Dr Ahmad Zahid Hamidi
Открыть в Telegram
Больше
Страна не указанаКатегория не указана
362
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
Нет данных30 день
Архив постов
[Keluaran Khas #UMNO80]
𝟐𝟎𝟎𝟒 — 𝐄𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 🇲🇾
Tahun 2004 membuka lembaran baharu dalam kepimpinan negara.
Di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi, pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan, menekankan pembangunan yang seimbang antara kemajuan dan nilai, dalam usaha membina masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berakhlak.
Kepercayaan rakyat diterjemahkan melalui kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum 2004, apabila Barisan Nasional memperoleh 198 daripada 219 kerusi Parlimen. Satu mandat kukuh yang mencerminkan harapan terhadap pembaharuan.
Perjalanan ini diteruskan dalam era seterusnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan penekanan kepada Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Melalui inisiatif seperti BR1M dan pembangunan MRT, usaha dipergiat bagi mendekatkan kerajaan dengan rakyat serta memperkukuh kesejahteraan kehidupan seharian.
Inilah era perubahan, di mana pembangunan bukan sekadar tentang kemajuan, tetapi memastikan setiap lapisan rakyat turut merasainya. 🇲🇾✨
#UMNO
#80TahunUMNO
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1ChT7r4tNW/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DXTn7NLEpBX/?igsh=MWdlNWhyc2U5aHNyOQ==
📱X:
https://x.com/i/status/2045782449180000430
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXToH4vDzgJ?xmt=AQF0a0EaCHpLMoATtDF2O6_bWGpKcPI45X3OzNw8P17jcFIaxXdUjz3xkr_7ke-PWnZonwKF&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐥𝐚𝐡𝐢, 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐢
Alhamdulillah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026M yang berlangsung di Terengganu telah melabuhkan tirainya malam tadi.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Johan Qari, Encik Cik Hasnul Taqiyuddin bin Cik Sazali dari Negeri Perak, serta Johan Qariah, Puan Nur Syakura binti Mohamad Musa dari Negeri Sarawak.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mendekati, memahami dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Sama-sama mendoakan agar kedua-dua mereka dikurniakan kejayaan dalam menggalas amanah membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa. Insya-Allah.
#MTHQK2026
#MembinaGenerasiAlQuran
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1KV5cXF33s/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DXTYUqqkuXo/?igsh=bWQybm14a29zaGd1
📱X:
https://x.com/i/status/2045748105048633839
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXTYfyuD96o?xmt=AQF0mOntCeKh0lAJ3gIXzW_Y74mQj-JjO4S8EaM3q9SUALxoPZCXWIMmDUt9RzkxWtXatb1F&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐛𝐮𝐫 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎
Antara program yang sentiasa saya nantikan ialah Subuh berjemaah bersama peserta Sekolah Patriotik UMNO.
Di sinilah ruang untuk saya bertemu dan berinteraksi lebih dekat dengan anak-anak muda yang mahu memahami serta menyelami erti sebenar perjuangan.
Melihat kesungguhan dan komitmen mereka, saya yakin generasi ini mempunyai potensi besar untuk terus membawa perjuangan ke hadapan.
Seperti yang saya titipkan kepada mereka pagi tadi, perjuangan ini tidak pernah mudah. Berpegang teguhlah pada ilmu, adab dan prinsip. Insya-Allah, di situlah letaknya makna besar kepada diri dan perjuangan kita semua.
Kepada anak-anak muda yang akan join program ini selepas ini, saya nantikan pertemuan kita pada sesi seterusnya yaa.
#SekolahPatriotikUMNO
#SPU #Patriot4
#UMNO
📱FB: https://www.facebook.com/share/1YcxZEg4DC/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXTFeS0kh8p/?img_index=4&igsh=MTh6dDh6dGp1ZmV4Yg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045706557011484837?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXTFgc8j5rq?xmt=AQF0h2CrmuKJjbayInif-iCxMup6c0abbL5CS61CCb0zYfAYJ5TTVxk3V-IQ-8_Nb3beonj4&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Saya telah menghadiri Sambutan Hari Vaisakhi bersama komuniti Sikh di Gurdwara Sahib Guru Nanak, Shah Alam.
Kehadiran ini bukan sekadar memenuhi undangan, tetapi sebagai tanda penghormatan kepada sebuah komuniti yang telah lama menyumbang kepada pembangunan negara. Saya percaya, keharmonian Malaysia terhasil apabila kita saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.
Komuniti Sikh bukan sahaja kaya dengan nilai keberanian, disiplin dan khidmat, malah turut menjadi contoh melalui semangat kebajikan dan kesukarelawanan yang merentasi kaum dan agama. Nilai inilah yang memperkukuh lagi asas perpaduan negara.
Kepelbagaian yang kita miliki hari ini adalah kekuatan yang menyatukan. Dengan semangat kebersamaan dan saling menghormati, kita mampu terus membina Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Vaisakhi kepada seluruh komuniti Sikh di Malaysia. Semoga perayaan ini membawa kegembiraan dan terus mengeratkan hubungan antara kita semua.
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/17NFQ7xinT/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DXRe236EnT8/?igsh=cjF5YndvMHdnaXp2
📱X:
https://x.com/i/status/2045480993298223142
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXRfKcOj18G?xmt=AQF0oBh13xl4nm0_KMHJCi5acIo5SuxFLPvyBCSJ7IUa-RgQzFSqgoA1cyKXiGuaJ5GnE6KQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
[Keluaran Khas #UMNO80]
𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐚 - 𝐊𝐞𝐫𝐢𝐬 𝐡𝐢𝐣𝐚𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦
Lambang keris berwarna hijau pada bendera UMNO membawa maksud yang mendalam, menggambarkan kedudukan Islam sebagai asas penting dalam pembinaan jati diri dan perjuangan Melayu.
Sementara itu, warna kuning menzahirkan ketinggian martabat serta kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi payung negara.
Keseluruhan reka bentuk bendera ini mencerminkan prinsip perjuangan UMNO yang berteraskan pemeliharaan agama, pengukuhan bangsa dan pemerkasaan negara.
Nilai-nilai ini terus dipertahankan sebagai panduan dalam menghadapi cabaran semasa demi memastikan kestabilan serta kesejahteraan Malaysia yang berterusan.
#UMNO
#80TahunUMNO
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1K8ZA8cfic/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DXRU62YkhTB/?igsh=MTU1dzM1amZjYm90aQ==
📱X:
https://x.com/i/status/2045459121378656477
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXRVGo3D1P_?xmt=AQF03xqrSfQmUUqWKVYgeMzNRKELgPRrpNHNsqyggtEFgpqvYSQa9ivaPqvY-XRw9e8J7LQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧, 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤
Hari ini saya telah hadir merasmikan Perhimpunan Agung Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) yang ke-46 yang menghimpunkan hampir 1,000 perwakilan KIMMA dari seluruh negara.
Sebagai sebuah parti yang telah lama mendukung perjuangan bersama Barisan Nasional (BN), saya menyanjung tinggi semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh KIMMA. Mereka telah membuktikan bahawa kesetiaan bukan sekadar ungkapan, tetapi telah dibuktikan melalui komitmen dan kepercayaan yang dipelihara bersama.
Saya menegaskan bahawa BN kekal berpegang kepada prinsip kebersamaan dan kesederhanaan dalam mengurus kepelbagaian. Kerjasama dengan rakan-rakan termasuk KIMMA akan terus diperkukuh berasaskan kejelasan pendirian serta matlamat yang sama demi kestabilan politik negara.
Saya yakin, dengan kesetiaan, keikhlasan serta komitmen semua pihak, kita mampu memperkukuh kestabilan dan membina masa depan negara yang lebih meyakinkan.
Insya-Allah.
#BarisanNasional
#KIMMA
📱FB: https://www.facebook.com/share/15gnYD125Gp/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXRDmDnEuSE/?img_index=4&igsh=MWkxc3Ezbmk2N29sag==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045420981527994795?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXRDu6rj-Ey?xmt=AQF09m5QlgbayMICs8aNEQYjPsgZg_LLw60enyEt8fuKA_5xQKGpEVr10WApy4tgVBFHv0yD&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐜𝐢
Alhamdulillah, para jemaah haji Malaysia mula berangkat ke Tanah Suci secara berperingkat bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Seramai 641 jemaah telah selamat berlepas sebagai kumpulan terawal. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berangkat kepada seluruh jemaah Malaysia.
Semoga semua jemaah dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci. Moga setiap ibadah diterima dan dikurniakan haji yang mabrur, insya-Allah.
Selamat menunaikan rukun Islam kelima. Kami di tanah air sentiasa mendoakan kesejahteraan para _duyufurrahman_.
#TetamuAllah
#Haji2026
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/17omXTHMN4/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DXQIvJOknYf/?igsh=MXR5OWV1bmdwODVpeg==
📱X:
https://x.com/i/status/2045294641483063310
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXQIn9wkRep?xmt=AQF0ygTb0nP1p4iRAIppHPUDG5o2UZFMR3sx_jhSsoNeK6hSyVrcBbuP3B_6p7k3iAY7kVUw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka pada 17 April 2026 bersamaan 28 Syawal 1447H telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan sebagaimana berikut:
1. Menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh YAB Presiden UMNO untuk menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor. Antara nama-nama pemohon yang telah diputuskan oleh MKT termasuk YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, En Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO Bahagian dan Cawangan seluruh Malaysia.
2. Selaras dengan Fasal 5.2 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi juga telah membuat pindaan terhadap Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran secara atas talian bagi mempermudahkan kemasukan ahli baharu terutamanya di kalangan anak-anak muda.
3. Menyedari cabaran kos sara hidup yang dialami oleh rakyat akibat kenaikan harga minyak dan inflasi global disebabkan kesan peperangan di Iran, Majlis Kerja Tertinggi menyarankan agar negeri-negeri yang diterajui oleh pimpinan UMNO khususnya Johor, Melaka, Perak dan Pahang agar memfokuskan bantuan-bantuan tambahan kepada pelbagai kelompok masyarakat yang terkesan.
4. Sempena minggu Sambutan 80 Tahun UMNO yang akan berlangsung dari 1hb Mei hingga 5hb Mei 2026 di World Trade Centre, Kuala Lumpur beberapa program utama akan dilangsungkan termasuk Konvensyen 80 Tahun UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera, Karnival Keusahawanan dan Pendidikan termasuklah Majlis Khas Ramah Mesra Pemuda dan Puteri UMNO bersama ahli-ahli baharu.
5. Selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi telah memberikan kebenaran kepada sayap-sayap parti Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri untuk mengadakan persidangan peringkat cawangan secara hibrid atau gabungan antara kehadiran secara fizikal dan secara atas talian khususnya dalam tahun yang tiada pemilihan parti.
SUA UMNO
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18BbTHB1Kz/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXPMT1gEs4W/?igsh=c2dzbGdqZmpudWww
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045158703775858920?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXPMlKzj5Fk?xmt=AQF0TV8Y4RHSw-Xe9Th0ronFY7rBa5fuPxk14E10x39uATORC9mjsm6ka0U-uuT1Fwyaf2Yq&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚: 𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚
MITC hari ini menyaksikan lautan merah yang cukup luar biasa.. himpunan perwakilan UMNO dari seluruh negeri Melaka yang hadir dengan satu tekad, satu semangat dan satu perjuangan!
Alhamdulillah, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Negeri Melaka Tahun 2026 dan apa yang saya lihat hari ini memberi keyakinan bahawa UMNO Melaka berada dalam keadaan bersedia.
Semangat yang membara ini adalah cerminan kesiapsiagaan jentera menghadapi medan yang semakin hampir. Dari kepimpinan hingga ke akar umbi, semua bergerak dengan satu matlamat untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus diyakini rakyat di Negeri Melaka ini.
Kita sedar, cabaran hari ini tidak sama seperti dahulu. Kita mesti keluar menawan hati rakyat, mendekati mereka dengan keikhlasan dan membuktikan bahawa perjuangan ini benar-benar untuk masa depan negeri Melaka.
Dalam politik, ketegasan menuntut keberanian. Kita memilih untuk berdiri dengan kekuatan sendiri dan pilihan ini hanya akan berhasil jika terus merapatkan saf dan bergerak sebagai satu pasukan.
Insya-Allah, dengan semangat yang saya saksikan hari ini, UMNO Melaka akan terus mara! Bukan sekadar mempertahankan kemenangan, tetapi melakar kejayaan yang lebih besar demi rakyat dan masa depan negeri ini.
#Melaka #UMNO
#UMNOMelaka
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/1Ggso217nC/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXO3DKeEnkf/?igsh=MTZmemRxYTZ5dTl5NA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045113096742834277?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXO3F95j9Vm?xmt=AQF0SQ7j5GZMSK4Ss6t2VZt5KoHjo6icICbQ3IDVI7PkD3H3g_Ufka0tXVdIaujSUHzJ8Ale&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Dalam banyak-banyak juadah yang saya order, ada satu yang menyentuh hati saya.
Saya menerima dodol bersama sekeping surat tulisan tangan.
Terima kasih kepada Puan Bakiah Omar, 89 tahun, atau lebih mesra dikenali sebagai Chik Ah dari Chemor, Perak. Saya difahamkan beliau merupakan peserta FELCRA dan telah mengusahakan dodol sejak tahun 1975.
Saya doakan semoga Chik Ah terus dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan, agar lebih ramai dapat merasai dodol tradisional yang dihasilkan dengan penuh kasih ini ☺️
📱FB: https://www.facebook.com/share/1DZac36is4/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXOouXYEuwW/?igsh=NnV3eXRuaGhhMzlz
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045079930028040236?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXOokEej2TO?xmt=AQF0mSodylcH27BAJVyQqkE8kcO_jCJWKtvWQ8t9-AD_Ddix_cD5CkNfvyKc1d7xiBqdtkE&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐆𝐞𝐭𝐚𝐡
Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan RISDA telah membuat keputusan penting menaikkan kadar bantuan Program Tanam Semula Getah bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).
Keputusan ini dibuat setelah meneliti secara menyeluruh peningkatan kos pembangunan kebun serta keperluan sebenar di peringkat lapangan, berikutan suasana ekonomi global yang masih tidak menentu serta peningkatan kos input pertanian yang semakin menekan.
Melalui penambahbaikan ini, kadar bantuan di Semenanjung Malaysia dinaikkan daripada RM13,710 sehektar kepada RM20,000 sehektar, iaitu peningkatan sebanyak RM6,290 sehektar. Bagi negeri Sabah pula, kadar bantuan dinaikkan daripada RM14,955 sehektar kepada RM23,000 sehektar, iaitu peningkatan sebanyak RM8,045 sehektar. Bagi kadar bantuan negeri Sarawak, ia telah diumumkan pada bulan Mac lalu dengan kadar baharu RM23,000 sehektar berbanding kadar lama RM14,805.
Kadar baharu ini akan mula dilaksanakan bermula tahun ini melalui pembayaran secara lima ansuran yang lebih praktikal bagi membantu pekebun kecil mengurus pembangunan kebun secara lebih terancang dan berkesan. Langkah ini juga bertujuan mengurangkan beban kos permulaan yang menjadi kekangan utama kepada pelaksanaan tanam semula.
Sepanjang tempoh RMKe-13, inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 33,000 orang pekebun kecil getah dengan sasaran keluasan tanam semula sebanyak 50,000 hektar, atau purata 10,000 hektar setahun. Dalam jangka panjang, usaha ini diunjurkan mampu membantu pekebun kecil memperoleh pendapatan sekitar RM4,700 sebulan sekeluarga melalui hasil getah dan aktiviti ekonomi yang lain.
Saya melihat kenaikan kadar ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk terus membela, memperkasa dan memartabatkan masyarakat pekebun kecil getah yang menjadi tulang belakang ekonomi desa dan luar bandar.
#KKDW
#RISDA
#PekebunKecil
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1bsEaM7RKY/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DXOeinCknvQ/?igsh=MTNtNjllZTNnYzBzeA==
📱X:
https://x.com/i/status/2045058059912048649
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXOey_wD8BW?xmt=AQF0vGkDiMk8-8sAeqkNK4uoBGnV_lSBvKAhusbWv30oMYdUEyHNQ_XKqcXQ0LLlUtaXtXBx&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah, banyak juadah makanan yang saya pesan tempoh hari sudah pun sampai.
Saya sentiasa percaya, usahawan desa kita mempunyai potensi yang besar. Dengan kreativiti dan kesungguhan yang ada, mereka mampu pergi lebih jauh.
Saya doakan agar semua usahawan, khususnya di desa, dilimpahi rezeki yang luas, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan usaha mencari rezeki.
Jom sama-sama kita sokong usahawan tempatan kita macam kawan saya dekat sebelah ni. 👍🏻
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18L3MgkWJY/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXOQkC1El-s/?img_index=1&igsh=emZka2J1YXZ0bzRs
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045027525831864413?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXOQjVtAMHw?xmt=AQF0X_U-qJMRK9euxl0rk9TjEukcq1AkEZA2M1OLFe_KA8RSjVav_g6S8oyQq_07HsvRp7u1&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐚-𝐬𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran besar bagi umat Islam.
Justeru, kita hendaklah menjaga adab dan menghindari perkara-perkara yang tidak bermanfaat agar tidak mengurangkan pahala yang dijanjikan.
Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang sentiasa mengingati-Nya dan memperoleh kejayaan di dunia serta di akhirat.
#RisalahJumaat
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSHv2EkwJ/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DXN_airyJkK/?igsh=MXUxdnZvOXZkaXF1Yw==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/14Tm7QsfVwn/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
[Keluaran Khas #UMNO80]
𝟏𝟗𝟕𝟒 — 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 🇲🇾
1 Jun 1974, lahirnya satu gabungan yang lebih besar dan menyeluruh.
Perikatan berevolusi menjadi Barisan Nasional. Sebuah kerjasama politik berbilang kaum yang memperluas ruang perpaduan dan kestabilan negara.
Dalam Pilihan Raya Umum 1974, ada jarak besar dan 135 daripada 154 kerusi, mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan yang dibawa.
Dari titik ini, Barisan Nasional memimpin negara selama 44 tahun, mencorakkan perjalanan Malaysia dalam pelbagai aspek pembangunan dan pentadbiran.
Ini lah kisah sebuah evolusi UMNO dari gabungan kepada kekuatan, yang membentuk landskap politik negara untuk generasi seterusnya. 🇲🇾✨
#UMNO
#80TahunUMNO
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1FJid8T7G8/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DXMYTyuEqKj/?igsh=bHdiaGZ1c3J2YmJu
📱X:
https://x.com/i/status/2044773866648838577
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXMYTDDDrAA?xmt=AQF08apkil0JQnPiGeZXWA7HeZqBdJqnUrFG36sIiAEoyiEFhvwqyqIHdJz3PL7LWQEa8-4&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Sebelum berangkat pulang, saya sempat singgah menziarahi Pengerusi Veteran UMNO Sabah, Datuk Awadnir yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2.
Ziarah ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan saya terhadap jasa serta pengorbanan beliau yang telah lama berbakti kepada UMNO Sabah dan masyarakat, khususnya di Kota Belud.
Saya mendoakan agar Datuk Awadnir dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
#UMNO
#UMNOSabah
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1LECfbmzhm/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXMRdObEvQ5/?igsh=MWhwODIyM2VxODI1eQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2044747751595090112?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXMRgfMAATF?xmt=AQF0fs1FDrytIrJs8L-5gJqBvWGg0-m4Z35NrasDJPlVBfV6AuL36UjQxFrVBrsbP_A4Bm9C&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡: 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡, 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬
Selepas berakhirnya PRN Sabah, kita tidak berhenti di situ. Kita kembali berkumpul dan terus menyusun langkah ke hadapan.
Hari ini, saya mengadakan pertemuan bersama kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah bagi memperkukuh kesatuan serta memperjelas hala tuju perjuangan di negeri ini.
Kita perlu terus merapatkan saf, memperkemas gerak kerja dan bergerak sebagai satu pasukan. Kerana perjuangan ini tidak pernah terhenti.
Insya-Allah, dengan tekad yang satu dan komitmen yang utuh, UMNO Sabah akan terus melangkah ke hadapan dan terus menyantuni rakyat di Negeri Sabah ini.
#UMNO
#UMNOSabah
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1dZwBTqpDz/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXMDwZjEqbA/?igsh=MTZrc3A0NjYwZ3NzZA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2044717518846382419?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXMDwRDgJbM?xmt=AQF0uocP-bk99fSxSihyFb9Mrr7pF1M0dkiCGHnIjORds8M7un_zyrIkXJhrwDi7ImyISpg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐏_𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔!
Lepasan SPM dan anak muda yang sedang mencari hala tuju, ini peluang anda.
Ikuti langkah mudah membuat permohonan melalui UP_TVET! Dari pendaftaran sehinggalah hantar permohonan, semuanya hanya di hujung jari! 📲
MUDAH. CEPAT. TERATUR.
❗ Pastikan anda lengkapkan maklumat Profil Pemohon dan pilih kursus yang diminati sebelum hantar.
✅Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
💡TVET - Pilihan Utama Kerjaya!
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#JomMasukTVET
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Kcy9d2ArZ/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXLvHmVEqh5/?igsh=MWVtMGs0YnBwNDkxeA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2044672304748397053?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXLvKbpjD6q?xmt=AQF0BhHY_o5JAkfYfya9hoONZf15s_k0h4oaCK0mOyta3LSVpZbOWK0uRRLuB10BdXtyg83v&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐁𝐀𝐋𝐁 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐭𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah bersama Kerajaan Negeri Sabah. Mesyuarat ini adalah satu langkah penting bagi mempercepatkan penyampaian kemudahan projek bekalan air kepada rakyat luar bandar di negeri ini.
Langkah ini merupakan satu ‘game changer’ yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan diselaraskan melalui KKDW bersama Kerajaan Negeri Sabah. Melalui usaha ini, pelaksanaan projek BALB dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tersusun dan berimpak tinggi demi manfaat rakyat di Sabah.
Bagi tahun 2026, sebanyak 83 projek baharu dan sambungan di bawah Program BALB Negeri Sabah telah diluluskan kepada KKDW dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM4.06 bilion dengan jumlah peruntukan RM143 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Tahun 2026.
Selain itu, usaha ini turut menterjemah semangat kebersamaan dan persefahaman yang ada di antara pemimpin Negeri Sabah dan Persekutuan. Semangat kebersamaan ini membolehkan usaha pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas kerjasama serta sokongan padu terhadap usaha ini. Alhamdulillah, saya juga telah menyerahkan nota rasmi penyerahan projek kepada Ketua Menteri Sabah di dalam pertemuan bersama beliau semalam.
Semoga usaha ini dipermudahkan, diberkati dan pelaksanaannya membawa kebaikan yang berpanjangan untuk seluruh rakyat Sabah.
#Sabah
#BALB #KKDW
#PejuangDESA
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1Go3LFhdij/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXLk0aMEitd/?img_index=5&igsh=NHEyamVqN21rZ2s3
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2044649598598447276?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXLk49vj2V2?xmt=AQF0Nyq55v0H4rUXgC6rPJgwh1g5QkrDMN2FRrwohbFNuFpYBksjqbRSjADdnl57aVyMaF4R&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Malam tadi, saya telah mengadakan kunjung hormat kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya.
Kehadiran saya ke Sabah kali ini adalah bagi memenuhi agenda mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) kepada negeri ini.
Dalam pertemuan tersebut, saya turut menyerahkan nota rasmi penyerahan pelaksanaan projek BALB bagi pihak KKDW kepada beliau.
Saya yakin, dengan kesefahaman yang terjalin antara kepimpinan Negeri Sabah dan Persekutuan, segala usaha pembangunan yang dirancang dapat digerakkan dengan lebih lancar demi kesejahteraan rakyat.
#Sabah
#BALB #KKDW
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1bJBbK9pGr/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXLQeGhkrk2/?igsh=YzdyaHhrMmJqMGlh
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2044605064602640526?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXLQpDDD2bv?xmt=AQF0dEzQiquziAxZ9-YDgE-5zATVVlwIj6C8t8C90sna6XZ-f5RrEwo_9-dedygQFFehCWM4&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐃𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Saya kongsikan rangkuman kehadiran ke beberapa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Melaka.
Alhamdulillah, suasana cukup meriah dengan kehadiran ramai pengunjung. Sempat juga saya beramah mesra serta bertemu masyarakat setempat yang hadir memeriahkan sambutan.
Terima kasih atas jemputan dan layanan yang baik. Insya-Allah, semangat kebersamaan ini akan terus diperkukuh.
#Aidilfitri2026
#MalaysiaMADANI
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DXJzhOGSZHh/?igsh=MTc3ampqanVreWcwMA==
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1BPfBWQeFA/?mibextid=wwXIfr
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSHt5uXUk/
📱YouTube: https://youtu.be/I3ofdjdzVSw?feature=shared
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Уже доступно! Исследование Telegram 2025 — ключевые инсайты года 
