TIPS KEIBUBAPAAN #75
( Cari, Cipta Positiviti di Setiap Sudut Tingkahlaku Anak )
Saya baru selesai menonton adinda saya Pn Hidayah di Bicara Naratif di RTM.
Saya suka pesanan akhir beliau iaitu:
i) Cipta Positiviti
ii) Cipta Kreativiti
iii) Elak Negativiti
Dalam pada menangani setiap saat kerenah anak-anak,
kita memang perlu melihat sudut pandang tembus ke dalam gitu.. 😄
Malam ini tiba-tiba Yumna taknak tidur dan nak itu ini,
Saya sempat bertanya dalam diri : apa keperluan fisiologi dia belum cukup? Makan minum rehat aktiviti? Apa keresahan dia sehinggakan meminta itu ini?
Kaedah divert paling mudah sebab anak ini masih kecil. 😊
Jika besar sekitar usia 4, saya boleh saja tanyakan soalan cepumas, "Yumna nampak macam resah gelisah aja, ada saja benda tak kena, apa yang ganggu Yumna sebenarnya ya?"
(Tidak salah sama sekali bertanya si anak kecil sebab otak dia adalah bukan otak kita, lain proses pemikiran dan pengalaman dia... 😊)
Soalan ini pernah ditanyakan kepada anakanda sulong Fateh dahulu sewaktu dia usia dekat 5 tahun, dan rupanya benar, dia ada struggle tak settle lagi peristiwa di sekolah.
Ada post lama saya:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=677042305803690&id=477691842405405
Namun untuk Yumna yang belum usia 2 tahun, sebenarnya dia sendiri pun akan tidak tahu apa yang tak kena,
Tambahan lagi dia belum mampu menjawab persoalan dengan baik (kemampuan kognitif dia).
Mujur kaedah distract atau divert ke aktiviti menarik dia masih boleh makan saman heheh 😁 iaitu ajak dia panjat chin bar berlapis 4 yang baru dicipta/dibina hari ini.
......
Untuk setiap tingkahlaku anak,
amat penting untuk kita raikan,
besarkan kesyukuran,
sudut pandang positif selalu.
Pasti ada kebaikan kecil di sebalik aksi negatif dan mencabar mereka.
Seperti setiap bunga di bawah dalam poster ni,
Jikalah ianya di celah semak samun hutan terpelihara Secret Garden 🍀☘🌿🍃🍂🍁,
Mencarinya pasti tidak mudah, kan?
Namun, sebaik saja jumpa, dan
Bunga bunga ini disusun,
ditonjolkan secara satu persatu dan tegak,
Ia dapat dilihat secara individual...
MasyaAllah...
Ia sangat sangat UNIK dan INDAH.
Pastinya bunga-bunga sebegini adalah INDAH, CANTIK dan beri aura positif, kan?
.
.
Jadilah mata lebah,
Melihat, mencari madu di sebalik semak samun,
Bukan mata lalat yang mencari negativiti iaitu sampah walau di celah kebun bunga indah sekali pun.
.
*Rindu nak lawat Secret Garden yang saya dah cipta/bina dalam Creative Visualisation dengan Monica Jephcott masa belajar Play Therapy lebih 10 tahun dulu 😊😊😊
*Fateh memang suka solat gaya dia, namun ayah dia bagus sentiasa puji kebaikan kecil dia dan pejam mata pada kesilapan dia (yang sabar aja mak eh)
-- harus SYUKUR dia mahu solat 😊👍
*Khairunnisa' masih gatal eczema sebab pemakanan kurang seimbang, campur trauma dia dulu-dulu darah-darah nanah tangan dan kaki maka tidak mahu mandi, mandi aja menjerit kuat macam kena dera 😅, namun hypnotise pelan-pelan dia setuju makan kari ikan nanti ayah dia beli ikan nyuk nyuk. Sebulan PKP ni dia tak pernah makan nasi dan lauk macam-macam yang saya masak pun 😊. Dia hanya makan makanan tertentu saja.
-- harus SYUKUR kulitnya luka sikit dan kami pandai manage sapuan dan alert apa boleh apa tak boleh. Dan emosi dia, dia adalah a happy child
*Yumna maybe rindu nak keluar luar pagar, bermain di rumah pengasuh yang izinkan dia 'main game'? hp di rumah pengasuh dan kami keep the rule tidak boleh: satu saat ni dia tanya elok-elok: "Ayah nak game boleh?" - ayah terkesima perkataan 'boleh' yang dia ucapkan - masih mencuba nasib kot kot dapat, dan kami sentiasa kata tak boleh dan dia ok aja tiada pemberontakan. Namun dia ada insiden resah sesekali once in a blue moon atas suasana PKP stay at home ini, namun semuanya masih boleh dilayan dan dihandle lagi dengan baik, Syukur Alhamdulillah
-- harus syukur peluang ini untuk latih dia detox no hp gajet, dan dia masih kecil, manakala growth dan perkembangan fizikal, kognitif, dan emosi sosial dia amazing untuk anak yang belum usia 2.
.
.
Anak kecil sebenarnya ada stres nya akibat PKP dan kita l