en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 16 285 subscribers, ranking 962 in the Family & Children category and 2 359 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 16 285 subscribers.

According to the latest data from 19 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -118 over the last 30 days and by -2 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 5.83%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.61% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 950 views. Within the first day, a publication typically gains 426 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œChannel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 20 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

16 285
Subscribers
-224 hours
-237 days
-11830 days
Posts Archive
photo content

Sunset Photo Invitation Card (4).png2.55 MB

Jangan lupa temujanji kita malam ini ya, Kita cakna dan strategikan bersama, Agar kita lebih faham kondisi anak dan sekaligus tahu bagaimana nak urus mereka dengan lebih baik. Tidurkan anak awal insyaAllah mudahan dapatlah kita fokus.

3 Cara Nak Dapatkan Jawapan Dari Anak Kenapa Dia Buat Hal (Dia Stres) Jika ibubapa sering pening dengan tingkahlaku anak-anak dan mahu memahami punca stres kanak-kanak, ibubapa perlu sentiasa memahami PERSPEKTIF ANAK-ANAK itu sendiri. https://maznahibrahim.com/3-cara-nak-dapatkan-jawapan-dari-anak-kenapa-dia-buat-hal-dia-stres/

Bagus Pn Wada ini. Setiap orang tidak sama body clock dan kesesuaian persekitaran rumahnya. Namun kita boleh belajar dan ambi
Bagus Pn Wada ini. Setiap orang tidak sama body clock dan kesesuaian persekitaran rumahnya. Namun kita boleh belajar dan ambil inspirasi dari satu sama lain ya πŸ˜ŠπŸ‘ . Walau seorang diri masih boleh urus dengan baik.

TIPS KEIBUBAPAAN #78 ( SEIMBANG KERJA DAN RUMAH ) Hm... berangan la nak buat banyak kerja peribadi di siang hari, kan? Memang tak dapat. Anak terabai atau terluka emosi sedikit. Mak ayah asyik buat kerja komputer aja, tak main dengan kita pun? Kita nak jadi laptop lah boleh tak? Supaya mak ayah tengok kita tak lepas lepas-lepas pandang pun πŸ˜’ Anak pun sibuk kacau, nak tekan tekan kat keypad laptop tu, kemudian mak ayah pun marah anak tetiba, high pitch terus sebab kerja tu 'penting amat' kan? Terlupa emosi anak juga 'amat amat penting' dan ia investment kita kelak di hari tua dan tabung di akhirat... (doa anak soleh). Tips work from home saya, dan mesej penting yang saya nak sampaikan, ada dalam video ni: https://www.youtube.com/watch?v=7VNMc3ttaFA Mudahan podomoro 25-5 atau 30-10 boleh bantu anda ok. Boleh taip tomato timer kat hp/laptop ada internet dan pasang alarm 😊 Stay positive πŸ’ͺ CARE β™₯ Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

TIPS KEIBUBAPAAN #77 ( CAHAYA MATAHARI DAN EMOSI IBUBAPA ANAK) Sebenarnya senaman dan aktiviti di luar rumah dengan mendapat cahaya matahari adalah amat baik untuk otak dan emosi kita selain manfaat kepada badan fizikal kita tau 😍. Otak kita akan merembeskan hormon serotonin, iaitu hormon antistres, PENSTABIL EMOSI (mood stabiliser). Bermakna ia positif dan baik sekali untuk emosi. Manakala bila kurang cahaya matahari, rendah serotonin, lebih dekat kepada kemurungan (depression). Lepas atau semasa exercise tu, dapat pula hormon endorphine, iaitu natural pain killer, mengurangkan persepsi terhadap kesakitan, Kalau sakit hati dengan adik beradik bila bergaduh pun, relak aja tak sakit hati sangat, happy happy aja, emosi positif aja (yang selalu dan rutin senaman/tarian, geng ni memang positif orangnya, atau kanak-kanak yang aktif fizikal/sukan, kacau orang lagi suka suka hati). Kalau kita perhatikan orang yang clinically depression memang tidak suka berjumpa orang, tidak mahu keluar rumah, apatah lagi bersenam di bawah cahaya matahari, Sebaliknya mereka lebih gemar kepada berkurung diri di dalam rumah / bilik dan berada dalam kegelapan. Tips ini baik untuk anak-anak dan #IbuBapaKini agar kekal sihat minda, dan positif emosi. Untuk anak, kuranglah tantrum yang kita tak dapat fahami, sebab anak pun sudah dapat cahaya matahari, bergerak fizikal, dan dan dapat hormon antistres dia sendiri secara semulajadi 😊😊😊. Emosi dia akan lebih positif, mood dia baik, senang beri kerjasamaπŸ‘ Mak pak pun kurang stres sebab mereka. Buat ya? Pagi - tak panas sangat sekitar matahari dah keluar pagi tu, lakukan sekeluarga. Ia baik untuk kulit juga. Petang juga - sekitar tak berapa panas, pukul 6 ke atas begitu, ha mainlah di luar rumah dapatkan cahaya matahari juga ya, mandi kolam ke apa-apalah. Buat yaπŸ˜ƒπŸ’ͺ CARE β™₯, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

