ar
Feedback
𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇 𝙋𝙈𝙓 𝘼𝙄 𝙊𝙁𝙁𝙄𝘾𝙄𝘼𝙇 / PRO-PMX FANS

𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇 𝙋𝙈𝙓 𝘼𝙄 𝙊𝙁𝙁𝙄𝘾𝙄𝘼𝙇 / PRO-PMX FANS

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel Ini Bertujuan Memudahkan Ahli Group Mendapatkan Info Tentang PMX DSAI & Isu Semasa "KERJA DARI HATI, MEMBINA PERTIWI" Group Perbincangan : https://t.me/pmxaiofficial #MalaysiaMADANI #KerajaanYDPA #KerajaanPerpaduan #Reformasi #PMX

إظهار المزيد
1 976
المشتركون
-324 ساعات
-137 أيام
-4330 أيام
أرشيف المشاركات
Menerima sambutan rasmi penuh istiadat daripada, Presiden Serdar Berdimuhamedov di Istana Presiden, Ashgabat, yang mencerminkan keakraban hubungan dua hala serta persahabatan tulen yang telah terjalin sekian lama antara Malaysia dan Turkmenistan. Usai istiadat, saya dan Presiden Berdimuhamedov meneruskan agenda dengan pertemuan empat mata yang berlangsung dalam suasana penuh keakraban, bagi meneliti secara mendalam hala tuju hubungan serta memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua negara. 🇲🇾🇹🇲 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI

Memulakan hari Jumaat di Ashgabat dengan menghadiri Istiadat meletakkan bunga dan menanam pokok di Independence Monument of Turkmenistan sebagai tanda penghormatan terhadap sejarah, kedaulatan dan perjuangan pembentukan negara ini. Monumen ini dibina bagi memperingati kemerdekaan Turkmenistan daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1991, dan menjadi simbol utama kedaulatan serta identiti negara moden Turkmenistan. Majlis ini turut mencerminkan hubungan persahabatan yang semakin kukuh antara Malaysia dan Turkmenistan, berteraskan saling hormat, kepercayaan serta komitmen untuk memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara. 🇲🇾🇹🇲 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI

Pemuktamadan Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 merupakan langkah awal untu
Pemuktamadan Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 merupakan langkah awal untuk lonjakan seterusnya dalam hubungan ekonomi, namun persekitaran kondusif penting untuk merealisasikannya. 🤝📈🌏🚀 #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia #JabatanPenerangan

Alhamdulillah, misi di Kazan, Persekutuan Rusia diisi dengan pelbagai siri perbincangan strategik yang cukup bermakna buat negara. Bermula dengan pertemuan erat bersama Rais Tatarstan, perbahasan di Forum Perniagaan Rusia-ASEAN, sehinggalah ke meja perundingan empat mata bersama Presiden Vladimir Putin. Setiap ruang dan peluang di pentas antarabangsa ini diteroka dan dimanfaatkan sepenuhnya demi memastikan manfaat ekonomi kembali kepada rakyat Malaysia. Misi Diplomasi MADANI diteruskan 🇲🇾🇷🇺 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI

Alhamdulillah dapat meraikan diaspora Malaysia di Ashgabat. Meski jauh dari tanah air tercinta, semangat dan kehangatan keakraban mereka terasa seperti kita berkumpul di Kuala Lumpur. Mereka ini adalah duta tidak rasmi negara yang punyai nurani untuk mencipta reputasi dan imej negara, memperluas jaringan dan melonjak maruah negara ke hadapan. Saya ambil kesempatan untuk kongsi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus merapat serta menyemarak hubungan dengan warga Malaysia yang berada di luar negara dengan memastikan mereka sentiasa terhubung dengan tanah air, dihargai dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada nadi dan roh pembangunan bangsa. Saya juga menjelaskan matlamat kunjungan ke Ashgabat yang bukan hanya tertumpu kepada aspek perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi, tetapi juga usaha memperluas persahabatan antara negara, memperkukuh persefahaman serta membuka ruang kerjasama baharu yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. 🇲🇾🇹🇲 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI

Misi Diplomasi MADANI diteruskan di Ashgabat, Turkmenistan. Semoga siri pertemuan yang telah dijadualkan sepanjang lawatan rasmi ini dapat berlangsung dengan baik dan membawa manfaat besar buat negara dan rakyat keseluruhannya. ====== Arrived in Ashgabat, Turkmenistan, at the invitation of President Serdar Berdimuhamedov. This visit presents an important opportunity to further strengthen the longstanding friendship and deepen cooperation between Malaysia and Turkmenistan, while exploring new avenues of partnership for the mutual benefit of our peoples. 🇲🇾🇹🇲 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI

Pusat Mediasi MADANI (PMM) kini diperkenalkan bagi memperluas akses rakyat kepada penyelesaian pertikaian secara lebih cepat,
+1
Pusat Mediasi MADANI (PMM) kini diperkenalkan bagi memperluas akses rakyat kepada penyelesaian pertikaian secara lebih cepat, mudah dan kos efektif. 🤝⚖️ Inisiatif mediasi komersial percuma untuk tuntutan kecil ini turut memanfaatkan PKS, usahawan dan rakyat melalui kerjasama strategik bersama AIAC. #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia #JabatanPenerangan

Kenali 8 hak pengguna — daripada keperluan asas, maklumat dan keselamatan hingga hak membuat pilihan dan mendapat ganti rugi.
Kenali 8 hak pengguna — daripada keperluan asas, maklumat dan keselamatan hingga hak membuat pilihan dan mendapat ganti rugi. 🛡 Pengguna berhak bersuara serta menikmati persekitaran yang sihat dan selamat. 🌱 #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia #JabatanPenerangan

KKM beri jaminan kebanyakan bekalan ubat di negara masih kekal mencukupi meskipun sebahagian kecil produk memerlukan pemantau
KKM beri jaminan kebanyakan bekalan ubat di negara masih kekal mencukupi meskipun sebahagian kecil produk memerlukan pemantauan rapi di peringkat rantaian bekalan industri. 💊🏥📦✅✨ #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia #JabatanPenerangan

Selesai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, saya dan delegasi Malaysia kini meneruskan perjalanan ke Ashgabat, Turkmenistan. Alhamdulillah, kunjungan kali ini telah mencapai matlamat yang digariskan, khususnya dalam memperkukuh hubungan Malaysia dan Persekutuan Rusia serta memperluas ruang kerjasama strategik antara ASEAN dan Rusia dalam pelbagai bidang strategik. Saya merakamkan penghargaan kepada Presiden Putin, Republik Tatarstan serta semua pihak yang telah memberikan layanan yang cukup mesra kepada delegasi Malaysia. Terima kasih juga kepada pasukan kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, petugas keselamatan serta rakan-rakan media yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran setiap urusan sepanjang berada di Kazan. 🇲🇾🇷🇺 #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #DiplomasiMADANI

𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇 𝙋𝙈𝙓 𝘼𝙄 𝙊𝙁𝙁𝙄𝘾𝙄𝘼𝙇 / PRO-PMX FANS - إحصائيات وتحليلات قناة تيليجرام @proanwaribrahim