en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels πŸ‘‰ If you want to see the tag, subscribe

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 15 718 subscribers, ranking 958 in the Family & Children category and 2 320 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 15 718 subscribers.

According to the latest data from 02 November, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -143 over the last 30 days and by -7 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 3.92%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.07% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 616 views. Within the first day, a publication typically gains 325 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œChannel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 03 November, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

15 718
Subscribers
-724 hours
-367 days
-14330 days
Posts Archive
Antara Soalan Kerap Ditanya Kepada Saya Ialah: Berkenaan Anak Berbohong/Menipu? . PENGGUNAAN KEYWORD YANG LEBIH TEPAT --------‐---------------------------------- Kerapkali juga saya jelaskan 'keyword' perlu guna untuk rujuk situasi seperti ini ialah "Anak TIDAK bercakap BENAR" (tujuan nak mendidik minda parenting kita) dan Bukanlah 'MELABEL' anak dengan keyword 'MENIPU/BERBOHONG/ MENYEMBUNYIKAN KESALAHAN'. Sebab kita nak 'lead' dan didik anak kepada 'BERCAKAP BENAR' (sifat Al Amin, kan). Dan antara punca utama ialah anak sudah tahu RESPON ibu ayahnya bila dia beritahu sesuatu berkaitan dia salah. Bila mereka bercakap benar tentang sesuatu perkara yang merupakan kesalahan mereka, Seperti mengambil barang rakan, memukul rakan, didenda guru dsb... Ibu ayah akan REACT bukan RESPOND, Dengan marah, atau menyalahkan dia lagi ada la......... . Maka anak pun TAKUT untuk BERCAKAP BENAR, Rela lagi i. bercakap tidak benar atau ii. ada yang sampai mereka cerita lain pula (make up other stories), ataupun iii. memendam, Menyimpan aja rahsia tak selamat tu... . APA IBU AYAH PERLU CAKAP KEPADA SI ANAK -----‐-------------------------------------- Biasanya juga saya akan katakan: 1. Tekankan kepada anak yang Ibu Ayah Lebih Suka bila anak bercakap benar walau apa dia buat tu benda salah, 2. Dan kesalahan menyembunyikan kebenaran dengan mereka cerita lain adalah DUA KALI GANDA kesalahan iaitu i. kesalahan asal itu sendiri, ii. kesalahan mereka cerita lain pula... . . MARI KITA TENGOK JAUH LAGI KE BELAKANG ----------‐-----‐‐------------------- Ini satu lagi perkara yang perlu anda tenung dan telusuri pengalaman respon anda kepada anak sewaktu usia dia awal-awal kehidupan, iaitu usia 1 tahun.... dulu. . Pabila Anak Kecil Kita Tu Memberitahu Sesuatu Berkaitan Kesalahan Dia...Besarnya Pengaruh Respon Kita Untuk Karektor Dia Kemudian Nanti Kesalahan si kecil seperti: Air tumpah, Nasi bertaburan, Beras bertebaran, Meja makan atau lantai makannya berkecahan, Mainan kecilnya masuk ke lubang jamban, Dengan beria-ia sekali, Seolah 'Tak Rasa Bersalah' ? πŸ˜†πŸ˜ŸπŸ€” Raikan 'kejujuran' dan 'kesungguhan' dia tu dengan selesaikan atau solusikan saja situasi itu dengan tindakan, Bukan membebel, atau marah, atau berlebihan menasihati (boleh memberitahu minima apa perlu buat saja contoh "Makan elok-elok ya Y-Nama Dia") . HASILNYA NANTI TAK LAMA PUN ----------‐------------------------------- Percayalah nanti besar sedikit dia tu, Pabila ada perkara yang dia buat salah di rumah pengasuh, Taska, Tadika, Sekolah, hatta rumah sendiri, Dia akan tak teragak-agak atau takut nak beritahu kita, (Sebaiknya berlaku πŸ‘‰ Kata kasar sikit = 'Anak Suka Menipu') Sebab dulunya sewaktu dia beria-ia beritahu kesalahan tulus dia dengan jiwa murni dia, Kita tak marah pun dia, Malah kita bantu dia SOLUSIkan, Kita TUNJUKKAN CARAnya, . Dan seawal dia usia 1 tahun lebih pun, Percayalah, Dia sudah boleh buat sendiri 'SOLUSI' yang selalu anda lakukan, Atau tunjukkan, Dengan jujur, tulus, murni, ikhlas, bersungguh-sungguh, Tanpa perlu DISURUH pun. . MasyaAllah... Care, Maznah Ibrahim Kongsikan dengan circle anda agar ramai-ramai kita berusaha positif pada kesalahan anak yang masih peringkat 'immature' ini. #RefleksiKeibubapaanMaznahIbrahim *CikYumna 1thn 6 bulan dah tak mengadu ketumpahan makanan nasi dia dah, sebaliknya terus ambil penyapu dan cuba sapu sendiri. Waktu lain, dia ambil dan gunakan penyapu dan penyodok sekaligus......β™₯️

photo content

Jadilah Ibubapa yang Matang, Bukan Menyahut Petanda dari Sang Anak yang Mengundang Pergaduhan Tidak Sama Seri... Cegah anak tantrum juga bermaksud: Kenalpasti keperluan dan hasrat si anak, Jika mampu penuhinya, penuhilah saja, Kadangkala yang mereka mahukan cuma benda kecil saja, Yang pastinya 'besar' dan 'penting' pada dia tapi remeh atau tak terperasankan pun oleh kita... Tadi Yumna yang baru bangun dari rumah pengasuh terus diambil dibawa masuk ke kereta dan mahu dipasangkan tali pinggang keselamatan carseatnya, hampir saja nak tunjukkan 'tantrum' / memberontak / protesnya.. sambil menunjuk sesuatu di bawah.. Kemudian saya ambilkan rupanya 2 biji marble warna warni kepunyaan si abang. Terus mood dia ok. Hmm nasib baik Mummy ni dah tua dan tenang jugak la.. Kalau mummy layan untuk bertegas pasangkan tali pinggang tu, for sure lah perang dunia ke berapa lah agaknya ya.. Ia jarang-jarang berlaku, kerana biasanya hasrat si kecil yang tidak memudaratkan atau teknik alih perhatian saja sudah memadai untuk si kecil ini. Kadangkala yang buat dia ada saja hal tu sebab penat (tak cukup tidur, mengantuk) atau lapar dan dahaga saja... Maznah Ibrahim #SeminarTantrum7Disember2019 http://www.wasap.my/+60194705625/

photo content

7 Idea Aktiviti Bina 'Bonding' Untuk Cuti Persekolahan Panjang Anak Percutian Sekolah Anak Yang Panjang Sebenarnya Peluang Keemasan untuk Bina Perapatan (Bonding) dengan Anak. https://maznahibrahim.com/7-idea-aktiviti-bina-bonding-untuk-cuti-persekolahan-panjang-anak/

photo content

6 Pit Stop Dalam Kehidupan β€˜Parenting Journey’ Kita Dalam kehidupan yang stabil atau seimbang, menjurus ke arah kebahagiaan, atau kemenangan dan kejayaan, perlu ada matlamat yang jelas. Dalam menuju ke arah pencapaian matlamat itu, akan ada hentian-hentian sementara bertujuan untuk melepas lelah, berbincang, mengambil semangat atau motivasi dan seterusnya sedia untuk β€˜move on’. Seterusnya : https://maznahibrahim.com/6-pit-stop-dalam-kehidupan-parenting-journey-kita/

SAFINAH-ISMAIL.pdf3.76 KB

10 Gaya Komunikasi Umi Nadzrah (Profazz) Yang Boleh Dicontohi dalam Pembentukan Sahsiah Anak-Anak Beliau 😍😍😍 *Bonding Kuat dan Positif 0-3 Tahun *Autoritative Style (demand ada, support juga tinggi) *Tegas pada tempatnya berkaitan Akidah dan Akhlak

photo content

Selamat menjalani cuti persekolahan panjang anak-anak kita tahun berakhir 2019 ini.β€οΈπŸ€ . Kelak menyusul tahun baru 2020 pula.. . Teringat Wawasan 2020 sejak sekolah lagi kita mendukung cita cita dan hasrat Negara ketika itu.🌟⭐️ . Kini, hmm sudah sampai masanya. . Produk pemuda pewaris negara, kita semualah tu Lahir tahun 80an dan 90an..β˜ΊοΈπŸ˜„ . Semoga kita terus positif dalam usaha menjana produk kekeluargaan yang berkualiti dan sekaligus anak anak kita inilah yang akan menyumbang untuk kesejahteraan emosi sihat sesebuah negara.πŸ‘Œ . Plan dan laksanakan dengan baik aktiviti cuti cuti anda, . Dan jika anda ke utara, atau mahu berjalan ke utara, Bolehlah ke Seminar separuh hari ini, Untuk memahami dan membantu tantrum anak yang selalu kita hadapi, Dengan lebih baik dan spesifik, InsyaAllah. . 🌐 7 Disember 2019 (Sabtu) 9 pagi - 1 tengahari Hotel Seri Malaysia, Sg Petani, Kedah. . Whatsap admin penganjur di poster di bawah. . 🚘 Selamat berCUTI Semua = BONDING dengan anak-anak.πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ . *saya tidak dapat menerima jemputan tv al hijrah mengenai aktiviti anak2 sempena cuti sekolah, pada hari ini Sabtu 7am kerana ada kekangan masa dan tuntutan tugasan lain di sini. Mudahan slot berkenaan tetap lancar dan berimpak dalam menyediakan ibubapa dengan idea dan info berkenaan untuk anak anak kita semua. 😍

Anak Selalu Cemerlang Akademik, Tetapi Pada Hari Anugerah, Tak Tercalon Sebagai Penerima Hadiah Naik Ke Pentas Sedangkan Kawan Baiknya Naik ke Pentas Beberapa Kali.. Pasti anak pun rasa sedih dan cemburu kan? Jadikan cemburu itu sebagai semangat motivasi dan cemburu positif! Tetiba saya teringat anak saya sebab anak kami sama usia, 7 tahun dan puan yang bertanya ni follower saya sejak anak saya Fateh usia bayi. https://maznahibrahim.com/anak-selalu-cemerlang-akademiktetapi-pada-hari-anugerah-tak-tercalon-sebagai-penerima-hadiah-naik-ke-pentas-sedangkan-kawan-baiknya-naik-ke-pentas-beberapa-kali/

photo content

Mahu Tahu Macam Mana Nak Manage Salah Laku Anak ? . 1. Jika anak memang biasa pukul, cubit, tumbuk orang --> beri dia alatan untuk buat aktiviti sama tetapi bukan kepada manusia, kepada alatan yang selamat (punching bag, bantal, etc) (sediakan medium atau setting nya saja) . 2. Jika anak suka cakap benda tak baik, marah-marah, sebut badwords ke --> ajar dan latih anak untuk tarik nafas dan hembus di mulut lama-lama / nyanyi / sebut astaghfirullahalazim 10 kali . 3. Jika anak mudah naik kaki --> sediakan alat menyepak dan suruh anak tendang bola, tendang angin, jalan laju / lari / kayuh basikal banyak round . Ia management untuk emosi kanak-kanak Dengah saluran dan cara yang selamat dan sihat, . πŸ• Cara spontan dan πŸ•‘ Secara latih (by training), . Hakikatnya anak kecil masih dalam proses belajar regulasi emosinya (urus emosinya), . Bukan dimarah, dihukum, diherdik, dikritik, . Key nya πŸ• Urus tingkahlaku, πŸ•‘ Bukan Label Orangnya (seperti degil tak dengar kata, nakal dsb) . At least bila beri alternatif tindakan, Maka dia tak cederakan orang / rosakkan barang / dan cederakan dirinya sendiri. . Doa banyak-banyak juga sebab doa ibubapa maqbul kan. . Ibubapa diuji untuk skill baru. . Last But Not Least . 4. Ibubapa wajib tak buat macam tu pada anak (naik tangan, naik kaki, mencemuh memaki dsb) - Hakikatnya anak belajar dari ibubapa sendiri, monkey see monkey do, anak alami atau diperlaku, anak buat balik pada orang. . Jika ibubapa pernah terlepas laku seperti 3 jenis di atas, Ibubapa boleh astaghfirullahalazim banyak-banyak, dan solat sunat taubat aja, InsyaAllah boleh masuk on track betul balik. . . Share kan. β™₯️ Maznah Ibrahim.

My Work Life Balance Story -----------*-----*------*---------------- Semalam nak demam sedikit. Tekak dan lendir sedikit. Lewat petangnya potong rambut fateh yang dikatakan 'rambut cendawan' oleh kawan dan teachers dia. Mummy ajar utk say No dan tell your feelings. Kalau tak orang tak tahu dia x suka kan. It s some sort of Bully juga tu. (Mummy pun siap tambah, kalau Mummy, rambut Fateh ni macam Helmet)πŸ˜† marah dia. OK stop.πŸ’β€β™€οΈ Ayat skrip diajar begini: "Jangan panggil rambut saya rambut cendawan, Saya tak suka. Ini rambut Fateh". ***Not much worries sebab dia jenis berani dan asertif. . So rambut dia pun dah pendek banyak, Oleh mak mertua Aunty biasa tu. So rasa sesuai repeat kat Nenek ni bukan Aunty biasa dari bayi sampai laa 7 tahun (tempat sama). Then Mummy pun potong rambut Mummy (muslimah tertutup tirai), Siap shampoo, urut dan cuci, tambah vitamin lagi hehehe. Rasa terapi betul. Sebab kepala ni penting, Saluran darah biar lancar dari atas ke bawah. Means kena urut satu badan pula, kan. Last urut bulan September baru ni Tetiba teringat, Masa bilas rambut tu Adik pekerja yang buat servis ni puji kami, Rajin layan dan sembang dengan anak-anak, bagus untuk kanak-kanak, Saya kata biasa aja Ini aja masa ada masa depa kecil, Walau adik ni usia baru 20 tahun, Dia boleh identify kelainan dan kepentingan aspek 'rajin melayan' dan 'sembang' dengan anak-anak ni πŸ‘πŸ‘πŸ‘ Sebab dia kata setengah ibubapa tak layan dan sembang pun dengan anak-anak (oh yeke πŸ€” memang camtu ke). . . Balik rumah memang nak demam sikit, Sempat masak kari ikan tenggiri kakak dan suap depa dua makan (KN dan Yumna, Fateh terus pengsan lepas mandi). As usual, ini management saya dan sesuai, dan resolved rasa nak demam dan tekak tu 😊 Alhamdulillah Ala Kulli Hal - air panas - halia racik halus - biar seketika - campur air biasa agar tak terlalu panas - limau kasturi (better lemon tapi xdak) Minum. Haa Esoknya terus elok. Hari ni la esoknya tu πŸ˜πŸ‘ Paginya bergegas siap sebab ada slot CME di Jabatan Anaes by request. Wah hebat smua doktor pakar, mo dan ho. Dalam 29 orang camtu di klinik anaes bangunan baru rasanya (xingat laluannya). Line ok, saya share Work Life Balance - Stress Management Menggunakan 5 Love Language test, Masuk aja terus guna hp ke laman website nya oleh Gary Chapman. Terus result keluar, kan. Pastu makan breakfast kejap di bilik rehat kat Pain Clinic. Borak sikit, doktor lelaki ni tanya pasal tadika anak kedua dia, Dia sebut Kidzaniaa, Hmm macam PlayLand. Saya mentioned Dr Putri dan Kinderkaizen bagus, Terus dia kata, haa Kinderkaizen, bukan Kidzania, Ok 😁 silap term. Bagus nak buka di Perlis dah. Ok ke main main aja, anak belajar ke? Ya, no worries doktor, Anak belajar thru bermain, Sampai masa ready dia sendiri boleh catch skill 3M tu, trust the process, child development memang budak fitrah suka dan perlu bermain. Habis makan, jumpa dua doktor untuk dengar dan consult isu mereka, buat kat Pain Clinic. Macam sesi pula. Takpa. Rasa gembira dapat bantu beri consultation pada doktor kedua untuk anak buahnya. Kita kena bantu awal kan. πŸ˜ŠπŸ‘ Mudahan bermanfaat tuk mereka. Love sharing as usual with peoples Sebab drh O dan ekstrovert tu 😊😊😊 *gambar KN dua hari lepas pagi2 masak kek mentega noxa dia dengan YumnaπŸ‘πŸ‘πŸ‘

photo content

photo content

Mahu Jadi Penting Pada Anak-Anak Kita? Kadang anak-anak ni gajet atau kawan lagi penting dari ibubapa dia. Ini saya kongsikan 1 strategi untuk ibubapa jadi lebih penting dari perkara lain. Caranya simple saja. [BERMAINLAH dengan mereka banyak-banyak] Sebab bila saya test 'Mystery Game' untuk tahu anak-anak kecil ini suka apa, sebagai bahasa cinta yang mereka dambakan sangat dari ibubapa, Mostly suka 'gift', hadiah kejutan, mainan, material dsb. Sebab: πŸ‘ anak kecil fitrahnya bermain πŸ‘ mainan dan material ini adalah sumber 'happines' mereka sebab mereka boleh bermain dengan alatan ini.. πŸ‘ jadi, cara untuk guna info ini ialah ibubapa jadilah TOOL UTAMA/ alatan atau sumber untuk mereka bermain. . PALING MUDAH, FREE DAN JAMIN anak-anak anda akan suka ialah :- . [MAIN SOROK-SOROK] (HIDE AND SEEK) πŸ‘‰ anak-anak dan mak sorok, ayah cari semua orang, πŸ‘‰ anak-anak dan ayah sorok, mak cari semua orang, πŸ‘‰ mak, ayah dan anak-anak sorok, 1 dari anak akan mencari semua orang πŸ‘‰ buat sebelum tidur semua terlibat, atau sebelum ayah balik (jika ayah ibu asing balik rumah) . Buatlah peraturan, Kira (counting) berapa kali. Contoh dalam 30 kali (anak pun akan pandai mengira :)). . Apa manfaatnya? BESAR SANGAT-SANGAT: . πŸ• Untuk perkukuhkan 'seeking system' dalam otak mereka, ia satu dari 3 sistem emosi positif di otak yang sangat power, bila mencari dan dicari, waah rasa penting tu, rasa 'wanted' (dicari), rasa 'important' dan 'orang besar' (mencari), 'induce excitement' tu... πŸ•‘ 'Bonding' akan semakin kuat. Ia 'special time'. Benda ni masa anak-anak dari usia 0-9 tahun lah mereka nak main ke-anak-anak-an macam ni, dah besar mana nak main benda macam ni kan? Jadi jika mereka besar nanti, mereka akan kenang momen main ini sebab ia sumber asas kegembiraan yang besar tau. πŸ•’ Ia ganti gajet / material lain sebagai sumber kegembiraan (happiness) anak-anak, maka ibu ayah lah sumber kegembiraan (happiness) anak anak ;) Kanbest tu, anugerah kegembiraan anak - ialah IBUBAPA dia sendiri. . Cubalah. Saya yakin sahabat semua pasti ada bermain sorok-sorok dengan anak-anak. . Cuba kongsikan dengan saya, pengalaman anda. . p/s: Kami, dari anak no 1 hingga kini 3 orang, memang main game ini, terkedek-kedek la si bayi ni merangkak menyorok, hingga besar 7 tahun pun terus stop tengok tv kegemaran sebab nak involve bermain sorok-sorok ni. πŸ˜„ Sangat simple, kelakar dan comel bila mereka sorok dan akan bagitahu mereka di kedudukan mana tersorok tu. Kadang saya beri misteri dan tough sikit, tutup lampu jadi gelap, buka 1 lampu aja, hahaha, memang mencabar sih...πŸ˜πŸ˜† ------ Tulis komen pengalaman anda dalam bermain sorok-sorok ini dengan anak-anak. p/s: Sumber gambar: https://www.pregnancybirthbaby.org.au/separation-anxiety p/s: kongsikan dengan pasangan dan kawan baik kita agar sama sama tahu ya.

Mahu Anak Yang Kuat dan Kental Ketahanan Diri? . . Salah Satu Ciri Anak Resilien Atau Berdaya Tahan Dalaman Yang Tinggi ialah, Mampu untuk β€˜bounce back’ atau kembali kepada keadaan sediakala (keadaan yang baik). https://maznahibrahim.com/salah-satu-ciri-anak-yang-resilien-atau-mempunyai-daya-ketahanan-dalaman-yang-tinggi-ialah-dia/

Terkini: Kajian Membuktikan Bahawa Jika Kita Baiki Pengalaman Awal Kanak-kanak, Pengurangan Sehingga 21 Juta Kes Kemurungan Dewasa Boleh Berlaku Baru-baru ini pada 5 November 2019 Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di US telah mengeluarkan satu laporan kajian panjang mengenai kesan ACE (Adverse Childhood Experiences) kepada pelbagai masalah kesihatan orang dewasa kini. . Sejujurnya sepanjang 13 tahun saya terlibat dalam kaunseling kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua, saya sudah nampak 'pattern' dan perkaitan antara trauma kecil mahupun trauma besar zaman kanak-kanak (childhood trauma) dengan masalah kesihatan fizikal mahupun mental. Sambungan: https://maznahibrahim.com/terkini-kajian-membuktikan-bahawa-jika-kita-baiki-pengalaman-awal-kanak-kanak-pengurangan-sehingga-21-juta-kes-kemurungan-dewasa-boleh-berlaku/