photo content

Anak Pun Stres Juga Seperti IbuAyah Sepanjang #DudukRumah Ni. Kita bersama bincang pasal kanak-kanak dan stres mereka sepanjang duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan ni. Sudah nak masuk Fasa 3 mulai Rabu ini. Tanda-tanda sudah mula kelihatan. Soalan-soalan sudah mula masuk dan rujuk kepada saya. Bukan aja parent boleh burnout, anak juga boleh. Entiti kecil yang bernaung di bawah 'Kerajaan Keibubapaan Anda', Entiti paling fragile sebab belum sepenuhnya mengerti dan pegang sebarang tanggungjawab besar. Entiti yang kerap dipinggirkan dan dilupakan seketika kerana ingat mereka ni kerja main aja kan, heheheh (biasanya golongan minorit yang ketinggalan sebab tak dapat bersuara lantang dan tiada akses atau tenaga nak bising kecoh ialah kanak-kanak kecil, warga emas lanjut dan yang sakit). Mengigau, Berjalan Dalam Tidur, Mengancing Gigi Masa Tidur, Bergaduh Adik Beradik, Mengamuk Tak Tentu Pasal, Demand Macam-macam, Buat Hal Pelik-Pelik, Resah Gelisah, Diam Menyendiri, Withdrawal dari Adik Beradik, dan macam-macam lagi... Belum lagi petanda fizikal seperti sakit perut, sakit kepala, sakit dada, sakit kaki la, pening muntah, insomnia dan macam-macam lagi. Jum kita kupas, kita fahami, kita fikirkan perspektif atau sudut pandang mereka pula, macam mana nak bantu mereka tangani stres ini. Orang kata the struggle is real kan? Struggle dan stres kanak-kanak juga adalah real ya..... Mereka buat hal, kita akan bertambah stres tau! . Kongsi dengan rakan-rakan anda, Siapkan anak awal dengan aktiviti fizikal bagi penat, settle down awal, dan masuk tidur awal sikit. Hmm boleh juga tidurkan anak dan guna earphone untuk dengar, minimakan cahaya lampu (sebaiknya gelap gelita tapi takpa, if itu option terbaik ok 😊). Jumpa Rabu malam nanti. . . CARE β™₯, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

