Astro AWANI
Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com
نمایش بیشتر📈 تحلیل کانال Telegram Astro AWANI
کانال Astro AWANI (@astroawani) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 69 534 مشترک است و جایگاه 3 751 را در دسته اخبار و رسانهها و رتبه 386 را در منطقه ماليزيا دارد.
📊 شاخصهای مخاطب و پویایی
از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 69 534 مشترک جذب کرده است.
بر اساس آخرین دادهها در تاریخ 26 نوامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -727 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -24 بوده و همچنان دسترسی گستردهای حفظ شده است.
- وضعیت تأیید: تأیید شده (به صورت رسمی توسط Telegram)
- نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 2.92% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.65% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب میکند.
- دسترسی پستها: هر پست به طور میانگین 2 034 بازدید دریافت میکند. در اولین روز معمولاً 1 841 بازدید جمعآوری میشود.
- واکنشها و تعامل: مخاطبان بهطور فعال حمایت میکنند؛ میانگین واکنش به هر پست 20 است.
📝 توضیح و سیاست محتوایی
نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاههای شخصی توصیف میکند:
“Channel telegram rasmi Astro AWANI...
Ikuti kami di grid.astroawani.com”
به لطف بهروزرسانیهای پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 27 نوامبر, 2026)، کانال همواره بهروز و دارای دسترسی بالاست. تحلیلها نشان میدهد مخاطبان بهطور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته اخبار و رسانهها تبدیل کردهاند.
در حال بارگذاری دادهها
| تاریخ | رشد مشترکین | اشارات | کانالها | |
| 27 نوامبر | 0 | |||
| 26 نوامبر | 0 | |||
| 25 نوامبر | 0 | |||
| 24 نوامبر | 0 | |||
| 23 نوامبر | 0 | |||
| 22 نوامبر | 0 | |||
| 21 نوامبر | 0 | |||
| 20 نوامبر | 0 | |||
| 19 نوامبر | 0 | |||
| 18 نوامبر | 0 | |||
| 17 نوامبر | 0 | |||
| 16 نوامبر | 0 | |||
| 15 نوامبر | 0 | |||
| 14 نوامبر | +6 | |||
| 13 نوامبر | 0 | |||
| 12 نوامبر | 0 | |||
| 11 نوامبر | +2 | |||
| 10 نوامبر | 0 | |||
| 09 نوامبر | 0 | |||
| 08 نوامبر | 0 | |||
| 07 نوامبر | 0 | |||
| 06 نوامبر | 0 | |||
| 05 نوامبر | 0 | |||
| 04 نوامبر | 0 | |||
| 03 نوامبر | +2 | |||
| 02 نوامبر | +1 | |||
| 01 نوامبر | 0 |
| 2 | Seorang wanita hamil yang sedang menjalani hukuman penjara di negeri New Mexico, Amerika Syarikat (AS), berjaya melarikan diri selepas merampas sebuah kenderaan pengiring ketika dalam perjalanan pulang dari temu janji pemeriksaan pranatal.
Jabatan Penjara New Mexico memaklumkan Rebecca Taylor, 26, melarikan diri pada Rabu selepas mengambil alih kawalan sebuah kenderaan Dodge Journey yang digunakan untuk membawanya bersama seorang lagi banduan.
Menurut laporan media tempatan yang dipetik BBC, insiden itu berlaku apabila pasukan pengiring berhenti untuk membeli makanan di Albuquerque.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-hamil-tahanan-penjara-larikan-diri-selepas-rampas-kenderaan-pengiring
#AWANInews | 701 |
| 3 | Gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple, dilaporkan telah menjalankan ujian dalaman bagi membolehkan peranti tablet iPad menjalankan sistem operasi desktop macOS.
Menurut wartawan teknologi Bloomberg, Mark Gurman, dalam podcast Power On, langkah itu dilihat munasabah memandangkan beberapa model iPad terkini menggunakan cip siri M keluaran Apple yang berkongsi seni bina sama dengan komputer MacBook, iMac, Mac mini dan Mac Studio.
Perkembangan tersebut kembali menghangatkan spekulasi yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu bahawa Apple mungkin memenuhi permintaan pengguna untuk menawarkan pengalaman macOS pada peranti tablet itu.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-teknologi/apple-dilapor-jalankan-ujian-dalaman-macos-pada-ipad
#AWANInews | 1 055 |
| 4 | Menterinya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Datuk Seri Nancy Shukri berkata kementerian pada tahun ini memberi tumpuan kepada perlindungan dan pemerkasaan sosial yang lebih tersusun berbanding sebelumnya, bermula dengan kerangka nilai KASIH serta Dasar Kasih Keluarga Negara 2026 hingga 2030.
Jelasnya lagi, usaha tersebut turut digandingkan dengan Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara yang diluluskan pada Mei 2026 serta penstrukturan semula organisasi kementerian pada Jun 2026.
Tindakan itu, kata Nancy, penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada keluarga, wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kumpulan rentan lebih berkesan.
Berita lanjut di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpwkm-fokus-kepada-ekonomi-penjagaan-perundangan-sosial-dan-berdikari
#AWANInews | 928 |
| 5 | Sejumlah 367,537 kandungan melibatkan penipuan dalam talian, akaun palsu dan pemalsuan imej atau deepfake diturunkan oleh penyedia perkhidmatan atas permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh 1 Jan 2024 hingga 15 Sept 2026.
Kementerian Komunikasi menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen memaklumkan daripada jumlah keseluruhan permohonan dalam tempoh itu, 13,234 daripada 14,392 kandungan deepfake (92 peratus) dan 50,432 daripada 57,600 kandungan palsu (87.6 peratus) telah diturunkan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-367000-kandungan-penipuan-akaun-palsu-dan-deepfake-diturunkan-sejak-2024
#AWANInews | 917 |
| 6 | Permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia diunjurkan meningkat lebih dua kali ganda daripada 22.6 gigawatt (GW) pada 2027 kepada 49.8 GW menjelang 2050, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sekitar 3.5 peratus.
Memetik Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET), Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata unjuran itu mengambil kira pertumbuhan pesat sektor pusat data, kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV) serta industri berintensifkan tenaga.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/permintaan-elektrik-semenanjung-malaysiadijangka-cecah-498-gw-menjelang-2050
#AWANInews | 1 161 |
| 7 | 📌 Kemas kini di sini:
👉 https://bit.ly/3Xz1kjP
🚨 3 Berita Paling Trending | Setakat 2 Petang
1️⃣PM Anwar kenang ketegasan Abdul Gani dalam menuntut keadilan, takziah buat keluarga
2️⃣Kapten, dua leftenan TUDM antara enam didakwa edar syabu
3️⃣Enam Exco dilantik, Negeri Sembilan bentuk semula pentadbiran negeri
#AWANInews #PilihanPembacaAWANI | 1 220 |
| 8 | Banjir kilat boleh melanda banyak kawasan termasuk bandar besar dan kawasan perumahan ketika hujan lebat berterusan sepanjang musim Monsun Timur Laut.
Terdapat beberapa tanda awal yang sering diabaikan. Mengenali petunjuk ini lebih awal mampu membantu anda dan keluarga membuat keputusan pantas sebelum keadaan menjadi lebih berbahaya.
Kongsikan maklumat ini kepada keluarga, jiran dan rakan-rakan supaya lebih ramai dapat mengenali tanda awal banjir kilat dan bertindak sebelum terlambat.
#AWANInews #Banjir2026 | 1 176 |
| 9 | Myanmar tidak akan mematuhi beberapa bahagian yang disifatkannya sebagai "tidak sesuai" dalam keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mendapati negara itu bersalah melakukan genosid terhadap etnik Rohingya.
Menurut laporan BBC, pemimpin Myanmar, Min Aung Hlaing, berkata keputusan ICJ itu telah menjejaskan reputasi negara berkenaan dan kerajaan tidak akan mematuhi tuntutan yang dianggap tidak sesuai.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bahagian keputusan yang dibantah oleh Myanmar.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/myanmar-enggan-patuhi-sebahagian-keputusan-icj-berhubung-genosid-rohingya
#AWANInews | 1 100 |
| 10 | Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun ditemukan meninggal dunia di tepi tebing sungai di Kampung Pulau Damar, Sungai Ara, dekat Batu Kurau, Khamis malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan bantuan daripada polis pada 8.57 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau tiba di lokasi, 20 minit kemudian.
Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Nawiah Saari, ditemukan berada di tepi tebing sungai sebelum anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat menggunakan bucket stretcher.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-warga-emas-ditemukan-maut-di-tebing-sungai
#AWANInews | 1 287 |
| 11 | Seorang angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berpeluang menyaksikan pemandangan istimewa fenomena supermoon ‘Beaver Moon’ ketika bulan itu terbit dan terbenam di ufuk Bumi pada Selasa, 24 November.
Bulan penuh pada Selasa itu dikategorikan sebagai supermoon, iaitu fenomena yang berlaku apabila bulan mencapai fasa purnama ketika berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi dalam orbitnya selama kira-kira 27 hari.
#AWANInews | 1 203 |
| 12 | Pihak pendakwa raya Mesir menahan seorang pemandu berusia 21 tahun bagi membantu siasatan berhubung kemalangan yang dipercayai mencetuskan kebakaran sebuah lori tangki bahan api di Kaherah, mengorbankan 31 orang.
Menurut pihak pendakwa, pemandu terbabit disyaki melanggar lori tangki berkenaan ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum kehilangan kawalan.
Pelanggaran itu menyebabkan lori tangki terbabas, terbalik dan terbakar.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pemandu-ditahan-bantu-siasatan-kebakaran-lori-tangki-yang-mengorbankan-31-mangsa
#AWANInews | 1 194 |
| 13 | Majoriti kawasan di Sarawak dijangka hujan pada penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, pada Sabtu.
Menurut Ramalan Cuaca Khas yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca pada sebelah pagi dijangka cerah bagi kawasan Kuching, Serian serta Samarahan.
Bagaimanapun, sembilan bahagian, iaitu Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang diramalkan mengalami hujan pada waktu pagi sebelum cuaca bertukar kepada ribut petir di seluruh negeri pada sebelah petang.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/prn-sarawak-majoriti-kawasan-dijangka-hujan-pada-penamaan-calon-esok
#AWANInews | 1 269 |
| 14 | Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga orang awam didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 96.2 kilogram (kg).
Kesemua tertuduh, terdiri daripada Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin, Leftenan Amir Ariffudin Aminullah, Leftenan Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, Tan Sui Seng, Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin dan Afifah Amdas, mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kapten-dua-leftenan-tudm-antara-enam-didakwa-edar-syabu
#AWANInews | 1 213 |
| 15 | Persiapan menuju hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 721 borang penamaan calon telah dijual kepada parti politik dan individu setakat Khamis malam.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, seramai 40 bakal calon telah membayar deposit pilihan raya, manakala kesemua 82 pusat penamaan calon di seluruh Sarawak bersedia menerima calon esok, bermula 9 hingga 10 pagi.
Beliau turut mengingatkan semua parti politik dan individu yang terlibat supaya mematuhi peraturan SPR bagi memastikan proses penamaan calon berlangsung dengan aman dan teratur.
Persoalannya, berapa ramai calon bakal bertanding di 82 kerusi DUN Sarawak kali ini?
Ikuti perkembangan terkini PRN Sarawak ke-13 bersama Astro AWANI.
#AWANInews #PRNSarawak #SarawakMemilih | 1 117 |
| 16 | Negeri Sembilan pada Jumaat secara rasmi membentuk semula barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas pentadbiran negeri itu berjalan tanpa barisan Exco sejak September lalu.
Seramai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik sebagai Exco di bawah kepimpinan Datuk Ismail Lasim selaku Menteri Besar Negeri Sembilan.
Pelantikan itu menyaksikan empat wakil Barisan Nasional (BN) dan dua wakil Perikatan Nasional (PN) mengangkat sumpah jawatan Exco dalam Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, pada Jumaat.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/enam-exco-dilantik-negeri-sembilan-bentuk-semula-pentadbiran-negeri
#AWANInews | 1 046 |
| 17 | Sebanyak 721 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 dijual kepada parti politik dan individu setakat Khamis malam, menjelang hari penamaan calon Sabtu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, daripada jumlah itu, seramai 40 bakal calon telah membayar deposit pilihan raya bagi membolehkan mereka menyertai pilihan raya berkenaan.
Menurutnya, kesemua 82 pusat penamaan calon di seluruh Sarawak juga telah bersedia sepenuhnya untuk menerima calon bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi Sabtu.
Berita lanjut di: 721 borang penamaan calon terjual
#AWANInews #PRNSarawak #SarawakMemilih | 1 101 |
| 18 | Dua pekerja kilang cedera dalam kejadian letupan dan kebakaran di sebuah tempat simpanan sisa minyak industri di sebuah kilang pemprosesan dan kitar semula sisa berjadual di Taman Biopolimer, Kerteh pada Khamis malam.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu PgKB I Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.28 malam sebelum menggerakkan operasi pemadaman melibatkan empat balai bomba, iaitu Kerteh, Paka, Kijal dan Chukai.
Beliau berkata seorang lelaki tempatan Mohd Khairul Azuan Rashid, 40, mengalami kecederaan di kepala dan seorang warga Bangladesh Md Abdul Alim, 38, melecur di beberapa bahagian badan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-pekerja-cedera-kilang-meletup-terbakar
#AWANInews | 1 205 |
| 19 | Gelagat seekor monyet yang menyangka seorang cosplayer watak Sun Wukong sebagai sejenis dengannya mencuit hati orang ramai di kawasan pelancongan Baidi City, Fengjie, Chongqing, China.
Dalam kejadian pada 15 November itu, monyet berkenaan dilihat memanjat ke pangkuan lelaki yang mengenakan kostum watak Raja Monyet daripada permainan video Black Myth: Wukong, sebelum cuba menyentuh wajahnya.
#AWANInews | 1 408 |
| 20 | Kerajaan menggesa syarikat senaraian awam (PLC) untuk melaksanakan penanda aras gaji kehidupan wajar RM3,400 di peringkat organisasi masing-masing.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pelaksanaan gaji yang adil dan memadai itu akan membolehkan pekerja memenuhi keperluan asas serta taraf kehidupan yang wajar.
Langkah itu juga, kata beliau, dapat mendorong dari segi mengukuhkan kestabilan tenaga kerja, mengekalkan pekerja mahir dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syarikat-senaraian-awam-digesa-laksanakan-tanda-aras-gaji-wajar-rm3400-amir-hamzah
#AWANInews | 1 581 |
