fa
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 16 269 مشترک است و جایگاه 964 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 367 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 16 269 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 22 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -122 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -4 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 5.48% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.43% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 891 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 395 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 23 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

16 269
مشترکین
-424 ساعت
-357 روز
-12230 روز
آرشیو پست ها
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Saya akan live dalam webinar room, untuk tajuk Therapeutic Storytelling for Our Children. Jum siapa belum daftar, boleh daftar sini, sempat lagi ni.😊😊😊 https://webinar.maznahibrahim.com/storytelling

photo content

photo content

Tiba-tiba Khairunnisa' 4 tahun menjerit dan merengek kuat. Kuat sekuatnya, sah suara keluar dari perut (mak senyum aja dalam hati 😅). "Kakak, kakak ingat tak cerita Mummy pasal gajah yang nama NoNo tu... Takkan Kakak nak jadi macam gajah tu, kakak kan nak jadi kancil YesYes", Fateh 7 tahun bersuara dengan nada rendah dan penuh mendidik. Khairunnisa' diam dan mula kelihatan berfikir sejenak. Alhamdulillah... leganya hati Mummy. Fateh boleh remind kakak menggunakan karektor dalam cerita itu. (sebenarnya Fateh ni dah tahu sangat niat di sebalik cerita ceriti saya tu, tapi dia masih suka mendengar lagi dan lagi, hehe ☺). Rupanya cerita itu terkesan di sanubari si anak semalam sampai hari ni. Semalam mereka berdua berebut nak dapatkan sticker 'YesYes' dan kumpul. Khairunnisa' pula terus sanggup buang air kecil di bilik air walau tak rasa nak buang sebelum tidur untuk dapat sticker. .... 2 Hari kemudian lagi. "Buku ni teacher bagi la Mummy...", Khairunnisa' memberitahu saya dengan tegas. "Oh yeke, ok. Ni monyet ni nama apa Kakak?", saya pula bertanya sambil menunjuk ke arah muka depan buku itu, mengalih perhatian. "Monyet ni nama NoNo..", dia menjawab spontan. (Aik, nama itu lagi ke 😆) "Maknanya monyet ni ialah binatang yang Kakak takkan ikut la?", saya bertanya lanjut untuk lebih jelas. Khairunnisa' mengangguk-angguk. ....... THERAPEUTIC STORYTELLING Saya kerap menceritakan kisah bertema binatang dan cerita ceriti rekaan saya sebelum tidur kepada anak-anak dalam keadaan gelap itu. Anak-anak akan terkekek-kekek gelak kerana banyak ceritanya sangat tak logik dan kelakar. Namun itulah 'key'nya, lagi tak logik, lagi anak akan ingat😉. Saya belajar ini dari training Play Therapy saya dengan Monica Jephcott dahulu, masa zaman bujang (sekitar 2006-2007). Teringat seorang kawan Chinese yang sudah anak 3 menggunakan kaedah 'Therapeutic Storytelling' untuk anaknya yang masa itu hendak dihentikan botol susu. Masih segar sebab kisah itu 'real' dan berjaya selesai dengan kaedah ini. Saya mendengar sahaja dan ia masuk dalam memori. 😉 Kini kita pula guna,😄 Ia dinamakan 'terapeutik' kerana ia ada objektif untuk perubahan tingkahlaku. Bukan cerita sia-sia semata. Ada tujuan, atau matlamat, dan niat baik untuk fokus kepada satu satu tingkahlaku sukar spesifik si kanak-kanak, yang mereka 'struggle' dan perlu belajar 'coping skill' atau strategi daya tindak baru daripada situasi dirinya itu. Ia tanpa sedar, namun menariknya ia sangat direct dan cepat; si anak akan belajar sesuatu. Kanak-kanak akan belajar cara lain untuk 'handle' kesukaran emosi dan tingkahlakunya dengan lebih baik pabila kisah itu ialah kisah orang lain, secara spesifik binatang, dan bukan manusia seperti dirinya. Cerita karektor lain ini membuatkan mereka tak rasa terancam 'direct' menuju kepada dirinya, sebab 'ia kisah orang lain'. --- Sempena Ramadhan dalam beberapa hari lagi ini, Saya mahu hadiahkan anda 1 Kelas Webinar bersama saya, khusus untuk teknik / strategi ini, Agar anda ada 'tool', untuk digunakan bagi menceritakan kepada anak-anak, contoh untuk bangun sahur, untuk berpuasa, untuk bersabar, untuk berbaik dengan adik beradik dan apa-apa sahaja. Moga ramadhan kali ini menjadi pemula untuk ibu ibu ayah bonding dengan si anak, sambil mendidik karektor mereka menjadi seperti anda mahu. Pembentukan dan penerapan karektor, disiplin, sahsiah dan budi dalam diri anak kita. Sudi? KOMEN 'Nak Webinar'. Bila cukup ramai saya akan reply pm dengan registration form. Bila? . Jumaat 12.15-1.15 tengahari esok. Ia sejam, dan live, beri strategi langkah langkah dan idea saja. selebihnya anda buat customised ikut anak anda (anak suka apa, anak isu sukar apa) dan kongsikan dengan saya nanti agar kita ibubapa dapat idea dan kaya dengan cerita terapeutik. . MAZNAH IBRAHIM *sharekan dengan pasangan dan rakan anda yang perlu dan boleh attend kelas ini. Komen di sini untuk dapat link: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1152741171567132&id=477691842405405

photo content

"...... benar ketegasan amat perlu. ia dipanggil boundary, dalam aspek psikologi dan parenting jika takda boundary, akan takda batas dan limit, keadaan akan worse. jadi, puan amik kira sebagai ketegasan itu untuk keadaan jadi selamat, dan baik untuk si anak dan surrounding termasuk diri puan niat, bila niat ok, cara tegas adalah penuh kasihan dan perasaan sayang kepada si anak, bukan beremosi marah, bila ada rasa marah, tegas kita tu lain, memang boleh rasa tak best, rasa bukan 'al insan' dah. ia penuh dengan ego ibubapa yang nak menang dan menguasai si anak. jadi puan sebut dalam diri "saya tegas to keep them safe n healthy, bukan saja saja tak bertempat.." Allah tahu. Maznah Ibrahim

photo content

Self Esteem atau Penghargaan Kendiri anak kita takkan boleh dibeli dengan wang ringgit. Ia ditanam lama, dengan kaedah betul dan masa yang tepat. Ibubapa lah yang berperanan menanamnya sejak dari dalam perut... pabila ada saja situasi anak rasa diri tak boleh, tak cantik, tak pandai etc, kita cek balik pujian kita kepada mereka selama ini. puji orangnya ? ✖ (kakak bagus) puji umum? ✖(bagus apa?) puji label ? ✖ (pandai, cantik, elok, bagus) . Pujian yang betul perlulah ✔ Puji tingkahlaku spesifik yang betul (garis dengan lurus, sikat rambut kemas, tulis kecil dalam garisan, rajin basuh pinggan, tudung cantik sepadan baju, etc) ✔ Puji segera tidak tangguh (sebaik anak nak buat terus puji). . Jum tanam self esteem anak untuk nilai diri dia terus kukuh, yakin diri dan positif. Maznah Ibrahim *Gambar Magic Mirror pre dan post salah seorang adik remaja dalam Pendidikan Keselamatan Peribadi Remaja, adik adik semua izinkan Kak Maznah share untuk manfaat lebih ramai orang lagi.

*untuk kes Fateh anak T yang menakluki ibubapa I dia, setiap apa kami cakap dia biasanya bangkang, taknak dengar. *Tapi sepanjang perhubungan kami, memang give in first apa dia nak, nego dan buat reflection selepas itu. Biasanya dia dapat nilai selepas itu : "betul lah apa mami kata..". saya selalu kata : "dengar cakap ibubapa selagi apa mami cakap benda betul dan tak suruh buat benda tak betul dan mudarat, insyaAllah hidup selamat nanti". *contoh dilukiskan gambar kartunis, dia nak, lepas tu taknak sangat. kalau perasan di tangan dia ada beyblade (give in first setelah bincang +nego panjang semalamnya). *ibubapa I fikir panjang nak gambar kenangan 20 tahun lagi, dia T fikir pendek untuk apa gambar ni 😅, *Always find WIN WIN situation ok.😊 Maznah Ibrahim

photo content

Anak anak, walau masih kecil dan belum matang, tak mengapa tanyakan apa dia mahu, apa dia fikir, apa pandangan dia (keputusan dia). . Namun, keputusan AKHIR tetap dari ibubapa sendiri, dari penilaian kita yang lebih matang dan kenal anak anak sendiri. . Maka, tidaklah dinafikan sudut pandangan kecil mereka, kerana mereka tetap ada HAK 'keterlibatan, bersuara' (PARTICIPATION'S RIGHT). . Bukan bermaksud mendengar dan ikut sahaja semua yang anak kata, . tapi (i) MENDENGAR dahulu (sangat penting), (ii) TIMBANG TIMBANGKAN, (iii) kita buat keputusan, dengan (iv) MAKLUMKAN kepada mereka dengan penuh hikmah😊😊😊 (beri sebab yang logik dan penuh mendidik). . InsyaAllah, anak akan DENGAR dan TERIMA keputusan kita tu 😊 . KEYNYA MENDENGAR dulu, Give in first, You will get back. . Maznah Ibrahim. *apa yang dia/kita SUKAI mungkin TIDAK BAIK untuk dia/kita, dan apa dia/kita TAK SUKA mungkin BAIK untuk dia/kita, maka sentiasalah TANYAKAN Allah dahulu (2:216)

photo content

Alhamdulillah selesai saya di Malam Pertama bersempena Pameran Dunia Media anjuran Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang, 24-28 April 2019. Santai Keluarga Bahagia ini saya diberi kebebasan memilih tajuk. Fikir demi fikir, saya memilih mengenai Pendidikan Keselamatan Peribadi anak anak kita di alaf baru 2019 ini, dengan memasukkan beberapa fakta terkini, dari Adolescence Health Survey (AHS), NHMS 2017, dan contoh sebenar dari pengalaman saya sepanjang 14 tahun dalam kaunseling kanak-kanak, remaja, keibubapaan dan kesihatan mental. Semuanya ada kaitan, Mental Illness di kalangan orang dewasa berpunca dari pengalaman dan gaya daya tindak mereka, serta sokongan yang mereka terima sejak kecil. Jadi, untuk dewasa yang sihat kelak, perlukan anak anak kita yang juga sihat, dan disokong perkembangannya. Cegah, lebih baik sebelum parah dan perlu dirawat. Rawatan penyakit mental, makan kos, masa, tenaga besar. Bertahun mungkin belum habis. Cegah, lagi mudah, masukkan sahaja ilmu personal safety dari kecil. Tugas, pastinya tugas ibu bapa, sebagai yang utama. Maznah Ibrahim

BULI Responlah sebanyak mana emosi anak semasa mengadu kepada anda, Katakan dia memberitahu dengan sungguh-sungguh "Mama tadi kan A pukul Abang!" Beri perhatian dengan respon sungguh-sungguh: "Iyer.. ok lepas tu?" (Minima perkataan, dan menggalakkan anak bercerita lagi) Kerana, hakikatnya waktu kecilnya kepada anda sajalah dia akan bercerita, Besarnya nanti ibubapa akan mula menjadi 'pilihan akhir' untuk mereka beritahu. . Maznah Ibrahim https://maznahibrahim.com/buli-anak-perlu-didengari-dan-dibantu-sejak-awal-usia/

photo content

photo content

Idea Art for Bonding Time with Children 1) Tulis Nama mereka 2) Gunting bagi tak putus bawahnya 3) Buka, 4) Tanya, nampak apa? 5) Minta mereka hiaskan Fateh nampak 'orang' (macam topeng), esok dia sambung kaler n hias, nak tidur sangat dah KN memang dah lalok nak tidur sangat sangat, esok dia tengok insyaAllah *setiap indvidu akan nampak 'sesuatu' dari nama sendiri *Fateh tanya Mummy belajar dari mana? (kekaguman bunyinya) *Mummy belajar dari Monica Jephcott president PTI / PTUK masa Play Therapy training kat Malaysia Nov 2006 dulu.... *Feelings and body remember. Maznah Ibrahim

photo content

Dari AHS (Adolescent Health Survey), NHMS 2017, ✓ 2 dalam 5 anak remaja kita (usia 13-17), alami cemas (simptom anxiety). ✓ 1 dalam 5 depressed ✓ 1 dalam 10 stres

Kebetulan baru cakap kepada para ibubapa di sekolah menengah di Perlis tadi. 😃 Ini sebenarnya psikosomatik. dan bila tak dibantu awal, hujungnya memang menghala kepada 'mental health issues' iaitu mereka suffer dengan anxiety, depression, panic disorder, OCD dll kelak. Jadi, dengari dan cuba bantu anak anak yang komplen sakit kepala, sakit perut, sakit dada, sukar tidur, pening dan nak muntah. Ia perasaan sakit fisiologi yang real dirasai mereka walau bila diperiksa dengan doktor, tiada 'bukti'. *fear / takut, energi nya memang di perut. Maznah Ibrahim https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1144534545721128&id=477691842405405