fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 36 211 مشترک است و جایگاه 281 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 907 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 36 211 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 28 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -392 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -15 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 4.43% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 1 603 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 29 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

36 211
مشترکین
-1524 ساعت
-797 روز
-39230 روز
آرشیو پست ها
Panggilan terakhir #ApprenticeContentMarketing di #JohorBahru. 13-16hb Mac 2020. Klik sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/app_khm2020 https://bykhm.onpay.my/order/form/app_khm2020 https://bykhm.onpay.my/order/form/app_khm2020 Boleh juga hubungi team kami di talian 0139249877 atau 0193505175.

Cipta Masa Depan, Bukan Tunggu https://ift.tt/2TBBbxh

Orang bisnes: 1. Jika ada ejen, #konsisten menulis tentang strategi jualan dan pemasaran untuk mereka sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Isnin, Rabu, Jumaat jam 11.00 pagi. 2. Jika ada produk, konsisten #menulis tentang penerangan #produk, proses, kelebihan serta bagaimana untuk dapatkan produk itu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Isnin, Rabu, Jumaat jam 4.00 petang. 3. Untuk naikkan follower, konsisten menulis perkara yang kalian sering buat, contohnya memang suka memasak, suka travel, suka hadiri kelas, suka makan, suka melayan keletah anak-anak dan sebagainya. Up hal kehidupan yang ada #content ini sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Selasa, Khamis, Sabtu, Ahad jam 9.00 pagi atau 5.00 petang. Aktiviti yang ini akan beri audien selesa (#comfort) dengan kalian, akan mula klik butang follow dan mula setia (#loyal). Inilah #trust di media sosial. 4. Untuk kekalkan #Engagement di kalangan friends dan #follower, sentiasa muat naik hal yang memudahkan orang komen dan react seperti #contest atau hal jenaka, punchline, lawak, bermain dengan isu namun jenakakan hal tersebut, lucu serta hal-hal yang biasa seperti selfie, ambil gambar dan letak caption yang boleh buat orang ketawa. Posting ini perlu dimuat naik selepas kalian buat posting #iklan. Sangat baik 8-12 kali seminggu. 5. Untuk dapatkan #jualan, muat naik iklan pada setiap hari jam 12.00 tengah hari. Apabila iklan dimuat naik, biasanya engagement akan turun. Namun kalian punya fokus ialah untuk dapatkan jualan. Ianya ok. Yang penting ialah duit masuk. Selepas 1-3 jam, buat posting nombor 4 di atas. Engagement - #Share dan Follower saling berkait. Bermainlah dengan jadualkan posting supaya kalian dapat kesannya. Biasanya dalam tempoh 6 bulan, kalian akan dapat: ✅ kenaikan follower 1,000-5,000 orang (atau lebih). ✅ jualan naik mendadak. Zaman ini adalah zaman #ContentMarketing. Muat naik posting tanpa rancang, tanpa susun, tanpa rasa tanggungjawab, kalian tak akan dapat hasil. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita buat sama-sama.

Berkawan Secara Tenang-Tenang https://ift.tt/2Q10KFX

Soalan: Kenapa ada orang sukakan like? Saya relaks ja. Lantaklah like sikit ke banyak ke janji hidup saya bahagia. Orang lain saya tengok macam try hard sangat, naik meluat pula. Jawapan: Facebook dibina dengan features utama iaitu, Posting, Like, Komen dan Share. Semuanya ada fungsi berbeza. Nak senang kata: Posting digunakan untuk membuat post. Ingat, Facebook = Teks. Jadi, posting mesti ada elemen cerita, content atau yang memberi kesan kepada audien yang dipilih. Like tanda posting itu bagus dan mengikut kehendak manusia. Dengan kata lain, ikut human behaviour. Jika posting kau teruk. Kau tak akan dapat like. Dan kau pula nak bantai orang dapat like banyak. Komen untuk kalian berinteraksi. Antaranya ialah bertanya dan menghargai posting menggunakan sticker atau ikon. Ingat, sticker dan ikon berkesan di ruang komen. Bukan di ruang posting. Share pula tandanya posting anda ada impak kepada orang lain. Ia akan menambah crowd apabila posting anda itu dibawa keluar dari kelompok kawan anda sendiri. Di sinilah kunci untuk follower kalian bertambah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak share tips ini jangan lupa buh link Channel ini ya. Kemain sedap kau copy paste jadikan tips kau yaaaa. Hahaha Nah https://t.me/ContentKHM

Kelebihan paling besar yang kalian dapat selepas sertai kelas apprentice ialah dapat jumpa saya tanpa kos. Biasanya saya cas RM799/jam. Namun jika kalian sertai kelas itu, jumpalah 1,000 kali pun, tak ada bayaran, #percuma! Saya nak kalian terus menulis kebaikan dan kongsikan sebaiknya. Puan Kamalia Kamal antara yang aktif menulis. Kalau beliau tak dapat jumpa saya, beliau usahakan bertemu team editorial saya. Hasilnya, tulisan viral dan ia adalah posting kebaikan. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Beliau bukan sahaja bangunkan #content dalam bentuk teks namun sudah mula menggunakan video sebagai salah 1 medium. Bagus! Saya suka! Tahniah Puan Kay, terus menulis dan terus sukses ya! Doa yang sama juga buat semua alumni apprentice saya! Khairul Hakimin Muhammad, Menuju ke arah 24 juta user media sosial menulis posting kebaikan!

photo content

Itu hari semasa berjumpa dengan seorang ustazah yang sudah dikenali ini, kami duk bersembang tentang bagaimanalah beliau uruskan masa. Ceramah, kuliah, masuk tv, kadang-kadang muncul di surau kami dan apabila beliau dah di pentas, pegang mic beliau akan cerita tentang anak dan macam-macam hal. Kata beliau, beliau juga ada 24 jam yang sama macam kita semua. Cumanya, beliau selalu rasa lebih. Ikut logik memang tak boleh buat semua, namun beliau berjaya buat. Tipsnya ada 1 sahaja. Iaitu gembirakan suami. Sibuk macam mana pun, ada kuliah, ceramah, kelas, surau, masjid, dewan besar mana pun, kena gembirakan suami. Macam mana nak buat? Beliau macam tanya kepada saya. Kemudian beliau jawab sendiri. 1. Sarapan. Sibuk bagaimanapun, minuman pertama untuk suami, isteri kena sediakan. Panaskan air, buat minuman kegemaran dia. Dia akan gembira. Kalau dia nak makan, kena tanya dia malam sebelum nak tidur, baru kita sempat sediakan. Kalau tak, bahaya. Kita akan tergopoh gapah. 2. Suami pun bekerja. Kita pun bekerja. Jadi apa yang wajar kita buat ialah apabila sampai ke tempat kerja, Whatsapp sepatah. “Bang, saya dah sampai. I love you.” Itu akan buat suami gembira. Ha, sebelum keluar rumah, pastikan salam dan cium tangan dia. Pergi mana-mana pun, beliau akan Whatsapp walau ke pasar dan kedai runcit. 3. Apabila dengan anak-anak. Sentiasa didik mereka supaya menghormati ayah mereka. Ajar anak apabila ayah penat, apa yang mereka patut buat. Apabila bercuti, apa yang patut buat. Kena ajar dan didik 1 demi 1. Iya, kita bekerja, suami pun sama. Ada ramai wanita di luar sana bergaduh bab didikan anak itu kena sama-sama dengan suami. Ada betulnya, tak payah bergaduh. Namun, dalam diri ibu, Allah berikan sentuhan yang berbeza dari ayah. Oleh sebab itu biar ayah jadi pemimpin, ibu jadi pendidik di rumah. Seperti Huma Hatun, ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang mendidik dari tangannya sendiri. 4. Bab kemas rumah, sekiranya kita terlalu penat, belajar bercerita dengan suami. Tidak marah, tidak membebel. Sama-sama kerja, eloknya sama-sama buat. Walaupun realitinya memang isteri selalu beralah kena buat, banyaklah bersabar. Ingat, rumah yang kadang berterabur kerana anak dan kemudian dikemas-kemas adalah syurga. Jadi pelihara syurga tersebut dari kepanasan marah dan bertengkar bab tanggungjawab mengemas. Sesekali ingatkan suami, cukup sekadar teguran lembut dan manja-manja. Suami akan ok. 5. Jadi wanita, banyaknya Allah beri kelebihan bab sabar, tolak ansur dan beralah. Jadi gunakan ia sebagai bentuk kebaikan. Contohnya: Kita penat, suami pun penat. Namun demi menjaga anak-anak yang semakin membesar, kita beralah. Ya, ramai orang tak setuju dengan beliau. Paksa suami begitu begini, namun akhirnya anak-anak ini akan kembali ke ketiak ibu. Sama juga jika penat nak masak, cakap elok-elok dengan suami, tolak ansur rumah tangga mesti ada yang memulakannya. Ajak suami keluar, makan sama-sama dan didik anak-anak behave sebaiknya. Jadi inilah yang beliau buat semua itu untuk keluarga. Kata beliau, seorang suami yang gembira adalah syurga buat beliau, kegembiraan suami adalah kegembiraan beliau juga. Dan oleh sebab itu beliau dikurniakan rezeki waktu dan masa yang banyak, sentiasa dapat balik lebih awal dari suami. Sentiasa dapat bersama anak-anak walau sesibuk mana. Dan yang paling besar, rezeki berumah tangga. Belum ada kesusahan dari sudut wang, sudut harta dan sebagainya. Semua serba serbi cukup. Saya mahu tag dan tulis nama beliau, beliau tak kasi. Cukup saya tuliskan begini sahaja. Terima kasih buat para isteri yang selalu korbankan kasih sayang buat kami, semoga kalian sentiasa diberkati, dirahmati dan terus dilindungi Allah. Selamat hari wanita, Khairul Hakimin Muhammad.

Hal teknikal menulis di Facebook: 1. Setiap 4 atau 5 baris ayat, buat perenggan yang terputus antara satu sama lain. Ia memudahkan pembacaan menggunakan telefon walau poin perenggan itu adalah sama. Ini maksud perenggan yang terputus (ada space antara nombor 1 dan nombor 2). 2. Elakkan menulis ??? !!!! .... ianya memberi maksud berbeza dengan apa yang kita mahu sampaikan. Boleh jadi emosinya itu teruja, boleh juga marah boleh juga sedang terlalu gembira. Guna ? Atau ! Sahaja. 3. Elakkan menulis tajuk (heading) untuk penulisan di wall sendiri. Kebiasaan mereka yang belum ada pengikut, tulisan mereka akan “jump to conclusion” sekiranya ada header. Namun bagi mereka yang dah ada pengikut, tidak menjadi hal. Ianya persepsi. 4. Gunakan perkataan yang biasa digunakan. Elakkan perkataan sastera, bombastik dan fancy. Contohnya seperti usai, lantera, metafora, dan sebagainya. Di media sosial, bahasanya perlu lebih mudah difahami. Ianya #content yang mudah dan senang. 5. Pastikan mengeja dengan betul. Ejaan yang betul tanpa sebarang short form, sebarang singkatan yang direka-reka akan menjadikan posting itu difahami dan mudahnya orang lain berkongsi (klik share). 6. Sekiranya mahu menulis tentang dialog atau dialek, gunakan “....” ianya akan lebih mudah difahami. 7. Jika posting bergambar, adalah sangat baik pada setiap satu gambar ada captionnya yang tersendiri. 8. Pastikan kata nama khas menggunakan huruf besar di huruf pertama perkataan tersebut. Seperti menulis Allah, Tuhan, nama orang, nama tempat dan sebagainya. 9. Elakkan copy paste mana-mana status orang lain walau memberi kredit. Fungsi copy di #Facebook ini adalah untuk paste di ruang yang bukannya Facebook. Ia mesti dipastekan di blog atau web atau di tempat lain. Sekiranya dilaporkan (report), boleh jadi akaun kalian disekat atau dipadam status tersebut tanpa notis. 10. Penggunaan hashtag yang betul ialah yang berada di dalam #cerita / #posting. Bukannya membuat list di bawah posting. #Hashtag sangat menjadi untuk kempen atau produk atau brand atau sesuatu perkara yang menjadi elemen penting di dalam posting tersebut. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis baik-baik, tips sebegini hanya ada di channel ini sahaja, cewah https://t.me/ContentKHM

photo content

Facebook tidak mengamalkan permusuhan. Malah, sekiranya kita diunfriend atau diblock, kita tak akan menerima notifikasi. Mereka tidak menyediakan notis itu untuk kita. Namun, jika ada yang follow atau mahu berkawan, kita akan terima notifikasi itu pada setiap masa. Facebook = medan berkawan. Dan ruang ini memang dibina untuk content positif, seronok dan banyaknya manfaat. Kita yang kawal apa yang kita nak tulis, mahu kongsi dan rasa patut diletakkan di sini. Ada 5 Epic Content yang kalian wajar tahu dalam membina hubungan baik: 1. Inform. - info yang sekadar beritahu / maklum. 2. Entertain - sesuatu yang kita tulis itu boleh menghiburkan kawan / pengikut. 3. Educate - sesuatu yang kita kongsikan itu boleh menjadi ilmu dan didikan. 4. Convert - sesuatu yang kita sampaikan itu boleh menukar kepada duit. Biasanya bersifat iklan atau jualan. 5. Inspire - kisah / cerita yang kita sampaikan itu menjadi sebuah inspirasi kepada pembaca. Begitulah. Selamat pagi dan selamat berkawan menggunakan content. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master Kesayangan Negara. Cewah. Hihi.

photo content

photo content
+9

Senarai Speaker untuk #ContentStrategySummit pada 28hb Mac ini gais! 1. Tuan Syed Gaddafi - Content Marketing Strategist dari CDL Digital Solutions. 2. Tuan Erman Taib - CEO Ireal Property. 3. Tuan Zulfadhli Talib - Content Expert Byond Success Sdn Bhd. 4. Tuan Hafizul Hakim - Triple Star Master Dealer Public Gold. 5. Dr. Ahmad Samhan - Emergency & Trauma Department, HKL. 6. Tuan Amir Hassan - CEO DenaiHati Networks. 7. Puan Suzy Honey - CEO SuzyHoney International SDN BHD. 8. Dr. Redza Zainol - Paediatric Medical Officer. 9. Datin Fazmi Sani - Business Coach and Petrol Station Owner. 10. Nur Aliah Mohd Nor - Master Stokis Dexandra. Lekas dapatkan tempat kalian untuk hadiri perhimpunan terbesar pemain content dalam negara kita! 28hb Mac 2020 9am - 5pm Harga dari RM119/pax. Klik sini yaaaa! https://bykhm.onpay.my/order/form/css_khm https://bykhm.onpay.my/order/form/css_khm https://bykhm.onpay.my/order/form/css_khm Jika untuk berhubung dengan team kami, hubungi: 0139249877 0193505175 0134107671 0177040325

Ada sangat ramai manusia yang faham tentang maksud bad marketing adalah sesuatu yang tidak bagus dan tidak perlu dilakukan oleh para penjual atau founder produk. Jujurnya, kesilapan memahami terma tersebut menyebabkan kesemua perancangan untuk menjadikan produk itu trending atau viral akan runtuh teruk. Bad marketing diterjemah sebagai “pemasaran jahat’ yang mana digunakan oleh pemilik syarikat untuk bersaing sesama sendiri. Biasanya, mereka ini hanya melakukan semua itu hanya untuk sifat awareness sahaja. Bukan untuk jualan yang berjuta-juta. Di negara luar, mereka menggunakan saluran ini dengan sangat berhemah dari sudut pemasaran. Sebagai contoh, apabila BMW mengeluarkan seleksi kereta baru, maka Audi pula akan mengeluarkan iklan yang melawan-lawan. Ia dinamakan sebagai ‘Advertisement War’. Begitu juga dengan Adidas dan Nike, Samsung dan Apple, Coke dan Pepsi, KFC dan McD dan banyak lagi. Mereka melakukan ‘bad marketing’ ini dengan sangat tersusun dan berstrategi supaya ianya akan mencantikkan permainan penjualan. Kalian kena ingat, peperangan antara brand ini bukan sahaja berlaku di kalangan penjual dan para pegawai pemasaran, namun ianya akan jadi bualan di media sosial. Apabila ‘advertisement war’ ini berlaku dengan jelas di mana-mana, maka ‘bad marketing’ mereka menjadi dengan baik. Ia masuk terus ke dalam kepala kita semua. Selain itu, ‘planned mistakes’ juga ada kaitan dengan ‘bad marketing’. Caranya ialah, mereka akan sengaja membuat kesilapan kecil untuk pelanggan viralkan tentang mereka. Jika kalian ingat, Starbucks pernah diviralkan dengan kesilapan nama yang dibuat di atas cawan pelanggan. Oleh yang demikian, pelanggan akan marah atau memuat naik di media sosial dengan nada perli kepada syarikat itu. Maka ia viral. Ada banyak lagi contoh “planned mistakes” yang dibuat-buat dan akhirnya ia jadi viral. Contohnya nak beli beger ayam, dapat nugget. Kesilapan ejaan dalam iklan, logo buruk, serta kesilapan membuat poster juga termasuk. Dua perkara ini menjadi kebiasaan di dalam dunia pemasaran jahat. Dan ianya sering dibuat kerana memang memberi nama mereka naik di mana-mana. Namun, Sekadar awareness sahaja. Mereka fun-fun melakukan ini semua dengan bajet yang lebat. Dan kalian kena ingat, dikatakan setiap ‘bad marketing’ yang mereka lakukan ialah adanya perancangan ke dua-dua belah pihak di belakang tabir supaya ke semua pihak yang terlibat akan dapat hasil yang lebih kurang sama. Mereka merancang semuanya dengan seteliti mungkin. Kita duk bergaduh, depa dapat nama yang akhirnya menukarkan kepada jualan. Kahkah. Dalam dunia pemasaran hari ini, ada ramai taikun-taikun yang menolak untuk melakukan ‘bad marketing’ ia kerana berisiko tinggi untuk produk dan syarikat mereka hancur terus kerana boleh jadi ada kesilapan yang boleh berlaku. Sosial media hari ini tersangat kejam sehinggakan boleh jadi mereka berdendam dan mahukan setiap apa yang mereka sakitkan itu perlu ditimbal balas. Maka, mereka tetap mahukan kehancuran. Di Malaysia, Kefahaman terhadap ‘bad marketing’ ini sangat nipis. Malah, kita beranggapan setiap hal pemasaran jahat yang dibuat oleh pengasas produk, artis serta mana-mana ikon adalah sebuah pemasaran. Tidak kawan. Harapnya kalian tidak salah faham. Ada banyak kesilapan yang dibuat oleh mereka yang kemudiannya dikecam dengan teruk hingga akhirnya mereka terpaksa tutup kedai. Ingatlah, ayat ‘Bad Marketing is Good Marketing’ hanya tertakluk kepada dua perkara itu sahaja. Selain dari dua itu, bukan. Pada tahun 2015, Fortune pernah mengeluarkan list yang mana beberapa syarikat mega dunia telah tersalah langkah dalam melakukan marketing dan ia terus tidak disebut sebagai ‘bad marketing’, Ianya digelar sebagai ‘stupid marketing’. (baca di sini: http://fortune.com/2015/12/22/retail-ads-worst-2015/) Khairul Hakimin Muhammad, Sikit-sikit sahaja belajar marketing.

photo content
+2

Untuk menulis content, cara yang paling baik ialah mendahulukan fakta barulah disusuli dengan emosi. Maksud fakta di sosial media ini adalah bukannya perkara yang perlu dicari hingga ke Wikipedia, ia adalah perkara sebenar dan tepat tentang kehidupan kalian sahaja. Contoh: “Hari ini saya sudah bersarapan. Lega dah kenyang.” Ini ayat biasa, ikutkan itu sudah jadi fakta kerana memang iya kalian bersarapan. Perkataan lega itu pula menunjukkan emosi kalian. Namun, ia boleh diperkuatkan dengaan begini: “Hari ini saya sudah bersarapan nasi dagang di Simpang Pintu 1 Putrajaya. Sedap betul nasinya, gulainya padu ya amat dan ikannya memang dimasak betul. Rasa macam nak tambah 2-3 kali, haha.” Sebut nasi dagang, Simpang Pintu 1 Putrajaya merupakan fakta kejadian dalam hidup kalian pagi itu. Emosinya pula sangat kuat. Perkataan sedap dan padu memberi impak bagus dalam minda pembaca. Masukkan gambar, ada video lebih bagus. Ia akan buat orang lain klik butang share. Senang kan? Sebarkan kebaikan, kebaikan juga kembali kepada kalian walau sekadar cerita tentang sarapan pagi. Mulakan menulis content dengan kehidupan kalian, nanti-nanti sudah praktis ia akan memudahkan kalian menulis content iklan, copy-writing dan ayat menarik pelanggan dengan sebaiknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pembangun Content. Cewah.

Situasi A. Hadir kelas, terus merancang buat: 1. Content Mapping. 2. Beli buku, rujuk. 3. Mula menulis. 4. Susun posting. 5. Posting, viral. Rujuk balik nombor 1. 6. Sales naik 300%. 7. Pengikut pun naik mendadak. Klien ini dari 0 pengikut, hari ini 14,000 orang follower. Baru 3 bulan ikuti kelas, sudah berjaya mendapatkan jualan sehingga RM500,000 dengan memuat naik #content yang tersusun bagi mendapatkan #crowd dan kemudiannya menyusun juga posting copy-writing berbentuk #iklan. Situasi B. Hadir kelas, kemudian: 1. Buat posting, #viral sekali. 2. Lost dan blur. Tak tahu nak buat apa. Tiada perancangan content. 3. Beri alasan sibuk. 4. Kemudian tak buat, tak muat naik content. 5. Sales semakin jatuh. 6. Mula salahkan cikgu. 7. Mahu cikgu bantu bangunkan #sales segera. Ini yang biasa terjadi. Dan dipihak cikgu, terima sahaja apa kelemahan anak murid dan telanlah segalanya apa yang dituntut. Kawan-kawan yang baik, untuk teruskan momentum mendapatkan apa yang kalian mahu, kalian perlu putuskan sama ada mahu kerja keras atau biar. Jika kalian mahu hasil, maka buat. Jika tidak mahu, dan kemudiannya jadi gagal. Siap sedialah hilang network, hilang sales, hilang juga kredibiliti dan hormat orang kepada kalian. Ingat ini, Fokus = rezeki. Kerja keras = rezeki. Network = rezeki. Alasan = menolak / buang rezeki. Selepas hadir kelas, buat. Tak buat, tak adalah hasil. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita follow cara Situasi A.

“Berkat Ini Datang Dari Rumah Kita Sendiri” https://ift.tt/2VPr6OK

#Posting pada waktu pagi yang mendapat reaksi yang bagus ialah: 1. Memberi keceriaan. 2. Memberi bahagia, selesa. 3. Keseronokan, jenaka, lawak dan lucu. 4. How to, yang audien boleh buat terus. 5. Renungan, story atau #content yang boleh beri impak positif terus. Pagi adalah waktu untuk motivasi sepanjang hari. Kerana itu radio biasanya membawakan topik yang sedap, sampai ada yang suka ketawa dan ceria pada waktu tersebut. Jika jalan jem, lambat hantar anak sekolah, suami jenis pemalas tak mahu bantu dan sebagainya, yang itu simpan sendiri. Posting di media sosial adalah untuk mendapatkan reaksi positif. Letak perkara negatif, negatif jugalah audien yang kalian dapat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pagi semua.