Dr Ahmad Zahid Hamidi
前往频道在 Telegram
显示更多
未指定国家未指定类别
363
订阅者
无数据24 小时
无数据7 天
无数据30 天
帖子存档
𝐄𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐃𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥
Saya kongsikan rangkuman suasana ketika menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri anjuran Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin bersama sahabat dan kenalan.
Alhamdulillah, seronok dapat bertemu, berbual panjang bersama dengan sahabat dan rakan seperjuangan yang hadir.
Terima kasih atas jemputan. Insya-Allah, semoga ukhuwah ini terus berkekalan.
#Aidilfitri2026
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSHfKYa2E/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DW0FAddkpa6/?igsh=MTFydWNrMm1yYmRtOQ==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1BkAc8Qp71/
📱YouTube:
https://youtu.be/tkv5-3dJSSI?si=0OolXrDwoePk__s5
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐘𝐓 𝐘𝐃𝐏 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠
Malam tadi, saya berbesar hati dapat mengadakan sesi kunjung hormat dan makan malam bersama Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib di kediaman rasmi beliau di Sri Mutiara, Pulau Pinang.
Alhamdulillah, banyak perkara dapat dibincangkan bersama dalam pertemuan ini. Saya amat menghargai perkongsian pandangan serta pengalaman oleh TYT Tun, yang memberi nilai dan inspirasi dalam usaha memperkukuh pembangunan serta kesejahteraan rakyat.
Saya mendoakan agar TYT Tun Ramli sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Semoga kepimpinan beliau terus membawa kemakmuran dan keharmonian kepada seluruh rakyat di negeri ini.
Insya-Allah.
#PulauPinang
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1CYAcMUTEm/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWz3VfGkv8g/?img_index=9&igsh=bzFxM3ltdG9nNDBr
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041312702208115070?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWz3dDGjxau?xmt=AQF0LCjGfhuyaK9seappa5qlcXswZX1Ka-GFtVTe8NXfAIp00vnhH7rc-HVinda2sfBa5rEu&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐃𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Petang tadi saya telah merasmikan forum Voices of HER yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam satu ruang wacana bermakna bagi membincangkan peranan wanita dalam memperkukuh ekonomi negara.
Peranan wanita dalam membina keluarga, memperkasa komuniti dan memacu pertumbuhan ekonomi adalah amat besar. Namun, penyertaan sahaja tidak mencukupi. Wanita perlu diberi ruang untuk memiliki peluang, aset serta keupayaan dalam membuat keputusan agar mereka benar-benar berdaya dan mampu memimpin.
Dalam suasana ketidaktentuan global yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup dan ekonomi domestik, wanita juga menghadapi cabaran ini, sama ada sebagai pengurus kewangan keluarga mahupun sebagai penyumbang kepada ekonomi negara.
Sehubungan itu, usaha memperkasa wanita harus terus diperkukuh melalui akses kepada pembiayaan, latihan kemahiran termasuk TVET dan platform digital, serta peluang untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan daya saing.
Saya yakin, dengan kerjasama semua pihak dan pendekatan yang menyeluruh, kita mampu membina ekosistem yang lebih inklusif, adil dan mampan demi memastikan wanita bukan sahaja menjadi peserta, tetapi juga pemimpin dalam pembangunan ekonomi negara.
Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasa demi masa depan negara yang lebih kukuh dan sejahtera.
#MalaysiaMADANI
#PemerkasaanWanita
#VoicesOfHER
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1GRT9hz3q2/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DWytNvWkivb/?igsh=MXFuNWl0NmQxeHJwdQ==
📱X:
https://x.com/i/status/2041149802155741601
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWytg5-j1xG?xmt=AQF0CKJYWtG7TIkIdSQlemluKWUQCGP4hA51bVWIa8LgKr9o7-4uR5UxIM5R0BOnVRHANbSG&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
#𝐕𝐌𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐢𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧, 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧
Sektor pelancongan global kini turut menerima tempias daripada ketidaktentuan semasa yang sedang dihadapi dunia hari ini.
Petang ini, saya turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Induk Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) Kali Ke-2 bagi meneliti perkembangan semasa serta langkah seterusnya.
Mesyuarat hari ini bersetuju untuk melanjutkan pelaksanaan #VM2026 sehingga penghujung tahun 2027 dan perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan lanjut.
Keputusan ini dibuat bagi membolehkan Malaysia memperkukuh strategi promosi, menyesuaikan pendekatan dengan perubahan global serta merebut peluang daripada peralihan aliran pelancong antarabangsa.
