ONLY ONE WORD YOU CAN DESTROY YOUR CHILD
--------------------------
Hanya dengan react kepada perbuatan silap anak,
dengan perkataan tak baik, melabel dan seangkatan dengannya,
anda mungkin akan termusnahkan hidup anak anda besar nanti.
Sebab ia berkaitan emosi, kognitif (pemikiran) semasa mereka mengalami situasi itu,
dan ia jadi permanent learning dan belief system (sistem kepercayaan, skrip hidup dia) sampai besar.
.
.
Video ini saya dapat semalam semasa bengkel. Dr Sara tunjukkan, dan ia sangat sangat relate dengan apa saya cakapkan dalam sharing FB Live semalam, tengahari berkenaan bagaimana bentuk atau bina self esteem anak usia 0-6 tahun.
.
😱
.
Saya terkesima. Ini sangat bagus dan relate dengan mesej saya nak disampaikan. Alhamdulillah.
.
Benar, fasa mencuba walau silap, ada sesuatu yang amat besar dan impak.
ingat dalam sharing live saya berkata:
.
1) anda tak boleh ganti feeling dihargai (bentuk self esteem anak) semasa dia lakukan eksperimen atau sesuatu yg 'good for her/him' sebab try buat sendiri,
tetapi wrong for us, sebab tak capai kpi standard orang dewasa,
.
puji selepas 5 tahun kemudian atau dia dah besar, tak sama dia rasa semasa dia lakukan satu satu perkara itu, walau salah di mata kita, betul pada fikiran dia yang belum capai aqal itu,
.
.
2) pada saat anak mencuba, di saat itulah dia sedia untuk belajar sesuatu,
hatta memegang dan mengoperasikan pisau, saya beri untuk anak saya sejak bawah usia 2 semasa dia mahu cuba,
dan saya pantau 100%, insyaAllah memang selamat tak berlaku apa apa sebab 100% buat bersama atau pantau lihat
=> hasilnya anak kenal bahaya lebih baik,
anak belajar lebih baik, cara hands on begitu,
dan cekap fungsikan alatan orang dewasa guna macam pisau, blender, alu lesung, sudip panas, kacau air, buat air sendiri, mengemop, memvacuum semua,
semua ni kerja biasa dalam rumah, mereka minat sebab mereka didedahkan, mereka lihat, esok masuk asrama dah tak berapa lihat, ketika tu kita pula sibuk paksa bising masukla dapur, atau hantarla pinggan sebiji ke sinki mengapa tak reti hantar sendiri. Fikirkan mengapa sendiri.
.
3) Pabila anak nak cuba, ia hanya 5 saat pertama / 5% dari keseluruhan kerja anda, then dia akan let go sebab tak mampu pegang etc, dan dia rasa puas dapat cuba buat! Anda pun sambungla murnikan lagi ikut standard KPI anda.
.
Feeling puas (sense of satisfaction, and achievement) di saat dia eager nak tu tak boleh diganti semula saat lain, pabila anda pula eager nak ajar anak memasak, dia tak minat dah masa tu, dan anda bising dia 'malas', tak masuk dapur dsb. Semuanya bermula masa usia 1 tahun +, fasa autonomi - mereka mahu cuba buat sendiri.
.
Video ni saya andaikan Fasa Inisiatif, usaha laksana idea sendiri, masak sendiri telor dalam pan. Namun terhangit la kan. Heheh. Saksikan bagaimana anak ini excited beritahu dia dah buatkan breakfast untuk mama dia. Dan seterusnya... kesan REACT kita kepada mereka bila mereka dewasa dan hadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan....
Tonton video ini,
lihat kesannya,
tag pasangan dan kenalan anda.
.
*Ingat lagi Fateh pertama kali ketuk telor atas lantai, lepas tu pecah, dia ingatkan begitu caranya pecahkan telor, sebab lihat neneknya ketuk telor dah rebus (yang dia ketuk tu telor belum masak😂, sabar sabar), tapi di situ untuk anak pertama kali memang akan lakukan kesilapan, dan dia belajar lebih banyak dari pengalaman itu.
Maznah Ibrahim.
Video Life Sharing untuk self esteem anak 0-6 tahun di sini (cuba usaha tengok sampai habis ya, ada mesej penting sangat saya nak sampaikan tu)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=790122307829022&id=477691842405405