TIPS KEIBUBAPAAN #76 ( SEBARKAN GOOD VIBES DALAM KELUARGA SENDIRI) Ramai yang pm saya berkongsi mengenai tenaga mereka sudah hampir nak 'habis', bila nak masuk Fasa III PKP ini, Tak masuk lagi tenaga dan reaksi anak-anak mereka yang semakin mencabar, bermakna anak-anak turut terkesan setelah berkurung dalam rumah hampir 1 bulan. Ia perlukan satu kekuatan luar biasa, terutama jenis ekstrovert yang sudah biasa berjumpa orang dan berbual secara 'live'. Sebenarnya peluang yang saya nampak ialah sesi online dari banyak pakar atau ikon yang sesuai dengan skop kerja kita, amat amat membantu. Katakan anda minat skop parenting, mendengar slot perkongsian selama 38 minit dengan Ummi Profazz pun saya sudah sangat bahagia, termasuk slot ikon lain di dalam Mom's Kingdom baru-baru ini. Baru-baru ini online supervision dengan supervisor dan sahabat seperjuangan yang melaksanakan kajian penyelidikan dengan supervisor yang sama juga amat amat refreshing dan memenuhi tangki emosi dan minda saya, sekaligus rasa motivated (sama macam Dr Nurhaya terus rasa endorphines banyak selepas sesi saya share di Mom s Kingdom). Sebentar tadi pula saya attend sesi dengan 2 pensyarah yang arif dalam kajian kualitatif dari UUM, juga amat-amat memberangsangkan jiwa dan semangat 😊😍 . POKOKNYA: CARI. PILIH. Cari dan pilih untuk slot perkongsian online yang positif dan perlu sahaja. Tidak perlu banyak atau semua. GET MOTIVATED. Kemudian akan spread the good vibes kepada ahli keluarga kita pula, ok. . ANAK BAGAIMANA? Anak-anak ekstrovert pula biasanya suka sangat video call dengan sepupu, keluarga, atuk, nenek, makcik pakcik semua, juga sama. Elemen penuhi tangki emosi 'connection with people'. Apa yang adanya adalah visual dan audio, live vid call. Itu aja pun sudah harus syukur besar, banyak-banyak. . Okay, ada perkongsian spesifik dari saya yang anda mahu/perlu? *Tajuk managing stres ibu ibu di rumah boleh dapat dari Private Group Mom s Kingdom (Daftar di: https://forms.gle/QjU1oft7VAZGrH3N7 ), manakala sharing skop stres umum dan mental health di Youtube Channel saya https://www.youtube.com/playlist?list=PLq4UkD8znwpLxHJgu9T5wRagzNR-nTKUm, lain consultation saya biasanya saya banyak buat kepada pembeli ebook saya di support group telegram secara audio reply 😊😊😊 Spread the good vibes, start with ourselves first, then barulah kepada ahli keluarga kita okay. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan Tuliskan di komen skop perkongsian spesifik dari saya yang anda mahu, mungkin boleh saya lakukan secara umum nanti ya, doa doanya diizinkanNya. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1438051723036074&id=477691842405405

photo content

Saya suka perkongsian Pn Ehsaniah. Mudahan beri idea dan sokongan kepada anda semua ya πŸ˜ŠπŸ‘ Saya juga kadangkala guna teknik
Saya suka perkongsian Pn Ehsaniah. Mudahan beri idea dan sokongan kepada anda semua ya πŸ˜ŠπŸ‘ Saya juga kadangkala guna teknik silent pause ni, tenung anak dengan niat besarkan kasih sayang dan ingat momen the best mereka iaitu masa lahir 😁, memang terus switch emosi kita dan dia juga terus stop behavior pelik dia, dan tanya napa mummy tengok Fateh / Kakak (Kalau Yumna dia terus sorok muka malu β˜ΊοΈπŸ˜‚)

ah yang kena handle dengan baik. Kita yang utama sekali dalam kesihatan mental perlu jaga diri, self care sebab kita dan pasangan adalah 2 pokok 🌳🌳 tempat anak berteduh, bersandar, bergayut dll lagi (dengan gembiranya atau dengan stresnya 😁). . . Take Home Message: i) Cipta positiviti - jadi mata lebah, cari kebaikan unik setiap tingkahlaku misteri / puzzle anak ii) Cipta kreativiti - dalam apa ada, rumah kecil atau besar tidak jadi isu, ciptalah apa saja untuk kegembiraan diri anda dan keluarga termasuk anak-anak iii) Elak Negativiti - pilih yang baik, dan decide untuk NO pada yang tak baik, sebab tak baik tu kalau tak tolak, ia sedia ada otomatik di sekeliling kita - entropi . Refleksi, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

TIPS KEIBUBAPAAN #75 ( Cari, Cipta Positiviti di Setiap Sudut Tingkahlaku Anak ) Saya baru selesai menonton adinda saya Pn Hidayah di Bicara Naratif di RTM. Saya suka pesanan akhir beliau iaitu: i) Cipta Positiviti ii) Cipta Kreativiti iii) Elak Negativiti Dalam pada menangani setiap saat kerenah anak-anak, kita memang perlu melihat sudut pandang tembus ke dalam gitu.. πŸ˜„ Malam ini tiba-tiba Yumna taknak tidur dan nak itu ini, Saya sempat bertanya dalam diri : apa keperluan fisiologi dia belum cukup? Makan minum rehat aktiviti? Apa keresahan dia sehinggakan meminta itu ini? Kaedah divert paling mudah sebab anak ini masih kecil. 😊 Jika besar sekitar usia 4, saya boleh saja tanyakan soalan cepumas, "Yumna nampak macam resah gelisah aja, ada saja benda tak kena, apa yang ganggu Yumna sebenarnya ya?" (Tidak salah sama sekali bertanya si anak kecil sebab otak dia adalah bukan otak kita, lain proses pemikiran dan pengalaman dia... 😊) Soalan ini pernah ditanyakan kepada anakanda sulong Fateh dahulu sewaktu dia usia dekat 5 tahun, dan rupanya benar, dia ada struggle tak settle lagi peristiwa di sekolah. Ada post lama saya: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=677042305803690&id=477691842405405 Namun untuk Yumna yang belum usia 2 tahun, sebenarnya dia sendiri pun akan tidak tahu apa yang tak kena, Tambahan lagi dia belum mampu menjawab persoalan dengan baik (kemampuan kognitif dia). Mujur kaedah distract atau divert ke aktiviti menarik dia masih boleh makan saman heheh 😁 iaitu ajak dia panjat chin bar berlapis 4 yang baru dicipta/dibina hari ini. ...... Untuk setiap tingkahlaku anak, amat penting untuk kita raikan, besarkan kesyukuran, sudut pandang positif selalu. Pasti ada kebaikan kecil di sebalik aksi negatif dan mencabar mereka. Seperti setiap bunga di bawah dalam poster ni, Jikalah ianya di celah semak samun hutan terpelihara Secret Garden πŸ€β˜˜πŸŒΏπŸƒπŸ‚πŸ, Mencarinya pasti tidak mudah, kan? Namun, sebaik saja jumpa, dan Bunga bunga ini disusun, ditonjolkan secara satu persatu dan tegak, Ia dapat dilihat secara individual... MasyaAllah... Ia sangat sangat UNIK dan INDAH. Pastinya bunga-bunga sebegini adalah INDAH, CANTIK dan beri aura positif, kan? . . Jadilah mata lebah, Melihat, mencari madu di sebalik semak samun, Bukan mata lalat yang mencari negativiti iaitu sampah walau di celah kebun bunga indah sekali pun. . *Rindu nak lawat Secret Garden yang saya dah cipta/bina dalam Creative Visualisation dengan Monica Jephcott masa belajar Play Therapy lebih 10 tahun dulu 😊😊😊 *Fateh memang suka solat gaya dia, namun ayah dia bagus sentiasa puji kebaikan kecil dia dan pejam mata pada kesilapan dia (yang sabar aja mak eh) -- harus SYUKUR dia mahu solat πŸ˜ŠπŸ‘ *Khairunnisa' masih gatal eczema sebab pemakanan kurang seimbang, campur trauma dia dulu-dulu darah-darah nanah tangan dan kaki maka tidak mahu mandi, mandi aja menjerit kuat macam kena dera πŸ˜…, namun hypnotise pelan-pelan dia setuju makan kari ikan nanti ayah dia beli ikan nyuk nyuk. Sebulan PKP ni dia tak pernah makan nasi dan lauk macam-macam yang saya masak pun 😊. Dia hanya makan makanan tertentu saja. -- harus SYUKUR kulitnya luka sikit dan kami pandai manage sapuan dan alert apa boleh apa tak boleh. Dan emosi dia, dia adalah a happy child *Yumna maybe rindu nak keluar luar pagar, bermain di rumah pengasuh yang izinkan dia 'main game'? hp di rumah pengasuh dan kami keep the rule tidak boleh: satu saat ni dia tanya elok-elok: "Ayah nak game boleh?" - ayah terkesima perkataan 'boleh' yang dia ucapkan - masih mencuba nasib kot kot dapat, dan kami sentiasa kata tak boleh dan dia ok aja tiada pemberontakan. Namun dia ada insiden resah sesekali once in a blue moon atas suasana PKP stay at home ini, namun semuanya masih boleh dilayan dan dihandle lagi dengan baik, Syukur Alhamdulillah -- harus syukur peluang ini untuk latih dia detox no hp gajet, dan dia masih kecil, manakala growth dan perkembangan fizikal, kognitif, dan emosi sosial dia amazing untuk anak yang belum usia 2. . . Anak kecil sebenarnya ada stres nya akibat PKP dan kita l

Cantik kan bunga bunga di atas tersusun sebegini? Walau hanya bunga kecil lalang mungkin, ia jadi indah bila kita fokuskan kepada kebaikan kecil πŸ˜ŠπŸ‘ Maznah Ibrahim

photo content

photo content