Dr Ahmad Zahid Hamidi
Открыть в Telegram
Больше
Страна не указанаКатегория не указана
366
Подписчики
+124 часа
+37 дней
+330 день
Архив постов
𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐅𝐢𝐧𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐁𝐮𝐤𝐚 𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐚𝐭𝐞𝐥𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧
Selesai Perhimpunan Bulanan bersama YAB Perdana Menteri pagi tadi, saya terus ke pejabat untuk menerima kunjungan hormat PYT Anne Vasara, Duta Besar Finland ke Malaysia. Turut sama hadir dalam pertemuan ini ialah barisan pengurusan tertinggi MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Dalam ruang masa yang ada, kami sempat berbincang mengenai potensi kerjasama strategik Malaysia-Finland dalam bidang ekonomi hijau, inovasi teknologi dan hubungan dua hala yang semakin berkembang. Perbincangan turut meliputi hala tuju kerjasama dengan ReOrbit Oy, Finland dalam bidang kejuruteraan satelit dan teknologi angkasa.
Gabungan kepakaran global ReOrbit dengan kekuatan akademik UniKL akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau inovasi satelit, di samping melahirkan bakat tempatan yang mampu memacu ekonomi angkasa negara.
Saya juga telah mengarahkan penubuhan Jabatan Teknologi Satelit di UniKL MIAT. Bagi memperkukuh pemindahan ilmu, wakil industri ReOrbit dan wakil universiti dari Finland akan dilantik sebagai Profesor Pelawat (Visiting Professor) untuk bersama mempengerusikan jabatan ini. Inisiatif ini juga membuka peluang latihan kepakaran pensyarah dan pelajar di Finland, seterusnya memperkukuh ekosistem teknologi satelit negara.
Insya-Allah, usaha ini akan menjadi pemangkin kepada transformasi teknologi tinggi yang memberi manfaat besar kepada rakyat dan masa depan negara.
#MalaysiaFinland
#UniKL #MARA
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16zmE9PnKM/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAY9VwGynS
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1970039205767307513?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO5bvGmD1DL?xmt=AQF0-giu26qlMMtFz_sUTs8xWJ-DGOmSf45fqVacL9jnGw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐉𝐏𝐌 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓
Saya menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi September 2025 di Dewan De’ Seri Endon pagi tadi berhubung penyasaran subsidi RON95 melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Melalui inisiatif ini, harga RON95 untuk rakyat Malaysia dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025. Hanya warganegara Malaysia akan menikmati subsidi ini, manakala bukan warganegara dan syarikat besar akan membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter.
Sebagai sebahagian daripada kepimpinan negara, saya melihat keputusan ini sebagai tindakan berprinsip dan penuh keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.
Insya-Allah, kita akan terus mendukung usaha Kerajaan demi Malaysia yang lebih adil, mampan dan inklusif.
#JabatanPerdanaMenteri
#BUDI95
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14MXesq4wkq/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAK2vOegZq
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969983016924799434?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO5CniXDxDV?xmt=AQF0XFzF73bnes1mZ3s6bBo5RnsoEBXba7g28yZAzCxkPg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐬 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚: 𝐓𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐢𝐞-𝐄𝐞 𝐖𝐞𝐢 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚
Tahniah diucapkan kepada Chen Tang Jie-Toh Ee Wei atas kejayaan merangkul gelaran naib juara di pentas final Masters China.
Walaupun kali ini tidak membawa pulang kejuaraan, ia sama sekali bukan penamat. Kalian telah membuktikan kemampuan di pentas dunia, selepas muncul Juara Dunia 2025 di Perancis baru-baru ini.
Mereka bukan sahaja Juara Dunia, malah juara di hati seluruh rakyat Malaysia. Teruskan perjuangan dengan semangat yang tidak pernah luntur, kalian inspirasi buat kami semua.
Terus Mara, Malaysia Boleh!
#JuaraMastersChina
#MalaysiaBoleh
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17PCw1HzJs/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAKRirTQVX
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969703068020400347?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO3DPW1j72N?xmt=AQF0CNaJ4QFcIPc3vVNxLUeCpeD1D1IbeDDEW8AfsUJ-uw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐓 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 & 𝐒𝐞𝐤𝐫𝐞𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐭 𝐘𝐏𝐌 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀@𝐒𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐘𝐏𝐌
Hari ini saya telah merasmikan Kursus ‘Train of Trainers’ (ToT) Khas Sahabat & Sekretariat YPM bagi Negeri Sabah dan Parlimen Labuan serta melancarkan inisiatif baharu Rakan NADMA@Sahabat YPM di Kota Kinabalu, Sabah.
Dengan penyertaan lebih 500 sukarelawan YPM, saya melihat program ini bukan sekadar latihan, tetapi satu gerakan untuk melahirkan ‘pembimbing akar umbi’, yang mendekati anak-anak desa di seluruh Sabah, menjadi ‘role model’ dan agen perubahan yang akan memberi inspirasi berterusan kepada generasi baharu.
Saya juga menyokong kerjasama strategik antara NADMA dan YPM untuk memperkasa sukarelawan dalam kesiapsiagaan bencana. Inilah bukti bahawa jaringan YPM tidak hanya berperanan dalam pendidikan, tetapi turut menjadi benteng sokongan masyarakat ketika berlakunya bencana alam.
Saya yakin, inisiatif ini akan melahirkan modal insan yang lebih inklusif, berdaya tahan dan bersedia menjadi penggerak aspirasi Malaysia sebagai negara maju berteraskan ilmu dan kepakaran teknikal khususnya di negeri Sabah. Insya-Allah.
#YayasanPelajaranMARA
#SahabatYPM #RakanNADMA
#NADMA #MARA
#Sabah
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BUTa511B9/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAUAau8jqD
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969665704577417687?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO2yLqkj-bo?xmt=AQF0d6_rc7aSkrWrBWWlVa2EC6NJvbNxYmpw3aJszt6SMA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠-𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐬𝐜𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫: 𝐒𝐢𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Alhamdulillah, Gotong-Royong Perdana pasca banjir telah digerakkan di beberapa kawasan di Sabah termasuk Beaufort, Kimanis, Putatan, Papar dan Penampang, dengan kehadiran sukarelawan yang berganding bahu membantu penduduk membersihkan kediaman serta kawasan terjejas.
Usaha ini membuktikan nilai kebersamaan rakyat Malaysia, apabila pelbagai pihak turun padang bukan sahaja untuk meringankan beban mangsa bencana, malah meniup semangat baharu kepada mereka untuk bangkit kembali.
Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad Sukarelawan BN Sabah atas komitmen yang ditunjukkan. Moga setiap usaha yang dicurahkan ini dirahmati Allah SWT dan menjadi sumber kekuatan untuk kita semua.
#SkuadSukarelawanBNSabah
#PascaBanjir #BanjirSabah
#BarisanNasional #BNSabah
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17X4uuAhZe/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/p/DO2fxPaEizt/?igsh=cHZxdnV4ODU4enBz
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969625855644352568?s=46
📱 Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO2gJZMjwpn?xmt=AQF0X2T0GxTzMVkAXvza1hZxe2HY6RkRyHOEQ22CAFUqJw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐍 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan melancarkan Skuad Sukarelawan BN Sabah sebagai bukti kesungguhan kita untuk terus berkhidmat demi rakyat bukan hanya ketika senang, tetapi lebih lagi di saat mereka ditimpa musibah.
Skuad ini digerakkan bagi membantu mangsa banjir, menyemai semangat gotong-royong dan memperkukuh ikatan perpaduan yang menjadi kekuatan sebenar rakyat Sabah.
Semoga usaha ini dipermudahkan Allah SWT dan membawa makna besar kepada mereka yang memerlukan. Insya-Allah, BN akan terus menjiwai denyut nadi rakyat, sentiasa hadir ketika rakyat memerlukan.
#SkuadSukarelawanBNSabah
#PascaBanjir #BanjirSabah
#BarisanNasional #BNSabah
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSD5trBb9/
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAQYcKuugX
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/19tPTUHgwP/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠-𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 & 𝐅𝐥𝐚𝐠-𝐎𝐟𝐟 𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐍 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Hari ini saya telah hadir ke Majlis Gotong-Royong Perdana dan meluncurkan Skuad Sukarelawan BN Sabah yang akan digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
Usaha yang dilakukan ini bukan sahaja memperlihatkan BN cakna terhadap nasib rakyat yang ditimpa musibah, tetapi juga membuktikan bahawa BN bukanlah parti bermusim tetapi bersedia bersama rakyat pada setiap masa.
Saya yakin, inisiatif ini akan menggerakkan masyarakat dari pelbagai latar, khususnya anak muda yang akan turun menyantuni mangsa bencana sebaiknya.
Semoga usaha ini dapat meringankan beban mangsa banjir, menyemarakkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat, serta membina semula harapan dan keyakinan bahawa Negeri Sabah akan terus bangkit lebih kuat, makmur dan sejahtera.
#SkuadSukarelawanBNSabah
#PascaBanjir #BanjirSabah
#BarisanNasional #BNSabah
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1F9MZGp7mJ/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BALlcllPLj
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969356337126785121?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO0llc4D8jx?xmt=AQF0D49tcsp-oWVCUxH4lXGJhYhmN861IPYoia24UE8Rhw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Dua hari di bumi Sabah semalam meninggalkan kenangan yang bermakna buat saya. Melihat senyuman dan semangat kental mereka membuatkan hati ini rindu untuk kembali.
Insya-Allah, esok saya akan kembali berada di Sabah untuk bertemu rakan-rakan di sana.
Kita jumpa esok, insya-Allah.
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDfV7PHn/
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAOfqkFhRF
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/19ddit4FDJ/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐑𝐞𝐩𝐮𝐛𝐥𝐢𝐤 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥𝐢𝐬 𝐕𝐢𝐞𝐭𝐧𝐚𝐦
Selesai program di DBP Kuala Lumpur, saya terus ke Seri Pacific Hotel bagi menerima kunjungan hormat daripada H.E. Tran Hong Ha, Timbalan Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam, di sana.
Pertemuan ini memberi ruang kepada kami untuk bertukar pandangan serta mengukuhkan kerjasama strategik, khususnya dalam memperkukuh ekosistem halal di Vietnam.
Vietnam telah menyatakan minat untuk mempelajari pengalaman Malaysia dalam pembangunan industri halal, termasuk aspek pensijilan, piawaian, serta pembinaan taman industri halal seperti yang telah berjaya dilaksanakan di Malaysia. Malaysia pula komited untuk berkongsi kepakaran dan menjadi rakan strategik dalam merealisasikan hasrat ini.
Saya yakin kerjasama Malaysia-Vietnam dalam sektor halal akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala, selain membuka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan, serta pembangunan ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya saing. Insya-Allah.
#MalaysiaVietnam
#HalalMalaysia
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19iry3fhLV/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_wlJd8ldu
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969031528132039074?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOyRvH0D_Pd?xmt=AQF07mvJb93PDjJK51GAH5Ns_ln25hfalGKV2DHtAX_MFg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
“𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐢𝐛𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐩𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐫, 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐮𝐤𝐮𝐥 𝐫𝐢𝐛𝐮𝐭”
Demikianlah ungkapan yang menerjah ke fikiran saya tatkala berdiri di hadapan gedung ilmu negara petang tadi.
Alhamdulillah, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, saya berpeluang melancarkan enam Ensiklopedia Ilmu DBP serta menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Penterjemah dan Pentashih Ensiklopedia Hadis Nilai (Mawsu‘ah Ahadith al-Qiyam).
Melihat usaha murni ini, besar harapan saya agar penerbitan ensiklopedia ini tidak sekadar menambah judul di rak perpustakaan, tetapi menyemai akar pengetahuan dan nilai-nilai luhur yang akan membimbing generasi akan datang.
Tahniah saya ucapkan kepada 22 orang penterjemah dan 6 pentashih yang dilantik. Amanah ini bukan mudah kerana ianya menuntut ilmu, ketelitian dan takwa. Saya yakin, hasil kerja anda semua akan menjadi jambatan emas yang menyampaikan mutiara hikmah Rasulullah SAW dalam bahasa yang indah, tepat dan mudah difahami.
Pada masa yang sama, saya turut menaruh harapan besar kepada DBP untuk terus memacu pendigitalan, memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan mengangkat Malaysia sebagai pusat rujukan ilmu Islam yang disegani dunia.
Insya-Allah, usaha ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan bangsa serta warisan berharga buat anak cucu kita.
#DewanBahasadanPustaka
#BahasaJiwaBangsa
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1YFu7eFStq/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAWFFJV4vJ
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969024635292541419?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOyOXH4D7jq?xmt=AQF0JvzD_39fIxg_O4UpQB5hGsMUW3rfeMoRCg1ZUZ-1Uw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐂𝐞𝐤𝐚𝐩 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟: 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐆𝐇𝐚𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓
Pagi tadi, saya berkesempatan mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Perasmian Global Halal Summit (GHaS) 2025 di MITEC Kuala Lumpur.
Kehadiran delegasi antarabangsa, penggiat industri dan rakan strategik dari pelbagai negara memperlihatkan tekad bersama untuk memperkukuh ekosistem halal global.
Malaysia, dengan pengalaman dan kepakaran yang telah lama dibina, terus diberi kepercayaan sebagai peneraju industri halal dunia. Transformasi proses permohonan sijil halal yang kini lebih pantas hanyalah salah satu daripada pelbagai usaha kita untuk memastikan ekosistem halal menjadi lebih cekap, inklusif dan berdaya saing.
Saya amat kagum melihat semangat para peserta serta kreativiti pameran yang dipamerkan. Ia membuktikan bahawa industri halal bukan hanya tentang pematuhan, tetapi juga platform inovasi, nilai tambah dan peluang besar yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.
Insya-Allah, Malaysia akan terus bekerjasama erat dengan semua pihak untuk mengekalkan kedudukannya sebagai rujukan utama dan hab halal bertaraf dunia.
#GHaS2025
#HalalMalaysia
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BJPHY7XMG/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_gotFDOri
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968964454688985463?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOxzaEID3uj?xmt=AQF0o_dzmB0qxV-Ng9C7oj4ZEySWL3nY5fJ_x1vXAnnx-A&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭, 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭
19 𝑆𝑒𝑝𝑡𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟 2025 - 𝑆𝑖𝑟𝑖 012/2025
Dalam dunia yang semakin kompleks, manusia diukur bukan hanya pada pangkat dan pencapaian, tetapi pada sejauh mana kehadirannya membawa manfaat kepada insan lain.
Rasulullah SAW telah memberi panduan yang sangat jelas:
> أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللهِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ، وَأَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللهِ سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ، أَوْ تَكْشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً، أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا، أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا، وَلَأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخٍ لِي فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ شَهْرًا
“𝑀𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑏𝑎𝑛𝑦𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖 𝑚𝑎𝑛𝑓𝑎𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎. 𝐷𝑎𝑛 𝑎𝑚𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑒𝑚𝑏𝑖𝑟𝑎𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚, 𝑚𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔𝑎𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑢𝑠𝑎ℎ𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎, 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑛𝑔𝑠𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑢𝑡𝑎𝑛𝑔𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑎 𝑙𝑎𝑝𝑎𝑟𝑛𝑦𝑎. 𝑆𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎, 𝑎𝑘𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎 𝑠𝑎𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎𝑘𝑢 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑛𝑢ℎ𝑖 ℎ𝑎𝑗𝑎𝑡𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑎𝑘𝑢 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑡𝑖𝑘𝑎𝑓 𝑑𝑖 𝑚𝑎𝑠𝑗𝑖𝑑 𝑖𝑛𝑖 (𝑀𝑎𝑠𝑗𝑖𝑑 𝑁𝑎𝑏𝑎𝑤𝑖) 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎 𝑠𝑒𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛.”
(Hadis Riwayat at-Ṭabarānī)
Hadis ini adalah asas kepada falsafah kepimpinan yang membawa rahmat bahawa cinta Ilahi bukan hanya bergantung kepada ritual, tetapi kepada kesan baik kita terhadap kehidupan orang lain. Negara ini tidak akan membangun hanya dengan pembangunan infrastruktur, tetapi dengan pembangunan insan yang saling mempermudahkan kehidupan orang lain.
Oleh itu, dalam konteks Malaysia MADANI, kita harus melahirkan lebih ramai rakyat yang bukan sekadar celik minda, tetapi luas jiwa. Rakyat yang saling prihatin dan berlumba-lumba memberi khidmat. Pemimpin yang bukan hanya mentadbir, tetapi merasai denyut nadi rakyat.
Marilah kita jadikan sabda Nabi SAW ini sebagai panduan kehidupan. Jadilah seperti mata air yang terus mengalir walau tidak dipuji. Jadilah seperti pohon yang terus menaungi walau tidak dihargai. Kerana dalam setiap kesusahan yang kita ringankan, ada pintu rahmat yang terbuka. Dan dalam setiap jiwa yang kita bantu bangkitkan, ada sebuah negara yang bersama kita teguhkan.
#RisalahJumaat012
#SayyidulAyyam
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSDycbJ2J/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/_rQMBuEdg
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1GSRin7XvA/
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1968948859272630392?t=J8L4zlGoJWI4vMf3Otxzgg&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOxshxHDzka?xmt=AQF0lKsSZztcdp2SdaYxvfaSwIlgCqBM5LfT8B7YEQDUtQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐢𝐤𝐮𝐥 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧
Pada setiap wajah yang saya renungi, terpancar ketabahan yang melebihi kata-kata.
Duduk bertentang mata dengan penduduk terjejas ini mengajarkan saya bahawa di balik derasnya ujian dan runtuhnya bumi, masih menyala api semangat yang tidak pernah padam.
Semoga dipermudahkan jua setiap langkah mereka, menguatkan hati-hati yang diuji dan menuntun mereka bangkit menghadapi hari-hari mendatang.
AZH
#DoaUntukSabah
#BanjirSabah #TanahRuntuh
#Sabah #BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CeNsY5tqC/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_kmO4yCCs
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968857636637721036?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOxCqEXD7Gg?xmt=AQF0P-7b5gYgBAXVoQDn1eJY1zD3Z1ddCfZ0y91TWDsdPg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐑𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐣𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐑𝐮𝐧𝐭𝐮𝐡 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Alhamdulillah, selesai sudah siri lawatan saya menyantuni mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Melihat sendiri riak wajah mereka yang terkesan benar-benar menyentuh hati dan menguatkan tekad kita semua untuk terus bersama mereka.
Saya mendoakan agar segala urusan di lapangan dipermudahkan dan bantuan yang dihulurkan mampu meringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan di sana.
Semestinya ini bukan lawatan terakhir saya ke bumi Sabah. Insya-Allah, kami akan terus memantau, menyalurkan bantuan dan berdiri bersama rakyat Sabah sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya.
#DoaUntukSabah
#BanjirSabah #TanahRuntuh
#Sabah #BersamaMalaysiaku
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDy1Qo3t/
📱IG: https://www.instagram.com/share/BB0l1h_pLR
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Zzo9d3AGR/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/Q4H_MEGWDTY?si=HcfaNUFzn0GtYgMV
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬: 𝐀𝐬𝐞𝐭 & 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚
Kita juga sedang meneliti senarai rumah yang musnah untuk dibina semula serta rumah yang rosak untuk diperbaiki. GiatMARA turut akan digerakkan bagi memulihkan pendawaian elektrik di rumah-rumah yang memerlukan.
Saya turut menyeru semua pihak agar mematuhi arahan pemindahan jika dikeluarkan demi keselamatan diri dan keluarga.
#DoaUntukSabah
#BanjirSabah #Sabah
#BersamaMalaysiaku
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDD7PKeE/
📱IG: https://www.instagram.com/share/BBdGnv4Uk1
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1ChCdppmea/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐳𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐑𝐮𝐧𝐭𝐮𝐡 𝐝𝐢 𝐏𝐚𝐩𝐚𝐫
Saya menutup rangkaian lawatan di Sabah pada hari ini dengan menyantuni penduduk di beberapa Pusat Pemindahan Sementara, iaitu di Dewan Masyarakat Papar, Dewan Marahang, dan Dewan Raya Tandugal Kg. Mook Kinarut.
Dalam kesempatan itu, saya turut menziarahi keluarga mangsa tanah runtuh di Papar yang telah terkorban dalam tragedi yang amat menyayat hati. Hati saya luluh melihat linangan air mata dan suasana hiba yang menyelubungi dewan sebentar tadi.
Saya mendoakan agar seluruh keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang begitu berat ini.
Saya juga amat menghargai tindakan pantas Kerajaan Negeri, pejabat daerah, NGO serta agensi-agensi penyelamat yang telah bertindak cekap dan berganding bahu menyelamatkan nyawa serta menguruskan operasi bencana.
#DoaUntukSabah
#BanjirSabah #TanahRuntuh
#Sabah #BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/162jywuA9f/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAXb1w__aN
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968597195957153891?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOvMXDCD2aH?xmt=AQF0T45K19PEBKYNZ3m4-3qSI3lRn-qWFaRrSN6nf4qXHg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐟𝐨𝐫𝐭
Seterusnya, saya ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Beaufort untuk meninjau sendiri keadaan dan kemudahan yang disediakan bagi mangsa-mangsa bencana di sini.
Saya turut berkesempatan menyantuni penduduk yang ditempatkan, mendengar luahan hati mereka dan memastikan keperluan asas seperti bekalan makanan, air bersih, serta fasiliti komuniti berada dalam keadaan mencukupi.
PPK ini dibangunkan khas untuk menempatkan mangsa bencana dalam jangka panjang, khususnya bagi mereka yang kediamannya musnah teruk dan tidak lagi selamat didiami. Secara peribadi, saya amat tersentuh dengan nasib penduduk yang terpaksa meninggalkan rumah asal mereka.
Insya-Allah, satu lagi Pusat Pemindahan Kekal akan dibangunkan di Sabah dalam masa terdekat bagi memastikan lebih ramai mangsa bencana mendapat tempat yang lebih selesa dan selamat.
Saya juga sangat menghargai kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat yang kini sedang bertungkus-lumus bertugas di lapangan. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan perlindungan kepada kalian semua.
Teruskan berdoa agar keadaan segera pulih dan segala usaha ini sentiasa diberkati-Nya.
#DoaUntukSabah
#BanjirSabah #Sabah
#PPK #Beaufort
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BPWtvKmFA/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BBU-dppWtN
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968583422475125191?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOvGHTKj_Yt?xmt=AQF0itvhoRRe2oS_b-hDBbVAm7MWoKHJMboSWniSVbc_-Q&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐳𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐏𝐏𝐒 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐏𝐒 𝐁𝐨𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐧
Pagi ini di Sabah, saya memulakan tinjauan dengan menziarahi keluarga-keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Membakut dan PPS Bongawan (Kimanis).
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hati saya tersentuh melihat semangat mereka yang tetap tabah dan terus mengukir senyuman walaupun diuji dengan dugaan yang berat.
Alhamdulillah, saya berkesempatan menyantuni mereka secara dekat hari ini dan menyerahkan bantuan terus kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.
Harap ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka dalam menempuhi dugaan ini. Insya-Allah.
#DoaUntukSabah
#BanjirSabah #Sabah
#Membakut #Bongawan
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GcjiNWgqv/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_3_vw38Gc
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968535681468383595?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOuwaTzj9ei?xmt=AQF00FYeN5PkRGWtVrbuje8Lq6K4905WWQtADmcQ759XYA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐳𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡𝐢 𝐒𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧
Semalam saya berkesempatan melawat ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Putatan termasuk PPS SMK Petagas, PPS Dewan PPR Taman Sri Keramat, PPS Seringai dan PPS Meruntum.
Saya hadir menyantuni saudara-saudara kita yang terjejas akibat banjir, mendengar sendiri keperluan mereka dan memastikan bantuan disalurkan dengan lancar.
Setakat ini, tujuh daerah di Sabah terjejas dan semua agensi termasuk NADMA, JPB Negeri serta Daerah terus memperkukuh kesiapsiagaan. Kita juga sedang meneliti senarai rumah yang rosak dan musnah untuk pembaikan atau pembinaan semula, dengan bantuan teknikal daripada MARA dan GiatMARA seperti kerja pendawaian semula.
Insya-Allah, hari ini saya akan meneruskan tinjauan ke daerah Kimanis, Beaufort dan Papar untuk melawat beberapa lagi PPS serta meninjau kawasan tanah runtuh di sana.
#BanjirSabah #Sabah
#DoaUntukSabah
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Xo8Tj73Mv/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAMVtbYMfi
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968492006046621718?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOuchNwj7i3?xmt=AQF0hy6rDKXw-tIqZQ6-PmJUAAsTuL3Q9GbEO3xGgGor9g&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah, selamat tiba di Sabah. Saya terus ke Putatan untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka dan mengurniakan kekuatan kepada semua yang diuji. Insya-Allah.
#BanjirSabah
#Sabah
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDANds4P/
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAOQOPhaq3
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1A2ro4hdTH/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Уже доступно! Исследование Telegram 2025 — ключевые инсайты года 
