fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 15 791 مشترک است و جایگاه 966 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 335 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 15 791 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 17 اکتبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -134 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -4 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 3.79% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.12% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 598 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 334 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 18 اکتبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

15 791
مشترکین
-424 ساعت
-407 روز
-13430 روز
آرشیو پست ها
photo content

Bila anak masuk fasa baru,dia sebenarnya sedang “belajar sesuatu”. Bukan sekadar tentang sekolah. Bukan sekadar tentang kawan. Tetapi satu soalan besar dalam emosi dia: “Bila aku susah dan keliru… orang dewasa buat apa?” Di sinilah peranan ibu bapa jadi sangat penting. Cara kita respon pada hari-hari awal perubahan akan mengajar anak satu perkara: Adakah dunia ini tempat yang selamat untuk dia bersuara? Atau tempat yang lebih baik untuk dia diam dan simpan rasa? Kalau masa itu anak ditekan, emosinya belajar untuk diam. Kalau masa itu anak disalahkan, emosinya belajar untuk memendam. Dan bila emosi tak rasa selamat, otak anak akan lebih fokus untuk bertahan daripada belajar. Sebab itu ada anak yang: – susah fokus – cepat give up – takut buat silap – atau prestasi pelajaran menurun tanpa sebab yang jelas Sebaliknya, bila respon ibu bapa tenang dan empati, emosi anak jadi lebih stabil. Dan bila emosi stabil, anak lebih mudah belajar, lebih berani bertanya, lebih yakin mencuba. Tanpa sedar, di situlah EQ anak terbina dan keyakinan akademik mula berkembang. Respon kecil hari ini boleh jadi sebab anak: – lebih tenang hadapi perubahan – lebih yakin di sekolah – dan lebih kuat dari segi emosi & pembelajaran Bukan sebab ibu bapa sempurna. Tetapi sebab ibu bapa sedar dan memilih untuk respon dengan lebih baik. Dalam webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan, kita akan belajar bagaimana ibu bapa boleh jadi tempat selamat ketika hidup anak sedang berubah. Jom sertai saya >> https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment?utm_campaign=adjust-tc4 Dr. Maznah Ibrahim

photo content

Anak duduk diam. Mata pandang bawah. Kelas penuh… tapi dia rasa sendirian. Bila anak berubah, kita cepat risau. Kadang-kadang kita terus fikir: “Kenapa anak aku jadi macam ni?” “Dia ni okay ke sebenarnya?” Padahal, dalam banyak keadaan, anak bukan bermasalah. Dia cuma sedang melalui fasa hidup yang penuh dengan perkara yang dia tak tahu dan tak pasti. Contohnya bila anak: – bertukar kelas – berpindah sekolah – berpindah rumah – tukar guru – atau rutin harian tiba-tiba berubah Pada mata orang dewasa, ini nampak kecil. Tapi pada emosi anak, ia datang bersama banyak persoalan dalam kepala. Siapa kawan baru aku? Cikgu ni garang ke tak? Peraturan sama ke lain? Kalau aku buat silap, apa jadi? Anak belum ada bahasa emosi yang matang untuk bertanya atau meluahkan semua ini. Jadi apa yang keluar bukan ayat…tapi tingkah laku. Ada anak jadi sensitif. Ada yang mudah marah. Ada yang diam dan tarik diri. Diam bukan sebab dia okay. Tapi sebab dia belum tahu macam mana nak jelaskan apa yang dia rasa. Itu bukan perangai. Itu cara anak cuba menyesuaikan diri dengan dunia yang terasa asing. Mungkin soalan yang lebih membantu bukan: “Kenapa anak aku buat macam ni?” Tapi: “Apa yang anak aku sedang cuba hadapi sekarang?” Dalam webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan, kita belajar melihat tingkah laku anak sebagai isyarat emosi, bukan masalah yang perlu dibetulkan segera. Bukan untuk memanjakan anak. Tapi untuk jadi tempat selamat, ketika hidup mereka sedang berubah. 👉 Link pendaftaran: https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment Dr. Maznah Ibrahim Kaunselor Berdaftar (KBPA)

