ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку

𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇 𝙋𝙈𝙓 𝘼𝙄 𝙊𝙁𝙁𝙄𝘾𝙄𝘼𝙇 / PRO-PMX FANS

𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇 𝙋𝙈𝙓 𝘼𝙄 𝙊𝙁𝙁𝙄𝘾𝙄𝘼𝙇 / PRO-PMX FANS

Открыть в Telegram

Channel Ini Bertujuan Memudahkan Ahli Group Mendapatkan Info Tentang PMX DSAI & Isu Semasa "KERJA DARI HATI, MEMBINA PERTIWI" Group Perbincangan : https://t.me/pmxaiofficial #MalaysiaMADANI #KerajaanYDPA #KerajaanPerpaduan #Reformasi #PMX

Больше
1 884
Подписчики
Нет данных24 часа
-37 дней
-1530 дней
Архив постов
Pertemuan dengan delegasi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) diketuai Presidennya, Dato’ Mohd Foad Mat Isa menjadi ruang mempererat hubungan antara kerajaan dengan pertubuhan masyarakat serta memperkukuh kerjasama dalam memelihara perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pertubuhan masyarakat yang komited dalam mendukung agenda pembangunan negara, memperkukuh nilai kebersamaan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya merangkap Mufti Negeri Perlis Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Pertemuan membincangkan Pelan Tindakan Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ) 2027–2030 yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, penerbitan, pembangunan bakat dan pengukuhan jaringan keilmuan. Turut disentuh ialah cadangan penganjuran Seminar Antarabangsa Pemikiran al-Qaradawi pada tahun hadapan bagi memperluas wacana mengenai pemikiran Islam dan cabaran tadbir urus negara masa kini. Kerajaan menyokong usaha memperkukuh tradisi keilmuan, penyelidikan dan wacana pemikiran Islam yang mampu menyumbang kepada pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

🌫️ KKM memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi jerebu bagi melindungi kesihatan rakyat, khususnya golongan berisiko, menerusi:
🌫️ KKM memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi jerebu bagi melindungi kesihatan rakyat, khususnya golongan berisiko, menerusi: 🔹 Pemantauan kes berkaitan jerebu di 78 fasiliti sentinel. 🔹 Penyediaan peralatan bantuan pernafasan dan rawatan. 🔹 Nasihat kepada orang ramai untuk menyemak bacaan IPU, mengehadkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka yang sesuai. #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI #TaatSetia #JabatanPenerangan

KENYATAAN MEDIA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MENGENAI PELANTIKAN YBHG. LEFTENAN JENERAL DATUK AHMAD NORIHAN BIN JALAL (B) SEBAGA
+1
KENYATAAN MEDIA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MENGENAI PELANTIKAN YBHG. LEFTENAN JENERAL DATUK AHMAD NORIHAN BIN JALAL (B) SEBAGAI FASILITATOR KERAJAAN MALAYSIA BAGI PROSES DIALOG DAMAI SELATAN THAILAND #MalaysiaMadani #TaatSetia #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Selamat berjuang buat kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026. Bawalah semangat juang, keberanian dan tekad untuk memberikan yang terbaik. Seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama anda. Terus melangkah, cipta kejayaan dan harumkan nama negara! #MalaysiaMADANI #KamiSemuaTeamMas

Mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara. MRR ke-273 dipengerusikan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Daulat Tuanku! Foto: RPO #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Saya hadir untuk bersama dengan warga pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah dalam majlis peluncuran pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 sebagai ikhtiar Kerajaan MADANI meringankan beban mereka yang sekian lama berdepan pelbagai tantangan, termasuk persaingan industri dan tekanan kos sara hidup. Pertemuan ini turut mengimbau kenangan sewaktu saya melalui detik-detik paling getir dalam perjuangan reformasi pada tahun 1998. Ketika ramai memilih untuk menjauh, sebahagian pemandu teksi tampil membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Jasa dan ketulusan mereka kekal terpahat dalam ingatan saya hingga ke hari ini. Saya turut tegaskan bahawa setiap hasil yang dijana negara harus akhirnya kembali memberi manfaat kepada rakyat. Tatkala kedudukan kewangan negara semakin mengukuh, adalah menjadi kewajiban Kerajaan MADANI untuk memastikan limpahan kemakmuran itu turut dirasai kelompok pekerja yang selama ini menyumbang kepada kekuatan ekonomi negara. Justeru, prinsip inilah yang akan terus mendasari perjuangan Kerajaan MADANI, yakni menghargai setiap sumbangan, membela yang memerlukan dan memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam arus pembangunan negara. #YakinMADANI

Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869] merupakan satu perkembangan penting dalam usaha kita memaknai reformasi institusi Parlimen, kebebasan Parlimen dan kematangan demokrasi berparlimen negara. Saya menghargai komitmen dan kerjasama semua pihak, termasuk kepimpinan Dewan Negara dan Dewan Rakyat, pihak Kerajaan, Bahagian Undang-Undang serta Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang yang bersama-sama memberikan dukungan bagi menjayakan reformasi ini. Reformasi ini bukan sekadar soal kebebasan dan bidang kuasa, tetapi juga tanggungjawab untuk meningkatkan profesionalisme warga Parlimen, mutu perbahasan dan adab dalam berbeza pandangan. Saya berharap kebebasan yang diperkukuh ini dimanfaatkan sebaiknya, dengan kerjasama semua pihak, demi memastikan Parlimen terus berfungsi sebagai institusi demokrasi yang matang, berwibawa dan diyakini rakyat. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Hadir ke Dewan Rakyat hari ini bagi bacaan usul pelantikan empat Ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen, terdiri daripada dua Ahli Kerajaan dan dua Ahli Kumpulan Pembangkang, selaras dengan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869]. Ahli Kerajaan: 1. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh 2. Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad Ahli Kumpulan Pembangkang: 1. Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee 2. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan Selepas lebih tiga dekad dimansuhkan, Akta Perkhidmatan Parlimen kembali berkuat kuasa bagi memberikan autonomi kepada Parlimen untuk mengurus pentadbiran dan hal ehwalnya sendiri. Langkah ini merupakan penanda aras penting dalam reformasi institusi Parlimen, sekali gus memperkukuh kedudukan Parlimen sebagai tonggak demokrasi berparlimen negara. Moga amanah yang diberikan kepada keempat-empat Ahli Dewan Rakyat ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, tanggungjawab dan semangat kerjasama, demi memastikan Parlimen terus berfungsi sebagai institusi yang bebas, berwibawa dan mengutamakan kepentingan rakyat. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI

Salam takziah kepada mantan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang dikhabarkan baru kehilangan ayahanda tercinta, allahyarham Nik Ahmad Nik Hassan. Mendoakan saudara Nik dan keluarganya dikurniakan ketabahan yang tinggi saat ini, selain saya mendoakan agar ruh bapanya diberi keampunan dan diberi tempat yang sangat istimewa di sisi-Nya.

Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 dengan Belanjawan MADANI 2027 sebagai tumpuan utama dalam kerangka Waad Nasional yang telah saya usulkan semasa membentangkannya. Waad atau ‘covenant’ tersebut mesti berfungsi sebagai wahana yang menuntut kerjasama erat dan padu antara Kerajaan di peringkat pusat dan negeri bagi memastikan pembangunan yang lebih mampan, adil dan seimbang bagi menjelmakan aspek kesejahteraan yang lebih terangkum. Dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global, unjuran pertumbuhan ekonomi negara dan persoalan turun naik harga minyak dunia, Belanjawan ini perlu terus membela rakyat, menangani kos sara hidup serta mengambil kira keutamaan setiap negeri, termasuk aspek keselamatan sempadan, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Penyelarasan perancangan serta peruntukan berdasarkan keperluan sebenar di lapangan di mana tumpuan harus diberikan kepada mutu penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi negeri dan pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Mesyuarat turut menyentuh kepentingan kriptografi pascakuantum dalam memperkukuh perlindungan data dan sistem digital negara bagi menghadapi perkembangan teknologi serta ancaman keselamatan siber pada masa hadapan. Berhubung kebimbangan terhadap isu jerebu, Indonesia telah diminta supaya mengambil tindakan segera dan berkesan bagi menangani pembakaran terbuka yang menjadi punca jerebu rentas sempadan selain menjejaskan kesihatan rakyat, khususnya murid dan pelajar, serta mengganggu sesi persekolahan. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #Belanjawan2027