Dalam masa yang sama, penyelarasan antara kementerian dan agensi terus diperkasa agar setiap inisiatif dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berimpak.
Kita mahu memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan yang selamat dan diyakini.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkukuh sektor pelancongan negara agar terus memberi manfaat kepada ekonomi serta rakyat.
#VM2026
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1ChuaJUcqT/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWyNiz9EgEC/?igsh=bm85Z2Q3Y2toOGc=
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041080188180803591?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWyNxCOD9Px?xmt=AQF0ZCK3iIj4Y0bpkJ4yFwA-J7G43PpHS6tJJuJKTEmZrZ_H32bc2EQuEi7AoY13Bna_4o7S&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Bumiputera Bil.1/2026 yang saya pengerusikan hari ini, fokus kita adalah untuk memastikan ekonomi Bumiputera mampu bertahan dan terus berkembang dalam ketidaktentuan semasa.
Saya telah mengarahkan tiga tindakan utama yang perlu dilaksanakan segera:
i. Pertama, penilaian menyeluruh merentasi sektor kritikal bagi memahami impak sebenar di lapangan;
ii. Kedua, intervensi bersasar melalui pembiayaan yang lebih fleksibel, insentif kos serta pengukuhan rantaian bekalan tempatan;
iii. Ketiga, pelaksanaan yang tegas dan berakauntabiliti tanpa kelewatan, dengan pemantauan yang rapi.
Dalam masa yang sama, kita tidak boleh hanya bertindak secara jangka pendek. Pendigitalan, pemerkasaan usahawan muda serta penerokaan pasaran baharu perlu dipercepatkan supaya ekonomi Bumiputera lebih mandiri dan kompetitif.
Insya-Allah, dengan langkah yang tersusun dan kerjasama semua pihak, kita mampu memastikan ekonomi Bumiputera terus kukuh dan bersedia menghadapi masa hadapan.
#EkonomiBumiputera
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/18cmjhjJjL/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWyAvGFkl8S/?igsh=MTkybjQ3dTRqOG9wZA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041052170150396286?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWyA-W-j_YV?xmt=AQF0z0dUCsTh-mMlHowqtYg1KstSc3t0mfjaRrGMguEd1ydAvPyja5Y5uvvWeViDIIRiMPlw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐄𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐝𝐢 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢
Dalam suasana Syawal yang masih terasa, saya yakin ramai yang mengambil peluang memenuhi jemputan rumah terbuka.. bertemu saudara, sahabat dan kenalan.
Begitu juga saya dan isteri.. Malam tadi, kami turut memenuhi undangan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak.
Alhamdulillah, seronok dapat bertemu wajah-wajah yang dikenali.. rakan seperjuangan, berbual panjang dan berkongsi cerita masing-masing.
Terima kasih kepada Datuk Wira Megat Zulkarnain dan isteri atas jemputan.. Juadah yang dihidangkan pun memang sedap-sedap belaka.
#Aidilfitri2026
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1QvNh3xnvC/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DWxqqPCEsA2/?igsh=MXd5dWFoN3g0cWM2ZQ==
📱X:
https://x.com/i/status/2041003784084566129
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWxrFWvj2iQ?xmt=AQF0ThPfxpvEG5nZ5Pft0lI6KFQY_drb8OqNBtVv8hC3eOq0xGAknmnmBUcFjg8D7dlOuB4&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga mendiang Datuk Karam Singh Walia yang telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kewartawanan negara. Mendiang dikenang sebagai seorang tokoh yang komited dalam membawa isu-isu alam sekitar ke perhatian umum, dengan gaya penyampaian tersendiri yang kekal dalam ingatan ramai.
Kemunculan beliau di kaca televisyen, khususnya dalam laporan lapangan sentiasa menjadi tarikan. Susunan ayat, gaya penyampaian dan personaliti beliau yang unik menjadikan mendiang antara figura yang dekat di hati penonton suatu ketika dahulu.
Jasa dan sumbangan beliau dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar akan terus dikenang dan dihargai.
Kepada keluarga mendiang, saya doakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.
📱FB: https://www.facebook.com/share/1AysH2LerY/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Saya kongsikan momen sambutan Aidilfitri bersama warga Bagan Datuk malam tadi.
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir. Walaupun ada yang saya tidak sempat bersua, kehadiran anda semua amat amat lah saya hargai.
Insya-Allah, kita kita jumpa lagi nanti ya.
#Aidilfitri2026
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSHDmdY8Q/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DWwDpKIyJXj/?igsh=MW0wNGR2emVud21veA==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/18KBWiufzf/
📱YouTube:
https://youtu.be/LYrUqVX1fN8?si=8WUR4iENs1N8N6Np
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
[Keluaran Khas #UMNO80]
Tahukah Anda? 🇲🇾
Tidak lama selepas kelahirannya, UMNO sudah mula membentuk identiti perjuangannya sendiri.
Pada 11 Mei 1946, UMNO ditubuhkan. Hanya tujuh minggu kemudian, pada 29 hingga 30 Jun 1946, bendera parti ditetapkan sebagai lambang kesatuan dan semangat bangsa. Bendera ini kemudiannya dikenali sebagai Sang Saka Bangsa. Simbol perjuangan, keberanian dan jati diri yang dibawa sejak awal penubuhan.
Dalam tempoh yang singkat, lahirlah bukan sekadar sebuah parti, tetapi satu identiti yang menyatukan perjuangan orang Melayu dalam mempertahankan tanah air. 🇲🇾✨
#UMNO
#80TahunUMNO
#Bangkitsemula
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/18WKF8XdZD/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DWvThA6Euk3/?igsh=ajlkdmJwMTB6bnRj
📱X:
https://x.com/i/status/2040670865927676109
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWvTfTHk67V?xmt=AQF0qnDIhWu9XpCTJmG0DVVMF2tHQ034R-vAAI2a6vsNGlKnDZEmRah7qICVpsCo281EkXL3&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
[Keluaran Khas #UMNO80]
𝟏 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟏𝟗𝟒𝟖 — 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 🇲🇾
Tanggal ini menjadi saksi kepada satu detik bersejarah dalam perjalanan bangsa.
Selepas gelombang penentangan dan suara yang tidak pernah padam, akhirnya Malayan Union dimansuhkan.
Digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sebuah bentuk pentadbiran yang mengembalikan dan memelihara kedaulatan Raja-Raja Melayu, serta menjaga hak dan identiti tanah ini. Inilah kemenangan pertama UMNO.
Bukan sekadar kejayaan politik, tetapi lambang kesatuan, keberanian dan tekad orang Melayu dalam mempertahankan tanah air mereka.
#UMNO
#80TahunUMNO
#Bangkitsemula
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/18exdtj6pu/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DWu49fKknUl/?igsh=MWR0Z2Y2Zm54b2FlcQ==
📱X:
https://x.com/i/status/2040610727950766571
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWu4rz7D6C3?xmt=AQF0TBKhQbIZr8TL4QjwUW2_zYC5LNIZCQ8htgokjVh2_UMcS2JEa4M7hwftMbaY7j777cJB&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤, 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐲𝐚
Tiada ungkapan yang mampu menggambarkan rasa syukur dan terharu saya apabila dapat bersama tetamu-tetamu yang hadir memeriahkan Aidilfitri di Bagan Datuk malam tadi.
Sebagai ahli parlimen Bagan Datuk, momen seperti ini amat bermakna buat saya. Dalam kesibukan berkhidmat untuk negara, Bagan Datuk sentiasa berada di tempat yang paling istimewa di hati saya.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir khususnya warga Bagan Datuk yang saya kasihi. Walaupun tidak sempat saya bersua muka dengan semua.. tapi percayalah.. kehadiran anda amat saya hargai.
Mudah-mudahan kita dipertemukan lagi pada masa akan datang. Insya-Allah.
#Aidilfitri2026
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱FB: https://www.facebook.com/share/1DZ5DE9YxH/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWuxLnVkv6z/?igsh=MTh5dGx1bXN3bWk3Zg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040595549578272860?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWuxN0uj2Hg?xmt=AQF0dzFDOgqPLHM2TjyJkxCcvSH7xb5X_LjL3W38VeWmCqbC8_3oZWMd-0PRN3h7aYKx0YSA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐤
Dalam ruang masa yang ada, saya sempat menziarahi sepupu saya, Hjh. Siti Aminah binti Samirin bersama suaminya, Ustaz Hj. Md Masron bin Abdul Salam di Kampung Sungai Samak.
Kedua-dua mereka kini sedang diuji dengan masalah kesihatan. Sempat saya berbual dengan ahli keluarga, mengimbau sedikit kenangan lama yang pastinya cukup bermakna buat kami semua.
Doa saya, semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan ketabahan buat mereka berdua, serta dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah.
#ZiarahKasih
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/1754r1empH/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWtUesNklwv/?img_index=3&igsh=MTZ2MjVod2s0cXZhOQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040391540548227088?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWtUhBAj1tK?xmt=AQF0ExqOB_TCXZJuYG-as2jzYJMZywMe5hbFOx6aiGAeeGr41IUDY5XvKMAEZjQt6lHNDrKs&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧
Petang ini saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Empat Peringkat dalam Bahagian Bagan Datuk Tahun 2026.
Di Bagan Datuk, saya melihat semangat yang tidak pernah padam. Dari barisan kepimpinan hingga ke akar umbi, semuanya bergerak dengan satu tekad iaitu untuk memastikan UMNO terus relevan, terus diyakini dan terus menjadi wadah harapan rakyat.
Dalam kesempatan yang ada, saya turut menyentuh usaha di peringkat nasional dalam memperkasa agenda Melayu dan Islam. Bermula daripada pendidikan awal melalui Pra-Tahfiz, pengukuhan Ulul Albab di MRSM, hinggalah kepada laluan TVET untuk pelajar tahfiz.. semuanya adalah ikhtiar berterusan dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing.
Perjalanan ini bukanlah mudah.. namun dengan kesetiaan yang utuh serta kebijaksanaan dalam mengatur langkah, saya yakin UMNO akan terus mara ke hadapan dengan lebih tersusun dan berkeyakinan.
Selamat bersidang saya ucapkan kepada seluruh UMNO cawangan di seluruh negara. Jadikanlah persidangan ini sebagai ruang untuk merapatkan saf, memperkukuh kesatuan dan menyusun langkah dengan lebih matang.
#UMNO
#UMNOBaganDatuk
#UMNOPerak
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/1DkZqbaZgF/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWtQmjwEu4G/?img_index=6&igsh=MXVleXQ1b2lvOXk3eg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040383033795350917?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWtQvuZD0rX?xmt=AQF0N5_Fo7FXgNe-Qh70Ulv0hfVKk4-Z6lAag-7uOTjPPZfnjBuhs6vEhdpvxnH4T7LZHTRn&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Dewan utama Masjid Tuminah Hamidi sememangnya menjadi antara lokasi pilihan warga Bagan Datuk untuk majlis perkahwinan.. Kedudukannya yang strategik, bersebelahan muara Sungai Perak, memberi suasana yang cukup indah dan penuh nostalgia buat pasangan yang melangsungkan hari bahagia mereka.
Tengah hari tadi, saya sempat singgah ke majlis perkahwinan saudara Faris dan pasangannya, N’nisa yang berlangsung di sini, serta beramah mesra dengan para jemputan yang hadir.
Buat saudara Faris dan pasangan, selamat melayari bahtera perkahwinan saya ucapkan. Semoga dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan hingga ke jannah. Aamiin 🤲🏻
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/18bM8zB5AQ/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DWtGxq3kmuB/?igsh=MXMxZ2I2ZTdqMTNueA==
📱X:
https://x.com/i/status/2040361762630033615
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWtG3tQDySG?xmt=AQF0PUjz0VzXLcjWSvnWvlFWkglgWDeER6E-7E2VrUMrT04cv74lo613ug_OTs5tSKppO9s&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Salam takziah yang sedalam-dalamnya saya ucapkan kepada keluarga mendiang Tun Dr. Ling Liong Sik, mantan Presiden MCA dan mantan Menteri Pengangkutan yang telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Mendiang dikenang sebagai seorang tokoh yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, khususnya dalam membangunkan sektor pengangkutan negara serta memperkukuh institusi pendidikan yang memberi manfaat kepada generasi hari ini.
Sepanjang perjalanan kepimpinannya, beliau memperlihatkan komitmen dan kecintaan yang mendalam terhadap negara dan parti khususnya ketika keberadaannya di dalam Barisan Nasional.
Jasa dan sumbangan beliau akan terus terpahat dalam lipatan sejarah serta dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.
Kepada keluarga mendiang, saya doakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini. Negara turut berkabung bersama kalian.
📱FB: https://www.facebook.com/share/1akFGYgTr3/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWs7OyAkvxw/?igsh=YnJkYXgxdXcxamk=
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040340434501906725?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWs9XI5DwUu?xmt=AQF0spIDY5Qto2qDSZW466RH1TZXPwoG_Y1K3bemRGewO1dXPtUXjQOnYiAwQ2dOBbEexM8&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐑𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠-𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐖𝐚𝐫𝐧𝐚𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Hari ini saya bersama warga Bagan Datuk dalam Program MADANI Rakyat anjuran bersama KEMAS Negeri Perak di Kompleks Pelancongan Bagan Datuk.
Seawal pagi lagi, suasana sudah cukup meriah.. Masing-masing turun padang, bergotong-royong dan berewang bersama. Saya juga sempat bersama penduduk yang sedang menyediakan rendang tok, juadah tradisi yang cukup sinonim dengan negeri Perak.
Alhamdulillah, dapat beramah mesra dengan penduduk yang hadir. Seronok melihat anak-anak dan keluarga sama-sama memeriahkan program, meluangkan masa bersama dalam suasana Syawal yang penuh makna.
Terima kasih warga Bagan Datuk atas kebersamaan ini. Insya-Allah, kita jumpa lagi malam nanti di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Dato’ Lope Hashim yaa.
#PMR
#ProgramMADANIRakyat
#KEMAS #KKDW
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/17AucMAMnc/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWs6UQoEvMa/?igsh=MWJxamRhdWpkeWZuYQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040334190785548731?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWs6e8bj6zR?xmt=AQF058aFkbUp8fO6L_dI1nVxmF64JV4TrgCENztb6EOgAUWBWDV-HilVYycu2BruS9iv3KLV&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
[Keluaran Khas #UMNO80]
𝐊𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐔𝐌𝐍𝐎 🇲🇾
Di Istana Besar Johor Bahru, sejarah mula terukir. Sebanyak 41 pertubuhan Melayu berhimpun, bersatu hati dalam satu tekad — mempertahankan tanah air dan maruah bangsa. Dari pertemuan itu, lahirlah UMNO. Bukan sekadar sebuah organisasi, tetapi simbol kebangkitan orang Melayu yang enggan tunduk.
Di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar, UMNO menjadi suara yang lantang. Jawapan tegas terhadap Malayan Union. Inilah titik permulaan, sebuah langkah pertama dalam perjalanan panjang perjuangan negara menuju masa depan yang lebih berdaulat. 🇲🇾✨
#UMNO
#80TahunUMNO
#Bangkitsemula
📱FB: https://www.facebook.com/share/1DMEm9XVXw/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DWsV4rHEsl0/?igsh=MWNrYjMxNmhkMHZodg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040255677600567698?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWsWvA-D2F8?xmt=AQF0r8h-vls4vt0KbY0ukKt5nV2IcyR0l4h86ZeIzyPeoFESUAWD_WaT-Jt4jNxXJrFH1i1T&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢 ✨
Sempena Aidilfitri yang penuh keberkatan, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan penuh sukacita menjemput orang ramai khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.
📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H
⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam
📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk
Raikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, eratkan silaturahim dan semarakkan kebersamaan.
Jumpa anda semua di sana, insya-Allah 🤲🏻
#Aidilfitri2026
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSHko4RKX/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWsMelZygcW/?igsh=aGwwZnVoYWpoYzAx
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1CWionaLVB/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Saya kongsikan rangkuman ketika perhimpunan bulanan KKDW bersama warga kementerian.
Saya menekankan cabaran semasa yang turut memberi kesan kepada masyarakat luar bandar serta keperluan untuk memperkukuh ketahanan ekonomi desa.
Insya-Allah, dengan komitmen berterusan dan pendekatan yang tersusun, kita akan terus memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar sentiasa terpelihara.
#KKDW
#PejuangDESA
#DESASejahtera
#MalaysiaMADANI
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSHhKSJ9Q/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWqzVcYkr_I/?igsh=MXNyZHhscW9vMGxndg==
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18Mqiy95Zj/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Pada usia 26 tahun, seorang anak muda melangkah ke hadapan memikul amanah besar.
Tun Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO yang pertama. Satu permulaan kepada perjalanan kepimpinan yang penuh makna.
Sebagai anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar, beliau bukan sekadar mewarisi nama, tetapi membawa bersama semangat perjuangan yang sama.
Dari langkah awal itu, perjalanan beliau terus berkembang, sehingga akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 dan dikenali sebagai Bapa Perpaduan.
Sebuah kisah legasi, di mana bapa dan anak kedua-duanya pernah memimpin UMNO dan meninggalkan jejak dalam sejarah negara 🇲🇾✨
#UMNO
#80TahunUMNO
#Bangkitsemula
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/14ToLbo6FDk/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DWqiKPmkjdu/?igsh=ZXR0eGoyeXFtNDNk
📱X:
https://x.com/i/status/2039999737840230862
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWqiQ0Wj4uI?xmt=AQF0E52RXs2u17yJ3blAohrQ5i2-SAibMtx1BMdkwrf2uQBmR6uyUTy5T-UC2b1o5AxZeJs&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
