uk
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Відкрити в Telegram

Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
370
Підписники
+224 години
+57 днів
+830 день
Архів дописів
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬 Sekalung tahniah saya ucapkan kepada YBrs. Encik Mohd Fahmi bin Tajuid atas pelantikan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk. Insya-Allah, dengan pengalaman dan komitmen yang dimiliki, saya yakin beliau mampu meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan di Bagan Datuk, seterusnya membawa pencapaian ke tahap yang lebih tinggi. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan Hajah Kasmiyati binti Katiman atas segala khidmat dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui PPD Bagan Datuk. Semoga segala urusan dipermudahkan. #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱FB: https://www.facebook.com/share/1GUx78TvFs/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXbLmbekgaS/?igsh=MXNtOGxsZzlxcGxicA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046846556859675117?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXbL6lBj118?xmt=AQF0t0EXrmOaLjS9zFOycONCdlNT9PbERQ9hMbm-gGXUQgKj16Da_MatWpBpcAU5ekw42sKa&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya ingin kongsikan satu inisiatif daripada RISDA Livestock yang menawarkan Lembu Korban Rahmah, bagi memudahkan lebih ramai melaksanakan ibadah qurban dengan kos yang lebih mampu milik. Malah, kemudahan bayaran secara ansuran turut disediakan bagi memberi lebih fleksibiliti kepada orang ramai. Dalam masa yang sama, ini juga sebahagian daripada usaha kita menyokong ekosistem pekebun kecil dan usahawan desa di bawah RISDA. Jika anda sudah merancang untuk melaksanakan ibadah qurban tahun ini, bolehlah membuat tempahan bersama RISDA Livestock. Sama-sama kita sokong usaha ini, sambil membantu memajukan ekonomi desa. Stok terhad. Segera buat tempahan melalui imbasan QR di poster atau WhatsApp di talian +6019-646 2199. 📱FB: https://www.facebook.com/share/1CLeQv4ibE/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXa26onEvrM/?igsh=eTY0cWJyazFsajc1 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046801371312369863?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXa3XfqD5JJ?xmt=AQF0aQ2U42r4XO1YyeY8GyYn_fvvAwAtxeFcBQ3lJoz_2kISZagBqfFjMS0RgPs8mBxXdJFj&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] 𝟐𝟎𝟐𝟔 — 𝟖𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 🇲🇾 11 Mei 2026, genap lapan dekad sebuah perjuangan yang tidak pernah terhenti. Bermula pada tahun 1946, sebagai sebuah gerakan menentang Malayan Union dan mempertahankan kedaulatan tanah air, UMNO lahir daripada semangat kesatuan dan keberanian bangsa. Dari langkah pertama itu, terbina perjalanan panjang yang mencorakkan perjalanan negara dari kemerdekaan hingga pembangunan melalui pengorbanan, kepimpinan dan usaha tanpa henti. 80 tahun bukan sekadar angka, tetapi himpunan sejarah, kejayaan dan cabaran yang membentuk jati diri sebuah perjuangan. Inilah kisah tentang ketahanan, tentang jatuh dan bangkit, dan tentang sebuah legasi yang terus hidup dalam perjalanan masa depan negara. 🇲🇾✨ #UMNO #80TahunUMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/1F16M2WKe1/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXZQWUfEjwG/?igsh=M3lzcDczM3I1ZTRj 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046574803612787139?