photo content

Hari ini ramai anak Darjah 1 dah mula sekolah. Pakai baju sekolah yang masih rasa asing. Beg besar dari badan. Muka nampak tenang… tapi hati belum tentu. Bagi kita,“Sekolah je pun.” Tapi bagi anak, ini mungkin perubahan paling besar dalam hidup dia setakat ini. - Tempat baru. - Orang baru. - Peraturan baru. Dan yang paling berat - dia perlu berpisah dengan orang yang selama ni buat dia rasa selamat. - Ada anak menangis. - Ada yang diam. - Ada yang nampak macam “okay”. Tapi reaksi berbeza tak bermaksud perasaan mereka berbeza. Kadang-kadang, emosi tu keluar lepas balik rumah. - Meletup sebab benda kecil. - Menangis tanpa sebab yang jelas. Bukan sebab anak manja, tapi sebab dia sedang cuba menyesuaikan diri. Dalam Webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubah Sekolah & Kehidupan, Saya akan kongsikan apa yang berlaku dalam emosi anak bila masuk fasa baru dan bagaimana ibu bapa boleh respon dengan cara yang buat anak rasa selamat, bukan tertekan. Bukan untuk jadi ibu bapa sempurna. Tapi untuk jadi ibu bapa yang lebih faham. 👉 Link pendaftaran: https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment Dr. Maznah Ibrahim Kaunselor Berdaftar (KBPA)

photo content

PENDAFTARAN EARLY BIRD DIBUKA Sesi sekolah 2026 makin hampir. Ramai anak akan melalui perubahan - ada yang besar, ada yang nampak kecil pada mata kita. Masuk tadika. Dari tadika ke Tahun 1. Dari Darjah 6 ke Tingkatan 1. Masuk asrama. Berpindah sekolah. Atau sekadar bertukar kelas, cikgu dan suasana. Untuk kita sebagai orang dewasa, semua ini nampak “normal”. Untuk anak, perubahan selalunya datang bersama takut, keliru, marah, sedih, dan rasa tidak pasti. Anak jarang cakap panjang. Mereka tunjuk melalui emosi dan tingkah laku. Dan di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa jadi sangat penting. Bukan untuk paksa anak cepat ok, tetapi untuk menemani proses adjustment emosi mereka dengan lebih sedar. Webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan - "Jangan Biarkan Mereka Hadapinya Sendirian" Dalam webinar ini, kita akan bincang: – Kenapa adjustment bukan perkara kecil – Apa yang berlaku dalam dunia emosi anak bila perubahan berlaku – Tanda anak sedang struggle walaupun mereka tak cakap – Peranan ibu bapa sebagai safe base – Refleksi diri & tools praktikal ikut situasi sebenar anak Sesuai untuk ibu bapa anak 18 tahun ke bawah. Sebelum anak melangkah ke fasa baru, mari kita sediakan diri kita dulu. Pendaftaran EARLY BIRD kini dibuka 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment Perubahan tak boleh dielakkan. Tapi cara kita hadir untuk anak, itulah yang menentukan sama ada ia menjadi luka atau kekuatan.

photo content

[Webinar Percuma] Jika anda berminat dengan topik ini, saya jemput untuk sertai kami sekejap lagi. -------- Assalamualaikum/S
[Webinar Percuma] Jika anda berminat dengan topik ini, saya jemput untuk sertai kami sekejap lagi. -------- Assalamualaikum/Salam Sejahtera TERIMA KASIH TELAH MENDAFTAR PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA PENJAGA PESAKIT KANSER: KESEIMBANGAN DAN KESEJAHTERAAN PENJAGA Perkongsian pengalaman & cabaran penjaga pesakit kanser 20 Disember 2025 (Sabtu) 9.00 – 11.00 pagi Online Zoom Link Zoom: https://us06web.zoom.us/j/89001638508?pwd=aoFDnbHF740m9iI0RpxvZsAXPVfewG.1 Meeting ID: 890 0163 8508 Passcode: 975517 Terima kasih

BUAL BICARA BERSAMA PENJAGA PESAKIT KANSER: KESEIMBANGAN DAN KESEJAHTERAAN PENJAGA Perkongsian pengalaman & cabaran penjaga p
BUAL BICARA BERSAMA PENJAGA PESAKIT KANSER: KESEIMBANGAN DAN KESEJAHTERAAN PENJAGA Perkongsian pengalaman & cabaran penjaga pesakit kanser *20 Disember 2025 (Sabtu)* *9.00 – 11.00 pagi* *Online Zoom* *Ahli Panel:* Ts Dr. Mahazani Ali Penjaga Pesakit Kanser Puan Noraiyu Buang Survivor & Penjaga Pesakit Kanser Dr. Maznah Ibrahim Pegawai Psikologi (Kaunseling) Hospital Putrajaya *Moderator:* Miss (Dr) Visalini Sanmugachandran Pakar Perunding Pembedahan Payudara & Endokrin Hospital Putrajaya *PERCUMA & TERBUKA KEPADA SEMUA* Pendaftaran (sebelum 18 Disember): https://forms.gle/sCLfsxs89L5yMcQaA Pertanyaan: 0135938627 0377327471 E-Sijil disediakan

Last Call ! Jumpa kita malam ini, jam 9 malam ya 🙂👍. Ajak sekali pasangan untuk tonton bersama. Kalau tak sempat, boleh ton
Last Call ! Jumpa kita malam ini, jam 9 malam ya 🙂👍. Ajak sekali pasangan untuk tonton bersama. Kalau tak sempat, boleh tonton rakaman nanti. KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate

Kenapa banyak perubahan dalam keibubapaan sebenarnya lebih mudah bermula waktu cuti sekolah? Sebab waktu inilah anak lebih re
Kenapa banyak perubahan dalam keibubapaan sebenarnya lebih mudah bermula waktu cuti sekolah? Sebab waktu inilah anak lebih relaks. Tiada kerja sekolah, tiada exam, tiada tekanan yang buat mereka cepat overwhelmed. Mereka lebih terbuka untuk berbual, cuba aktiviti baru, dan terima perubahan kecil yang kita perkenalkan. Ibu ayah pun ada sedikit ruang bernafas. Tak perlu rushing pagi, tak perlu ulang-alik sekolah, tak ada homework malam-malam. Energi rumah lebih stabil. Dan bila kita perlahan… anak pun lebih mudah regulate. Hubungan pun lebih senang diperbaiki bila semua orang tak stres. Esok malam kita sembang lebih dalam tentang semua ini dalam Webinar Parenting Recalibrate. Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate Ajak pasangan sekali ya, senang nanti nak plan sama-sama. Dr. Maznah Ibrahim

Mood cuti dah on… 😀 Hari ini ramai ibu ayah di Selangor dapat bonus mood…cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor :). An
Mood cuti dah on… 😀 Hari ini ramai ibu ayah di Selangor dapat bonus mood…cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor :). Anak-anak Selangor pun cuti sekolah hari ini. So hari ini mungkin dah mula bunyi macam “early preview” cuti sekolah sebenar nanti 😁. Sambil kita semua warm up untuk cuti sebenar hujung bulan ni, saya just nak remind... Kalau anda belum daftar webinar Parenting Recalibrate untuk Sabtu ini, boleh daftar sekarang sebelum terlupa. Maklumlah… bila mode bercuti dah on, ada benda cepat hilang dari radar. KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate Dan kalau tak sempat join live, jangan risau, akses rakaman 1 tahun akan diberi, boleh tonton bila lapang...atau bila anak-anak tidur awal. Selamat bercuti dan semoga semuanya dipermudahkan hari ini. Jumpa Sabtu nanti insyaAllah. Dr Maznah Ibrahim

Kadang kita rasa kita dah cuba macam-macam… tapi tetap ada sesuatu yang tak kena. Hari ini saya nak ajak ibu ayah berhenti sekejap dan renung apa yang kita dah lalui sepanjang 2025. Anak makin besar, ragam makin banyak. Kita makin penat, tanggungjawab makin bertambah. Ada hari kita rasa kita buat terbaik… dan ada hari kita teringat momen yang kita tak bangga. Seorang ibu pernah kata pada saya, “Kadang saya rasa saya okay… tapi bila fikir semula, ada macam-macam benda saya nak betulkan. Saya jadi macam rasa marah pulak. Marah kepada diri saya sendiri.” Ramai ibu ayah sebenarnya rasa perkara yang sama. Cuti sekolah kali ini adalah ruang kecil yang sangat berharga. Ruang untuk kita recalibrate tanpa tekanan rutin harian. Sebelum masuk 2026, cuba tanya diri: • nak hubungan lebih rapat? • nak kurang marah? • nak lebih sabar? • nak bantu anak jadi lebih yakin? Kita tak perlukan perubahan besar pun. Kadang satu niat kecil dan satu langkah pertama pun dah cukup. Itulah tujuan Webinar Parenting Recalibrate - supaya ibu ayah ada arah yang jelas, bukan sekadar berharap. Kalau 2025 rasa agak berat… mungkin inilah masa terbaik untuk re-set. KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate?utm_campaign=recal-tc10 Jumpa nanti. Semoga bermanfaat. Dr. Maznah

photo content

Anak pun dah excited menghitung hari tu 😀 Jom ibu ayah kita pun siap sedia awal, Supaya bila cuti mula nanti kita boleh teru
Anak pun dah excited menghitung hari tu 😀 Jom ibu ayah kita pun siap sedia awal, Supaya bila cuti mula nanti kita boleh terus apply apa yang sesuai untuk bonding, rutin dan emosi anak, kita recalibrate apa yang patut. Webinar Parenting Recalibrate Sabtu ini, 13 Disember 2025 • 9.00 malam. Daftar di sini 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate?utm_campaign=recal-tc9 Jumpa Sabtu nanti. Dr. Maznah

Dia tak akan umur 7 dua kali. Hari ini saya nak kongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati saya. Kisah ini datang daripada pasangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ADHD. Bila mereka bercerita, nada suara mereka bukan marah… tapi penuh rasa bersalah. “Apa yang saya kesalkan… saya tahu dia istimewa. Saya tahu dia tak sengaja. Tapi saya tetap marah bila dia kacau adik. Bila dia terlalu aktif sampai rumah jadi kecoh.” Ayah itu tunduk. Ibu pula kesat mata. Mereka bukan tak sayang. Mereka faham ADHD itu impulsif, cepat ransang, tak boleh duduk diam. Mereka tak bagi ubat hujung minggu sebab nak beri anak ‘rehat’. Tapi itu bukan isu utama. Yang lebih saya nampak ialah kepenatan dan kekesalan mereka… Kerja rumah tak habis Urus adik-beradik lain Rutin hujung minggu penuh Dan mereka tiada masa untuk pantau 24 jam Mereka kata, “Kami nak sangat jadi ibu ayah yang positif… tapi bila letih, emosi memang terbabas.” Saya diam sekejap. Sebab ramai ibu ayah rasa benda yang sama. Ibu ayah anak normal pun. Saya pun pernah begitu. Dan bila mereka mula refleksi… suasana jadi tenang. Mereka nampak gambaran besar. Anak ini sedang membesar sekarang. Dia tak akan umur 7 dua kali. Dia tak akan umur 10 dua kali. Usia ini datang sekali saja. Tiada U-turn. Tiada rewind. Kami tetapkan: • azam baru • tingkatkan sabar • fokus 1–3 tindakan kecil Bermula tahun depan? Tidak. Bermula hari itu juga. Tindakan kecil yang mereka pilih: • bila anak terlalu aktif, berhenti 10 saat untuk regulate diri (dua cycle deep breathing) • beri arahan ringkas 1 langkah setelah diri tenang • movement break tiap 15 minit, sama-sama lompat bintang 10 kiraan satu set. Kecil, tapi cukup untuk ubah rentak. Sebab perubahan besar tak bermula Januari. Ia bermula bila ibu ayah kata, “Aku nak buat lebih baik demi anak aku.” Kalau anda baca sampai sini… mungkin anda pun rasa benda sama. Cuti sekolah sebelum 2026 ini masa terbaik untuk recalibrate. Cari balik strategi sabar. Stabilkan emosi. Pilih 1–3 tindakan lembut untuk menjaga perkembangan anak-anak bijak kita. Anak hanya membesar sekali. Momen itu tak kembali. Jom sertai saya Sabtu ini. Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate?utm_campaign=recal-tc8 Semoga roda cabaran kita kembali lurus dan terkawal. Jumpa Sabtu nanti. Dr. Maznah

photo content

Anak-anak: “Yahooo cuti sekolah 2 minggu lagi..!” Kita pula: “Ok jap… plan kita macam mana?” 😆 Cuti sekolah makin dekat. Kal
Anak-anak: “Yahooo cuti sekolah 2 minggu lagi..!” Kita pula: “Ok jap… plan kita macam mana?” 😆 Cuti sekolah makin dekat. Kalau rasa tahun ni banyak benda tak sempat nak betulkan, tak apa. Kita boleh mula perlahan-lahan dalam cuti sekolah kali ini. Webinar Parenting Recalibrate tinggal 6 hari lagi. Masuk cuti dengan lebih ready supaya tak berlalu begitu sahaja. Daftar sini>> 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate Dr. Maznah