uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 279 підписників, посідаючи 962 місце в категорії Діти та сім'я та 2 359 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 279 підписників.

За останніми даними від 19 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -118, а за останні 24 години на -2, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 5.83%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.61% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 950 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 426 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 20 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 279
Підписники
-224 години
-237 днів
-11830 день
Архів дописів
photo content

Saya faham, Nenek moyang, Dan kebiasaan orang ramai ialah begitu 👇 Namun, adakah 'cukup banyak' kali, dan konsisten, kita berhemah dan menyantuni anak kecil ? Jawapannya saya yakin tak cukup istiqamah, baru sekali dua cuba cakap berlemah lembut, kita mudah frust kan dan tak teruskan cara baik dah. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1436454066529173&id=477691842405405 Sedangkan istiqamah adalah kuncinya.

TIPS KEIBUBAPAAN #74 (MENJERIT VS BERBISIK) Fateh, siap sedia kita nak solat - jerit saya dari jauh bila waktu solat dah nak masuk. Anakanda masih tidak bergerak. Tidak dengar barangkali. Tahu, dan pasti, dia memang tak dengar, tidak fokus kepada perkataan dalam jeritan sepintas lalu kita yang bercakap sambil lalu lalang buat kerja rumah. . Okay, tukar pendekatan. Hampiri si anak, tundukkan badan, pandang wajahnya, berkata sambil menyentuh belakang bahunya, "Fateh, jum solat". Suara direndahkan nadanya, perkataan dikurangkan, hanya yang penting (keyword dia sudah tahu sebab kita sudah setuju kita mahu solat awal waktu), kontak mata panah terus ke matanya, dan hati sungguh-sungguh menyampaikan mesej ini. Ya, anakanda mengangguk dan terus stop kan rancangan tv youtubenya untuk mengambil wudhu'. .... Ramai yang email atau pm saya berkongsi rasa sedih, kecewa, bersalah, kerana anak yang telah mula meninggi suara, menjerit, tidak dengar kata dan mencipta lebih kemarahan kepada ibu. Anak-anak ini sekitar awal remaja usia 12 begitu. Tak kurang juga yang sudah alami kini sewaktu usia anak 5-6 begitu. Bezanya ibu anak usia awal remaja baru berjumpa dengan saya sewaktu fasa ini, manakala ibu anak usia prasekolah sudah jumpa saya ketika awal begini. Namun yang samanya adalah, Mereka jua akui sewaktu anak-anak ini kecilnya, mereka kerap menjerit marah kepada si anak, Maka kini mereka sedang menerima kembali apa yang ditanam semai dahulu. Sudah pasti mereka tidak terfikir untuk cara lain, kerana gaya ini adalah automatik, macam SOP mulut akan bertindakbalas sebegitu caranya (spontan), bila marah dan mahu meminta sesuatu dilakukan si anak, perlu jerit marah marah baru anak gerak (Ini kerana anak juga marah, atau takut atau just buat sebab taknak dengar bebelan jeritan berpanjangan, bukan rela). . Ya, ia diwarisi. Persekitaran yang membentuk amat kuat dahulu, non stop dari nenek moyang kepada kita kini. Kini kita semakin ada kesedaran, dan mula berkongsi isu / puzzle yang sama (problem kita tukar kepada puzzle sebab nak fokuskan selesai) kepada group atau individu yang sama berfikir mahu dan perlu #breakthecycle. Kita mula ada hasil penyelidikan sains neuro otak, sains emosi, dan sains tingkahlaku manusia. Kita mula tahu (atau ada tidak tahu) yang 1 herdikan boleh matikan berjuta neuron berbanding 1 pelukan membentuk trilion sel otak, namun kita juga serentak dengan itu automoatik lebih mudah melepas marah pada anak berulang kali berbanding memeluk anak walau sekali secara penuh dada ke dada. Kesimpulannya: 🏑Bercakaplah dengan NADA SUARA yang RENDAH dan baik, 🏑menggunakan PERKATAAN yang tepat, bukan membebel atau menyindir, dan 🏑dengan CARA yang BETUL dan EFEKTIF, ada eye contact dari badan yang rendah bukannya mak ayah berdiri anak duduk/berdiri yang ketinggiannya jauh lebih, dan ada sentuhan sekali. . Refleksi, Maznah Ibrahim Dapatkan Ebook Hypnoscript Premium Anak Usia 0-18 Tahun Di Sini: https://hypnoscript.cc/?=utm_source200412

photo content

TIPS KEIBUBAPAAN #73 (SABAR SIKIIIIT AJA LAGI) Dalam apa jua usaha dilakukan berkaitan strategi keibubapaan anda, Sebenarnya memerlukan satu amaun yang paling tepat dan sesuai dengan kondisi khusus anda, anak anda dan persekitaran keluarga anda. Dan biasanya, 10% terakhir itulah yang paling utama dan kritikal. Jika anda berjaya teruskan, anda akan berjaya (succeed), Jika anda mengalah, anda akan sama ada start dari square one semula atau anda pun mengalah taknak teruskan (effect motivasi sendiri) atau anda atau anak jadi lagi tak ok (damage pula). Jadi sabar tu perlu terus PERKUATKAN lagi kesabaran, bukan berhenti ketika itu. Muscle kesabaran anda dan darjah kesabaran anda perlukan pengalaman hit the right number, kemudian sikti aja lagi buat benda yang sama tu, akan berakhirlah fasa pertama usaha dari strategi anda itu. Contoh anda nak latih anak wean off susuibu, anda pun hypnoscript, cukup hit the number untuk anak anda (contoh dia perlu 6 bulan konsisten), kemudian anda buat 3 malam aja secara tegas all out, terus succeed. Tapi bila anda stop sebab tak cukup kuat, anda jadi lagi lemah dan tak berapa semangat. Saat saat genting nak sampai ke garisan penamat tulah yang paling mencabar. Kaedah hypnoscript juga memerlukan kesabaran dan kepercayan yang tinggi, Ramai ter stop di pertengahan usaha mereka, Dan tidak tahu bila perlu bertahan buat. Saya kata buat aja, ia mungkin makan masa 2 minggu, atau 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 1 tahun setengah, guideline nya ada dikongsikan. Besar usia anak, lagi makan masa bertahun, kecil usia anak, insyaAllah sekejap aja Cuma perlu konsisten. Dan latihan sabar untuk tak letus marah pada anak juga sama, sikiit aja lagi perlu sabar, bila anda mengalah, anda akan jadi lagi pemarah besar (lagi teruk, kan?). Juga solat sunat taubat digalakkan buat tiap hari bila tiap hari marah anak. Ia perlu dibuat lagi dan lagi hingga anda betul-betul lebih calm dan in cotrol 😊.. Buat ajalah. At least adalah pahala lebih sikit tunaikan solat sunat tambahan tu kan. Sedang nak ajak anak solat secara berhemah dan istiqamah pun perlukan 3 tahun (usia 7-10) atau 5000 lebih kali, iaitu satu number yang besar, apalah sangat if baru tegur atau beritahu anak 'banyak kali dah'. 'Banyak kali' tu berapa kali ??? 🤔 . Kesimpulanya: SABAR DAN PERBUAT YANG SAMA ITU SIKIIIIT AJA LAGI.😊 GO, GO, GO. 🏃‍♀️💪👏 *Seperti Fasa 3 PKP, perlu sedikit lagi kesabaran dan perkuatkannya untuk menang, InsyaAllah. Refleksi, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

um bapa, dan suami/bapa main peranan lebih untuk aktiviti luar (makro) dan isteri/ibu di rumah (mikro). Kembali seperti zaman dahulukala. Nanti senanglah ketua keluarga kita nak jadi imam masa solat terawikh nanti. . Apapun syukur dan besarkan kegembiraan kecil-kecil agar lebih nikmat akan dirasai. 😊😊😊 . Refleksi, Maznah Ibrahim t.mazn/me/chan

14 HARI LAGI RAMADHAN, BERSEDIAKAH KITA? Ramadhan bakal mendatang, Sedar tak sedar sebenarnya banyak kita belajar di sepanjang tempoh PKP ini sebagai persediaan untuk menghadapi Ramadhan 1441H / 2020, yang saya kira amat unik dan istimewa. Di sini 8 NILAI PENTING yang kita boleh bawa/teruskan sebagai persediaan Ramadhan nanti:- . 1. Kita Lebih Banyak berSABAR. Duduk di rumah atau kerja dari rumah, dan pergerakan terhad banyak mengajar kita untuk sabar lebih tinggi. Bersabar dengan kerenah anak, bersabar dan toleransi dengan tuntutan majikan/kerja, persekitaran, orang lain, sistem dan suasana semasa. Manisnya, kelak Ramadhan nanti kesabaran kita akan diteruskan malah steady aja. 😊😊😊 . 2. Kita Lebih KREATIF dalam Problem Solving Harian Kita Hatta memasak pun kita mula pandai berkreatif dan buat macam-macam benda baru. Atau strategi agar tak penat memasak dan dalam masa sama anak juga tak lapar. Tak masuk lagi dengan aktiviti bersama anak-anak, susun atur perabot rumah untuk aktiviti fizikal anak dan penyelesaian konflik suami isteri, konflik anak-anak dan konflik anak-ibu-ayah. Kreativiti ini akan memudahkan kita kelak dalam penyusunan menu, bajet kewangan dan aktiviti semasa Ramadhan nanti.😍 . 3. Kita Lebih PANDAI MEMILIH YANG BETUL DAN TEPAT dari sumber yang benar. Kita banyak dihidangkan dengan berita yang berkemungkinan sia-sia, viral dan isu semasa yang buatkan kita mula tahu kepentingan memilih sumber maklumat yang tepat/ sohih dan sah. Maka memilih untuk membaca, mendengar perkara yang baik dan betul juga boleh diteruskan semasa Ramadhan kerana semua anggota badan amat dititikberatkan dan dipertanggungjawabkan dalam latihan diri dan kepada anak-anak kelak.😃 . 4. Kita Lebih BIJAK dalam PENGURUSAN MASA, iaitu menyusun atur aktiviti bermanfaat sebaiknya. Masa amat banyak sebenarnya. Sehinggakan kita digalakkan untuk buat aktiviti bermanfaat, bersenam dan tidak membazir masa. Dahulu tak sempat menanam sayur mungkin kini mula menanam sayur di pasu. Dahulu tak sempat memasak, banyak makan di luar atau beli, kini kita mula memasak dan menyusun aktiviti untuk dihabiskan dengan sebaiknya. Jadi kita akan teruskan melakukan aktiviti bermanfaat semasa Ramadhan nanti termasuk menghabiskan bacaan Quran kita. ☺ . 5. Kita Juga Lebih Pandai MEMBUAT BAJETING KEWANGAN Bila Memikirkan Cabaran Ekonomi Masa Depan Secara tidak langsung ujian pandemik Covid-19 ini dan tempoh PKP banyak mengajar kita erti berjimat cermat, membuat bajeting, dan perancangan awal bagi perbelanjaan keluarga. Ia sangat baik diteruskan sampai bila-bila sekali pun. 😍 . 6. Kita Lebih DEKAT DENGAN KELUARGA yang kita in charge iaitu anak dan pasangan dan mungkin keluarga luas yang duduk serumah. Jika dahulu kita sub anak pada pengasuh, taska atau sekolah kan, kini sepenuhnya kitalah pengasuh, kitalah guru, dan kitalah pembimbing rakan sebaya atau rakan cilik si anak untuk bermain bersama atau buat kerja sekolah bersama. Kita juga lebih kenal anak sebenarnya sebab banyak masa selama ni anak di luar rumah dengan orang lain, maka peluang ini boleh digunakan untuk lebih mendekati anak, menambah bonding kerapatan dengan mereka dan membimbing mereka dalam aspek tertentu seperti mungkin latih toilet training, latih solat lengkap, fokus kepada minat/passion mereka dsb. Nanti tak kekok lah kita untuk buat aktiviti homeschooling Ramadhan dengan anak-anak. 🤩 . 7. Kita Telah HIDUPKAN RUMAH KITA SENDIRI, sekaligus menguatkan satu sistem organisasi terkecil, iaitu institusi keluarga kita sebagai sebahagian dari NEGARA. Jika dulu tak sempat nak solat jemaah, kini kita ada masa dan ruang untuk solat jemaah dalam rumah sendiri sehingga 5 kali waktu solat fardhu pun. Dahulu rumah sunyi dan mengemop tidak 3-4 kali sehari, kini lebih kerap kita membelai dan membelek rumah kita. Nanti tak kekoklah kita bila nak imarahkan rumah dengan solat terawikh di rumah sendiri pula. 🥰 . 8. Kita Telah Menjadikan SUAMI/BAPA sebagai KETUA KELUARGA Yang Berperanan Penting Untuk Menjaga Keselamatan Kita dan Wakil Keluar Membeli Barang Maka lebih tinggi hormat kepada ka

photo content

Ramai yang saya consult utk isu keibubapaan, Struggle dengan anak masih menyusu, Mana nak layan anak besar lain lagi. Sangat penting ilmu dan strategi yang bakal dikongsikan oleh Pn Uswatun Hasanah ini, Segera daftar masuk Mom s Kingdom ok.

Malam ini, jangan lupa janji temu kita bersama Puam Uswatun Hasanah, di FB group MOM'S KINGDOM, pada jam 9 malam ini. . Janga
Malam ini, jangan lupa janji temu kita bersama Puam Uswatun Hasanah, di FB group MOM'S KINGDOM, pada jam 9 malam ini. . Jangan lupa untuk mendaftar di link ini tau, nanti admin tak approve pula❤️. . https://forms.gle/QjU1oft7VAZGrH3N7 https://forms.gle/QjU1oft7VAZGrH3N7 https://forms.gle/QjU1oft7VAZGrH3N7 . Kita jumpa malam ni ya.

Rasa Takut, Bimbang, Menghala Kepada Kebimbangan Melampau (Anxiety) dan Panic Attack. Bagaimana nak urus emosi rasa takut dan bimbang ini? Apa beza antara rasa takut dan emosi bimbang? https://maznahibrahim.com/rasa-bimbang-berkaitan-covid-19/

3 STRATEGI ATASI STRES SEMASA TEMPOH PKP https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1434850426689537&id=477691842405405 Kitalah yang perlu kontrol apa yang berada di bawah tanggungjawab diri kita; iaitu diri, anak-anak dan keluarga seluruhnya, Bukan persekitaran yang mengawal kita. Boleh? Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Tempoh PKP Ini, Ibu Ibu 24/7 Bersama Anak, Ramai yang mengadu mereka jadi singa kepada anak. Saya fahaminya kerana adakalanya saya ada rasai itu. Namun ia masih boleh diatasi, dicegah dan dibantu lagi. Pastikan Me Time dan amalan kawalan emosi Ibu Ibu sentiasa tip top dan disesuaikan dengan aktiviti anak - tidur ibu cukup, makan ibu cukup, aktiviti senaman ibu juga cukup. Inilah masanya Ibu Ibu jadi lebih kreatif dan a good problem solver 😉 Mohonlah pada Nya, untuk ilham, Dia sentiasa Mendengar dan Memberi Bantuan. https://maznahibrahim.com/ibu-cepat-marah-punca-dan-cara-kendali-diri-anak/

Ebook untuk kanak-kanak berkenaan melawan covid-19

My_Hero_is_You,_Storybook_for_Children_on_COVID_19_BAHASA_MALAY.pdf3.63 MB

3 Steps Mudah Cegah Stres Semasa Tempoh PKP Ini Agar Tak Berlarutan Stres Negatif https://maznahibrahim.com/stres-sepanjang-tempoh-pkp-covid-19/

MENGAPA ANAK BUAT HAL TEMPOH PKP INI? Terima kasih sahabat dari circle basikal saya yang snapkan gambar ini. Saya suka angel penulisan jurnalis Pn Husna Harian Metro Slot WM ini, Sebab ia adalah apa yang selalu saya tekankan, Iaitu lihat tingkahlaku anak sebagai Tips Of Icerberg sahaja, Ibu ibu kalau fokus pada nak betulkan tingkahlaku anak semata, Ibu ibu akan banyak buang masa, frust, marah, geram, lagi nak lawan anak (walau tak padan), hukum pula.😓 Yang mereka perlu dibantu, dipenuhi keperluannya ialah EMOSI mereka. Emosi ok, positif, Pemikiran mereka akan ok, mudah masuk mesejnya, Sebaliknya emosi tak berapa ok, Pemikiran sama ada telah negatif atau tidak mampu masuk apa apa pun. Cipta happiness, Kebahagiaan, Momen kecil kecil pun raikan dan besarkan. Artikel penuh: https://www.hmetro.com.my/WM/2020/04/563400/lihat-elemen-tersembunyi

photo content

Parenting Maznah Ibrahim - Статистика та аналітика Telegram каналу @ehsabar