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXZQTZ8Eo6q?xmt=AQF0TAHhW28fIQJsM-D15NA6kQuXgHvSVp2BRo_mn57g4tbDnMm0h-IpXf5hTlwKVWSa9-g_&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang saya pengerusikan sebentar tadi, tiga inisiatif utama telah dipersetujui bagi memperkukuh peranan belia sebagai ejen perubahan. Antaranya termasuk meningkatkan kefahaman terhadap demokrasi dan literasi politik melalui Program Kuasa Orang Muda, serta memperkasa kesedaran keselamatan jalan raya melalui inisiatif MyGENTERA. Pada masa yang sama, perhatian turut diberikan kepada golongan belia dalam kategori NEET (Not in Employment, Education or Training) agar mereka tidak tercicir, sebaliknya dibantu melalui akses kepada pendidikan, latihan dan peluang pekerjaan yang lebih baik. Kerajaan juga akan terus memperkukuh pembentukan jati diri belia melalui inisiatif Rakan Muda, termasuk pendekatan “Satu Bulan, Satu Gaya Hidup” serta penglibatan 90 Teraju Muda di setiap Parlimen bagi menggerakkan agenda ini di peringkat akar umbi. Saya percaya kekuatan negara terletak pada kekuatan generasi mudanya. Potensi ini perlu digilap dan diberi ruang untuk terus melangkah ke hadapan, agar mereka mampu menyumbang secara signifikan kepada kemajuan dan kesejahteraan negara. #JKPB #BeliaMalaysia #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1Dmm6ynmga/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXYp9J7EjTn/?igsh=bGViYjUxMGlnNms= 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046491725242511543?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXYqjwMDyAx?xmt=AQF0D9zzZF9t074JWiumfClnl_j_MsnCiXJdR-YsA116-FSlXwXeWBFJ4DSdrFttMRHF4DI&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Ibadah qurban semakin hampir. Saya ingin kongsikan satu inisiatif daripada FELCRA melalui program Q-FEL Mega Qurban 2026. Ini antara usaha untuk memudahkan urusan ibadah qurban dengan bekalan yang terjamin serta patuh syariah. Dalam masa yang sama, ini juga ruang untuk kita menyokong ekosistem usahawan tempatan, khususnya warga desa yang terlibat dalam rantaian ternakan dan pengurusan qurban. Jika anda sudah merancang untuk melaksanakan ibadah qurban tahun ini, bolehlah membuat tempahan awal bersama FELCRA Berhad. Sama-sama kita sokong usaha ini dan terus memajukan ekonomi desa. 🎯 Diskaun khas untuk tempahan 10 ekor ke atas (Tertakluk T&C) 📌 Tempahan mudah di sini: https://forms.gle/NLqdDLwjTvp9DDaRA 📲 Sebarang pertanyaan, hubungi: Hafizuddin: 019-623 3006 Nazif: 012-435 9085 Nabilla: 018-950 7566 ⏳ Tarikh akhir tempahan: 6 Mei 2026 (Rabu) 📱FB: https://www.facebook.com/share/18Aczi6EjW/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXYY9_2EseP/?igsh=MWFoODA1MHF2b25mOQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046453981329891623?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXYZZTdD4ab?xmt=AQF0G9OrlN23PmFJqfq4lPQ70kNwQ7zhjWBjHak00X7VgeKMq4N1CH1cTrUl6YIMS2A5SGM0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐢𝐬𝐒𝐌𝐚𝐫𝐭 𝐆𝐫𝐨𝐜𝐞𝐫 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐤𝐚𝐧 Saya kongsikan rangkuman Majlis Perasmian RisSMart Grocer di Kwasa Damansara, cawangan ke-20 dalam rangkaian RisSMart. Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha memperkukuh Agenda Ekonomi Desa Nasional, dalam memastikan produk dan usahawan desa terus berkembang serta mampu menembusi pasaran yang lebih luas. Bagi yang berdekatan, jemput singgah dan sama-sama kita sokong usahawan desa 👍🏻 #RisSMart #RisSMartGrocer #RISDA #KKDW #UsahawanDesa #EkonomiDesaNasion 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS9JUYopk/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DXYEzrOSJYW/?igsh=NjAxdnpibXU2bXlw 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1b2bHAqhNi/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/R4ej7swZ22o?si=6WrCemGS7hRfBMfn 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 Saya kongsikan rangkuman Perhimpunan Agung KIMMA ke-46 yang berlangsung semalam. Terima kasih kepada seluruh warga KIMMA atas komitmen yang terus ditunjukkan dalam memperkukuh kerjasama bersama Barisan Nasional. Insya-Allah, semangat ini akan terus menjadi asas kepada kestabilan dan kekuatan kita bersama. #BarisanNasional #KIMMA 