Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 131 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 278,并在 马来西亚 地区排名第 897 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 131 名订阅者。
根据 06 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -293,过去 24 小时变化为 -12,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.67%。内容发布后 24 小时内通常能获得 3.05% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 1 072 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 07 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
35 131
订阅者
-1224 小时
-827 天
-29330 天
帖子存档
35 119
Contoh posting yang boleh buat orang klik butang share:
1. Apabila orang baca posting tersebut, dia terus boleh buat. Contohnya:
- DIY berkebun, susun atur dalam rumah, resipi, tips kecantikan, tutorial tudung, tips travel, petua, make up, permotoran, fesyen, hal kebersihan, bersenam dan tekniknya serta hal-hal kehidupan yang mudah untuk diikuti.
2. Apabila orang baca #posting tersebut, dia boleh beli terus. Contohnya:
- cerita tentang ada sales di sana sini, kedai makan yang best, lokasi pelancongan yang real dan menarik serta hal-hal produk yang senangnya nak dibeli walau ianya tentang kuih keria.
3. Apabila orang baca posting tersebut, dia dapat relate dengan kehidupannya sendiri, contohnya:
- kisah keluarga, kisah sedekah, kehebatan kuasa Allah tentang rezeki, kisah anak-anak, kisah berkawan yang semuanya itu ada pengajarannya yang benar-benar terkena kepada diri sendiri.
***
Setiap 1 posting di atas tetap kena guna kuadran asas #Content iaitu #Fakta #emosi #bahasa dan memberi #ImpakPositif kepada pembaca.
Tak ada 4-4 perkara tersebut, orang tetap tak #share.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bina posting bermanfaat.
35 119
Hari ini saya rasa bertuah sangat dapat berjumpa Prof Dr Muhaya.
Baca di sini ya https://www.facebook.com/1409650354/posts/10222364808054938/?d=n
35 119
Gais front seat + meet and greet tinggal 50 tiket ja. Lekas-lekas daftar yaaa!
Nak tengok topik, modul semua, klik link yang sama. Daftar pun kat situ juga ya!
Content Strategy Summit 2020.
28hb Mac 2020.
9 pagi hingga 5.00 petang.
Bandar Baru Bangi.
Harga dari RM119 sahaja.
Ia perhimpunan terbesar pemain media sosial.
Jika kalian nak belajar bagaimana menulis posting yang betul atau bagaimana nak bina video yang orang suka.
Dapat lebih 100,000 follower juga membuat lebih RM1,000,000 jualan setahun, maka ini tempatnya untuk kalian belajar.
Lekas daftar ya! Klik sini!
https://bykhm.onpay.my/order/form/css_khm
https://bykhm.onpay.my/order/form/css_khm
https://bykhm.onpay.my/order/form/css_khm
Atau hubungi team kami ditalian 0139249877 atau 0193505175.
35 119
Panggilan terakhir #ApprenticeContentMarketing di #JohorBahru.
13-16hb Mac 2020.
Klik sini ya:
https://bykhm.onpay.my/order/form/app_khm2020
https://bykhm.onpay.my/order/form/app_khm2020
https://bykhm.onpay.my/order/form/app_khm2020
Boleh juga hubungi team kami di talian 0139249877 atau 0193505175.
35 119
Orang bisnes:
1. Jika ada ejen, #konsisten menulis tentang strategi jualan dan pemasaran untuk mereka sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Isnin, Rabu, Jumaat jam 11.00 pagi.
2. Jika ada produk, konsisten #menulis tentang penerangan #produk, proses, kelebihan serta bagaimana untuk dapatkan produk itu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Isnin, Rabu, Jumaat jam 4.00 petang.
3. Untuk naikkan follower, konsisten menulis perkara yang kalian sering buat, contohnya memang suka memasak, suka travel, suka hadiri kelas, suka makan, suka melayan keletah anak-anak dan sebagainya. Up hal kehidupan yang ada #content ini sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Selasa, Khamis, Sabtu, Ahad jam 9.00 pagi atau 5.00 petang. Aktiviti yang ini akan beri audien selesa (#comfort) dengan kalian, akan mula klik butang follow dan mula setia (#loyal). Inilah #trust di media sosial.
4. Untuk kekalkan #Engagement di kalangan friends dan #follower, sentiasa muat naik hal yang memudahkan orang komen dan react seperti #contest atau hal jenaka, punchline, lawak, bermain dengan isu namun jenakakan hal tersebut, lucu serta hal-hal yang biasa seperti selfie, ambil gambar dan letak caption yang boleh buat orang ketawa. Posting ini perlu dimuat naik selepas kalian buat posting #iklan. Sangat baik 8-12 kali seminggu.
5. Untuk dapatkan #jualan, muat naik iklan pada setiap hari jam 12.00 tengah hari. Apabila iklan dimuat naik, biasanya engagement akan turun. Namun kalian punya fokus ialah untuk dapatkan jualan. Ianya ok. Yang penting ialah duit masuk. Selepas 1-3 jam, buat posting nombor 4 di atas.
Engagement - #Share dan Follower saling berkait. Bermainlah dengan jadualkan posting supaya kalian dapat kesannya.
Biasanya dalam tempoh 6 bulan, kalian akan dapat:
✅ kenaikan follower 1,000-5,000 orang (atau lebih).
✅ jualan naik mendadak.
Zaman ini adalah zaman #ContentMarketing. Muat naik posting tanpa rancang, tanpa susun, tanpa rasa tanggungjawab, kalian tak akan dapat hasil.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita buat sama-sama.
35 119
Soalan: Kenapa ada orang sukakan like? Saya relaks ja. Lantaklah like sikit ke banyak ke janji hidup saya bahagia. Orang lain saya tengok macam try hard sangat, naik meluat pula.
Jawapan: Facebook dibina dengan features utama iaitu, Posting, Like, Komen dan Share.
Semuanya ada fungsi berbeza. Nak senang kata:
Posting digunakan untuk membuat post. Ingat, Facebook = Teks. Jadi, posting mesti ada elemen cerita, content atau yang memberi kesan kepada audien yang dipilih.
Like tanda posting itu bagus dan mengikut kehendak manusia. Dengan kata lain, ikut human behaviour. Jika posting kau teruk. Kau tak akan dapat like. Dan kau pula nak bantai orang dapat like banyak.
Komen untuk kalian berinteraksi. Antaranya ialah bertanya dan menghargai posting menggunakan sticker atau ikon. Ingat, sticker dan ikon berkesan di ruang komen. Bukan di ruang posting.
Share pula tandanya posting anda ada impak kepada orang lain. Ia akan menambah crowd apabila posting anda itu dibawa keluar dari kelompok kawan anda sendiri. Di sinilah kunci untuk follower kalian bertambah.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak share tips ini jangan lupa buh link Channel ini ya. Kemain sedap kau copy paste jadikan tips kau yaaaa. Hahaha
Nah https://t.me/ContentKHM
35 119
Kelebihan paling besar yang kalian dapat selepas sertai kelas apprentice ialah dapat jumpa saya tanpa kos.
Biasanya saya cas RM799/jam. Namun jika kalian sertai kelas itu, jumpalah 1,000 kali pun, tak ada bayaran, #percuma! Saya nak kalian terus menulis kebaikan dan kongsikan sebaiknya.
Puan Kamalia Kamal antara yang aktif menulis. Kalau beliau tak dapat jumpa saya, beliau usahakan bertemu team editorial saya.
Hasilnya, tulisan viral dan ia adalah posting kebaikan. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Beliau bukan sahaja bangunkan #content dalam bentuk teks namun sudah mula menggunakan video sebagai salah 1 medium. Bagus! Saya suka!
Tahniah Puan Kay, terus menulis dan terus sukses ya! Doa yang sama juga buat semua alumni apprentice saya!
Khairul Hakimin Muhammad,
Menuju ke arah 24 juta user media sosial menulis posting kebaikan!
35 119
Itu hari semasa berjumpa dengan seorang ustazah yang sudah dikenali ini, kami duk bersembang tentang bagaimanalah beliau uruskan masa.
Ceramah, kuliah, masuk tv, kadang-kadang muncul di surau kami dan apabila beliau dah di pentas, pegang mic beliau akan cerita tentang anak dan macam-macam hal.
Kata beliau, beliau juga ada 24 jam yang sama macam kita semua. Cumanya, beliau selalu rasa lebih. Ikut logik memang tak boleh buat semua, namun beliau berjaya buat.
Tipsnya ada 1 sahaja. Iaitu gembirakan suami.
Sibuk macam mana pun, ada kuliah, ceramah, kelas, surau, masjid, dewan besar mana pun, kena gembirakan suami.
Macam mana nak buat? Beliau macam tanya kepada saya. Kemudian beliau jawab sendiri.
1. Sarapan. Sibuk bagaimanapun, minuman pertama untuk suami, isteri kena sediakan. Panaskan air, buat minuman kegemaran dia. Dia akan gembira. Kalau dia nak makan, kena tanya dia malam sebelum nak tidur, baru kita sempat sediakan. Kalau tak, bahaya. Kita akan tergopoh gapah.
2. Suami pun bekerja. Kita pun bekerja. Jadi apa yang wajar kita buat ialah apabila sampai ke tempat kerja, Whatsapp sepatah. “Bang, saya dah sampai. I love you.”
Itu akan buat suami gembira. Ha, sebelum keluar rumah, pastikan salam dan cium tangan dia.
Pergi mana-mana pun, beliau akan Whatsapp walau ke pasar dan kedai runcit.
3. Apabila dengan anak-anak. Sentiasa didik mereka supaya menghormati ayah mereka. Ajar anak apabila ayah penat, apa yang mereka patut buat. Apabila bercuti, apa yang patut buat. Kena ajar dan didik 1 demi 1. Iya, kita bekerja, suami pun sama.
Ada ramai wanita di luar sana bergaduh bab didikan anak itu kena sama-sama dengan suami.
Ada betulnya, tak payah bergaduh. Namun, dalam diri ibu, Allah berikan sentuhan yang berbeza dari ayah. Oleh sebab itu biar ayah jadi pemimpin, ibu jadi pendidik di rumah.
Seperti Huma Hatun, ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang mendidik dari tangannya sendiri.
4. Bab kemas rumah, sekiranya kita terlalu penat, belajar bercerita dengan suami. Tidak marah, tidak membebel. Sama-sama kerja, eloknya sama-sama buat.
Walaupun realitinya memang isteri selalu beralah kena buat, banyaklah bersabar. Ingat, rumah yang kadang berterabur kerana anak dan kemudian dikemas-kemas adalah syurga. Jadi pelihara syurga tersebut dari kepanasan marah dan bertengkar bab tanggungjawab mengemas.
Sesekali ingatkan suami, cukup sekadar teguran lembut dan manja-manja. Suami akan ok.
5. Jadi wanita, banyaknya Allah beri kelebihan bab sabar, tolak ansur dan beralah. Jadi gunakan ia sebagai bentuk kebaikan.
Contohnya:
Kita penat, suami pun penat. Namun demi menjaga anak-anak yang semakin membesar, kita beralah.
Ya, ramai orang tak setuju dengan beliau. Paksa suami begitu begini, namun akhirnya anak-anak ini akan kembali ke ketiak ibu.
Sama juga jika penat nak masak, cakap elok-elok dengan suami, tolak ansur rumah tangga mesti ada yang memulakannya. Ajak suami keluar, makan sama-sama dan didik anak-anak behave sebaiknya.
Jadi inilah yang beliau buat semua itu untuk keluarga.
Kata beliau, seorang suami yang gembira adalah syurga buat beliau, kegembiraan suami adalah kegembiraan beliau juga. Dan oleh sebab itu beliau dikurniakan rezeki waktu dan masa yang banyak, sentiasa dapat balik lebih awal dari suami.
Sentiasa dapat bersama anak-anak walau sesibuk mana.
Dan yang paling besar, rezeki berumah tangga. Belum ada kesusahan dari sudut wang, sudut harta dan sebagainya. Semua serba serbi cukup.
Saya mahu tag dan tulis nama beliau, beliau tak kasi. Cukup saya tuliskan begini sahaja.
Terima kasih buat para isteri yang selalu korbankan kasih sayang buat kami, semoga kalian sentiasa diberkati, dirahmati dan terus dilindungi Allah.
Selamat hari wanita,
Khairul Hakimin Muhammad.
35 119
Hal teknikal menulis di Facebook:
1. Setiap 4 atau 5 baris ayat, buat perenggan yang terputus antara satu sama lain. Ia memudahkan pembacaan menggunakan telefon walau poin perenggan itu adalah sama.
Ini maksud perenggan yang terputus (ada space antara nombor 1 dan nombor 2).
2. Elakkan menulis ??? !!!! .... ianya memberi maksud berbeza dengan apa yang kita mahu sampaikan. Boleh jadi emosinya itu teruja, boleh juga marah boleh juga sedang terlalu gembira. Guna ? Atau ! Sahaja.
3. Elakkan menulis tajuk (heading) untuk penulisan di wall sendiri. Kebiasaan mereka yang belum ada pengikut, tulisan mereka akan “jump to conclusion” sekiranya ada header. Namun bagi mereka yang dah ada pengikut, tidak menjadi hal. Ianya persepsi.
4. Gunakan perkataan yang biasa digunakan. Elakkan perkataan sastera, bombastik dan fancy. Contohnya seperti usai, lantera, metafora, dan sebagainya. Di media sosial, bahasanya perlu lebih mudah difahami. Ianya #content yang mudah dan senang.
5. Pastikan mengeja dengan betul. Ejaan yang betul tanpa sebarang short form, sebarang singkatan yang direka-reka akan menjadikan posting itu difahami dan mudahnya orang lain berkongsi (klik share).
6. Sekiranya mahu menulis tentang dialog atau dialek, gunakan “....” ianya akan lebih mudah difahami.
7. Jika posting bergambar, adalah sangat baik pada setiap satu gambar ada captionnya yang tersendiri.
8. Pastikan kata nama khas menggunakan huruf besar di huruf pertama perkataan tersebut. Seperti menulis Allah, Tuhan, nama orang, nama tempat dan sebagainya.
9. Elakkan copy paste mana-mana status orang lain walau memberi kredit. Fungsi copy di #Facebook ini adalah untuk paste di ruang yang bukannya Facebook. Ia mesti dipastekan di blog atau web atau di tempat lain. Sekiranya dilaporkan (report), boleh jadi akaun kalian disekat atau dipadam status tersebut tanpa notis.
10. Penggunaan hashtag yang betul ialah yang berada di dalam #cerita / #posting. Bukannya membuat list di bawah posting. #Hashtag sangat menjadi untuk kempen atau produk atau brand atau sesuatu perkara yang menjadi elemen penting di dalam posting tersebut.
Begitulah. Semoga bermanfaat.
Khairul Hakimin Muhammad,
Tulis baik-baik, tips sebegini hanya ada di channel ini sahaja, cewah
https://t.me/ContentKHM
35 119
Facebook tidak mengamalkan permusuhan. Malah, sekiranya kita diunfriend atau diblock, kita tak akan menerima notifikasi.
Mereka tidak menyediakan notis itu untuk kita. Namun, jika ada yang follow atau mahu berkawan, kita akan terima notifikasi itu pada setiap masa.
Facebook = medan berkawan.
Dan ruang ini memang dibina untuk content positif, seronok dan banyaknya manfaat. Kita yang kawal apa yang kita nak tulis, mahu kongsi dan rasa patut diletakkan di sini.
Ada 5 Epic Content yang kalian wajar tahu dalam membina hubungan baik:
1. Inform. - info yang sekadar beritahu / maklum.
2. Entertain - sesuatu yang kita tulis itu boleh menghiburkan kawan / pengikut.
3. Educate - sesuatu yang kita kongsikan itu boleh menjadi ilmu dan didikan.
4. Convert - sesuatu yang kita sampaikan itu boleh menukar kepada duit. Biasanya bersifat iklan atau jualan.
5. Inspire - kisah / cerita yang kita sampaikan itu menjadi sebuah inspirasi kepada pembaca.
Begitulah.
Selamat pagi dan selamat berkawan menggunakan content.
Khairul Hakimin Muhammad,
Content Master Kesayangan Negara. Cewah. Hihi.
