ch
Feedback
𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇 𝙋𝙈𝙓 𝘼𝙄 𝙊𝙁𝙁𝙄𝘾𝙄𝘼𝙇 / PRO-PMX FANS

𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇 𝙋𝙈𝙓 𝘼𝙄 𝙊𝙁𝙁𝙄𝘾𝙄𝘼𝙇 / PRO-PMX FANS

前往频道在 Telegram

Channel Ini Bertujuan Memudahkan Ahli Group Mendapatkan Info Tentang PMX DSAI & Isu Semasa "KERJA DARI HATI, MEMBINA PERTIWI" Group Perbincangan : https://t.me/pmxaiofficial #MalaysiaMADANI #KerajaanYDPA #KerajaanPerpaduan #Reformasi #PMX

显示更多
1 896
订阅者
-124 小时
-47 天
-830 天
帖子存档
Pulang ke Cherok Tok Kun dengan hati yang sarat rasa sayu dan hiba, untuk bersama keluarga besar mengiringi dan menitipkan salam terakhir buat Allahyarham Idrus Ibrahim. Terima kasih atas segala kasih, jasa dan budi yang dicurahkan buat keluarga ini sepanjang hayatmu. Insya-Allah, kami akan terus melangkah, menguatkan hati meneruskan saki-baki kehidupan, meski kehilangan ini meninggalkan ruang yang tidak mungkin terisi.

Kerajaan China sering menampilkan keindahan bunga orkid, khususnya Phalaenopsis atau Orkid Rama-rama, sebagai perhiasan dalam majlis-majlis diplomatik utama mereka. Hal ini cukup terserlah tatkala saya mengadakan pertemuan dua hala bersama sahabat saya, Premier Li Qiang di West Lake State Guest House, Hangzhou hari ini. Dalam bahasa Cina, orkid disebut Lán Huā (兰花). Ada suatu ungkapan yang cukup indah, Jīn Lán Zhī Jiāo (金兰之交), yang membawa makna persahabatan sejati — sehati sejiwa, teguh mengharungi ujian serta setia berkongsi suka dan duka. Falsafah ini berakar daripada kitab klasik Yi Jing (易经), yang mengungkapkan: “二人同心,其利断金;同心之言,其香如兰。” Apabila dua insan sehati sejiwa, kekuatannya mampu memotong logam; apabila bicara lahir daripada persefahaman yang sama, harumnya ibarat semerbak bunga orkid. Ungkapan ini membawa saya merenung perjalanan hubungan Malaysia dan China yang telah menjangkau 52 tahun. Hubungan ini bukan sekadar terikat pada kepentingan perdagangan dan diplomasi, tetapi dipupuk atas rasa saling menghormati, kepercayaan dan persefahaman yang telah teruji merentas zaman. Seperti orkid yang mekar dan menyebarkan harum, demikianlah persahabatan Malaysia dan China yang harus terus dibaja dan diperkukuh, bukan sahaja demi kepentingan kedua-dua negara, tetapi terutama demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. —————————————- 兰花,尤其是蝴蝶兰,向来深受中国政府青睐,经常成为重大外交场合中不可或缺的布置元素。 中文有一句以兰花为名、意义深远的成语——“金兰之交”,象征着同心同德、同甘共苦的深厚友谊。 “金兰之交”出自《易经·系辞上》: 二人同心,其利断金; 同心之言,其香如兰。 昨日,我与中国国务院总理李强于杭州西湖国宾馆举行马中双边会议。眼前盛开的蝴蝶兰,让我深思马中建交 52 载的丰硕成果,绝不仅限于经贸与外交层面的利益,更是历经岁月洗礼与考验的互信、相互尊重与深刻理解。 马中友谊正如需要精心滋养才能持续绽放、散发阵阵芬芳的兰花;不断巩固两国关系,不仅是为了彼此的共同利益,促进两国人民的和平、繁荣与福祉更是重中之重。 🇲🇾🇨🇳 #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Rumah Cherok Tok Kun tidak akan lagi sama seperti dahulu. Rumah itu menjadi saksi kenangan keluarga yang terhimpun yakni segala gelak tawa, kisah lampau, susah dan senang yang dilalui bersama. Hari ini abang saya, saudara Idrus Ibrahim, yang merupakan sosok yang begitu dekat dan paling senior dalam kalangan kami telah kembali menyahut panggilan Ilahi. Selamat jalan, abang. Kehilangan ini pastinya tidak mudah, apatah lagi seorang yang membesar bersama, berkongsi akar pangkal yang sama dan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup sejak sekian lama. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, merahmati rohnya dan memberi darjat yang istimewa kepadanya. ANWAR IBRAHIM

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya menerima khabar yang meruntun jiwa bahawa abang saya, Idrus Ibrahim, telah pergi buat selama-lamanya. Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini. Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi. Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami. Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Belasungkawa buat DSAI & seluruh keluarga ats pemergian kekanda tercinta, Allahyarham Idrus Ibrahim. Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib. Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu. Al-Baqa’ lillah. Ameen ya mujeeb.Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata. Masa kita jua menyusul tiba.

Kembali bertemu sahabat saya, Premier Li Qiang di Hangzhou, susulan pertemuan kami di Shanghai baru-baru ini. Pagi tadi, saya menghadiri Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Kelima, antara acara kemuncak pada hari ketiga lawatan kerja saya ke Republik Rakyat China. Sebagai Negara Tetamu Kehormat, Malaysia buat julung kalinya membuka Pavilion Malaysia di bawah kelolaan MATRADE. Premier Li turut mengiringi kami meninjau ruang pameran bertemakan “Menemui Masa Depan AI di GDTE”, yang menampilkan teknologi mutakhir serta pelbagai inovasi baharu. Di sela-sela lawatan, kami sempat bertukar pandangan mengenai perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) serta cabaran yang hadir bersamanya. Teknologi dan produk AI harus kekal berada di bawah kawalan manusia, bukan manusia yang dikuasainya. Kami senada bahawa dunia perlu menggembleng kekuatan dan kerjasama, memanfaatkan peluang baharu serta memastikan kemajuan teknologi dimanfaatkan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemajuan bersama. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Saya terharu saat menyaksikan karya saya Rethinking Ourselves: Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times kini telah secara rasmi hadir dalal terjemahan bahasa Mandarin. Ini adalah sebuah usaha yang murni yang saya harapkan dapat memperluas medan pertemuan serta pembenturan pemikiran, budaya dan peradaban. Buku ini tidak berbentuk memoir atau autobiografi, tetapi merupakan himpunan renungan tentang pengaman mengenai penjajahan dan imperialisme, kebangkitan negara negara merdeka, usaha pencarian serta pemurnian jati diri bangsa, serta usaha dan ikhtiar membina negara bangsa serta masa depannya berpaksikan keadilan, kemanusiaam dan kemakmuran bersama. Justeru, dalam konteks hubungan Malaysia dan China mengajar kita bahawa perbezaan tidak semestinya menjurus kepada pertentangan. Sejak berabad lamanya, hubungan antara masyarakar dan peradaban kita terbina melalui jalur perdagangan, kebudayaan, sikap saling hormat dan pertukaran ilmu. Dalam dunia yang semakin berantakan disebabkan prasangka dan ketidakyakinan, jambatan kefahaman semacam ini harus terus diperkukuh. Sementalahan, saya yakin kita tidak harus terperangkap dalam dikotomi Timur atau Barat. Dari Confucius dan Mencius sehingga Shakespeare, termasuk dari tradisi Islam hingga khazanah pemikiran pelbagai peradaban, yang harus kita junjung ialah hikmah yang mengangkat martabat manusia yakni prinsip tegas kepada kebenaran, keadilan, ihsan dan rasa hormat antara insan. Akhirnya, persoalan besar zaman ini tidak semata tentang siapa muncul dari Timur atau Barat, apa bangsa atau anutannya, tetapi sejauh mana kita mampu kembali menemukan kemanusiaam yang menyatukan kita dan membina kesejagatan yang adil dan saksama untuk semua. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Saya telah mengadakan beberapa pertemuan bersama pengurusan kanan dari lima gergasi industri China yakni AgiBot Innovation, ZTE Corporation, Alibaba Group, Geely Automobile Holdings dan Huawei Technologies. Perbincangan kami berkisar seputar hal meneroka secara mendalam tentang keupayaan pelaburan baharu serta kerjasama strategik dalam sektor berdampak tinggi meliputi sektor robotik humanoid, infrastruktur digital, kecerdasan buatan (AI), teknologi EV, serta e-dagang. Syarikat AgiBot telah menyatakan komitmen potensi pelaburan bernilai RM1 bilion menjelang tahun 2035 dengan pewujudam 5,000 peluang pekerjaan. ZTE pula menggariskan inisiatif serta pelaburan bernilai RM170 juta bagi memacu transformasi digital Malaysia, sekaligus membina lebih banyak peluang kerjaya berkualiti buat anak-anak tempatan. Dalam perbincangan bersama Alibaba Group, usaha memperluas akses pasaran bagi produk Malaysia khususnya keluaran Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan industri halal negara ke pasaran China dan global menerusi ekosistem digital Alibaba turut disentuh. Lantas, Kerajaan MADANI kekal komited dalam merintis dan menarik pelaburan berkualiti tinggi, memperkasa keupayaan bakat tempatan, serta menjana peluang pekerjaam berkemahiran demi memacu kemakmuran ekonomi rakyat dan tanah air. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI #YakinMADANI

Kejohanan sulung FIFA ASEAN Cup 2026 akan membuka tirai esok di Indonesia dan Hong Kong. Saya masih ingat pengumumannya ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur tahun lalu, tatkala Malaysia mempengerusikan ASEAN. Ketika itu, saya menyaksikan pemeteraian kerjasama antara FIFA dan ASEAN yang membuka jalan kepada penganjuran kejohanan ini. Insya-Allah, Harimau Malaya akan memulakan kempen menentang Bangladesh pada Jumaat ini, sebelum berdepan dua negara tetangga, Indonesia dan Singapura. Ayuh kita berikan sokongan padu kepada pasukan negara. Semoga mereka membawa pulang kejayaan buat Malaysia! 🇲🇾⚽️🐯 #MalaysiaMADANI #HarimauMalaya #DemiMalaysia Kredit: Malaysia National Football Team

⛽ Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing meningkat 20 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi naik 15 se
⛽ Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing meningkat 20 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi naik 15 sen seliter bagi tempoh 24 hingga 30 September 2026. RON97 ditetapkan pada RM5.05 seliter, RON95 tanpa subsidi RM4.57 seliter dan diesel tanpa subsidi RM5.42 seliter. Harga bahan api bersubsidi kekal, termasuk RON95 BUDI95 pada RM1.99 seliter. 🇲🇾 #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia #JabatanPenerangan