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS916qAsu/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DXWrfiZyDoa/?igsh=MWh2bHd2a3hqaXd5bA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DVjzkZcPH/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/e3KeBbKEOwE?si=kpffFVWlTYkBipRi 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐃𝐮𝐧𝐠𝐮𝐧: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Hari ini di Dungun Terengganu, saya telah merasmikan MRSM Dungun, sebuah lagi institusi pendidikan yang membuka ruang harapan dan membina masa depan anak bangsa. Selama lebih enam dekad, MARA kekal sebagai instrumen strategik Kerajaan dalam memperkasa mobiliti sosial, memastikan akses pendidikan dan peluang ekonomi dapat dinikmati dengan lebih seimbang, khususnya kepada anak-anak dari luar bandar dan keluarga yang memerlukan. MRSM telah membuktikan peranannya dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mempunyai nilai, jati diri dan keyakinan untuk melangkah lebih jauh. Saya amat berbangga dengan pencapaian MRSM setakat ini. Keputusan SPM baru-baru ini mencerminkan usaha berterusan kita, apabila lima MRSM berada dalam kelompok Top 5 sekolah terbaik negara, dengan MRSM Tun Ghafar Baba muncul sebagai yang terbaik di Malaysia. Malah, bilangan pelajar yang memperoleh semua A+ turut meningkat kepada 85 orang. Sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan ini, MARA telah menyalurkan insentif sebanyak RM50,000 kepada MRSM dalam kelompok Top 5, dan KKDW turut menambah insentif RM50,000 lagi kepada setiap MRSM berkenaan sebagai dorongan untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang. Selain itu, saya juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM650,000 kepada MRSM Tun Ghafar Baba bagi tujuan baik pulih infrastruktur dan fasiliti maktab. Walaupun MRSM Dungun masih baharu, saya yakin ia mampu berdiri setanding dengan MRSM lain dan membina identiti kecemerlangannya sendiri. Insya-Allah. #MRSM #Dungun #MARA #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1Hj1DuF41N/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXWMmHpkpqP/?igsh=NDNnd3kwaG53M2pm 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046144437269770596?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXWMoYnDwKZ?xmt=AQF0R56bg5Idpfhm7d8zU1hoYAl8E2FLilZdZydjqVt-TVvNjA3Hba5KIvcu2MKuj-cuZ14&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Pendaftaran keahlian UMNO secara online kini dibuka! Insya-Allah, prosesnya kini lebih mudah dan pantas. Saya mengajak lebih ramai, khususnya anak muda, untuk bersama UMNO bagi meneruskan legasi bangsa dan membina semula kekuatan parti ini menuju kegemilangan. We want you. Kita mahukan anda. Kerana UMNO adalah milik kita semua. Marilah bersama-sama ke Rumah Bangsa. Dulu, Kini & Selamanya. 📱FB: https://www.facebook.com/share/19uh46PMke/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXVttmDkrb4/?img_index=1&igsh=MXR6eGZzcWI0OTlkcA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046076690162745586?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXVtvgXjwT2?xmt=AQF05fiRT2j4aepEYyAobtQbsY0ya0Y4K6U5sG-eMGzrdmf7NfXMk7UMiRCXxoMyEQROXLz6&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐢𝐬𝐒𝐌𝐚𝐫𝐭 𝐆𝐫𝐨𝐜𝐞𝐫 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐊𝐞 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 Hari ini, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian RisSMart Grocer di Kwasa Damansara, yang merupakan cawangan ke-20 dan antara yang terbesar setakat ini dalam rangkaian jenama RisSMart. Apa yang kita bangunkan hari ini adalah sebahagian daripada usaha besar KKDW melalui RISDA untuk mengangkat ekonomi desa ke tahap yang lebih berdaya saing. Dalam konteks inilah Agenda Ekonomi Desa Nasional kita rangka. Kita perlu melihat pembangunan desa dengan perspektif yang lebih luas dan strategik. Desa tidak boleh lagi dilihat sebagai kawasan pengeluaran semata-mata. Desa perlu menjadi ruang pertumbuhan ekonomi yang aktif, daripada pengeluaran, pemprosesan, penjenamaan dan pemasaran, sehinggalah kepada akses pasaran yang lebih luas. Insya-Allah, inilah antara usaha kita untuk memastikan pekebun kecil dan usahawan desa tidak ketinggalan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada enjin pertumbuhan ekonomi negara. Bagi yang berdekatan di Kwasa Damansara, jemput singgah ke RisSMart Grocer. Sama-sama kita sokong usahawan desa kita 👍🏻 #RisSMart #RisSMartGrocer #RISDA #KKDW #UsahawanDesa #EkonomiDesaNasional 📱FB: https://www.facebook.com/share/1GiuWfZaCE/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXT_4BZEjSJ/?img_index=9&igsh=OHMxMm9pam02N3Bp 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045834937920876942?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXT_2i1jyzt?xmt=AQF0wIDnLaUxWI__USC-CE_nvD2h2wXAfm7d0SL5XQ2b716AWbbA92B07nOxT9HUY7uFjRI&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya berasa sedih melihat insiden kebakaran besar yang melibatkan ratusan buah rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan. Saya menzahirkan simpati yang mendalam kepada semua yang terkesan. Kehilangan tempat berteduh dalam sekelip mata pastinya satu ujian yang amat berat buat mangsa dan keluarga. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, kita akan terus menyelaras usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan keperluan asas, penempatan sementara serta kebajikan mangsa terus diberikan perhatian. Keutamaan kita ketika ini adalah keselamatan mangsa dan bantuan segera di lapangan. Saya dimaklumkan jentera UMNO Bahagian Batu Sapi telah turut digerakkan sejak awal pagi bagi membantu mangsa, termasuk urusan pendaftaran di PPS serta penyaluran bantuan awal. Sama-sama kita mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Semoga segala urusan dipermudahkan. Kredit foto: APM Sandakan 📱FB: https://www.facebook.com/share/1AmZc2a55h/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXT2erPEmOk/?igsh=bG1iNmwyOWdqeDdz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045814384904241430?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXT2uBwjylt?xmt=AQF0mcUN_cA8XILYt2kVt-9ieF_MP-ADXdxIglpCzuXHAbCnNgmK_EzgseXPbMM7YE0lKeA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] 𝟐𝟎𝟎𝟒 — 𝐄𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 🇲🇾 Tahun 2004 membuka lembaran baharu dalam kepimpinan negara. Di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi, pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan, menekankan pembangunan yang seimbang antara kemajuan dan nilai, dalam usaha membina masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berakhlak. Kepercayaan rakyat diterjemahkan melalui kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum 2004, apabila Barisan Nasional memperoleh 198 daripada 219 kerusi Parlimen. Satu mandat kukuh yang mencerminkan harapan terhadap pembaharuan. Perjalanan ini diteruskan dalam era seterusnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan penekanan kepada Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Melalui inisiatif seperti BR1M dan pembangunan MRT, usaha dipergiat bagi mendekatkan kerajaan dengan rakyat serta memperkukuh kesejahteraan kehidupan seharian. Inilah era perubahan, di mana pembangunan bukan sekadar tentang kemajuan, tetapi memastikan setiap lapisan rakyat turut merasainya. 🇲🇾✨ #UMNO #80TahunUMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ChT7r4tNW/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXTn7NLEpBX/?igsh=MWdlNWhyc2U5aHNyOQ== 📱X: https://x.com/i/status/2045782449180000430 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXToH4vDzgJ?xmt=AQF0a0EaCHpLMoATtDF2O6_bWGpKcPI45X3OzNw8P17jcFIaxXdUjz3xkr_7ke-PWnZonwKF&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐥𝐚𝐡𝐢, 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐢 Alhamdulillah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026M yang berlangsung di Terengganu telah melabuhkan tirainya malam tadi. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Johan Qari, Encik Cik Hasnul Taqiyuddin bin Cik Sazali dari Negeri Perak, serta Johan Qariah, Puan Nur Syakura binti Mohamad Musa dari Negeri Sarawak. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mendekati, memahami dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian. Sama-sama mendoakan agar kedua-dua mereka dikurniakan kejayaan dalam menggalas amanah membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa. Insya-Allah. #MTHQK2026 #MembinaGenerasiAlQuran #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1KV5cXF33s/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXTYUqqkuXo/?igsh=bWQybm14a29zaGd1 📱X: https://x.com/i/status/2045748105048633839 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXTYfyuD96o?xmt=AQF0mOntCeKh0lAJ3gIXzW_Y74mQj-JjO4S8EaM3q9SUALxoPZCXWIMmDUt9RzkxWtXatb1F&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐛𝐮𝐫 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 Antara program yang sentiasa saya nantikan ialah Subuh berjemaah bersama peserta Sekolah Patriotik UMNO. Di sinilah ruang untuk saya bertemu dan berinteraksi lebih dekat dengan anak-anak muda yang mahu memahami serta menyelami erti sebenar perjuangan. Melihat kesungguhan dan komitmen mereka, saya yakin generasi ini mempunyai potensi besar untuk terus membawa perjuangan ke hadapan. Seperti yang saya titipkan kepada mereka pagi tadi, perjuangan ini tidak pernah mudah. Berpegang teguhlah pada ilmu, adab dan prinsip. Insya-Allah, di situlah letaknya makna besar kepada diri dan perjuangan kita semua. Kepada anak-anak muda yang akan join program ini selepas ini, saya nantikan pertemuan kita pada sesi seterusnya yaa. #SekolahPatriotikUMNO #SPU #Patriot4 #UMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/1YcxZEg4DC/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXTFeS0kh8p/?img_index=4&igsh=MTh6dDh6dGp1ZmV4Yg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045706557011484837?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXTFgc8j5rq?xmt=AQF0h2CrmuKJjbayInif-iCxMup6c0abbL5CS61CCb0zYfAYJ5TTVxk3V-IQ-8_Nb3beonj4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 Saya telah menghadiri Sambutan Hari Vaisakhi bersama komuniti Sikh di Gurdwara Sahib Guru Nanak, Shah Alam. Kehadiran ini bukan sekadar memenuhi undangan, tetapi sebagai tanda penghormatan kepada sebuah komuniti yang telah lama menyumbang kepada pembangunan negara. Saya percaya, keharmonian Malaysia terhasil apabila kita saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Komuniti Sikh bukan sahaja kaya dengan nilai keberanian, disiplin dan khidmat, malah turut menjadi contoh melalui semangat kebajikan dan kesukarelawanan yang merentasi kaum dan agama. Nilai inilah yang memperkukuh lagi asas perpaduan negara. Kepelbagaian yang kita miliki hari ini adalah kekuatan yang menyatukan. Dengan semangat kebersamaan dan saling menghormati, kita mampu terus membina Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Vaisakhi kepada seluruh komuniti Sikh di Malaysia. Semoga perayaan ini membawa kegembiraan dan terus mengeratkan hubungan antara kita semua. #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17NFQ7xinT/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXRe236EnT8/?igsh=cjF5YndvMHdnaXp2 📱X: https://x.com/i/status/2045480993298223142 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXRfKcOj18G?xmt=AQF0oBh13xl4nm0_KMHJCi5acIo5SuxFLPvyBCSJ7IUa-RgQzFSqgoA1cyKXiGuaJ5GnE6KQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐚 - 𝐊𝐞𝐫𝐢𝐬 𝐡𝐢𝐣𝐚𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 Lambang keris berwarna hijau pada bendera UMNO membawa maksud yang mendalam, menggambarkan kedudukan Islam sebagai asas penting dalam pembinaan jati diri dan perjuangan Melayu. Sementara itu, warna kuning menzahirkan ketinggian martabat serta kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi payung negara. Keseluruhan reka bentuk bendera ini mencerminkan prinsip perjuangan UMNO yang berteraskan pemeliharaan agama, pengukuhan bangsa dan pemerkasaan negara. Nilai-nilai ini terus dipertahankan sebagai panduan dalam menghadapi cabaran semasa demi memastikan kestabilan serta kesejahteraan Malaysia yang berterusan. #UMNO #80TahunUMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1K8ZA8cfic/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXRU62YkhTB/?igsh=MTU1dzM1amZjYm90aQ== 📱X: https://x.com/i/status/2045459121378656477 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXRVGo3D1P_?xmt=AQF03xqrSfQmUUqWKVYgeMzNRKELgPRrpNHNsqyggtEFgpqvYSQa9ivaPqvY-XRw9e8J7LQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧, 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 Hari ini saya telah hadir merasmikan Perhimpunan Agung Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) yang ke-46 yang menghimpunkan hampir 1,000 perwakilan KIMMA dari seluruh negara. Sebagai sebuah parti yang telah lama mendukung perjuangan bersama Barisan Nasional (BN), saya menyanjung tinggi semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh KIMMA. Mereka telah membuktikan bahawa kesetiaan bukan sekadar ungkapan, tetapi telah dibuktikan melalui komitmen dan kepercayaan yang dipelihara bersama. Saya menegaskan bahawa BN kekal berpegang kepada prinsip kebersamaan dan kesederhanaan dalam mengurus kepelbagaian. Kerjasama dengan rakan-rakan termasuk KIMMA akan terus diperkukuh berasaskan kejelasan pendirian serta matlamat yang sama demi kestabilan politik negara. Saya yakin, dengan kesetiaan, keikhlasan serta komitmen semua pihak, kita mampu memperkukuh kestabilan dan membina masa depan negara yang lebih meyakinkan. Insya-Allah. #BarisanNasional #KIMMA 📱FB: https://www.facebook.com/share/15gnYD125Gp/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXRDmDnEuSE/?img_index=4&igsh=MWkxc3Ezbmk2N29sag== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045420981527994795?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXRDu6rj-Ey?xmt=AQF09m5QlgbayMICs8aNEQYjPsgZg_LLw60enyEt8fuKA_5xQKGpEVr10WApy4tgVBFHv0yD&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐜𝐢 Alhamdulillah, para jemaah haji Malaysia mula berangkat ke Tanah Suci secara berperingkat bagi menunaikan ibadah haji tahun ini. Seramai 641 jemaah telah selamat berlepas sebagai kumpulan terawal. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berangkat kepada seluruh jemaah Malaysia. Semoga semua jemaah dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci. Moga setiap ibadah diterima dan dikurniakan haji yang mabrur, insya-Allah. Selamat menunaikan rukun Islam kelima. Kami di tanah air sentiasa mendoakan kesejahteraan para _duyufurrahman_. #TetamuAllah #Haji2026 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17omXTHMN4/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXQIvJOknYf/?igsh=MXR5OWV1bmdwODVpeg== 📱X: https://x.com/i/status/2045294641483063310 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXQIn9wkRep?xmt=AQF0ygTb0nP1p4iRAIppHPUDG5o2UZFMR3sx_jhSsoNeK6hSyVrcBbuP3B_6p7k3iAY7kVUw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka pada 17 April 2026 bersamaan 28 Syawal 1447H telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan sebagaimana berikut: 1. Menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh YAB Presiden UMNO untuk menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor. Antara nama-nama pemohon yang telah diputuskan oleh MKT termasuk YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, En Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO Bahagian dan Cawangan seluruh Malaysia. 2. Selaras dengan Fasal 5.2 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi juga telah membuat pindaan terhadap Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran secara atas talian bagi mempermudahkan kemasukan ahli baharu terutamanya di kalangan anak-anak muda. 3. Menyedari cabaran kos sara hidup yang dialami oleh rakyat akibat kenaikan harga minyak dan inflasi global disebabkan kesan peperangan di Iran, Majlis Kerja Tertinggi menyarankan agar negeri-negeri yang diterajui oleh pimpinan UMNO khususnya Johor, Melaka, Perak dan Pahang agar memfokuskan bantuan-bantuan tambahan kepada pelbagai kelompok masyarakat yang terkesan. 4. Sempena minggu Sambutan 80 Tahun UMNO yang akan berlangsung dari 1hb Mei hingga 5hb Mei 2026 di World Trade Centre, Kuala Lumpur beberapa program utama akan dilangsungkan termasuk Konvensyen 80 Tahun UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera, Karnival Keusahawanan dan Pendidikan termasuklah Majlis Khas Ramah Mesra Pemuda dan Puteri UMNO bersama ahli-ahli baharu. 5. Selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi telah memberikan kebenaran kepada sayap-sayap parti Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri untuk mengadakan persidangan peringkat cawangan secara hibrid atau gabungan antara kehadiran secara fizikal dan secara atas talian khususnya dalam tahun yang tiada pemilihan parti. SUA UMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18BbTHB1Kz/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXPMT1gEs4W/?igsh=c2dzbGdqZmpudWww 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045158703775858920?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXPMlKzj5Fk?xmt=AQF0TV8Y4RHSw-Xe9Th0ronFY7rBa5fuPxk14E10x39uATORC9mjsm6ka0U-uuT1Fwyaf2Yq&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚: 𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 MITC hari ini menyaksikan lautan merah yang cukup luar biasa.. himpunan perwakilan UMNO dari seluruh negeri Melaka yang hadir dengan satu tekad, satu semangat dan satu perjuangan! Alhamdulillah, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Negeri Melaka Tahun 2026 dan apa yang saya lihat hari ini memberi keyakinan bahawa UMNO Melaka berada dalam keadaan bersedia. Semangat yang membara ini adalah cerminan kesiapsiagaan jentera menghadapi medan yang semakin hampir. Dari kepimpinan hingga ke akar umbi, semua bergerak dengan satu matlamat untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus diyakini rakyat di Negeri Melaka ini. Kita sedar, cabaran hari ini tidak sama seperti dahulu. Kita mesti keluar menawan hati rakyat, mendekati mereka dengan keikhlasan dan membuktikan bahawa perjuangan ini benar-benar untuk masa depan negeri Melaka. Dalam politik, ketegasan menuntut keberanian. Kita memilih untuk berdiri dengan kekuatan sendiri dan pilihan ini hanya akan berhasil jika terus merapatkan saf dan bergerak sebagai satu pasukan. Insya-Allah, dengan semangat yang saya saksikan hari ini, UMNO Melaka akan terus mara! Bukan sekadar mempertahankan kemenangan, tetapi melakar kejayaan yang lebih besar demi rakyat dan masa depan negeri ini. #Melaka #UMNO #UMNOMelaka #BersatuBersetiaBerkhidmat 📱FB: https://www.facebook.com/share/1Ggso217nC/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXO3DKeEnkf/?igsh=MTZmemRxYTZ5dTl5NA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045113096742834277?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXO3F95j9Vm?xmt=AQF0SQ7j5GZMSK4Ss6t2VZt5KoHjo6icICbQ3IDVI7PkD3H3g_Ufka0tXVdIaujSUHzJ8Ale&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel