ru
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Открыть в Telegram

Больше
Страна не указанаКатегория не указана
365
Подписчики
+124 часа
+47 дней
+430 день
Архив постов
Selesai menyempurnakan tugasan rasmi di Putrajaya, saya terus melangkah ke Kuala Lumpur bagi memberikan penghormatan terakhir kepada seorang tokoh yang telah banyak berjasa kepada negara, mendiang Tun Dr. Ling Liong Sik. Saya sempat bertemu ahli keluarga mendiang dan menyampaikan ucapan takziah secara langsung kepada mereka. Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah turut dirasai oleh rakyat seluruh negara. Secara peribadi, mendiang merupakan antara mentor saya di luar UMNO. Banyak perkara yang saya pelajari daripada perjalanan perjuangan beliau termasuk bagaimana hubungan antara UMNO, MCA dan MIC dibina atas semangat seperti sebuah keluarga. Nilai kebersamaan dan muafakat itulah yang saya bawa hingga ke hari ini dan menjadi asas kepada usaha kita untuk terus memelihara perpaduan dalam Barisan Nasional. Jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang, merentasi masa dan generasi. Pemergiannya hari ini pasti dirasai, bukan hanya dalam MCA dan Barisan Nasional, tetapi dalam sejarah perjalanan negara. Kepada seluruh ahli keluarga, saya doakan sekali lagi agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1B6UC3NPuo/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DW1AOc9Et1U/?igsh=aXB1YXQxb29xaG0x 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041473038756061451?s=46&t=xnxPBqEzRbR0vA2ZZU4TMg 📱Threads: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041473038756061451?s=46&t=xnxPBqEzRbR0vA2ZZU4TMg 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚, 𝟏𝟏 𝐄𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐓𝐮𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 Setibanya saya dari Pulau Pinang, saya terus meninjau penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang digerakkan oleh NADMA bersama agensi berkaitan. Cuaca panas yang berlarutan ketika ini memberi tekanan kepada paras air empangan, khususnya di negeri-negeri utara. Justeru, langkah ini dilaksanakan secara proaktif bagi membantu meningkatkan taburan hujan dan memastikan bekalan air kekal mencukupi. Operasi yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 April 2026 ini memberi tumpuan kepada beberapa empangan utama di Kedah, Perlis, Perak dan Johor yang berada pada tahap waspada, amaran dan kritikal. Setiap pelaksanaan dibuat dengan penelitian teknikal yang rapi, daripada keadaan atmosfera sehinggalah kepada kaedah pembenihan yang digunakan bagi memastikan keberkesanannya. Ini adalah antara ikhtiar yang kita lakukan untuk menjamin kelangsungan bekalan air dan kesejahteraan rakyat. Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan serta mengambil langkah sewajarnya. #OperasiPembenihanAwan #METMalaysia #NADMA #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/18LLAUGpkn/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DW0pGi9EpPO/?igsh=djBlZWdkN2J5cjNl 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041422102277013537?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW0pIMkAtkb?xmt=AQF0ywbYNhPTwJwvE_L_SwTVpxLn0MUvB49bV5-Xpxb-ZdfAlJipxZ-rEwm5CK-YEEx4eyJm&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 Usai menyempurnakan Majlis Pecah Tanah PERDA Halal Park, saya sempat melawat ke Kilang Al-Meswak Mu’min yang turut menjadi antara pemain penting dalam menggerakkan industri halal negara. Saya gembira melihat perkembangan ini. Kilang ini jelas menyahut seruan Kerajaan untuk mempelbagaikan produk halal yang tidak tertumpu kepada makanan dan minuman sahaja, tetapi turut merangkumi segmen lain yang mempunyai potensi besar di pasaran. Inilah arah yang kita mahu. Industri halal perlu terus berkembang dengan lebih luas, lebih inovatif dan mampu menembusi pasaran yang lebih besar. Insya-Allah, dengan kerjasama erat antara pemain industri dan agensi Kerajaan, produk halal tempatan mampu pergi lebih jauh. Ayuh kita terus sokong produk halal keluaran tempatan! #IndustriHalal #PERDAHalalPark #PERDA #KKDW #PejuangDESA 📱FB: https://www.facebook.com/share/1895EqAsEa/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DW0lrNUEuEk/?igsh=cTQ0aGJncnlrdGVz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041414554027274382?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW0ltL1D4x3?xmt=AQF0XAo0hKXRFKm_h49smZIghMuCaJhmYTY4eiX7yJSeg1e9KazVPlL6M--T2U3ys45gTEw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐫𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Industri Halal Malaysia hari ini berada di landasan yang kukuh. Sistem pensijilan halal negara diiktiraf di lebih 50 negara dan terus menjadi penanda aras dunia. Ini merupakan pengiktirafan yang datang daripada komuniti antarabangsa sendiri. Namun, potensi sebenar industri ini jauh lebih besar. Pasaran halal global dijangka mencecah sekitar USD5 trilion menjelang 2030. Ini adalah ruang yang perlu kita rebut dengan strategi yang lebih tersusun dan berani. Dalam konteks ini, pembangunan PERDA Halal Park membawa pendekatan yang lebih menyeluruh. Kita melihat halal sebagai satu ekosistem lengkap merangkumi pengeluaran, teknologi, logistik dan akses pasaran global. Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia, saya melihat keperluan untuk kita memperluas rantaian bekalan, meningkatkan kecekapan pengedaran serta memanfaatkan teknologi seperti IoT dan ‘blockchain’ bagi memastikan piawaian kualiti yang lebih telus dan diyakini. Sebagai Menteri KKDW, saya mahu memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus ini. Insya-Allah, PERDA Halal Park mampu membuka ruang kepada mereka untuk berkembang, meningkatkan kapasiti dan menembusi pasaran antarabangsa. Insya-Allah, dari sini kita akan melihat lahirnya lebih ramai usahawan yang mampu bersaing di peringkat dunia sekali gus mengangkat Malaysia sebagai kuasa besar industri halal global. #IndustriHalal #PERDAHalalPark #PERDA #KKDW #PejuangDESA 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16kesZJL1i/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DW0ipfLEszK/?igsh=MTk4N2RnbHB5enRnOQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041407962728816717?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DW0i3ALj_gJ?xmt=AQF0jnlBGf76j7UUe67u7n_9HhmVKuhGdY_Sr9LnnY5QyY9mOg-nXaeS4FvkdrOlNgm45IXY&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐄𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐃𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥 Saya kongsikan rangkuman suasana ketika menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri anjuran Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin bersama sahabat dan kenalan. Alhamdulillah, seronok dapat bertemu, berbual panjang bersama dengan sahabat dan rakan seperjuangan yang hadir. Terima kasih atas jemputan. Insya-Allah, semoga ukhuwah ini terus berkekalan. #Aidilfitri2026 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSHfKYa2E/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DW0FAddkpa6/?igsh=MTFydWNrMm1yYmRtOQ== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1BkAc8Qp71/ 📱YouTube: https://youtu.be/tkv5-3dJSSI?si=0OolXrDwoePk__s5 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐘𝐓 𝐘𝐃𝐏 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 Malam tadi, saya berbesar hati dapat mengadakan sesi kunjung hormat dan makan malam bersama Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib di kediaman rasmi beliau di Sri Mutiara, Pulau Pinang. Alhamdulillah, banyak perkara dapat dibincangkan bersama dalam pertemuan ini. Saya amat menghargai perkongsian pandangan serta pengalaman oleh TYT Tun, yang memberi nilai dan inspirasi dalam usaha memperkukuh pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Saya mendoakan agar TYT Tun Ramli sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Semoga kepimpinan beliau terus membawa kemakmuran dan keharmonian kepada seluruh rakyat di negeri ini. Insya-Allah. #PulauPinang #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1CYAcMUTEm/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWz3VfGkv8g/?img_index=9&igsh=bzFxM3ltdG9nNDBr 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041312702208115070?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWz3dDGjxau?xmt=AQF0LCjGfhuyaK9seappa5qlcXswZX1Ka-GFtVTe8NXfAIp00vnhH7rc-HVinda2sfBa5rEu&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐃𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 ‏ Petang tadi saya telah merasmikan forum Voices of HER yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam satu ruang wacana bermakna bagi membincangkan peranan wanita dalam memperkukuh ekonomi negara. Peranan wanita dalam membina keluarga, memperkasa komuniti dan memacu pertumbuhan ekonomi adalah amat besar. Namun, penyertaan sahaja tidak mencukupi. Wanita perlu diberi ruang untuk memiliki peluang, aset serta keupayaan dalam membuat keputusan agar mereka benar-benar berdaya dan mampu memimpin. Dalam suasana ketidaktentuan global yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup dan ekonomi domestik, wanita juga menghadapi cabaran ini, sama ada sebagai pengurus kewangan keluarga mahupun sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Sehubungan itu, usaha memperkasa wanita harus terus diperkukuh melalui akses kepada pembiayaan, latihan kemahiran termasuk TVET dan platform digital, serta peluang untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan daya saing. Saya yakin, dengan kerjasama semua pihak dan pendekatan yang menyeluruh, kita mampu membina ekosistem yang lebih inklusif, adil dan mampan demi memastikan wanita bukan sahaja menjadi peserta, tetapi juga pemimpin dalam pembangunan ekonomi negara. Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasa demi masa depan negara yang lebih kukuh dan sejahtera. #MalaysiaMADANI #PemerkasaanWanita #VoicesOfHER 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GRT9hz3q2/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWytNvWkivb/?igsh=MXFuNWl0NmQxeHJwdQ== 📱X: https://x.com/i/status/2041149802155741601 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWytg5-j1xG?xmt=AQF0CKJYWtG7TIkIdSQlemluKWUQCGP4hA51bVWIa8LgKr9o7-4uR5UxIM5R0BOnVRHANbSG&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

#𝐕𝐌𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐢𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧, 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 Sektor pelancongan global kini turut menerima tempias daripada ketidaktentuan semasa yang sedang dihadapi dunia hari ini. Petang ini, saya turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Induk Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) Kali Ke-2 bagi meneliti perkembangan semasa serta langkah seterusnya. Mesyuarat hari ini bersetuju untuk melanjutkan pelaksanaan #VM2026 sehingga penghujung tahun 2027 dan perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan lanjut. Keputusan ini dibuat bagi membolehkan Malaysia memperkukuh strategi promosi, menyesuaikan pendekatan dengan perubahan global serta merebut peluang daripada peralihan aliran pelancong antarabangsa. Dalam masa yang sama, penyelarasan antara kementerian dan agensi terus diperkasa agar setiap inisiatif dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berimpak. Kita mahu memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan yang selamat dan diyakini. Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkukuh sektor pelancongan negara agar terus memberi manfaat kepada ekonomi serta rakyat. #VM2026 #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1ChuaJUcqT/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWyNiz9EgEC/?igsh=bm85Z2Q3Y2toOGc= 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041080188180803591?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWyNxCOD9Px?xmt=AQF0ZCK3iIj4Y0bpkJ4yFwA-J7G43PpHS6tJJuJKTEmZrZ_H32bc2EQuEi7AoY13Bna_4o7S&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Bumiputera Bil.1/2026 yang saya pengerusikan hari ini, fokus kita adalah untuk memastikan ekonomi Bumiputera mampu bertahan dan terus berkembang dalam ketidaktentuan semasa. Saya telah mengarahkan tiga tindakan utama yang perlu dilaksanakan segera: i. Pertama, penilaian menyeluruh merentasi sektor kritikal bagi memahami impak sebenar di lapangan; ii. Kedua, intervensi bersasar melalui pembiayaan yang lebih fleksibel, insentif kos serta pengukuhan rantaian bekalan tempatan; iii. Ketiga, pelaksanaan yang tegas dan berakauntabiliti tanpa kelewatan, dengan pemantauan yang rapi. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh hanya bertindak secara jangka pendek. Pendigitalan, pemerkasaan usahawan muda serta penerokaan pasaran baharu perlu dipercepatkan supaya ekonomi Bumiputera lebih mandiri dan kompetitif. Insya-Allah, dengan langkah yang tersusun dan kerjasama semua pihak, kita mampu memastikan ekonomi Bumiputera terus kukuh dan bersedia menghadapi masa hadapan. #EkonomiBumiputera #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/18cmjhjJjL/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWyAvGFkl8S/?igsh=MTkybjQ3dTRqOG9wZA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2041052170150396286?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWyA-W-j_YV?xmt=AQF0z0dUCsTh-mMlHowqtYg1KstSc3t0mfjaRrGMguEd1ydAvPyja5Y5uvvWeViDIIRiMPlw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐄𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐝𝐢 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 Dalam suasana Syawal yang masih terasa, saya yakin ramai yang mengambil peluang memenuhi jemputan rumah terbuka.. bertemu saudara, sahabat dan kenalan. Begitu juga saya dan isteri.. Malam tadi, kami turut memenuhi undangan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak. Alhamdulillah, seronok dapat bertemu wajah-wajah yang dikenali.. rakan seperjuangan, berbual panjang dan berkongsi cerita masing-masing. Terima kasih kepada Datuk Wira Megat Zulkarnain dan isteri atas jemputan.. Juadah yang dihidangkan pun memang sedap-sedap belaka. #Aidilfitri2026 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1QvNh3xnvC/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWxqqPCEsA2/?igsh=MXd5dWFoN3g0cWM2ZQ== 📱X: https://x.com/i/status/2041003784084566129 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWxrFWvj2iQ?xmt=AQF0ThPfxpvEG5nZ5Pft0lI6KFQY_drb8OqNBtVv8hC3eOq0xGAknmnmBUcFjg8D7dlOuB4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga mendiang Datuk Karam Singh Walia yang telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kewartawanan negara. Mendiang dikenang sebagai seorang tokoh yang komited dalam membawa isu-isu alam sekitar ke perhatian umum, dengan gaya penyampaian tersendiri yang kekal dalam ingatan ramai. Kemunculan beliau di kaca televisyen, khususnya dalam laporan lapangan sentiasa menjadi tarikan. Susunan ayat, gaya penyampaian dan personaliti beliau yang unik menjadikan mendiang antara figura yang dekat di hati penonton suatu ketika dahulu. Jasa dan sumbangan beliau dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar akan terus dikenang dan dihargai. Kepada keluarga mendiang, saya doakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini. 📱FB: https://www.facebook.com/share/1AysH2LerY/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Saya kongsikan momen sambutan Aidilfitri bersama warga Bagan Datuk malam tadi. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir. Walaupun ada yang saya tidak sempat bersua, kehadiran anda semua amat amat lah saya hargai. Insya-Allah, kita kita jumpa lagi nanti ya. #Aidilfitri2026 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSHDmdY8Q/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DWwDpKIyJXj/?igsh=MW0wNGR2emVud21veA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18KBWiufzf/ 📱YouTube: https://youtu.be/LYrUqVX1fN8?si=8WUR4iENs1N8N6Np 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] Tahukah Anda? 🇲🇾 Tidak lama selepas kelahirannya, UMNO sudah mula membentuk identiti perjuangannya sendiri. Pada 11 Mei 1946, UMNO ditubuhkan. Hanya tujuh minggu kemudian, pada 29 hingga 30 Jun 1946, bendera parti ditetapkan sebagai lambang kesatuan dan semangat bangsa. Bendera ini kemudiannya dikenali sebagai Sang Saka Bangsa. Simbol perjuangan, keberanian dan jati diri yang dibawa sejak awal penubuhan. Dalam tempoh yang singkat, lahirlah bukan sekadar sebuah parti, tetapi satu identiti yang menyatukan perjuangan orang Melayu dalam mempertahankan tanah air. 🇲🇾✨ #UMNO #80TahunUMNO #Bangkitsemula 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18WKF8XdZD/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWvThA6Euk3/?igsh=ajlkdmJwMTB6bnRj 📱X: https://x.com/i/status/2040670865927676109 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWvTfTHk67V?xmt=AQF0qnDIhWu9XpCTJmG0DVVMF2tHQ034R-vAAI2a6vsNGlKnDZEmRah7qICVpsCo281EkXL3&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] 𝟏 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟏𝟗𝟒𝟖 — 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 🇲🇾 Tanggal ini menjadi saksi kepada satu detik bersejarah dalam perjalanan bangsa. Selepas gelombang penentangan dan suara yang tidak pernah padam, akhirnya Malayan Union dimansuhkan. Digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sebuah bentuk pentadbiran yang mengembalikan dan memelihara kedaulatan Raja-Raja Melayu, serta menjaga hak dan identiti tanah ini. Inilah kemenangan pertama UMNO. Bukan sekadar kejayaan politik, tetapi lambang kesatuan, keberanian dan tekad orang Melayu dalam mempertahankan tanah air mereka. #UMNO #80TahunUMNO #Bangkitsemula 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18exdtj6pu/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWu49fKknUl/?igsh=MWR0Z2Y2Zm54b2FlcQ== 📱X: https://x.com/i/status/2040610727950766571 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWu4rz7D6C3?xmt=AQF0TBKhQbIZr8TL4QjwUW2_zYC5LNIZCQ8htgokjVh2_UMcS2JEa4M7hwftMbaY7j777cJB&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤, 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐲𝐚 Tiada ungkapan yang mampu menggambarkan rasa syukur dan terharu saya apabila dapat bersama tetamu-tetamu yang hadir memeriahkan Aidilfitri di Bagan Datuk malam tadi. Sebagai ahli parlimen Bagan Datuk, momen seperti ini amat bermakna buat saya. Dalam kesibukan berkhidmat untuk negara, Bagan Datuk sentiasa berada di tempat yang paling istimewa di hati saya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir khususnya warga Bagan Datuk yang saya kasihi. Walaupun tidak sempat saya bersua muka dengan semua.. tapi percayalah.. kehadiran anda amat saya hargai. Mudah-mudahan kita dipertemukan lagi pada masa akan datang. Insya-Allah. #Aidilfitri2026 #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DZ5DE9YxH/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWuxLnVkv6z/?igsh=MTh5dGx1bXN3bWk3Zg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040595549578272860?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWuxN0uj2Hg?xmt=AQF0dzFDOgqPLHM2TjyJkxCcvSH7xb5X_LjL3W38VeWmCqbC8_3oZWMd-0PRN3h7aYKx0YSA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐤 Dalam ruang masa yang ada, saya sempat menziarahi sepupu saya, Hjh. Siti Aminah binti Samirin bersama suaminya, Ustaz Hj. Md Masron bin Abdul Salam di Kampung Sungai Samak. Kedua-dua mereka kini sedang diuji dengan masalah kesihatan. Sempat saya berbual dengan ahli keluarga, mengimbau sedikit kenangan lama yang pastinya cukup bermakna buat kami semua. Doa saya, semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan ketabahan buat mereka berdua, serta dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah. #ZiarahKasih #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/1754r1empH/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWtUesNklwv/?img_index=3&igsh=MTZ2MjVod2s0cXZhOQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040391540548227088?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWtUhBAj1tK?xmt=AQF0ExqOB_TCXZJuYG-as2jzYJMZywMe5hbFOx6aiGAeeGr41IUDY5XvKMAEZjQt6lHNDrKs&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧 Petang ini saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Empat Peringkat dalam Bahagian Bagan Datuk Tahun 2026. Di Bagan Datuk, saya melihat semangat yang tidak pernah padam. Dari barisan kepimpinan hingga ke akar umbi, semuanya bergerak dengan satu tekad iaitu untuk memastikan UMNO terus relevan, terus diyakini dan terus menjadi wadah harapan rakyat. Dalam kesempatan yang ada, saya turut menyentuh usaha di peringkat nasional dalam memperkasa agenda Melayu dan Islam. Bermula daripada pendidikan awal melalui Pra-Tahfiz, pengukuhan Ulul Albab di MRSM, hinggalah kepada laluan TVET untuk pelajar tahfiz.. semuanya adalah ikhtiar berterusan dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing. Perjalanan ini bukanlah mudah.. namun dengan kesetiaan yang utuh serta kebijaksanaan dalam mengatur langkah, saya yakin UMNO akan terus mara ke hadapan dengan lebih tersusun dan berkeyakinan. Selamat bersidang saya ucapkan kepada seluruh UMNO cawangan di seluruh negara. Jadikanlah persidangan ini sebagai ruang untuk merapatkan saf, memperkukuh kesatuan dan menyusun langkah dengan lebih matang. #UMNO #UMNOBaganDatuk #UMNOPerak #BersatuBersetiaBerkhidmat 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DkZqbaZgF/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWtQmjwEu4G/?img_index=6&igsh=MXVleXQ1b2lvOXk3eg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040383033795350917?