es
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 16 273 suscriptores, ocupando la posición 962 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 361 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 16 273 suscriptores.

Según los últimos datos del 20 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -128, y en las últimas 24 horas de -12, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 6.19%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.52% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 1 008 visualizaciones. En el primer día suele acumular 410 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 21 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

16 273
Suscriptores
-1224 horas
-347 días
-12830 días
Archivo de publicaciones
photo content

Kerapkali reaksi spontan kita kepada aksi mencabar anak adalah agak negatif. Kita sendiri overwhelmed, kan. So let us breath in 😚, breath out.😃 Usaha untuk pause. . Pause terbaik ialah 👉Tarik Nafas, 👉 Hembus, 👉 Kemudian baru respon. . InsyaAllah respon setelah tarik nafas dan tune in (same level : eye to eye communication) akan much better. . Saya pun bila nak cepat, Mudah aja terbabas. . Bila I'm aware (much in control), do the breath in, breath out. Haa... Memang mulut boleh senyap, hahaha 😁 Try this ok.☺️ . Saya convert post lama ini, update sikit ayatnya untuk anda saved dan remind diri kita bersama ♥️. . CARE, Maznah Ibrahim . °°°°°°°°°°°°°°°°°°°° * Komunikasi positif macamni hanya boleh berlaku setelah : 1. Emosi diurus dahulu (switch emotions) 2. Baru communicate. Bila saya buat training effective communication untuk staf, saya confirm bukan saja latih bina skrip lebih baik, tapi saya juga akan latih staf saya untuk skill switch emotion negative to positive dan urus emosi. . T.mazn.me/chan

Semoga bermanfaat untuk kita semua hari ini, pada hari Jumaat yang barokah 😊❤️❤️❤️

photo content

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Tegur atau Nasihati Anak? Agar masuk ke telinga halwa dia, dan beri kesan kepada dirinya hingga dia berubah. Boleh baca lanjut di sini ya: https://maznahibrahim.com/waktu-sesuai-tegur-atau-beri-nasihat-kepada-anak-dalam-islam-dan-psikologi/

photo content

ONLY ONE WORD YOU CAN DESTROY YOUR CHILD -------------------------- Hanya dengan react kepada perbuatan silap anak, dengan perkataan tak baik, melabel dan seangkatan dengannya, anda mungkin akan termusnahkan hidup anak anda besar nanti. Sebab ia berkaitan emosi, kognitif (pemikiran) semasa mereka mengalami situasi itu, dan ia jadi permanent learning dan belief system (sistem kepercayaan, skrip hidup dia) sampai besar. . . Video ini saya dapat semalam semasa bengkel. Dr Sara tunjukkan, dan ia sangat sangat relate dengan apa saya cakapkan dalam sharing FB Live semalam, tengahari berkenaan bagaimana bentuk atau bina self esteem anak usia 0-6 tahun. . 😱 . Saya terkesima. Ini sangat bagus dan relate dengan mesej saya nak disampaikan. Alhamdulillah. . Benar, fasa mencuba walau silap, ada sesuatu yang amat besar dan impak. ingat dalam sharing live saya berkata: . 1) anda tak boleh ganti feeling dihargai (bentuk self esteem anak) semasa dia lakukan eksperimen atau sesuatu yg 'good for her/him' sebab try buat sendiri, tetapi wrong for us, sebab tak capai kpi standard orang dewasa, . puji selepas 5 tahun kemudian atau dia dah besar, tak sama dia rasa semasa dia lakukan satu satu perkara itu, walau salah di mata kita, betul pada fikiran dia yang belum capai aqal itu, . . 2) pada saat anak mencuba, di saat itulah dia sedia untuk belajar sesuatu, hatta memegang dan mengoperasikan pisau, saya beri untuk anak saya sejak bawah usia 2 semasa dia mahu cuba, dan saya pantau 100%, insyaAllah memang selamat tak berlaku apa apa sebab 100% buat bersama atau pantau lihat => hasilnya anak kenal bahaya lebih baik, anak belajar lebih baik, cara hands on begitu, dan cekap fungsikan alatan orang dewasa guna macam pisau, blender, alu lesung, sudip panas, kacau air, buat air sendiri, mengemop, memvacuum semua, semua ni kerja biasa dalam rumah, mereka minat sebab mereka didedahkan, mereka lihat, esok masuk asrama dah tak berapa lihat, ketika tu kita pula sibuk paksa bising masukla dapur, atau hantarla pinggan sebiji ke sinki mengapa tak reti hantar sendiri. Fikirkan mengapa sendiri. . 3) Pabila anak nak cuba, ia hanya 5 saat pertama / 5% dari keseluruhan kerja anda, then dia akan let go sebab tak mampu pegang etc, dan dia rasa puas dapat cuba buat! Anda pun sambungla murnikan lagi ikut standard KPI anda. . Feeling puas (sense of satisfaction, and achievement) di saat dia eager nak tu tak boleh diganti semula saat lain, pabila anda pula eager nak ajar anak memasak, dia tak minat dah masa tu, dan anda bising dia 'malas', tak masuk dapur dsb. Semuanya bermula masa usia 1 tahun +, fasa autonomi - mereka mahu cuba buat sendiri. . Video ni saya andaikan Fasa Inisiatif, usaha laksana idea sendiri, masak sendiri telor dalam pan. Namun terhangit la kan. Heheh. Saksikan bagaimana anak ini excited beritahu dia dah buatkan breakfast untuk mama dia. Dan seterusnya... kesan REACT kita kepada mereka bila mereka dewasa dan hadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.... Tonton video ini, lihat kesannya, tag pasangan dan kenalan anda. . *Ingat lagi Fateh pertama kali ketuk telor atas lantai, lepas tu pecah, dia ingatkan begitu caranya pecahkan telor, sebab lihat neneknya ketuk telor dah rebus (yang dia ketuk tu telor belum masak😂, sabar sabar), tapi di situ untuk anak pertama kali memang akan lakukan kesilapan, dan dia belajar lebih banyak dari pengalaman itu. Maznah Ibrahim. Video Life Sharing untuk self esteem anak 0-6 tahun di sini (cuba usaha tengok sampai habis ya, ada mesej penting sangat saya nak sampaikan tu) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=790122307829022&id=477691842405405

photo content

photo content

photo content

Saya share soalan menarik di komen mengenai perkataan melukakan vs menyembuhkan hari ini. Mudahan kita yang terfikir benda sama dapat pencerahan.

photo content

Entropy dan Parenting - Biarkan, Confirm Jadi Negatif Apa peranan kita agar sesuatu yang tak baik atau negatif itu mudah masuk ke dalam diri anak-anak kita? Pilihan yang kita ada, i) Biar aja, ii) Lakukan sesuatu. Better lakukan sesuatu, malas macam mana pun, ia tanggungjawab kita, kelak akan dipertanggungjawabkan. https://maznahibrahim.com/biarkan-anak-confirm-jadi-negatif/

photo content

photo content

Saya share komen dan reply, Berkenaan tidur total darkness, Ilmu ini awalnya saya peroleh dari Dr Rizal ococ, Dan bacaan kajian banyak membantu kami untuk yakin dalam membuat keputusan, kan. Saya mula usaha tidur total darkness sejak ke kursus OCOC Dr Rizal tahun 2016, Betapa pentingnya tidur yang betul betul tidur. . 4 elemen dalam emosi stabil: 1. Tidur betul 2. PeMakanan betul 3. Aktiviti / senaman sesuai 4. Teknik Urus Emosi Pelbagai (kepakaran saya) Jadi, tanpa 3 elemen pertama itu, Apa jua teknik urus emosi akan sementara sahaja kesan, Balik pada Fisiologi: TMA (Tidur Makan Aktiviti) Ok 👌.

photo content

PENTINGNYA TIDUR YANG BAIK (KUANTITI DAN KUALITI) UNTUK ANAK DAN KITA SENDIRI . Jaga tidur anak yang mencukupi (kuantiti) dan berkualiti = jaga kesihatan mental anak Anak yang tak cukup tidur banyak kesan tak baiknya termasuk emosi tak stabil, tantrum dsb. Kajian membuktikan sewaktu tidurlah segala toksin dibersihkan atau di flush out kan (ref.) . . Jadi, pastikan anak-anak mendapat tidur yang cukup + berkualiti. 1. Tidur malam awal agar bangunnya juga awal (cukup tidur, mood pun ok) 2. Matikan semua gajets di dalam bilik tidur anak, sebaiknya wifi rumah di off kan. 3. Tidur dalam keadaan total gelap tiada cahaya untuk pengeluaran melatonin yang cukup agar tidur lena dan betul rest, jika ada button bercahaya aircond dan plug pun lindungkan. 4. Amalkan hypnoscript : 👍Nanti tidur lepas 'Isya ok (mula masuk katil, namun tidur sepenuhnya mungkin selepas 1 jam itu), 👍Tidur lena lena, 👍Bangun pagi esok senyum . CARE, Maznah Ibrahim Ref: https://www.nih.gov/news-events/news-releases/brain-may-flush-out-toxins-during-sleep https://www.wired.com/story/scientists-now-know-how-sleep-cleans-toxins-from-the-brain/ https://www.webmd.com/sleep-disorders/news/20191101/deep-sleep-may-rinse-days-toxins-from-brain https://io9.gizmodo.com/why-we-need-to-sleep-in-total-darkness-1497075228 .. Skrip lain lain khusus untuk tingkahlaku dan emosi anak: Https://Hypnoscript.cc/?utm_source=fp200205

Alhamdulillah done my Morning Brisk Walk 😍 Sesi 3/7 minggu ini, 4 round 34 min, 2.29 km saja. Harini zikir Tahlil (belajar from bff Husna Haron) berbunyi begini di sepanjang laluan insyaAllah "Ketidakselesaan bukan Tuhanku, Allah Tuhanku". Sebab i) cuaca agak panas, ii) round 3 tu ada lori sampah pula ambil sampah tiap rumah, namun senyum pada mereka sebab tanda syukur dan thanks, jika bukan mereka kutip sampah ikut jadual, memang lagi takselesa lah kita ni if sampah limpah ruah, busuk lagi, ulat dsb iii) perut juga kurang selesa masa round 1, hilang lepas tu ada balik round 4. Teringat mak tiri sedang dalam icu asalnya sakit perut aja, betapa perut adalah brain kedua, maybe saya ada bimbang sedikit dengan kondisi dia dan kesihatan saya, Saya pula dah amal minum air rendaman al manna untuk bakteria baik dalam perut, so ini maybe sebab makan tengah malam tadi (ohooo) dan Fateh kami dah start inulin untuk kesihatan perut dan otak dia juga walau terpaksa dia minum juga laaa 😁 . . Kesimpulannya, apalah sangat ketidakselesaan ini berbanding tak terkira kuantiti dan nilai nikmat Allah beri pada diri ini. . ♥️ No satu sayang siapa? (Soalan quiz spontan anak2 - Allah... otomatik mereka jawab). Cinta Allah Rasul melebihi dari segala.. Terima kasih Allah.. atas nikmat Kau berikan kepada kami. Maznah Ibrahim