Dr Ahmad Zahid Hamidi
Open in Telegram
Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
364
Subscribers
+224 hours
+37 days
+230 days
Posts Archive
๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ฎ๐ง: ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ฌ๐ข, ๐๐๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ ๐๐ซ๐
Hari ini di Dungun Terengganu, saya telah merasmikan MRSM Dungun, sebuah lagi institusi pendidikan yang membuka ruang harapan dan membina masa depan anak bangsa.
Selama lebih enam dekad, MARA kekal sebagai instrumen strategik Kerajaan dalam memperkasa mobiliti sosial, memastikan akses pendidikan dan peluang ekonomi dapat dinikmati dengan lebih seimbang, khususnya kepada anak-anak dari luar bandar dan keluarga yang memerlukan.
MRSM telah membuktikan peranannya dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mempunyai nilai, jati diri dan keyakinan untuk melangkah lebih jauh.
Saya amat berbangga dengan pencapaian MRSM setakat ini. Keputusan SPM baru-baru ini mencerminkan usaha berterusan kita, apabila lima MRSM berada dalam kelompok Top 5 sekolah terbaik negara, dengan MRSM Tun Ghafar Baba muncul sebagai yang terbaik di Malaysia. Malah, bilangan pelajar yang memperoleh semua A+ turut meningkat kepada 85 orang.
Sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan ini, MARA telah menyalurkan insentif sebanyak RM50,000 kepada MRSM dalam kelompok Top 5, dan KKDW turut menambah insentif RM50,000 lagi kepada setiap MRSM berkenaan sebagai dorongan untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang.
Selain itu, saya juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM650,000 kepada MRSM Tun Ghafar Baba bagi tujuan baik pulih infrastruktur dan fasiliti maktab.
Walaupun MRSM Dungun masih baharu, saya yakin ia mampu berdiri setanding dengan MRSM lain dan membina identiti kecemerlangannya sendiri. Insya-Allah.
#MRSM #Dungun
#MARA #KKDW
#PejuangDESA
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1Hj1DuF41N/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXWMmHpkpqP/?igsh=NDNnd3kwaG53M2pm
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046144437269770596?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXWMoYnDwKZ?xmt=AQF0R56bg5Idpfhm7d8zU1hoYAl8E2FLilZdZydjqVt-TVvNjA3Hba5KIvcu2MKuj-cuZ14&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Pendaftaran keahlian UMNO secara online kini dibuka!
Insya-Allah, prosesnya kini lebih mudah dan pantas. Saya mengajak lebih ramai, khususnya anak muda, untuk bersama UMNO bagi meneruskan legasi bangsa dan membina semula kekuatan parti ini menuju kegemilangan.
We want you. Kita mahukan anda.
Kerana UMNO adalah milik kita semua.
Marilah bersama-sama ke Rumah Bangsa.
Dulu, Kini & Selamanya.
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/19uh46PMke/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXVttmDkrb4/?img_index=1&igsh=MXR6eGZzcWI0OTlkcA==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046076690162745586?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXVtvgXjwT2?xmt=AQF05fiRT2j4aepEYyAobtQbsY0ya0Y4K6U5sG-eMGzrdmf7NfXMk7UMiRCXxoMyEQROXLz6&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ข๐ฌ๐๐๐๐ซ๐ญ ๐๐ซ๐จ๐๐๐ซ ๐๐ข๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข๐ค๐๐ง, ๐๐๐ฆ๐๐๐ฐ๐ ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐๐ฌ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐๐ฉ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ
Hari ini, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian RisSMart Grocer di Kwasa Damansara, yang merupakan cawangan ke-20 dan antara yang terbesar setakat ini dalam rangkaian jenama RisSMart.
Apa yang kita bangunkan hari ini adalah sebahagian daripada usaha besar KKDW melalui RISDA untuk mengangkat ekonomi desa ke tahap yang lebih berdaya saing.
Dalam konteks inilah Agenda Ekonomi Desa Nasional kita rangka. Kita perlu melihat pembangunan desa dengan perspektif yang lebih luas dan strategik.
Desa tidak boleh lagi dilihat sebagai kawasan pengeluaran semata-mata. Desa perlu menjadi ruang pertumbuhan ekonomi yang aktif, daripada pengeluaran, pemprosesan, penjenamaan dan pemasaran, sehinggalah kepada akses pasaran yang lebih luas.
Insya-Allah, inilah antara usaha kita untuk memastikan pekebun kecil dan usahawan desa tidak ketinggalan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada enjin pertumbuhan ekonomi negara.
Bagi yang berdekatan di Kwasa Damansara, jemput singgah ke RisSMart Grocer. Sama-sama kita sokong usahawan desa kita ๐๐ป
#RisSMart #RisSMartGrocer
#RISDA #KKDW
#UsahawanDesa
#EkonomiDesaNasional
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1GiuWfZaCE/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXT_4BZEjSJ/?img_index=9&igsh=OHMxMm9pam02N3Bp
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045834937920876942?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXT_2i1jyzt?xmt=AQF0wIDnLaUxWI__USC-CE_nvD2h2wXAfm7d0SL5XQ2b716AWbbA92B07nOxT9HUY7uFjRI&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Saya berasa sedih melihat insiden kebakaran besar yang melibatkan ratusan buah rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan. Saya menzahirkan simpati yang mendalam kepada semua yang terkesan.
Kehilangan tempat berteduh dalam sekelip mata pastinya satu ujian yang amat berat buat mangsa dan keluarga.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, kita akan terus menyelaras usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan keperluan asas, penempatan sementara serta kebajikan mangsa terus diberikan perhatian.
Keutamaan kita ketika ini adalah keselamatan mangsa dan bantuan segera di lapangan.
Saya dimaklumkan jentera UMNO Bahagian Batu Sapi telah turut digerakkan sejak awal pagi bagi membantu mangsa, termasuk urusan pendaftaran di PPS serta penyaluran bantuan awal.
Sama-sama kita mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Semoga segala urusan dipermudahkan.
Kredit foto: APM Sandakan
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1AmZc2a55h/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXT2erPEmOk/?igsh=bG1iNmwyOWdqeDdz
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045814384904241430?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXT2uBwjylt?xmt=AQF0mcUN_cA8XILYt2kVt-9ieF_MP-ADXdxIglpCzuXHAbCnNgmK_EzgseXPbMM7YE0lKeA&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
[Keluaran Khas #UMNO80]
๐๐๐๐ โ ๐๐ซ๐ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐ฒ๐พ
Tahun 2004 membuka lembaran baharu dalam kepimpinan negara.
Di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi, pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan, menekankan pembangunan yang seimbang antara kemajuan dan nilai, dalam usaha membina masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berakhlak.
Kepercayaan rakyat diterjemahkan melalui kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum 2004, apabila Barisan Nasional memperoleh 198 daripada 219 kerusi Parlimen. Satu mandat kukuh yang mencerminkan harapan terhadap pembaharuan.
Perjalanan ini diteruskan dalam era seterusnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan penekanan kepada Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Melalui inisiatif seperti BR1M dan pembangunan MRT, usaha dipergiat bagi mendekatkan kerajaan dengan rakyat serta memperkukuh kesejahteraan kehidupan seharian.
Inilah era perubahan, di mana pembangunan bukan sekadar tentang kemajuan, tetapi memastikan setiap lapisan rakyat turut merasainya. ๐ฒ๐พโจ
#UMNO
#80TahunUMNO
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1ChT7r4tNW/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DXTn7NLEpBX/?igsh=MWdlNWhyc2U5aHNyOQ==
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2045782449180000430
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXToH4vDzgJ?xmt=AQF0a0EaCHpLMoATtDF2O6_bWGpKcPI45X3OzNw8P17jcFIaxXdUjz3xkr_7ke-PWnZonwKF&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ฅ๐๐ก๐ข, ๐๐ซ๐๐๐ข๐ฌ๐ข ๐๐ข๐ฐ๐๐ซ๐ข๐ฌ๐ข
Alhamdulillah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026M yang berlangsung di Terengganu telah melabuhkan tirainya malam tadi.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Johan Qari, Encik Cik Hasnul Taqiyuddin bin Cik Sazali dari Negeri Perak, serta Johan Qariah, Puan Nur Syakura binti Mohamad Musa dari Negeri Sarawak.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mendekati, memahami dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Sama-sama mendoakan agar kedua-dua mereka dikurniakan kejayaan dalam menggalas amanah membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa. Insya-Allah.
#MTHQK2026
#MembinaGenerasiAlQuran
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1KV5cXF33s/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DXTYUqqkuXo/?igsh=bWQybm14a29zaGd1
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2045748105048633839
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXTYfyuD96o?xmt=AQF0mOntCeKh0lAJ3gIXzW_Y74mQj-JjO4S8EaM3q9SUALxoPZCXWIMmDUt9RzkxWtXatb1F&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ง๐๐ค ๐๐ฎ๐๐ ๐๐๐๐
Antara program yang sentiasa saya nantikan ialah Subuh berjemaah bersama peserta Sekolah Patriotik UMNO.
Di sinilah ruang untuk saya bertemu dan berinteraksi lebih dekat dengan anak-anak muda yang mahu memahami serta menyelami erti sebenar perjuangan.
Melihat kesungguhan dan komitmen mereka, saya yakin generasi ini mempunyai potensi besar untuk terus membawa perjuangan ke hadapan.
Seperti yang saya titipkan kepada mereka pagi tadi, perjuangan ini tidak pernah mudah. Berpegang teguhlah pada ilmu, adab dan prinsip. Insya-Allah, di situlah letaknya makna besar kepada diri dan perjuangan kita semua.
Kepada anak-anak muda yang akan join program ini selepas ini, saya nantikan pertemuan kita pada sesi seterusnya yaa.
#SekolahPatriotikUMNO
#SPU #Patriot4
#UMNO
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1YcxZEg4DC/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXTFeS0kh8p/?img_index=4&igsh=MTh6dDh6dGp1ZmV4Yg==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045706557011484837?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXTFgc8j5rq?xmt=AQF0h2CrmuKJjbayInif-iCxMup6c0abbL5CS61CCb0zYfAYJ5TTVxk3V-IQ-8_Nb3beonj4&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฉ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ข๐๐ง ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ค๐ฎ๐๐ญ๐๐ง ๐๐ข๐ญ๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐
Saya telah menghadiri Sambutan Hari Vaisakhi bersama komuniti Sikh di Gurdwara Sahib Guru Nanak, Shah Alam.
Kehadiran ini bukan sekadar memenuhi undangan, tetapi sebagai tanda penghormatan kepada sebuah komuniti yang telah lama menyumbang kepada pembangunan negara. Saya percaya, keharmonian Malaysia terhasil apabila kita saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.
Komuniti Sikh bukan sahaja kaya dengan nilai keberanian, disiplin dan khidmat, malah turut menjadi contoh melalui semangat kebajikan dan kesukarelawanan yang merentasi kaum dan agama. Nilai inilah yang memperkukuh lagi asas perpaduan negara.
Kepelbagaian yang kita miliki hari ini adalah kekuatan yang menyatukan. Dengan semangat kebersamaan dan saling menghormati, kita mampu terus membina Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Vaisakhi kepada seluruh komuniti Sikh di Malaysia. Semoga perayaan ini membawa kegembiraan dan terus mengeratkan hubungan antara kita semua.
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/17NFQ7xinT/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DXRe236EnT8/?igsh=cjF5YndvMHdnaXp2
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2045480993298223142
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXRfKcOj18G?xmt=AQF0oBh13xl4nm0_KMHJCi5acIo5SuxFLPvyBCSJ7IUa-RgQzFSqgoA1cyKXiGuaJ5GnE6KQ&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
[Keluaran Khas #UMNO80]
๐๐๐ก๐ฎ๐ค๐๐ก ๐๐ง๐๐ - ๐๐๐ซ๐ข๐ฌ ๐ก๐ข๐ฃ๐๐ฎ ๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐ซ๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ง ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ
Lambang keris berwarna hijau pada bendera UMNO membawa maksud yang mendalam, menggambarkan kedudukan Islam sebagai asas penting dalam pembinaan jati diri dan perjuangan Melayu.
Sementara itu, warna kuning menzahirkan ketinggian martabat serta kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi payung negara.
Keseluruhan reka bentuk bendera ini mencerminkan prinsip perjuangan UMNO yang berteraskan pemeliharaan agama, pengukuhan bangsa dan pemerkasaan negara.
Nilai-nilai ini terus dipertahankan sebagai panduan dalam menghadapi cabaran semasa demi memastikan kestabilan serta kesejahteraan Malaysia yang berterusan.
#UMNO
#80TahunUMNO
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1K8ZA8cfic/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DXRU62YkhTB/?igsh=MTU1dzM1amZjYm90aQ==
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2045459121378656477
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXRVGo3D1P_?xmt=AQF03xqrSfQmUUqWKVYgeMzNRKELgPRrpNHNsqyggtEFgpqvYSQa9ivaPqvY-XRw9e8J7LQ&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฌ๐๐ญ๐ข๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐๐๐ง, ๐๐ฌ๐๐ฌ ๐๐๐ฌ๐ญ๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค
Hari ini saya telah hadir merasmikan Perhimpunan Agung Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) yang ke-46 yang menghimpunkan hampir 1,000 perwakilan KIMMA dari seluruh negara.
Sebagai sebuah parti yang telah lama mendukung perjuangan bersama Barisan Nasional (BN), saya menyanjung tinggi semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh KIMMA. Mereka telah membuktikan bahawa kesetiaan bukan sekadar ungkapan, tetapi telah dibuktikan melalui komitmen dan kepercayaan yang dipelihara bersama.
Saya menegaskan bahawa BN kekal berpegang kepada prinsip kebersamaan dan kesederhanaan dalam mengurus kepelbagaian. Kerjasama dengan rakan-rakan termasuk KIMMA akan terus diperkukuh berasaskan kejelasan pendirian serta matlamat yang sama demi kestabilan politik negara.
Saya yakin, dengan kesetiaan, keikhlasan serta komitmen semua pihak, kita mampu memperkukuh kestabilan dan membina masa depan negara yang lebih meyakinkan.
Insya-Allah.
#BarisanNasional
#KIMMA
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/15gnYD125Gp/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXRDmDnEuSE/?img_index=4&igsh=MWkxc3Ezbmk2N29sag==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045420981527994795?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXRDu6rj-Ey?xmt=AQF09m5QlgbayMICs8aNEQYjPsgZg_LLw60enyEt8fuKA_5xQKGpEVr10WApy4tgVBFHv0yD&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐ ๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ฎ๐๐ข
Alhamdulillah, para jemaah haji Malaysia mula berangkat ke Tanah Suci secara berperingkat bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Seramai 641 jemaah telah selamat berlepas sebagai kumpulan terawal. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berangkat kepada seluruh jemaah Malaysia.
Semoga semua jemaah dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci. Moga setiap ibadah diterima dan dikurniakan haji yang mabrur, insya-Allah.
Selamat menunaikan rukun Islam kelima. Kami di tanah air sentiasa mendoakan kesejahteraan para _duyufurrahman_.
#TetamuAllah
#Haji2026
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/17omXTHMN4/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DXQIvJOknYf/?igsh=MXR5OWV1bmdwODVpeg==
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2045294641483063310
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXQIn9wkRep?xmt=AQF0ygTb0nP1p4iRAIppHPUDG5o2UZFMR3sx_jhSsoNeK6hSyVrcBbuP3B_6p7k3iAY7kVUw&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka pada 17 April 2026 bersamaan 28 Syawal 1447H telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan sebagaimana berikut:
1. Menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh YAB Presiden UMNO untuk menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor. Antara nama-nama pemohon yang telah diputuskan oleh MKT termasuk YB Datoโ Sri Hishammuddin Tun Hussein, En Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO Bahagian dan Cawangan seluruh Malaysia.
2. Selaras dengan Fasal 5.2 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi juga telah membuat pindaan terhadap Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran secara atas talian bagi mempermudahkan kemasukan ahli baharu terutamanya di kalangan anak-anak muda.
3. Menyedari cabaran kos sara hidup yang dialami oleh rakyat akibat kenaikan harga minyak dan inflasi global disebabkan kesan peperangan di Iran, Majlis Kerja Tertinggi menyarankan agar negeri-negeri yang diterajui oleh pimpinan UMNO khususnya Johor, Melaka, Perak dan Pahang agar memfokuskan bantuan-bantuan tambahan kepada pelbagai kelompok masyarakat yang terkesan.
4. Sempena minggu Sambutan 80 Tahun UMNO yang akan berlangsung dari 1hb Mei hingga 5hb Mei 2026 di World Trade Centre, Kuala Lumpur beberapa program utama akan dilangsungkan termasuk Konvensyen 80 Tahun UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera, Karnival Keusahawanan dan Pendidikan termasuklah Majlis Khas Ramah Mesra Pemuda dan Puteri UMNO bersama ahli-ahli baharu.
5. Selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi telah memberikan kebenaran kepada sayap-sayap parti Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri untuk mengadakan persidangan peringkat cawangan secara hibrid atau gabungan antara kehadiran secara fizikal dan secara atas talian khususnya dalam tahun yang tiada pemilihan parti.
SUA UMNO
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/18BbTHB1Kz/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXPMT1gEs4W/?igsh=c2dzbGdqZmpudWww
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045158703775858920?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXPMlKzj5Fk?xmt=AQF0TV8Y4RHSw-Xe9Th0ronFY7rBa5fuPxk14E10x39uATORC9mjsm6ka0U-uuT1Fwyaf2Yq&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ค๐: ๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐ฎ๐๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐
MITC hari ini menyaksikan lautan merah yang cukup luar biasa.. himpunan perwakilan UMNO dari seluruh negeri Melaka yang hadir dengan satu tekad, satu semangat dan satu perjuangan!
Alhamdulillah, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Negeri Melaka Tahun 2026 dan apa yang saya lihat hari ini memberi keyakinan bahawa UMNO Melaka berada dalam keadaan bersedia.
Semangat yang membara ini adalah cerminan kesiapsiagaan jentera menghadapi medan yang semakin hampir. Dari kepimpinan hingga ke akar umbi, semua bergerak dengan satu matlamat untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus diyakini rakyat di Negeri Melaka ini.
Kita sedar, cabaran hari ini tidak sama seperti dahulu. Kita mesti keluar menawan hati rakyat, mendekati mereka dengan keikhlasan dan membuktikan bahawa perjuangan ini benar-benar untuk masa depan negeri Melaka.
Dalam politik, ketegasan menuntut keberanian. Kita memilih untuk berdiri dengan kekuatan sendiri dan pilihan ini hanya akan berhasil jika terus merapatkan saf dan bergerak sebagai satu pasukan.
Insya-Allah, dengan semangat yang saya saksikan hari ini, UMNO Melaka akan terus mara! Bukan sekadar mempertahankan kemenangan, tetapi melakar kejayaan yang lebih besar demi rakyat dan masa depan negeri ini.
#Melaka #UMNO
#UMNOMelaka
#BersatuBersetiaBerkhidmat
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1Ggso217nC/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXO3DKeEnkf/?igsh=MTZmemRxYTZ5dTl5NA==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045113096742834277?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXO3F95j9Vm?xmt=AQF0SQ7j5GZMSK4Ss6t2VZt5KoHjo6icICbQ3IDVI7PkD3H3g_Ufka0tXVdIaujSUHzJ8Ale&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Dalam banyak-banyak juadah yang saya order, ada satu yang menyentuh hati saya.
Saya menerima dodol bersama sekeping surat tulisan tangan.
Terima kasih kepada Puan Bakiah Omar, 89 tahun, atau lebih mesra dikenali sebagai Chik Ah dari Chemor, Perak. Saya difahamkan beliau merupakan peserta FELCRA dan telah mengusahakan dodol sejak tahun 1975.
Saya doakan semoga Chik Ah terus dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan, agar lebih ramai dapat merasai dodol tradisional yang dihasilkan dengan penuh kasih ini โบ๏ธ
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/1DZac36is4/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXOouXYEuwW/?igsh=NnV3eXRuaGhhMzlz
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045079930028040236?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXOokEej2TO?xmt=AQF0mSodylcH27BAJVyQqkE8kcO_jCJWKtvWQ8t9-AD_Ddix_cD5CkNfvyKc1d7xiBqdtkE&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐ญ๐ข ๐๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ค๐๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ญ๐๐ก
Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan RISDA telah membuat keputusan penting menaikkan kadar bantuan Program Tanam Semula Getah bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).
Keputusan ini dibuat setelah meneliti secara menyeluruh peningkatan kos pembangunan kebun serta keperluan sebenar di peringkat lapangan, berikutan suasana ekonomi global yang masih tidak menentu serta peningkatan kos input pertanian yang semakin menekan.
Melalui penambahbaikan ini, kadar bantuan di Semenanjung Malaysia dinaikkan daripada RM13,710 sehektar kepada RM20,000 sehektar, iaitu peningkatan sebanyak RM6,290 sehektar. Bagi negeri Sabah pula, kadar bantuan dinaikkan daripada RM14,955 sehektar kepada RM23,000 sehektar, iaitu peningkatan sebanyak RM8,045 sehektar. Bagi kadar bantuan negeri Sarawak, ia telah diumumkan pada bulan Mac lalu dengan kadar baharu RM23,000 sehektar berbanding kadar lama RM14,805.
Kadar baharu ini akan mula dilaksanakan bermula tahun ini melalui pembayaran secara lima ansuran yang lebih praktikal bagi membantu pekebun kecil mengurus pembangunan kebun secara lebih terancang dan berkesan. Langkah ini juga bertujuan mengurangkan beban kos permulaan yang menjadi kekangan utama kepada pelaksanaan tanam semula.
Sepanjang tempoh RMKe-13, inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 33,000 orang pekebun kecil getah dengan sasaran keluasan tanam semula sebanyak 50,000 hektar, atau purata 10,000 hektar setahun. Dalam jangka panjang, usaha ini diunjurkan mampu membantu pekebun kecil memperoleh pendapatan sekitar RM4,700 sebulan sekeluarga melalui hasil getah dan aktiviti ekonomi yang lain.
Saya melihat kenaikan kadar ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk terus membela, memperkasa dan memartabatkan masyarakat pekebun kecil getah yang menjadi tulang belakang ekonomi desa dan luar bandar.
#KKDW
#RISDA
#PekebunKecil
#MalaysiaMADANI
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1bsEaM7RKY/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DXOeinCknvQ/?igsh=MTNtNjllZTNnYzBzeA==
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2045058059912048649
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXOey_wD8BW?xmt=AQF0vGkDiMk8-8sAeqkNK4uoBGnV_lSBvKAhusbWv30oMYdUEyHNQ_XKqcXQ0LLlUtaXtXBx&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah, banyak juadah makanan yang saya pesan tempoh hari sudah pun sampai.
Saya sentiasa percaya, usahawan desa kita mempunyai potensi yang besar. Dengan kreativiti dan kesungguhan yang ada, mereka mampu pergi lebih jauh.
Saya doakan agar semua usahawan, khususnya di desa, dilimpahi rezeki yang luas, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan usaha mencari rezeki.
Jom sama-sama kita sokong usahawan tempatan kita macam kawan saya dekat sebelah ni. ๐๐ป
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/18L3MgkWJY/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXOQkC1El-s/?img_index=1&igsh=emZka2J1YXZ0bzRs
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045027525831864413?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXOQjVtAMHw?xmt=AQF0X_U-qJMRK9euxl0rk9TjEukcq1AkEZA2M1OLFe_KA8RSjVav_g6S8oyQq_07HsvRp7u1&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข๐-๐ฌ๐ข๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran besar bagi umat Islam.
Justeru, kita hendaklah menjaga adab dan menghindari perkara-perkara yang tidak bermanfaat agar tidak mengurangkan pahala yang dijanjikan.
Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang sentiasa mengingati-Nya dan memperoleh kejayaan di dunia serta di akhirat.
#RisalahJumaat
๐ฑTiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSHv2EkwJ/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/reel/DXN_airyJkK/?igsh=MXUxdnZvOXZkaXF1Yw==
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/v/14Tm7QsfVwn/
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
[Keluaran Khas #UMNO80]
๐๐๐๐ โ ๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐ฒ๐พ
1 Jun 1974, lahirnya satu gabungan yang lebih besar dan menyeluruh.
Perikatan berevolusi menjadi Barisan Nasional. Sebuah kerjasama politik berbilang kaum yang memperluas ruang perpaduan dan kestabilan negara.
Dalam Pilihan Raya Umum 1974, ada jarak besar dan 135 daripada 154 kerusi, mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan yang dibawa.
Dari titik ini, Barisan Nasional memimpin negara selama 44 tahun, mencorakkan perjalanan Malaysia dalam pelbagai aspek pembangunan dan pentadbiran.
Ini lah kisah sebuah evolusi UMNO dari gabungan kepada kekuatan, yang membentuk landskap politik negara untuk generasi seterusnya. ๐ฒ๐พโจ
#UMNO
#80TahunUMNO
๐ฑFB:
https://www.facebook.com/share/p/1FJid8T7G8/
๐ฑIG:
https://www.instagram.com/p/DXMYTyuEqKj/?igsh=bHdiaGZ1c3J2YmJu
๐ฑX:
https://x.com/i/status/2044773866648838577
๐ฑThreads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXMYTDDDrAA?xmt=AQF08apkil0JQnPiGeZXWA7HeZqBdJqnUrFG36sIiAEoyiEFhvwqyqIHdJz3PL7LWQEa8-4&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Sebelum berangkat pulang, saya sempat singgah menziarahi Pengerusi Veteran UMNO Sabah, Datuk Awadnir yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2.
Ziarah ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan saya terhadap jasa serta pengorbanan beliau yang telah lama berbakti kepada UMNO Sabah dan masyarakat, khususnya di Kota Belud.
Saya mendoakan agar Datuk Awadnir dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
#UMNO
#UMNOSabah
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1LECfbmzhm/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXMRdObEvQ5/?igsh=MWhwODIyM2VxODI1eQ==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2044747751595090112?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXMRgfMAATF?xmt=AQF0fs1FDrytIrJs8L-5gJqBvWGg0-m4Z35NrasDJPlVBfV6AuL36UjQxFrVBrsbP_A4Bm9C&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก: ๐๐๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐๐ ๐ฎ๐ก, ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ฆ๐๐ฌ
Selepas berakhirnya PRN Sabah, kita tidak berhenti di situ. Kita kembali berkumpul dan terus menyusun langkah ke hadapan.
Hari ini, saya mengadakan pertemuan bersama kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah bagi memperkukuh kesatuan serta memperjelas hala tuju perjuangan di negeri ini.
Kita perlu terus merapatkan saf, memperkemas gerak kerja dan bergerak sebagai satu pasukan. Kerana perjuangan ini tidak pernah terhenti.
Insya-Allah, dengan tekad yang satu dan komitmen yang utuh, UMNO Sabah akan terus melangkah ke hadapan dan terus menyantuni rakyat di Negeri Sabah ini.
#UMNO
#UMNOSabah
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1dZwBTqpDz/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/p/DXMDwZjEqbA/?igsh=MTZrc3A0NjYwZ3NzZA==
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2044717518846382419?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXMDwRDgJbM?xmt=AQF0uocP-bk99fSxSihyFb9Mrr7pF1M0dkiCGHnIjORds8M7un_zyrIkXJhrwDi7ImyISpg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Available now! Telegram Research 2025 โ the year's key insights 
