uk
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Відкрити в Telegram

Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
364
Підписники
+224 години
+37 днів
+230 день
Архів дописів
𝐒𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐑𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠-𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐖𝐚𝐫𝐧𝐚𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Hari ini saya bersama warga Bagan Datuk dalam Program MADANI Rakyat anjuran bersama KEMAS Negeri Perak di Kompleks Pelancongan Bagan Datuk. Seawal pagi lagi, suasana sudah cukup meriah.. Masing-masing turun padang, bergotong-royong dan berewang bersama. Saya juga sempat bersama penduduk yang sedang menyediakan rendang tok, juadah tradisi yang cukup sinonim dengan negeri Perak. Alhamdulillah, dapat beramah mesra dengan penduduk yang hadir. Seronok melihat anak-anak dan keluarga sama-sama memeriahkan program, meluangkan masa bersama dalam suasana Syawal yang penuh makna. Terima kasih warga Bagan Datuk atas kebersamaan ini. Insya-Allah, kita jumpa lagi malam nanti di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Dato’ Lope Hashim yaa. #PMR #ProgramMADANIRakyat #KEMAS #KKDW #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/17AucMAMnc/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWs6UQoEvMa/?igsh=MWJxamRhdWpkeWZuYQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040334190785548731?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWs6e8bj6zR?xmt=AQF058aFkbUp8fO6L_dI1nVxmF64JV4TrgCENztb6EOgAUWBWDV-HilVYycu2BruS9iv3KLV&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐔𝐌𝐍𝐎 🇲🇾 Di Istana Besar Johor Bahru, sejarah mula terukir. Sebanyak 41 pertubuhan Melayu berhimpun, bersatu hati dalam satu tekad — mempertahankan tanah air dan maruah bangsa. Dari pertemuan itu, lahirlah UMNO. Bukan sekadar sebuah organisasi, tetapi simbol kebangkitan orang Melayu yang enggan tunduk. Di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar, UMNO menjadi suara yang lantang. Jawapan tegas terhadap Malayan Union. Inilah titik permulaan, sebuah langkah pertama dalam perjalanan panjang perjuangan negara menuju masa depan yang lebih berdaulat. 🇲🇾✨ #UMNO #80TahunUMNO #Bangkitsemula 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DMEm9XVXw/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWsV4rHEsl0/?igsh=MWNrYjMxNmhkMHZodg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040255677600567698?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWsWvA-D2F8?xmt=AQF0r8h-vls4vt0KbY0ukKt5nV2IcyR0l4h86ZeIzyPeoFESUAWD_WaT-Jt4jNxXJrFH1i1T&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢 ✨ Sempena Aidilfitri yang penuh keberkatan, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan penuh sukacita menjemput orang ramai khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. 📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H ⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam 📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk Raikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, eratkan silaturahim dan semarakkan kebersamaan. Jumpa anda semua di sana, insya-Allah 🤲🏻 #Aidilfitri2026 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSHko4RKX/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWsMelZygcW/?igsh=aGwwZnVoYWpoYzAx 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1CWionaLVB/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 Saya kongsikan rangkuman ketika perhimpunan bulanan KKDW bersama warga kementerian. Saya menekankan cabaran semasa yang turut memberi kesan kepada masyarakat luar bandar serta keperluan untuk memperkukuh ketahanan ekonomi desa. Insya-Allah, dengan komitmen berterusan dan pendekatan yang tersusun, kita akan terus memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar sentiasa terpelihara. #KKDW #PejuangDESA #DESASejahtera #MalaysiaMADANI 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSHhKSJ9Q/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWqzVcYkr_I/?igsh=MXNyZHhscW9vMGxndg== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18Mqiy95Zj/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Pada usia 26 tahun, seorang anak muda melangkah ke hadapan memikul amanah besar. Tun Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO yang pertama. Satu permulaan kepada perjalanan kepimpinan yang penuh makna. Sebagai anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar, beliau bukan sekadar mewarisi nama, tetapi membawa bersama semangat perjuangan yang sama. Dari langkah awal itu, perjalanan beliau terus berkembang, sehingga akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 dan dikenali sebagai Bapa Perpaduan. Sebuah kisah legasi, di mana bapa dan anak kedua-duanya pernah memimpin UMNO dan meninggalkan jejak dalam sejarah negara 🇲🇾✨ #UMNO #80TahunUMNO #Bangkitsemula 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14ToLbo6FDk/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWqiKPmkjdu/?igsh=ZXR0eGoyeXFtNDNk 📱X: https://x.com/i/status/2039999737840230862 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWqiQ0Wj4uI?xmt=AQF0E52RXs2u17yJ3blAohrQ5i2-SAibMtx1BMdkwrf2uQBmR6uyUTy5T-UC2b1o5AxZeJs&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Keputusan SPM sudah diumumkan beberapa hari yang lalu. Sekarang masa untuk menentukan langkah seterusnya. Bagi yang sedang mencari laluan yang lebih praktikal, berkemahiran dan dekat dengan dunia pekerjaan.. TVET adalah pilihan yang tepat. Permohonan UP_TVET Ambilan Julai 2026 telah pun dibuka bermula 1 April lalu. Melalui platform ini, lepasan SPM boleh memohon ke pelbagai institusi TVET awam dan swasta di seluruh negara dalam satu sistem yang lebih mudah dan tersusun. Peluangnya luas dan kebolehpasaran graduan juga tinggi. Ambil langkah hari ini dan terokai masa depan anda bersama TVET! Mohon sekarang: 👉 mohon.tvet.gov.my #SPM2025 #UPTVET #TVET #JomPilihTVET 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Aff9Hmw6E/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWqbG9ekrpZ/?igsh=NGdrcWRtN3R1bW52 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2039985369970524381?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWqbKLNigER?xmt=AQF0JXUojJd7JO_5LdTNkHoGiZDe-eZAAPvMYyqO73THCd-bPNkX2hvS-7Znjrkap5SMO9Wv&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Tak Tahu Nak Ke Mana Selepas SPM? Jumpa KeDESA! Warga SPM Bagan Datuk Dijemput Hadir. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Cn928WqqU/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐍𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 Dalam tempoh 10 tahun, negara telah kehilangan kira-kira 60,000 nyawa akibat kemalangan jalan raya dan sebahagian besarnya melibatkan penunggang motosikal, khususnya golongan muda. Jangan sesekali menggadaikan nyawa di jalan raya demi keseronokan sementara atau perlumbaan haram yang tidak membawa sebarang manfaat. Saya ingin mengingatkan semua pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan. Sayangilah nyawa, kerana setiap nyawa amat berharga.. bukan sahaja buat diri sendiri, tetapi juga untuk keluarga dan negara. #RisalahJumaat #KeselamatanJalanRaya 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSHhkvKkJ/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWqKCyfSDgH/?igsh=dzNlZTVvbTAwMHFp 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DuuF4KyG7/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝟏 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢 Sempena Aidilfitri yang penuh keberkatan, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan penuh sukacita menjemput orang ramai khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. 📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H ⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam 📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk Raikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, eratkan silaturahim dan semarakkan kebersamaan. Jumpa anda semua di sana esok, insya-Allah 🤲🏻 #Aidilfitri2026 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSHrEp2so/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWp1TG9ks2M/?igsh=ajQwa3BoMG5hcWU= 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1GH3NnDNsc/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐔𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥, 𝐋𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 Dua hari lalu, keputusan SPM 2025 telah diumumkan dan pencapaian MRSM sekali lagi amat membanggakan. Seramai 7,636 calon telah menduduki peperiksaan, dengan 80 daripadanya berjaya memperoleh semua A+. Lebih membanggakan, lima MRSM berada dalam kelompok top 5 terbaik negara, mengatasi Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah-sekolah lain. Alhamdulillah, inilah bukti usaha kita dan sistem pendidikan yang terus membuahkan hasil. #SPM2025 #MRSM #KKDW #MARA 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSHMtwGWo/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWoVUh7yIoQ/?igsh=MzV4MGtsM2tlNXE3 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1AtozkUnFf/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐬 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 Dunia hari ini sedang berdepan ketidaktentuan yang semakin dirasai. Konflik di Asia Barat mula memberi kesan kepada rantaian tenaga global dan tempiasnya turut dirasai dalam kehidupan harian rakyat. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) kali ke-17 yang saya pengerusikan hari ini, fokus kita adalah untuk memastikan rakyat tidak terbeban dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar. Kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang secara tidak munasabah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat. Sebagai langkah segera, NACCOL akan bersidang secara berkala sepanjang tempoh ini bagi memastikan setiap isu ditangani dengan pantas dan berkesan. Dalam masa yang sama, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM54.7 bilion bagi tahun 2026 untuk bantuan sosial, subsidi dan insentif peningkatan pendapatan. Lebih 13.7 juta rakyat kini menerima manfaat melalui pelbagai inisiatif termasuk STR, SARA dan Program Jualan Rahmah. Inilah komitmen Kerajaan dalam memastikan setiap bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan. Insya-Allah, Kerajaan akan terus berdiri bersama rakyat serta memastikan kesejahteraan sentiasa terpelihara walau dalam apa jua keadaan. #NACCOL #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1K2c6cWYnq/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWn7r7ykkhd/?igsh=a2NmM21yYTVzaXlo 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2039633413192515868?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWn750hjy7o?xmt=AQF0mTOtQkzY6Qcl1QZxSMBP_O8cBqfGaMRmxBFRqcQNJm4EuUcpUetfoXk3NQJJNP9v1Xg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[[LIVE]] TAKLIMAT KRISIS TENAGA GLOBAL Khamis | 2 April 2026 'Yang sahih di RTM' #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja https://www.facebook.com/share/v/1CKW6zwfPP/?mibextid=wwXIfr

𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧𝐢 𝐊𝐫𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 Dalam sesi bersama warga KKDW sebentar tadi, saya telah menegaskan bahawa apa yang berlaku di peringkat global ketika ini termasuk ketegangan geopolitik dan lonjakan harga minyak dunia telah memberi kesan langsung kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar. Apabila harga minyak mencecah sekitar USD115.55 setong dan kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh singkat, kesannya bukan sekadar angka. Ia turut dirasai oleh lebih 8.1 juta masyarakat desa di seluruh negara.. daripada pekebun kecil, petani, nelayan hinggalah komuniti Orang Asli di pedalaman. Justeru, peranan KKDW hari ini semakin penting. Kita perlu menjadi benteng utama dalam memastikan rakyat desa mampu bertahan dan terus melangkah ke hadapan. Respons kita mesti jelas dan berfokus dengan menangani tekanan jangka pendek secara segera dan bersasar, mengurangkan kebergantungan kepada kos yang mudah dipengaruhi oleh ketidaktentuan global serta membina sumber pertumbuhan baharu dengan mencipta nilai daripada kekuatan dan sumber yang sedia ada di desa. Saya yakin, dengan pendekatan yang lebih berani dan tersusun serta komitmen seluruh warga KKDW, kita mampu memastikan desa terus bertahan dan berkembang dalam apa jua keadaan. Insya-Allah. #KKDW #PejuangDESA #DESASejahtera #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1BCSVRjVZk/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWnf-KFEkiP/?img_index=8&igsh=MXZtYnNmaG01N2dicg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2039572488167010581?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWngMhJj78l?xmt=AQF0n1szO45A02jxujhONHWgqZh9_hXQbhJxXlrYO4yZeiuu7TLlqglXetV3Ug90WoQhZD4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝟐 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢 Sempena Aidilfitri yang penuh keberkatan, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan penuh sukacita menjemput orang ramai khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. 📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H ⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam 📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk Raikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, eratkan silaturahim dan semarakkan kebersamaan. Lagi 2 hari… jumpa anda semua di sana, insya-Allah 🤲🏻 #Aidilfitri2026 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSH6GRtU6/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWnUHEMy5vA/?igsh=bDF4YzAxOXh5ZHg3 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1ATGypoZwm/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝟐 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢 Sempena Aidilfitri yang penuh keberkatan, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan penuh sukacita menjemput orang ramai khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. 📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H ⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam 📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk Raikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, eratkan silaturahim dan semarakkan kebersamaan. Lagi 2 hari… jumpa anda semua di sana, insya-Allah 🤲🏻 #Aidilfitri2026 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSH6GRtU6/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWnUHEMy5vA/?igsh=bDF4YzAxOXh5ZHg3 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1ATGypoZwm/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

🔴 𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 Majlis Perhimpunan Bulan April 2026, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah 📆 2 April 2026 (Khamis) ⏰8.00 pagi 📍Dewan Seri Lestari, KKDW https://www.facebook.com/share/v/1BB7MUiEtX/?mibextid=wwXIfr

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐤𝐞-𝟔𝟎 Enam dekad bukanlah satu tempoh yang singkat. Ia merupakan kisah pengorbanan dan perubahan yang dirasai oleh ribuan keluarga di pedesaan. FELCRA bukan sekadar membangunkan tanah, FELCRA membina kehidupan. Daripada tanah yang diusahakan.. lahir sumber rezeki, peluang ekonomi dan masa depan yang lebih baik buat masyarakat desa. Hari ini, peranan FELCRA terus berkembang. Dalam landskap semasa, FELCRA dilihat sebagai ‘strategic nation builder’ yang kekal relevan khususnya dalam agenda keterjaminan makanan serta kesejahteraan luar bandar. Saya yakin, dengan pengalaman yang dimiliki dan pendekatan yang terus diperbaharui, FELCRA mampu menjadi peneraju dalam transformasi agroekonomi negara. Insya-Allah, saya mendoakan agar FELCRA terus memperkasa komuniti luar bandar melalui model pembangunan yang inklusif dan mampan, agar manfaatnya dapat dirasai oleh generasi hari ini dan akan datang. Selamat ulang tahun ke-60 saya ucapkan kepada seluruh warga FELCRA. #FELCRA60 #FELCRA #KKDW #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1GbYtx4Nq4/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWlQ2bUkmUH/?igsh=MWtsMGs0N3NsNmJscg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2039259212644303055?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWlRmGzj0rY?xmt=AQF0lr7Mx_hfZ12tXYECbyBEwmx7yQI3nVjuqOhQ0h2gsu3xHEicbzrgBHF2xmnogxQbJOw4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐮𝐬𝐲𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐦𝐟𝐨𝐤𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 Musyawarah Nasional seperti yang telah diumumkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2025 adalah sebuah wadah penting untuk menghimpunkan pemikiran dan pandangan serta cadangan strategik daripada pelbagai lapisan masyarakat Melayu mengenai hala tuju masa depan umat Melayu dan negara. Musyawarah Nasional ini bukan sekadar satu wacana biasa, sebaliknya merupakan usaha bersama untuk mencari titik temu, merumus penyelesaian serta membina konsensus nasional dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa yang menyentuh kepentingan agama, masyarakat, ekonomi, pendidikan dan politik orang Melayu. Musyawarah Nasional ini dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Ghani bin Othman yang mempunyai pengalaman luas dalam aspek pentadbiran kerajaan dan dunia korporat khususnya semasa menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Sime Darby Berhad serta Johor Corporation. Justeru, bagi memastikan perbincangan berlangsung secara tersusun dan menyeluruh, Musyawarah Nasional akan memfokuskan kepada lima (5) teras utama, iaitu: 1. Teras Agama – dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, yang akan menumpukan kepada usaha memperkukuh kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta memperkasa kefahaman dan pengamalan Islam yang sederhana dan progresif dalam masyarakat. 2. Teras Politik – dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Zainal Abidin bin Sanusi, yang akan menilai dinamika politik semasa serta merumus pendekatan baharu bagi memastikan kestabilan politik, kesinambungan kepimpinan dan kematangan demokrasi negara. 3. Teras Ekonomi – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Hj. Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir Jamalullail, yang akan membincangkan strategi memperkukuh kedudukan ekonomi orang Melayu agar lebih berdaya saing, inklusif dan mampan dalam ekonomi negara. 4. Teras Pendidikan – dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub, yang akan meneliti agenda pemerkasaan pendidikan sebagai asas pembinaan modal insan berkualiti serta peningkatan keupayaan generasi masa depan. 5. Teras Sosial – dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, yang akan memberi perhatian kepada aspek kesejahteraan sosial, perpaduan masyarakat, pembinaan nilai dan budaya, serta pengukuhan institusi keluarga serta komuniti. Saya yakin dengan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa sebagai pengerusi teras serta penyertaan pelbagai pihak termasuk akademia, pemimpin masyarakat, profesional, golongan muda dan badan-badan bukan kerajaan, Musyawarah Nasional ini mampu menghasilkan rumusan yang konstruktif, realistik dan berpandangan jauh demi masa depan negara. Akhirnya, saya menyeru semua pihak agar menyertai dan menyumbang pandangan secara terbuka, matang dan bertanggungjawab supaya Musyawarah Nasional ini dapat menjadi satu platform penting dalam memperkukuh kesatuan, memperkasa agenda bangsa dan membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera. AHMAD ZAHID HAMIDI Pengasas Musyawarah Nasional 📱FB: https://www.facebook.com/share/18XRQk6bD8/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWlCoaMEmw5/?igsh=aDY5bmVxaXV3cnJp 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2039226443167875099?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWlDItHDwTP?xmt=AQF0OVw010rcyyibY3twEpPv9eBJG9N5BiWp2-Lpc_-Z-Vq9NHtPujO8pYFwv6ENBfUVMxsf&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 Sempena Aidilfitri yang penuh keberkatan, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan penuh sukacita menjemput orang ramai khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. 📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H ⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam 📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk Raikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, eratkan silaturahim dan semarakkan kebersamaan. Kehadiran anda semua amat dialu-alukan. Jumpa di sana, InsyaAllah. #Aidilfitri2026 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AugGEPGWS/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWk8DvDErYy/?igsh=ZGJ0YzR5aW5uYjl1 📱X: https://x.com/i/status/2039212144315809980 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWk8T5Sj_Qu?xmt=AQF0CijN8haAPwc9oKv58shsVgaLdV_70sRondCHpMfJhOjkX1956m8EZpLD9e7HzGJbkerL&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐓𝐌 𝐤𝐞-𝟖𝟎 Selama lapan dekad, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal sebagai “Teman Setia Anda” yang sentiasa mendampingi rakyat dalam setiap detik, sama ada saat gembira mahupun ketika negara diuji. Daripada siaran radio sehinggalah ke platform digital hari ini, RTM terus memainkan peranan sebagai penyampai maklumat yang sahih dan terkini. Semoga RTM terus kekal relevan, dipercayai serta menjadi wadah utama dalam menyatukan rakyat Malaysia. Buat seluruh warga RTM, Selamat Hari RTM ke-80 saya ucapkan. #RTM80 #TemanSetiaAnda 📱FB: https://www.facebook.com/share/1ArACAaVkk/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWk2GJCEvEY/?igsh=N3V3Ymtnbm00OXc= 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2039198855238156512?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWk2N5PD47E?xmt=AQF0qcMkgn1ME6w_Icct8BypjSw6ZNBokyQKFi7MvC6otl3T3GxuoasEkY05tnjua7X7-5lr&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel