezeki.
35 199
Sale 3-3 gais! Semua buku FREE kurier! Klik link ini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/sale3-3_freekurier
35 199
Sabarnya mereka inilah yang membuahkan hasil yang melumayankan bahagia dan membuah rasa cinta sesama keluarga. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/ibu-kita-mulia-m…lakukan-kebaikan/ )
35 199
Sedikit nota dari perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman x Neelofa sebentar tadi di ClubHouse.
35 199
Soalan: Mengapa posting resipi senang untuk dapat share tinggi?
Jawapan: Ia #content yang punya titik persamaan yang besar dengan semua orang. Orang suka makan, suka memasak dan suka mahu tahu bagaimana ia disiapkan.
Walau ia resipi yang ringkas, ia tetap disukai.
Saya mula kongsi resipi pada 2014. Waktu itu jika dapat share 1, 2, 5, dah boleh buat kenduri. Suka sangat-sangat. Kemudian saya berjaya buat resipi Brownies Walnut and Chocolate pada 2016, dan mendapat lebih 100,000 share.
Sekiranya kalian konsisten menulis benda yang kalian sendiri buat, sendiri suka, dan audien juga suka, maka kalian akan mudah nak dapatkan #crowd.
Bayangkan, ia kesukaan semua orang. Dan semua orang itu sedang berkumpul di wall kalian. Jadi senanglah mahu menjual segala benda kan?
Ha begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM
35 199
Soalan: Sehari dua ini baru saya tahu ada ramai penulis #content yang ramai follower lepas baca posting tuan dan Cikgu Fadli. Soalan saya 1 sahaja, apa yang jadikan mereka ada ramai pengikut ya tuan?
Jawapan: Tulis perkara bermanfaat yang beri impak positif kepada audien. Maksud impak positif ialah:
1. Apabila orang baca, orang faham (posting inspirasi).
2. Apabila orang baca, orang boleh buat terus (posting educate, inform, inspirasi).
3. Apabila orang baca, orang boleh beli terus (posting sales, review).
Mereka ini ada petua yang tidak ada pada orang lain. Benda itu ialah:
Konsisten menulis, konsisten berbuat baik, positif, niat (big why) mahu sebarkan ilmu, sentiasa update ilmu, kerja keras, banyak membaca dan menjaga circle mereka dengan sangat baik. Serius saya cakap terang, kalian berjumpalah dengan mereka, orang-orang ini tak banyak beralasan, mereka hanya tahu berbuat sampai jaya.
Semuanya bermula dari kosong pengikut, hari ini punya ratusan ribu hanya dengan menulis kebaikan yang orang lain boleh tiru. Mereka tulis dari hati, tak berlebih, tak berkurang. Sedap dan senang dibaca.
Biasanya bahasa yang mudah difahami. Firm. Tidak ada kiasan yang sukar difahami, tak ada juga putar belit meleret dan membebel.
Apabila tulisan mereka itu bermanfaat, maka orang klik butang #share, dan #follower mereka bertambah setiap hari.
Semua itu menjadikan mereka ini mahu terus menulis dan menyebarkan kebaikan di media sosial.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Juga mula dari kosong gais! Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 199
Soalan: Saya ada banyak sangat benda yang saya minat. Sampai kadang-kadang tak tahu nak susun yang mana untuk dikongsikan dengan friends dan followers di Facebook. Bagaimana ya?
Jawapan: Cari yang punya banyak titik persamaan dengan orang lain. Tak perlu jadi rare, jadi asing, jadi pelik. Hanya perlu sama sahaja. Yang bezakan ialah stail dan penyampaian sahaja.
Orang suka masak dan makan, kongsi resipi.
Orang suka jaga badan, kongsi tips senaman, video kecergasan, step nak kurus.
Orang suka cantik, kongsi tips bersiap dengan cepat.
Orang suka bawa bekal tempat kerja, kongsi menu bento.
Orang suka memancing, kongsi tips joran, jenis ikan, jenis umpan.
Orang suka motor, kongsi tips jalan raya.
Orang suka kereta, kongsi pengumuman kereta baru, features terkini.
Ada banyak titik persamaan yang manusia suka. Jadi gunakan itu sebaiknya.
Pilih 3 sahaja setiap minat itu, dan konsisten menulis tentang itu di media sosial sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
1 minat, 3 kali seminggu = 3 minat kali 3 post, bersamaan dengan 9 post seminggu. Susun baik-baik, maka kalian akan mula dapat audien.
Dari Naskhah Rahsia Penulisan Berpengaruh. Klik sini untuk membeli https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb
35 199
Dalam bermain media sosial, pastikan akaun kalian ada unsur yang boleh dipercayai (#trust)
✅ Guna nama orang,
✅ Letak profile yang ringkas dan kurang keraguan (atau tiada keraguan),
✅ Letak gambar sendiri.
Di ruangan cover, profile picture dan text bio, letak hal kehidupan sahaja. Itu semua adalah titik kepercayaan.
Dari sini, kalian akan mula memberikan rasa selesa (#comfort) kepada rakan dan #follower.
Apabila mereka ada perasaan yang baik, sentiasa positif, maka mereka akan letak kepercayaan yang tinggi. Dari situ, aktiviti jual beli akan berlangsung dengan bagus dan lancar. Ini yang dinamakan sebagai #tribe yang bagus yang mana mereka ada ciri-ciri kesetiaan (#loyal).
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Percayalah. Cewah.
35 199
Sering kali kita perhati perkara ini berlaku;
“Tulisan viral, namun follower tak naik.”
Dan penulis akan tertanya-tanya kenapa. Kita rasa semua kita dah buat dengan betul. Orang duk bercakap promote your profile, biar orang tahu kita ini siapa. Namun tak menjadi pun. Orang lain sekali viral, naik sampai 1,000 orang follower baru, kita tak.
Baik, begini.
Maksud Promote Your Profile itu mesti dalam skop media sosial. Ia disebut sebagai profiling yang mana ada 5 perkara paling utama yang buat orang percaya kepada kita:
1. Nama, mesti nama orang.
2. Gambar cover, tak boleh gambar kedai, tak boleh gambar produk, tak boleh gambar bisness card. Ia akan buat orang rasa ini bukan profile orang, ini profile kedai yang tak habis buat iklan.
3. Gambar profile mesti gambar seorang. Gambar jelas mengadap, sekitar potongan dada ke kepala. Tak perlu pakai jaket, coat, blazer dan sebagainya, pakaian biasa sahaja, ini media sosial gais, biar ianya beri orang relaks tanpa letak apa-apa persepsi.
4. Ruangan teks bio, utamakan minat, kemahiran dan kesukaan, bukannya hal berniaga dengan letak produk, jual apa dan apa. Saya sendiri tulis Memasak, Menulis dan Mengembara kemudian baru tulis hal kerjaya.
5. Di dalam bahagian about, ada 1 ruangan disebut sebagai working. Di sini letaklah jawatan kalian, CEO sana, Sales sini, dropship sana. Ha letak di bahagian ini. Orang akan mula percaya kalian memang berbuat itu pada hari ini.
Inilah maksud Promote Your Profile dalam konteks media sosial.
Kemudian, bangunkanlah #content bermanfaat dengan konsisten. Ia mesti disusun rapi dan kemudiannya kalian akan mula dapat follower.
Oh ya, butang follow kena set okey! Tak perlu penuhkan 5,000 friends baru ia tukar kepada follower, no. Hanya pergi ke Setting > public post > who can follow me > klik public. Nanti butang follow akan keluar.
Jadi kalian add dan accept kawan sebenar sahaja, yang bukan, kalian biarkan mereka klik butang follow ya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kekal gambar sama, profile sama dari 0 follower hingga hari ini. Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 199
Antara benda yang saya dapat semasa berada di kampung Svay Kleang, Kemboja beberapa tahun lalu ialah tentang bersyukur itu akan menambahkan rezeki kita semua.
Contoh mudahnya ialah:
1. Bangun tidur, perkataan pertama yang wajar keluar ialah alhamdulillah. Tanda kita masih ada masa untuk bertaubat dan memohon ampun dari Allah. Kita banyak dosa.
2. Kemudiannya kita terus ke tandas, buang air, mandi, gosok gigi dan membersihkan diri. Keluar sahaja dari situ, sebut lagi alhamdulillah. Tanda kita masih sihat dan masih boleh berbuat semua itu secara mandiri sedang hari ini ada ramai di sekeliling kita yang kena dibantu untuk berbuat begitu kerana sakit dan sebagainya.
3. Sudah bersih, bentang sejadah, solat. Perkataan pertama selepas solat ialah istighfar. Dan itu antara benda yang sangat bagus untuk diri, ianya berupa memohon kemaafan dari Allah.
Baca selanjutnya di : https://khairulhakimin.com/bersyukur-itu-menambahkan-rezeki/
35 199
Siapa yang pernah sertai affiliate kami tahun lalu jual kurma, ha mai sini kita guna sistem baru ini.
Sama sahaja jual guna share link sahaja! Tak payah pegang stok! Komisen ngam punya! Siap ada bonus cash okeh!
Pendaftaran masih percuma! Klik sini sekarang!
https://khmonecookies.com/daftar/000002
https://khmonecookies.com/daftar/000002
https://khmonecookies.com/daftar/000002
35 199
Posting #side yang menambah kepercayaan di media sosial:
1. Selfie, 1 atau 2 kali seminggu.
2. Jenaka keluarga, 1 atau 2 kali seminggu.
3. Content, 1 kali sebulan.
4. Bertanya, poll atau memberi soalan.
5. Jenaka isu semasa seperti hashtag #DoneIntoScene
6. Gambar keluarga.
7. Update percutian.
8. OOTD
9. Punchline, pick up line.
10. Selfie memek muka yang mengikut isu media sosial.
*
Posting side biasanya tiada #share. Ia juga bukan termasuk dalam pembangunan #content yang tersusun.
Ia diperlukan dalam media sosial supaya orang tahu kita wujud, orang tahu kita juga seperti manusia biasa dan boleh memberi reaksi kepada kita.
Biasanya posting ini akan memberi like dan komen yang banyak, itu bermaksud engagement kita tinggi!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
35 199
Hidup kita ini, kena ada dalam kepala untuk setkan perkara yang wajar kita mengadu atau bersembang. Kalau bab memburuk, tak suka itu, bandingkan ini, letaklah tepi. Kena pastikan ia wajar atau tak. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/ingat-dengan-sia…tu-yang-utamanya/ )
35 199
Soalan: Apa maksud posting crowd, side dengan RM tuan? Tuan selalu sebut namun saya tak dapat faham.
Jawapan: hehe, kena datang kelas kalau betul nak tahu konsep sebenar dan faham.
Ia disebut sebagai niche atau positioning. Di media sosial, ada 3:
Crowd: posting #content untuk tarik audien datang ke wall kita kemudian klik butang follow.
Side: posting untuk naikkan kepercayaan audien dan yakin kita wujud.
RM: posting buat duit.
3 posting ini saling berkait dan punya strategi yang perlu disusun.
Crowd dapat follower, setakat ini ada yang dari 0, sekarang sudah hampir 30,000 follower, paling tinggi anak murid yang pernah capai ialah 250,000 follower siap potong saya punya follower lagi.
Side untuk maintain reach dan engagement.
RM untuk buat duit. Kalian kena tahu, follower besar, jika postingnya tersusun, sales juga besar. Besar mana? Yang hampir 30,000 follower tersebut, sales beliau cecah RM5juta tahun lepas. Dan paling geram, beliau buat secara part time.
Media sosial juga boleh bantu kalian dapat jana pendapatan, cara kena betul dan kalian akan raih hasilnya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
100,000 follower dalam setahun.
Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM
