en
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Open in Telegram

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
366
Subscribers
+124 hours
+37 days
+330 days
Posts Archive
๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š-๐…๐ข๐ง๐ฅ๐š๐ง๐ ๐๐ฎ๐ค๐š ๐‹๐š๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐š๐ญ๐ž๐ฅ๐ข๐ญ ๐๐š๐ง ๐Œ๐จ๐๐š๐ฅ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง Selesai Perhimpunan Bulanan bersama YAB Perdana Menteri pagi tadi, saya terus ke pejabat untuk menerima kunjungan hormat PYT Anne Vasara, Duta Besar Finland ke Malaysia. Turut sama hadir dalam pertemuan ini ialah barisan pengurusan tertinggi MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Dalam ruang masa yang ada, kami sempat berbincang mengenai potensi kerjasama strategik Malaysia-Finland dalam bidang ekonomi hijau, inovasi teknologi dan hubungan dua hala yang semakin berkembang. Perbincangan turut meliputi hala tuju kerjasama dengan ReOrbit Oy, Finland dalam bidang kejuruteraan satelit dan teknologi angkasa. Gabungan kepakaran global ReOrbit dengan kekuatan akademik UniKL akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau inovasi satelit, di samping melahirkan bakat tempatan yang mampu memacu ekonomi angkasa negara. Saya juga telah mengarahkan penubuhan Jabatan Teknologi Satelit di UniKL MIAT. Bagi memperkukuh pemindahan ilmu, wakil industri ReOrbit dan wakil universiti dari Finland akan dilantik sebagai Profesor Pelawat (Visiting Professor) untuk bersama mempengerusikan jabatan ini. Inisiatif ini juga membuka peluang latihan kepakaran pensyarah dan pelajar di Finland, seterusnya memperkukuh ekosistem teknologi satelit negara. Insya-Allah, usaha ini akan menjadi pemangkin kepada transformasi teknologi tinggi yang memberi manfaat besar kepada rakyat dan masa depan negara. #MalaysiaFinland #UniKL #MARA #RancakkanMADANI #BersamaMalaysiaku ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/16zmE9PnKM/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAY9VwGynS ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1970039205767307513?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO5bvGmD1DL?xmt=AQF0-giu26qlMMtFz_sUTs8xWJ-DGOmSf45fqVacL9jnGw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐‰๐๐Œ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Saya menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi September 2025 di Dewan Deโ€™ Seri Endon pagi tadi berhubung penyasaran subsidi RON95 melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Melalui inisiatif ini, harga RON95 untuk rakyat Malaysia dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025. Hanya warganegara Malaysia akan menikmati subsidi ini, manakala bukan warganegara dan syarikat besar akan membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter. Sebagai sebahagian daripada kepimpinan negara, saya melihat keputusan ini sebagai tindakan berprinsip dan penuh keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat. Insya-Allah, kita akan terus mendukung usaha Kerajaan demi Malaysia yang lebih adil, mampan dan inklusif. #JabatanPerdanaMenteri #BUDI95 #RancakkanMADANI #BersamaMalaysiaku ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/14MXesq4wkq/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAK2vOegZq ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969983016924799434?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO5CniXDxDV?xmt=AQF0XFzF73bnes1mZ3s6bBo5RnsoEBXba7g28yZAzCxkPg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐š๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ ๐‚๐ก๐ข๐ง๐š: ๐“๐š๐ง๐  ๐‰๐ข๐ž-๐„๐ž ๐–๐ž๐ข ๐๐š๐ข๐› ๐‰๐ฎ๐š๐ซ๐š Tahniah diucapkan kepada Chen Tang Jie-Toh Ee Wei atas kejayaan merangkul gelaran naib juara di pentas final Masters China. Walaupun kali ini tidak membawa pulang kejuaraan, ia sama sekali bukan penamat. Kalian telah membuktikan kemampuan di pentas dunia, selepas muncul Juara Dunia 2025 di Perancis baru-baru ini. Mereka bukan sahaja Juara Dunia, malah juara di hati seluruh rakyat Malaysia. Teruskan perjuangan dengan semangat yang tidak pernah luntur, kalian inspirasi buat kami semua. Terus Mara, Malaysia Boleh! #JuaraMastersChina #MalaysiaBoleh #BersamaMalaysiaku ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17PCw1HzJs/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAKRirTQVX ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969703068020400347?