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWtQvuZD0rX?xmt=AQF0N5_Fo7FXgNe-Qh70Ulv0hfVKk4-Z6lAag-7uOTjPPZfnjBuhs6vEhdpvxnH4T7LZHTRn&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Dewan utama Masjid Tuminah Hamidi sememangnya menjadi antara lokasi pilihan warga Bagan Datuk untuk majlis perkahwinan.. Kedudukannya yang strategik, bersebelahan muara Sungai Perak, memberi suasana yang cukup indah dan penuh nostalgia buat pasangan yang melangsungkan hari bahagia mereka. Tengah hari tadi, saya sempat singgah ke majlis perkahwinan saudara Faris dan pasangannya, N’nisa yang berlangsung di sini, serta beramah mesra dengan para jemputan yang hadir. Buat saudara Faris dan pasangan, selamat melayari bahtera perkahwinan saya ucapkan. Semoga dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan hingga ke jannah. Aamiin 🤲🏻 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18bM8zB5AQ/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWtGxq3kmuB/?igsh=MXMxZ2I2ZTdqMTNueA== 📱X: https://x.com/i/status/2040361762630033615 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWtG3tQDySG?xmt=AQF0PUjz0VzXLcjWSvnWvlFWkglgWDeER6E-7E2VrUMrT04cv74lo613ug_OTs5tSKppO9s&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Salam takziah yang sedalam-dalamnya saya ucapkan kepada keluarga mendiang Tun Dr. Ling Liong Sik, mantan Presiden MCA dan mantan Menteri Pengangkutan yang telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Mendiang dikenang sebagai seorang tokoh yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, khususnya dalam membangunkan sektor pengangkutan negara serta memperkukuh institusi pendidikan yang memberi manfaat kepada generasi hari ini. Sepanjang perjalanan kepimpinannya, beliau memperlihatkan komitmen dan kecintaan yang mendalam terhadap negara dan parti khususnya ketika keberadaannya di dalam Barisan Nasional. Jasa dan sumbangan beliau akan terus terpahat dalam lipatan sejarah serta dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepada keluarga mendiang, saya doakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini. Negara turut berkabung bersama kalian. 📱FB: https://www.facebook.com/share/1akFGYgTr3/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWs7OyAkvxw/?igsh=YnJkYXgxdXcxamk= 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040340434501906725?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWs9XI5DwUu?xmt=AQF0spIDY5Qto2qDSZW466RH1TZXPwoG_Y1K3bemRGewO1dXPtUXjQOnYiAwQ2dOBbEexM8&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐑𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠-𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐖𝐚𝐫𝐧𝐚𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Hari ini saya bersama warga Bagan Datuk dalam Program MADANI Rakyat anjuran bersama KEMAS Negeri Perak di Kompleks Pelancongan Bagan Datuk. Seawal pagi lagi, suasana sudah cukup meriah.. Masing-masing turun padang, bergotong-royong dan berewang bersama. Saya juga sempat bersama penduduk yang sedang menyediakan rendang tok, juadah tradisi yang cukup sinonim dengan negeri Perak. Alhamdulillah, dapat beramah mesra dengan penduduk yang hadir. Seronok melihat anak-anak dan keluarga sama-sama memeriahkan program, meluangkan masa bersama dalam suasana Syawal yang penuh makna. Terima kasih warga Bagan Datuk atas kebersamaan ini. Insya-Allah, kita jumpa lagi malam nanti di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Dato’ Lope Hashim yaa. #PMR #ProgramMADANIRakyat #KEMAS #KKDW #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/17AucMAMnc/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DWs6UQoEvMa/?igsh=MWJxamRhdWpkeWZuYQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2040334190785548731?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DWs6e8bj6zR?xmt=AQF058aFkbUp8fO6L_dI1nVxmF64JV4TrgCENztb6EOgAUWBWDV-HilVYycu2BruS9iv3KLV&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel