ru
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Открыть в Telegram

Больше
Страна не указанаКатегория не указана
362
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
Нет данных30 день
Количество постов
Постов за 30 дней

Загрузка данных...

Реакции
Комментарии
Telegram Stars
ТОП постов по

Загрузка данных...

Анализ публикаций
Посты
Динамика просмотров
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐫𝐫𝐚𝐦 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 Maal Hijrah mengingatkan kita bahawa perubahan tidak berlaku dengan kata-kata semata-mata, tetapi melalui usaha, disiplin dan kesungguhan untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Hijrah juga mengajar kita erti pengorbanan dan kecekalan dalam menghadapi setiap cabaran kehidupan. Nilai-nilai inilah yang perlu terus menjadi pedoman dalam kita memimpin, bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat. Dalam dunia yang sentiasa berubah, semangat hijrah menuntut kita untuk berani melakukan pembaharuan, memperbaiki kelemahan serta terus berusaha memberikan yang terbaik demi kemajuan bersama. Semoga tahun baharu Hijrah ini menguatkan tekad kita untuk terus melaksanakan amanah dengan ikhlas, memperkukuh perpaduan dan berkhidmat sebaiknya demi agama, bangsa dan negara. Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H. #AwalMuharram1448H #MaalHijrah #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQbJqYmx/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DLSisJ8Tt/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZpSrVDSZNY/?igsh=NzlvMDRjNnpwbTB4 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066846415507103792?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZpS0ctj5_S?xmt=AQG0uPKQXD7goQ4RkRE0whHVzP_zMMK1Qra-2tNp4wvyLiYOY5vBUK-cbVXF4wIeAuNV2zc&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
541100Loading...
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐀𝐳𝐚𝐦, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐚 Menjelang berakhirnya tahun 1447H dan bermulanya 1448H, marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT. Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi medan muhasabah, memohon keampunan atas segala kekhilafan serta mengharapkan keberkatan, rahmat dan petunjuk-Nya untuk menempuh tahun baharu dengan hati yang lebih tenang dan jiwa yang lebih kuat. Selamat menyambut Awal Muharram 1448H. #AwalMuharram1448H #SalamMaalHijrah #DoaAkhirTahun #DoaAwalTahun 📱FB: https://www.facebook.com/share/1EKzyrxAqv/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZpBVn1kruu/?igsh=MXBvcjI0ODN6NHpyZQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066809509985783883?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZpBYspj0u9?xmt=AQG0SkrVDaJWMqEUcFGapTCtXqxa1WtPM675LHrJD5QjesIgg6qhH6XSBxfo8d_IL5JX4Vo&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
35000Loading...
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐙𝐢𝐤𝐫𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 Ada ketenangan yang sukar digambarkan apabila ribuan jemaah berhimpun bersama-sama melafazkan zikir dan memuji kebesaran Allah SWT. Alhamdulillah, saya kongsikan sedikit momen ketika menghadiri Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaul Husna 2026 di Johor Bahru. Moga setiap zikir yang dilafazkan, setiap doa yang dipanjatkan dan setiap langkah yang diatur menuju majlis ilmu seperti ini menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan serta kesejahteraan buat kita semua. #AsmaulHusna #MajlisZikir #IslamMenyatukanUmmah #RahmahHikmahUkhuwah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQ4MCp6D/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZm4FztyVlE/?igsh=MTdxaGk1d2ZzNjBxbw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1JAv8udkzJ/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/mCbkATN1Oak?si=JOLUUY9ADq553sJ2 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
39000Loading...
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 Saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini bagi meneliti perkembangan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) serta beberapa agenda lain berkaitan pembangunan Bumiputera. Alhamdulillah, sehingga kini pelaksanaan PuTERA35 telah mencapai 64.6% dengan 160 daripada 493 program yang dirancang berjaya dilaksanakan. Perkembangan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk memastikan agenda pembangunan Bumiputera diterjemahkan kepada hasil yang nyata dan memberi manfaat langsung kepada rakyat. Mesyuarat turut meneliti beberapa resolusi yang dikemukakan melalui Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 yang berlangsung pada 1 Mei lalu, termasuk cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara. Saya percaya agenda pembangunan ekonomi Bumiputera perlu bergerak seiring dengan pembangunan modal insan agar lebih ramai generasi muda mempunyai ilmu, kemahiran, nilai serta daya saing untuk mendepani cabaran masa hadapan. Insya-Allah, usaha memperkasa pendidikan, TVET, pembangunan bakat dan huffaz profesional akan terus diberikan perhatian sebagai sebahagian daripada ikhtiar melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi, masyarakat dan negara. #MajlisEkonomiBumiputera #EkonomiBumiputera #PuTERA35 #KongresPendidikanBumiputera2026 📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid02zFLNz1Pdg4LvQHJDfKrGzaSxhPpSK9CkcFQPrw5jvSqbwJGKYtxx5NJcuPyhbuEel/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZmchr-SJJm/?igsh=djNnZXd5Z3A3OTZl 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066445708236849299?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZmcn0HDxe0?xmt=AQG0ZydnUijtM9bJ5oRsu9yRDc35rd6sFByI8-mxW-psFXs0N130fxnipJle_6fQorFfpZ4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
33000Loading...
𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Saya percaya desa yang memiliki sumber, bakat, usahawan dan komuniti yang kuat mampu menjadi pusat pertumbuhan baharu jika seluruh kekuatannya digerakkan secara tersusun dan berimpak tinggi. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga KKDW atas komitmen serta usaha berterusan dalam memastikan manfaat pembangunan sampai kepada rakyat di seluruh negara. #HariPendidikKEMAS #KEMAS #KKDW #DiSiniBermula 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQXuy4Ac/ 📱FB: https://fb.watch/HLsLkJAJx0/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZmVrS6Sxz-/?igsh=MTFudXZsdjN6OXQzbQ== 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
27000Loading...
𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐂𝐮𝐚𝐜𝐚 𝐏𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 Saya mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berhubung perkembangan fenomena El Niño yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan berterusan sehingga awal tahun 2027. Fenomena ini dijangka menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa sepanjang Monsun Barat Daya, sekali gus berpotensi mengurangkan jumlah hujan di beberapa kawasan, meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, kebakaran hutan dan tanah gambut serta kejadian jerebu. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya ingin menasihatkan seluruh rakyat agar sentiasa bersedia dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa. Gunakan air secara berhemah, elakkan aktiviti pembakaran terbuka serta utamakan kesihatan diri dan keluarga, khususnya golongan yang lebih terdedah kepada cuaca panas. Dapatkan maklumat cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan saluran rasmi MET Malaysia. Persediaan awal dan tindakan yang bertanggungjawab daripada semua pihak amat penting bagi mengurangkan risiko serta memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Insya-Allah, Kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. #KesiapsiagaanBencana #METMalaysia #myCuaca 📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid0G7ygxwc4h5GaFt1aKv8ehs4kaCDJBg6nTzF2TrLaL8GqhjXY35RxLHPiatf1j6uvl/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZl5_4Ny-Jf/?igsh=b25nejRxeWU1czU3 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066370179211420041?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZl6N9ZD5Hy?xmt=AQG0_jHEnRAF70UqCBhqJgAjVTbzjqtc-q49A1lG3vaJlmEXIa_ldNNxfL-ybXEOmUmUSAF1&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
26000Loading...
𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐀 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐎𝐟 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐥𝐞𝐝𝐠𝐞, 𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐀𝐧𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐛 As the world navigates increasingly complex challenges, we must not overlook the growing crisis of values around us. I believe the future belongs to a generation with the Al-Quran in their hearts, knowledge in their minds, skills in their hands and adab in their actions. Through stronger collaboration between scholars and leaders, we can build a more knowledgeable, compassionate and resilient ummah. #SoutheastAsiaScholarsConference2026 #JAKIM #MWL #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQCxS9MD/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZkTR8oSR_Q/?igsh=YzZybzluMDF0MThq 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/16uHuJugpK/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
26000Loading...
𝐈𝐥𝐦𝐮, 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐃𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐌𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠 Saya kongsikan rangkuman semasa menghadiri dan merasmikan 4th Southeast Asia Scholars Conference 2026 yang menghimpunkan ulama, mufti, ahli akademik dan cendekiawan Islam dari seluruh rantau ASEAN. Semoga persidangan ini menjadi medan yang memperkukuh kesatuan ummah serta melahirkan lebih banyak pandangan dan penyelesaian yang bermanfaat untuk masa depan masyarakat. #SoutheastAsiaScholarsConference2026 #JAKIM #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQxTgtYr/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZkCWthy-P8/?igsh=MWphMjlkODBsN2VtMA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17nnygseDu/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/ixwEQTSlVUo?si=u1g4lVQ_nyzTq1sP 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
32000Loading...
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐬𝐚𝐡𝐢 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐦𝐚-𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡 Alhamdulillah, pagi tadi saya hadir ke Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaul Husna 2026 di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, diiringi YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi. Suasana pagi hari ini cukup menyentuh hati. Ribuan jemaah hadir memenuhi ruang masjid untuk bersama-sama menghidupkan jiwa dengan zikir, mendengar tausiah dan mengingati kebesaran Allah SWT. Saya melihat sendiri bagaimana alunan zikir Asmaul Husna mampu menenangkan jiwa, menundukkan hati dan menyatukan ummah. Setiap nama Allah yang dilafazkan membawa makna, pengajaran dan peringatan bahawa hidup ini perlu sentiasa kembali kepada-Nya. Majlis seperti ini mengingatkan kita bahawa kekuatan umat bukan hanya terletak pada angka, kedudukan atau organisasi, tetapi bermula daripada hati yang hidup dengan zikrullah, ilmu yang dipandu adab, serta masyarakat yang sentiasa kembali kepada Allah dalam setiap urusan. Moga zikir yang dilafazkan, tausiah yang didengar dan doa yang diaminkan pagi tadi menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT kepada kita semua, keluarga kita, masyarakat kita, negeri Johor, negara Malaysia dan seluruh ummah. Semoga hati kita sentiasa hidup dengan mengingati Allah, langkah kita dipandu dengan hikmah dan kehidupan kita diberkati dengan rahmat serta kasih sayang-Nya. اللهم اجعلنا من الذاكرين الشاكرين #AsmaulHusna #MajlisZikir #UswatunHasanahJohor #JohorBahru #IslamMenyatukanUmmah #RahmahHikmahUkhuwah 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DAH4x4Dh9/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZjrc_fkjYv/?img_index=9&igsh=NWUwNzBhNWI5bGVw 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2066056257694507506?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZjreSfDxHH?xmt=AQG0cmHHTBEhzAddRqLCP8W8vjjHovF9jTstxABJb62vjZBf3J6O4SwVjD6GW7r3ssotvGRW&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
34000Loading...
Indahnya alunan Asma ul Husna berkumandang di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn pagi ini. Allahu Akbar. 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSQ9whp1n/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZjRjWLy9ss/?igsh=MTU4d2dmamZ1bmQ3MA== 📱FB: https://fb.watch/HJSo5Jb0aq/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
30000Loading...
Insya-Allah. Kita bersiap sedia menempuh PRN Johor dan Negeri Sembilan, bersama. Saya yakin, dengan kesepaduan dan keikhlasan pasukan BN ini.. gerak kerja kita akan diterjemahkan sebagai nilai yang baik di mata rakyat. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya jua. #BarisanNasional #BNJohor #BNNegeriSembilan 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19DHAkxmZV/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZi_-oUyq6H/?igsh=NHVmZDFsbXhiODQz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2065962777022468493?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZjA1xXj7uJ?xmt=AQG0Ff9BOY0J7t1kqphOcWMiG8XbenPhPD102qCpHjDN-0Sr679LxkfDRPnH9hYBwnNSS20&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
38000Loading...
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐄𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐈 Alhamdulillah, hari ini saya diberi penghormatan untuk merasmikan the 4th Southeast Asia Scholars Conference 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini menghimpunkan kira-kira 600 ulama, mufti, ahli akademik, penyelidik dan cendekiawan Islam dari seluruh rantau ASEAN. Cabaran yang kita hadapi hari ini tidak hanya tertumpu kepada ekonomi atau geopolitik. Apa yang lebih membimbangkan ialah krisis nilai, adab dan kebijaksanaan yang semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat. Semasa berucap, saya tegaskan bahawa kemajuan teknologi mesti dipandu oleh nilai dan etika. AI, data dan inovasi perlu dimanfaatkan untuk kebaikan manusia, manakala Maqasid Syariah perlu terus menjadi kompas yang membimbing arah pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Saya turut menyentuh kepentingan diplomasi intelektual dalam memperkukuh kerjasama sarjana Islam serantau, membina kesepakatan dalam isu-isu utama ummah serta melahirkan lebih banyak cadangan dan penyelesaian yang praktikal bagi menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Muslim World League (MWL) dan JAKIM atas komitmen berterusan menjayakan persidangan ini. Semoga segala perbincangan yang berlangsung dapat memperkukuh kesatuan ummah, mengangkat peranan ilmu dalam pembangunan masyarakat serta membawa manfaat yang berpanjangan kepada rantau ini, insya-Allah. #SoutheastAsiaScholarsConference2026 #MWL #JAKIM #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1ELJtkuihp/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZhMH4_kvYG/?img_index=10&igsh=NGlmc2x5a3Fyamd1 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2065705807002681571?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZhMFinD2nE?xmt=AQG0mo0lqg7Hv4iVluk7szWjeA0ys6KZiLmm9zg3CzNxPRuWhFABRp8ZrmO5lwgNTCwIijg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
44000Loading...
𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡: 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perjalanan hati menuju keredaan Allah SWT. Ia menuntut keberanian untuk berubah, memperbaiki diri dan meninggalkan perkara yang menjauhkan kita daripada-Nya. Setiap hari adalah peluang untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam. Dengan keazaman, kesabaran dan tawakal kepada Allah SWT, setiap langkah ke arah kebaikan akan dipermudahkan dan diberkati. #RisalahJumaat 📱TikTok:https://vt.tiktok.com/ZSQ5ExoRP/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/193Np5xjvx/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZe1bSmSP8r/?igsh=ZmNqd2NvYmtlcjA3 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZe1zJ8D-5g?xmt=AQG0pW6wvNlPTw_ZMXKF2mp6BFwyJEaKcoDMifTfI4Z5tQ6Stybzp2oWEsx1ZxT2CqYWrita&slof=11 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2065375235965333939?s=46 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
46000Loading...
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐃𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐥𝐚𝐤 Usaha membentuk generasi cemerlang tidak boleh terhenti di peringkat prasekolah semata-mata, sebaliknya perlu diteruskan secara berterusan hingga ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Apa yang kita lakukan hari ini bukan untuk mana-mana pihak, tetapi demi masa depan generasi yang akan mewarisi negara ini. #HariPendidikKEMAS #KEMAS #KKDW #DiSiniBermula 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQfS44w1/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZclYr8yfDB/?igsh=OHVvYWluZjE3Ymds 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1EL1C1CW8A/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
59000Loading...
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐢 Alhamdulillah, kejayaan TABIKA KEMAS merangkul Gold Award Trusted Brand sebanyak enam kali berturut-turut membuktikan keyakinan berterusan ibu bapa dan masyarakat terhadap kualiti pendidikan awal yang ditawarkan. Pengiktirafan ini adalah hasil dedikasi dan komitmen seluruh warga pendidik KEMAS yang terus berusaha memberikan pendidikan terbaik dalam membentuk generasi masa depan negara. #HariPendidikKEMAS #KEMAS #KKDW #DiSiniBermula 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQymKHoq/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZb4d13yvFl/?igsh=MWtyazQwcTZqM3Z3eg== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/17u1qA1aXG/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
58000Loading...
KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung pada 10 Jun 2026 bersamaan 24 Zulhijah 1447H telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut: 1. UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, sehingga Pilihan Raya. 2. Kerajaan Negeri Johor dibentuk sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia tanpa melibatkan parti-parti daripada Pakatan Harapan. Justeru, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana Kerajaan Negeri. 3. UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti apabila menjelang mana-mana Pilihan Raya termasuklah Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang bakal ditentukan tarikhnya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. 4. Keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak. Sebaliknya ia adalah amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat. 5. UMNO terbuka kepada apa jua bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat. Apa jua bentuk kerjasama mesti dilandaskan kepada prinsip keikhlasan dan kepercayaan. SUA UMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/18rtHNYkjL/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZaKhS6yM46/?igsh=d3c0NDBwdTMzbndz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2064717242596737061?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZaKr8pD69q?xmt=AQG05W6RrMJjTaWN8xaxz1zGgoLw_J5f1QWv7N5a5OS8iK-oh788E1tAguKrwHWB60Y7nfSy&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
47000Loading...
𝐒𝐞𝐚𝐛𝐚𝐝 𝐉𝐞𝐧𝐣𝐚𝐫𝐨𝐦, 𝐒𝐞𝐚𝐛𝐚𝐝 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 Seronok melihat kemeriahan dan semangat yang ditunjukkan oleh warga Kampung Jenjarom sempena sambutan ulang tahun ke-100 kampung yang penuh dengan sejarah dan warisan ini. Tahniah kepada seluruh warga Kampung Jenjarom. Semoga kampung yang bersejarah ini terus maju, makmur dan kekal menjadi kebanggaan generasi akan datang. #100TahunJenjarom #KampungJenjarom 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQD6a2R9/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZaASq6S448/?igsh=MTkxMmprMjV0YnJzcw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1GxxaM2KqR/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/XvYD4NCavrA?si=witXtPJ2ibyVOdVN 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
40000Loading...
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚-𝐤𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 Saya telah menerima kunjungan hormat daripada 13 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu sebelum mereka memulakan penugasan di negara masing-masing. Mereka akan mewakili Malaysia di Jepun, Singapura, United Kingdom, Austria, New Zealand, Laos, Oman, Ireland, Finland, Timor-Leste, Chile, Lubnan dan Uzbekistan. Mewakili negara di pentas antarabangsa adalah satu amanah yang besar. Selain memperkukuh hubungan dua hala, mereka juga membawa bersama suara, kepentingan dan imej Malaysia di mata dunia. Insya-Allah, saya percaya dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki akan membantu mereka melaksanakan tanggungjawab ini dengan cemerlang serta membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada negara. Selamat menjalankan tugas saya ucapkan kepada semua. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/14jctZozkxG/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DZZdsqUEmLV/?img_index=2&igsh=cmh5Zmw3azdnMTBp 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2064618664310304834?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DZZdvVxD6g-?xmt=AQG0mhjxxkq9R6EP_JYMZB6xy8NhUvBuilT-JoM0EBMPNa6L5BAzrtF9nImYeC3CzR_2eItQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
42000Loading...
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒, 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya kongsikan momen bersama dengan warga KEMAS dalam Sambutan Hari Pendidik KEMAS 2026 yang bertemakan “55 Tahun Mencerdaskan Anak Bangsa”. Terima kasih kepada seluruh pendidik KEMAS yang telah mendidik, membimbing dan membentuk sahsiah anak-anak Malaysia dengan penuh dedikasi dan kasih sayang. #HariPendidikKEMAS #KEMAS #DiSiniBermula 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSQStMKmw/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DZZCOx3yRb7/?igsh=am8waW96c3piZXN6 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1GrH5UQXZi/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/6Won9nVAI_U?si=QutXEZjsMfkNAeGZ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
45000Loading...