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO3DPW1j72N?xmt=AQF0CNaJ4QFcIPc3vVNxLUeCpeD1D1IbeDDEW8AfsUJ-uw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐“๐จ๐“ ๐’๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ & ๐’๐ž๐ค๐ซ๐ž๐ญ๐š๐ซ๐ข๐š๐ญ ๐˜๐๐Œ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐š๐ง ๐๐€๐ƒ๐Œ๐€@๐’๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ ๐˜๐๐Œ Hari ini saya telah merasmikan Kursus โ€˜Train of Trainersโ€™ (ToT) Khas Sahabat & Sekretariat YPM bagi Negeri Sabah dan Parlimen Labuan serta melancarkan inisiatif baharu Rakan NADMA@Sahabat YPM di Kota Kinabalu, Sabah. Dengan penyertaan lebih 500 sukarelawan YPM, saya melihat program ini bukan sekadar latihan, tetapi satu gerakan untuk melahirkan โ€˜pembimbing akar umbiโ€™, yang mendekati anak-anak desa di seluruh Sabah, menjadi โ€˜role modelโ€™ dan agen perubahan yang akan memberi inspirasi berterusan kepada generasi baharu. Saya juga menyokong kerjasama strategik antara NADMA dan YPM untuk memperkasa sukarelawan dalam kesiapsiagaan bencana. Inilah bukti bahawa jaringan YPM tidak hanya berperanan dalam pendidikan, tetapi turut menjadi benteng sokongan masyarakat ketika berlakunya bencana alam. Saya yakin, inisiatif ini akan melahirkan modal insan yang lebih inklusif, berdaya tahan dan bersedia menjadi penggerak aspirasi Malaysia sebagai negara maju berteraskan ilmu dan kepakaran teknikal khususnya di negeri Sabah. Insya-Allah. #YayasanPelajaranMARA #SahabatYPM #RakanNADMA #NADMA #MARA #Sabah ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BUTa511B9/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAUAau8jqD ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969665704577417687?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO2yLqkj-bo?xmt=AQF0d6_rc7aSkrWrBWWlVa2EC6NJvbNxYmpw3aJszt6SMA&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐†๐จ๐ญ๐จ๐ง๐ -๐‘๐จ๐ฒ๐จ๐ง๐  ๐๐š๐ฌ๐œ๐š ๐๐š๐ง๐ฃ๐ข๐ซ: ๐’๐ข๐ง๐ž๐ซ๐ ๐ข ๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ Alhamdulillah, Gotong-Royong Perdana pasca banjir telah digerakkan di beberapa kawasan di Sabah termasuk Beaufort, Kimanis, Putatan, Papar dan Penampang, dengan kehadiran sukarelawan yang berganding bahu membantu penduduk membersihkan kediaman serta kawasan terjejas. Usaha ini membuktikan nilai kebersamaan rakyat Malaysia, apabila pelbagai pihak turun padang bukan sahaja untuk meringankan beban mangsa bencana, malah meniup semangat baharu kepada mereka untuk bangkit kembali. Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad Sukarelawan BN Sabah atas komitmen yang ditunjukkan. Moga setiap usaha yang dicurahkan ini dirahmati Allah SWT dan menjadi sumber kekuatan untuk kita semua. #SkuadSukarelawanBNSabah #PascaBanjir #BanjirSabah #BarisanNasional #BNSabah ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17X4uuAhZe/?mibextid=WC7FNe ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DO2fxPaEizt/?igsh=cHZxdnV4ODU4enBz ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969625855644352568?s=46 ๐Ÿ“ฑ Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO2gJZMjwpn?xmt=AQF0X2T0GxTzMVkAXvza1hZxe2HY6RkRyHOEQ22CAFUqJw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ๐š๐ง ๐’๐ค๐ฎ๐š๐ ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ซ๐ž๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐๐ ๐’๐š๐›๐š๐ก Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan melancarkan Skuad Sukarelawan BN Sabah sebagai bukti kesungguhan kita untuk terus berkhidmat demi rakyat bukan hanya ketika senang, tetapi lebih lagi di saat mereka ditimpa musibah. Skuad ini digerakkan bagi membantu mangsa banjir, menyemai semangat gotong-royong dan memperkukuh ikatan perpaduan yang menjadi kekuatan sebenar rakyat Sabah. Semoga usaha ini dipermudahkan Allah SWT dan membawa makna besar kepada mereka yang memerlukan. Insya-Allah, BN akan terus menjiwai denyut nadi rakyat, sentiasa hadir ketika rakyat memerlukan. #SkuadSukarelawanBNSabah #PascaBanjir #BanjirSabah #BarisanNasional #BNSabah ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSD5trBb9/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAQYcKuugX ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/19tPTUHgwP/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐†๐จ๐ญ๐จ๐ง๐ -๐‘๐จ๐ฒ๐จ๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š & ๐…๐ฅ๐š๐ -๐Ž๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐ค๐ฎ๐š๐ ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ซ๐ž๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐๐ ๐’๐š๐›๐š๐ก Hari ini saya telah hadir ke Majlis Gotong-Royong Perdana dan meluncurkan Skuad Sukarelawan BN Sabah yang akan digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini. Usaha yang dilakukan ini bukan sahaja memperlihatkan BN cakna terhadap nasib rakyat yang ditimpa musibah, tetapi juga membuktikan bahawa BN bukanlah parti bermusim tetapi bersedia bersama rakyat pada setiap masa. Saya yakin, inisiatif ini akan menggerakkan masyarakat dari pelbagai latar, khususnya anak muda yang akan turun menyantuni mangsa bencana sebaiknya. Semoga usaha ini dapat meringankan beban mangsa banjir, menyemarakkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat, serta membina semula harapan dan keyakinan bahawa Negeri Sabah akan terus bangkit lebih kuat, makmur dan sejahtera. #SkuadSukarelawanBNSabah #PascaBanjir #BanjirSabah #BarisanNasional #BNSabah ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1F9MZGp7mJ/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BALlcllPLj ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969356337126785121?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DO0llc4D8jx?xmt=AQF0D49tcsp-oWVCUxH4lXGJhYhmN861IPYoia24UE8Rhw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Dua hari di bumi Sabah semalam meninggalkan kenangan yang bermakna buat saya. Melihat senyuman dan semangat kental mereka membuatkan hati ini rindu untuk kembali. Insya-Allah, esok saya akan kembali berada di Sabah untuk bertemu rakan-rakan di sana. Kita jumpa esok, insya-Allah. ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDfV7PHn/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAOfqkFhRF ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/19ddit4FDJ/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐‘๐ž๐ฉ๐ฎ๐›๐ฅ๐ข๐ค ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ๐ข๐ฌ ๐•๐ข๐ž๐ญ๐ง๐š๐ฆ Selesai program di DBP Kuala Lumpur, saya terus ke Seri Pacific Hotel bagi menerima kunjungan hormat daripada H.E. Tran Hong Ha, Timbalan Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam, di sana. Pertemuan ini memberi ruang kepada kami untuk bertukar pandangan serta mengukuhkan kerjasama strategik, khususnya dalam memperkukuh ekosistem halal di Vietnam. Vietnam telah menyatakan minat untuk mempelajari pengalaman Malaysia dalam pembangunan industri halal, termasuk aspek pensijilan, piawaian, serta pembinaan taman industri halal seperti yang telah berjaya dilaksanakan di Malaysia. Malaysia pula komited untuk berkongsi kepakaran dan menjadi rakan strategik dalam merealisasikan hasrat ini. Saya yakin kerjasama Malaysia-Vietnam dalam sektor halal akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala, selain membuka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan, serta pembangunan ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya saing. Insya-Allah. #MalaysiaVietnam #HalalMalaysia #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19iry3fhLV/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/_wlJd8ldu ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969031528132039074?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOyRvH0D_Pd?xmt=AQF07mvJb93PDjJK51GAH5Ns_ln25hfalGKV2DHtAX_MFg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

โ€œ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ข๐›๐š๐ซ๐š๐ญ ๐ฉ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐š๐ค๐š๐ซ, ๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก ๐ญ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฉ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฅ ๐ซ๐ข๐›๐ฎ๐ญโ€ Demikianlah ungkapan yang menerjah ke fikiran saya tatkala berdiri di hadapan gedung ilmu negara petang tadi. Alhamdulillah, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, saya berpeluang melancarkan enam Ensiklopedia Ilmu DBP serta menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Penterjemah dan Pentashih Ensiklopedia Hadis Nilai (Mawsuโ€˜ah Ahadith al-Qiyam). Melihat usaha murni ini, besar harapan saya agar penerbitan ensiklopedia ini tidak sekadar menambah judul di rak perpustakaan, tetapi menyemai akar pengetahuan dan nilai-nilai luhur yang akan membimbing generasi akan datang. Tahniah saya ucapkan kepada 22 orang penterjemah dan 6 pentashih yang dilantik. Amanah ini bukan mudah kerana ianya menuntut ilmu, ketelitian dan takwa. Saya yakin, hasil kerja anda semua akan menjadi jambatan emas yang menyampaikan mutiara hikmah Rasulullah SAW dalam bahasa yang indah, tepat dan mudah difahami. Pada masa yang sama, saya turut menaruh harapan besar kepada DBP untuk terus memacu pendigitalan, memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan mengangkat Malaysia sebagai pusat rujukan ilmu Islam yang disegani dunia. Insya-Allah, usaha ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan bangsa serta warisan berharga buat anak cucu kita. #DewanBahasadanPustaka #BahasaJiwaBangsa #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1YFu7eFStq/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAWFFJV4vJ ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1969024635292541419?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOyOXH4D7jq?xmt=AQF0JvzD_39fIxg_O4UpQB5hGsMUW3rfeMoRCg1ZUZ-1Uw&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐„๐ค๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐‚๐ž๐ค๐š๐ฉ ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐Ÿ: ๐…๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ข ๐†๐‡๐š๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Pagi tadi, saya berkesempatan mengiringi YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Perasmian Global Halal Summit (GHaS) 2025 di MITEC Kuala Lumpur. Kehadiran delegasi antarabangsa, penggiat industri dan rakan strategik dari pelbagai negara memperlihatkan tekad bersama untuk memperkukuh ekosistem halal global. Malaysia, dengan pengalaman dan kepakaran yang telah lama dibina, terus diberi kepercayaan sebagai peneraju industri halal dunia. Transformasi proses permohonan sijil halal yang kini lebih pantas hanyalah salah satu daripada pelbagai usaha kita untuk memastikan ekosistem halal menjadi lebih cekap, inklusif dan berdaya saing. Saya amat kagum melihat semangat para peserta serta kreativiti pameran yang dipamerkan. Ia membuktikan bahawa industri halal bukan hanya tentang pematuhan, tetapi juga platform inovasi, nilai tambah dan peluang besar yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat. Insya-Allah, Malaysia akan terus bekerjasama erat dengan semua pihak untuk mengekalkan kedudukannya sebagai rujukan utama dan hab halal bertaraf dunia. #GHaS2025 #HalalMalaysia #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BJPHY7XMG/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/_gotFDOri ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968964454688985463?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOxzaEID3uj?xmt=AQF0o_dzmB0qxV-Ng9C7oj4ZEySWL3nY5fJ_x1vXAnnx-A&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ, ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ 19 ๐‘†๐‘’๐‘๐‘ก๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2025 - ๐‘†๐‘–๐‘Ÿ๐‘– 012/2025 Dalam dunia yang semakin kompleks, manusia diukur bukan hanya pada pangkat dan pencapaian, tetapi pada sejauh mana kehadirannya membawa manfaat kepada insan lain. Rasulullah SAW telah memberi panduan yang sangat jelas: > ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽู†ู’ููŽุนูู‡ูู…ู’ ู„ูู„ู†ู‘ูŽุงุณูุŒ ูˆูŽุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุณูุฑููˆุฑูŒ ุชูุฏู’ุฎูู„ูู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุณู’ู„ูู…ูุŒ ุฃูŽูˆู’ ุชูŽูƒู’ุดููู ุนูŽู†ู’ู‡ู ูƒูุฑู’ุจูŽุฉู‹ุŒ ุฃูŽูˆู’ ุชูŽู‚ู’ุถููŠ ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฏูŽูŠู’ู†ู‹ุงุŒ ุฃูŽูˆู’ ุชูŽุทู’ุฑูุฏู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฌููˆุนู‹ุงุŒ ูˆูŽู„ูŽุฃูŽู†ู’ ุฃูŽู…ู’ุดููŠูŽ ู…ูŽุนูŽ ุฃูŽุฎู ู„ููŠ ูููŠ ุญูŽุงุฌูŽุฉู ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅูู„ูŽูŠู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู†ู’ ุฃูŽุนู’ุชูŽูƒูููŽ ูููŠ ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ุดูŽู‡ู’ุฑู‹ุง โ€œ๐‘€๐‘Ž๐‘›๐‘ข๐‘ ๐‘–๐‘Ž ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘–๐‘๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž๐‘– ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐ด๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘–๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘– ๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘“๐‘Ž๐‘Ž๐‘ก ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘ข๐‘ ๐‘–๐‘Ž. ๐ท๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘–๐‘๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž๐‘– ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐ด๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘–๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘”๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘– ๐‘ ๐‘’๐‘œ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘€๐‘ข๐‘ ๐‘™๐‘–๐‘š, ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘›๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘ ๐‘ข๐‘ ๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘›๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž, ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘ ๐‘Ž๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘› โ„Ž๐‘ข๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘ข ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”โ„Ž๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐‘™๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž. ๐‘†๐‘’๐‘ ๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘”๐‘ขโ„Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž, ๐‘Ž๐‘˜๐‘ข ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘—๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž ๐‘ ๐‘Ž๐‘ข๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜๐‘ข ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ขโ„Ž๐‘– โ„Ž๐‘Ž๐‘—๐‘Ž๐‘ก๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘™๐‘’๐‘๐‘–โ„Ž ๐‘Ž๐‘˜๐‘ข ๐‘๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘˜๐‘ก๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘“ ๐‘‘๐‘– ๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘—๐‘–๐‘‘ ๐‘–๐‘›๐‘– (๐‘€๐‘Ž๐‘ ๐‘—๐‘–๐‘‘ ๐‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ค๐‘–) ๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘Ž ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘›.โ€ (Hadis Riwayat at-แนฌabarฤnฤซ) Hadis ini adalah asas kepada falsafah kepimpinan yang membawa rahmat bahawa cinta Ilahi bukan hanya bergantung kepada ritual, tetapi kepada kesan baik kita terhadap kehidupan orang lain. Negara ini tidak akan membangun hanya dengan pembangunan infrastruktur, tetapi dengan pembangunan insan yang saling mempermudahkan kehidupan orang lain. Oleh itu, dalam konteks Malaysia MADANI, kita harus melahirkan lebih ramai rakyat yang bukan sekadar celik minda, tetapi luas jiwa. Rakyat yang saling prihatin dan berlumba-lumba memberi khidmat. Pemimpin yang bukan hanya mentadbir, tetapi merasai denyut nadi rakyat. Marilah kita jadikan sabda Nabi SAW ini sebagai panduan kehidupan. Jadilah seperti mata air yang terus mengalir walau tidak dipuji. Jadilah seperti pohon yang terus menaungi walau tidak dihargai. Kerana dalam setiap kesusahan yang kita ringankan, ada pintu rahmat yang terbuka. Dan dalam setiap jiwa yang kita bantu bangkitkan, ada sebuah negara yang bersama kita teguhkan. #RisalahJumaat012 #SayyidulAyyam ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSDycbJ2J/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/reel/_rQMBuEdg ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1GSRin7XvA/ ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1968948859272630392?t=J8L4zlGoJWI4vMf3Otxzgg&s=19 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOxshxHDzka?xmt=AQF0lKsSZztcdp2SdaYxvfaSwIlgCqBM5LfT8B7YEQDUtQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‡๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ฆ๐ข๐ค๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐›๐š๐ง ๐“๐š๐ก๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ง๐ฒ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง Pada setiap wajah yang saya renungi, terpancar ketabahan yang melebihi kata-kata. Duduk bertentang mata dengan penduduk terjejas ini mengajarkan saya bahawa di balik derasnya ujian dan runtuhnya bumi, masih menyala api semangat yang tidak pernah padam. Semoga dipermudahkan jua setiap langkah mereka, menguatkan hati-hati yang diuji dan menuntun mereka bangkit menghadapi hari-hari mendatang. AZH #DoaUntukSabah #BanjirSabah #TanahRuntuh #Sabah #BersamaMalaysiaku ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1CeNsY5tqC/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/_kmO4yCCs ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968857636637721036?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOxCqEXD7Gg?xmt=AQF0P-7b5gYgBAXVoQDn1eJY1zD3Z1ddCfZ0y91TWDsdPg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‘๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐“๐ข๐ง๐ฃ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐š๐ง๐ฃ๐ข๐ซ ๐๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐‘๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ก ๐๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก Alhamdulillah, selesai sudah siri lawatan saya menyantuni mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Melihat sendiri riak wajah mereka yang terkesan benar-benar menyentuh hati dan menguatkan tekad kita semua untuk terus bersama mereka. Saya mendoakan agar segala urusan di lapangan dipermudahkan dan bantuan yang dihulurkan mampu meringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan di sana. Semestinya ini bukan lawatan terakhir saya ke bumi Sabah. Insya-Allah, kami akan terus memantau, menyalurkan bantuan dan berdiri bersama rakyat Sabah sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya. #DoaUntukSabah #BanjirSabah #TanahRuntuh #Sabah #BersamaMalaysiaku ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDy1Qo3t/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BB0l1h_pLR ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1Zzo9d3AGR/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/Q4H_MEGWDTY?si=HcfaNUFzn0GtYgMV ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐“๐ž๐ซ๐ฃ๐ž๐ฃ๐š๐ฌ: ๐€๐ฌ๐ž๐ญ & ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐“๐ฎ๐ ๐š๐ฌ ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ง๐š Kita juga sedang meneliti senarai rumah yang musnah untuk dibina semula serta rumah yang rosak untuk diperbaiki. GiatMARA turut akan digerakkan bagi memulihkan pendawaian elektrik di rumah-rumah yang memerlukan. Saya turut menyeru semua pihak agar mematuhi arahan pemindahan jika dikeluarkan demi keselamatan diri dan keluarga. #DoaUntukSabah #BanjirSabah #Sabah #BersamaMalaysiaku ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDD7PKeE/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BBdGnv4Uk1 ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1ChCdppmea/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ณ๐ข๐š๐ซ๐š๐ก๐ข ๐Œ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐๐š๐ง๐ฃ๐ข๐ซ ๐๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐‘๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ก ๐๐ข ๐๐š๐ฉ๐š๐ซ Saya menutup rangkaian lawatan di Sabah pada hari ini dengan menyantuni penduduk di beberapa Pusat Pemindahan Sementara, iaitu di Dewan Masyarakat Papar, Dewan Marahang, dan Dewan Raya Tandugal Kg. Mook Kinarut. Dalam kesempatan itu, saya turut menziarahi keluarga mangsa tanah runtuh di Papar yang telah terkorban dalam tragedi yang amat menyayat hati. Hati saya luluh melihat linangan air mata dan suasana hiba yang menyelubungi dewan sebentar tadi. Saya mendoakan agar seluruh keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang begitu berat ini. Saya juga amat menghargai tindakan pantas Kerajaan Negeri, pejabat daerah, NGO serta agensi-agensi penyelamat yang telah bertindak cekap dan berganding bahu menyelamatkan nyawa serta menguruskan operasi bencana. #DoaUntukSabah #BanjirSabah #TanahRuntuh #Sabah #BersamaMalaysiaku ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/162jywuA9f/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAXb1w__aN ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968597195957153891?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOvMXDCD2aH?xmt=AQF0T45K19PEBKYNZ3m4-3qSI3lRn-qWFaRrSN6nf4qXHg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ค๐ž ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐๐š๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ค๐š๐ฅ ๐๐ž๐š๐ฎ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ญ Seterusnya, saya ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Beaufort untuk meninjau sendiri keadaan dan kemudahan yang disediakan bagi mangsa-mangsa bencana di sini. Saya turut berkesempatan menyantuni penduduk yang ditempatkan, mendengar luahan hati mereka dan memastikan keperluan asas seperti bekalan makanan, air bersih, serta fasiliti komuniti berada dalam keadaan mencukupi. PPK ini dibangunkan khas untuk menempatkan mangsa bencana dalam jangka panjang, khususnya bagi mereka yang kediamannya musnah teruk dan tidak lagi selamat didiami. Secara peribadi, saya amat tersentuh dengan nasib penduduk yang terpaksa meninggalkan rumah asal mereka. Insya-Allah, satu lagi Pusat Pemindahan Kekal akan dibangunkan di Sabah dalam masa terdekat bagi memastikan lebih ramai mangsa bencana mendapat tempat yang lebih selesa dan selamat. Saya juga sangat menghargai kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat yang kini sedang bertungkus-lumus bertugas di lapangan. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan perlindungan kepada kalian semua. Teruskan berdoa agar keadaan segera pulih dan segala usaha ini sentiasa diberkati-Nya. #DoaUntukSabah #BanjirSabah #Sabah #PPK #Beaufort #BersamaMalaysiaku ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BPWtvKmFA/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BBU-dppWtN ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968583422475125191?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOvGHTKj_Yt?xmt=AQF0itvhoRRe2oS_b-hDBbVAm7MWoKHJMboSWniSVbc_-Q&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ณ๐ข๐š๐ซ๐š๐ก๐ข ๐Œ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐๐š๐ง๐ฃ๐ข๐ซ ๐๐ข ๐๐๐’ ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ค๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ง ๐๐๐’ ๐๐จ๐ง๐ ๐š๐ฐ๐š๐ง Pagi ini di Sabah, saya memulakan tinjauan dengan menziarahi keluarga-keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Membakut dan PPS Bongawan (Kimanis). Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hati saya tersentuh melihat semangat mereka yang tetap tabah dan terus mengukir senyuman walaupun diuji dengan dugaan yang berat. Alhamdulillah, saya berkesempatan menyantuni mereka secara dekat hari ini dan menyerahkan bantuan terus kepada keluarga-keluarga yang memerlukan. Harap ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka dalam menempuhi dugaan ini. Insya-Allah. #DoaUntukSabah #BanjirSabah #Sabah #Membakut #Bongawan #BersamaMalaysiaku ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1GcjiNWgqv/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/_3_vw38Gc ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968535681468383595?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOuwaTzj9ei?xmt=AQF00FYeN5PkRGWtVrbuje8Lq6K4905WWQtADmcQ759XYA&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ณ๐ข๐š๐ซ๐š๐ก๐ข ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐ง, ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐ค๐š๐ง ๐Š๐จ๐จ๐ซ๐๐ข๐ง๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง Semalam saya berkesempatan melawat ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Putatan termasuk PPS SMK Petagas, PPS Dewan PPR Taman Sri Keramat, PPS Seringai dan PPS Meruntum. Saya hadir menyantuni saudara-saudara kita yang terjejas akibat banjir, mendengar sendiri keperluan mereka dan memastikan bantuan disalurkan dengan lancar. Setakat ini, tujuh daerah di Sabah terjejas dan semua agensi termasuk NADMA, JPB Negeri serta Daerah terus memperkukuh kesiapsiagaan. Kita juga sedang meneliti senarai rumah yang rosak dan musnah untuk pembaikan atau pembinaan semula, dengan bantuan teknikal daripada MARA dan GiatMARA seperti kerja pendawaian semula. Insya-Allah, hari ini saya akan meneruskan tinjauan ke daerah Kimanis, Beaufort dan Papar untuk melawat beberapa lagi PPS serta meninjau kawasan tanah runtuh di sana. #BanjirSabah #Sabah #DoaUntukSabah #BersamaMalaysiaku ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Xo8Tj73Mv/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAMVtbYMfi ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968492006046621718?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOuchNwj7i3?xmt=AQF0hy6rDKXw-tIqZQ6-PmJUAAsTuL3Q9GbEO3xGgGor9g&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Alhamdulillah, selamat tiba di Sabah. Saya terus ke Putatan untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka dan mengurniakan kekuatan kepada semua yang diuji. Insya-Allah. #BanjirSabah #Sabah ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDANds4P/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAOQOPhaq3 ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1A2ro4hdTH/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel