Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 791 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 966,并在 马来西亚 地区排名第 2 335 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 791 名订阅者。
根据 17 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -134,过去 24 小时变化为 -4,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.79%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.12% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 598 次浏览,首日通常累积 334 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 18 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
15 791
订阅者
-424 小时
-407 天
-13430 天
帖子存档
15 791
Bila anak masuk fasa baru,dia sebenarnya sedang “belajar sesuatu”.
Bukan sekadar tentang sekolah.
Bukan sekadar tentang kawan.
Tetapi satu soalan besar dalam emosi dia:
“Bila aku susah dan keliru…
orang dewasa buat apa?”
Di sinilah peranan ibu bapa jadi sangat penting.
Cara kita respon pada hari-hari awal perubahan akan mengajar anak satu perkara:
Adakah dunia ini tempat yang selamat untuk dia bersuara?
Atau tempat yang lebih baik untuk dia diam dan simpan rasa?
Kalau masa itu anak ditekan,
emosinya belajar untuk diam.
Kalau masa itu anak disalahkan,
emosinya belajar untuk memendam.
Dan bila emosi tak rasa selamat,
otak anak akan lebih fokus untuk bertahan daripada belajar.
Sebab itu ada anak yang:
– susah fokus
– cepat give up
– takut buat silap
– atau prestasi pelajaran menurun
tanpa sebab yang jelas
Sebaliknya,
bila respon ibu bapa tenang dan empati,
emosi anak jadi lebih stabil.
Dan bila emosi stabil,
anak lebih mudah belajar,
lebih berani bertanya,
lebih yakin mencuba.
Tanpa sedar,
di situlah EQ anak terbina
dan keyakinan akademik mula berkembang.
Respon kecil hari ini boleh jadi sebab anak:
– lebih tenang hadapi perubahan
– lebih yakin di sekolah
– dan lebih kuat dari segi emosi & pembelajaran
Bukan sebab ibu bapa sempurna.
Tetapi sebab ibu bapa sedar dan memilih untuk respon dengan lebih baik.
Dalam webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan,
kita akan belajar bagaimana
ibu bapa boleh jadi tempat selamat
ketika hidup anak sedang berubah.
Jom sertai saya >> https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment?utm_campaign=adjust-tc4
Dr. Maznah Ibrahim
15 791
Anak duduk diam.
Mata pandang bawah.
Kelas penuh… tapi dia rasa sendirian.
Bila anak berubah, kita cepat risau.
Kadang-kadang kita terus fikir:
“Kenapa anak aku jadi macam ni?”
“Dia ni okay ke sebenarnya?”
Padahal, dalam banyak keadaan, anak bukan bermasalah.
Dia cuma sedang melalui fasa hidup yang penuh dengan perkara yang dia tak tahu dan tak pasti.
Contohnya bila anak:
– bertukar kelas
– berpindah sekolah
– berpindah rumah
– tukar guru
– atau rutin harian tiba-tiba berubah
Pada mata orang dewasa, ini nampak kecil.
Tapi pada emosi anak, ia datang bersama banyak persoalan dalam kepala.
Siapa kawan baru aku?
Cikgu ni garang ke tak?
Peraturan sama ke lain?
Kalau aku buat silap, apa jadi?
Anak belum ada bahasa emosi yang matang untuk bertanya atau meluahkan semua ini.
Jadi apa yang keluar bukan ayat…tapi tingkah laku.
Ada anak jadi sensitif.
Ada yang mudah marah.
Ada yang diam dan tarik diri.
Diam bukan sebab dia okay.
Tapi sebab dia belum tahu macam mana nak jelaskan apa yang dia rasa.
Itu bukan perangai.
Itu cara anak cuba menyesuaikan diri
dengan dunia yang terasa asing.
Mungkin soalan yang lebih membantu bukan:
“Kenapa anak aku buat macam ni?”
Tapi:
“Apa yang anak aku sedang cuba hadapi sekarang?”
Dalam webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan,
kita belajar melihat tingkah laku anak sebagai isyarat emosi, bukan masalah yang perlu dibetulkan segera.
Bukan untuk memanjakan anak.
Tapi untuk jadi tempat selamat,
ketika hidup mereka sedang berubah.
👉 Link pendaftaran:
https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment
Dr. Maznah Ibrahim
Kaunselor Berdaftar (KBPA)
15 791
Hari ini ramai anak Darjah 1 dah mula sekolah.
Pakai baju sekolah yang masih rasa asing.
Beg besar dari badan.
Muka nampak tenang… tapi hati belum tentu.
Bagi kita,“Sekolah je pun.”
Tapi bagi anak, ini mungkin perubahan paling besar dalam hidup dia setakat ini.
- Tempat baru.
- Orang baru.
- Peraturan baru.
Dan yang paling berat
- dia perlu berpisah dengan orang yang selama ni buat dia rasa selamat.
- Ada anak menangis.
- Ada yang diam.
- Ada yang nampak macam “okay”.
Tapi reaksi berbeza tak bermaksud perasaan mereka berbeza.
Kadang-kadang, emosi tu keluar lepas balik rumah.
- Meletup sebab benda kecil.
- Menangis tanpa sebab yang jelas.
Bukan sebab anak manja, tapi sebab dia sedang cuba menyesuaikan diri.
Dalam Webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubah Sekolah & Kehidupan,
Saya akan kongsikan apa yang berlaku dalam emosi anak bila masuk fasa baru dan bagaimana ibu bapa boleh respon dengan cara yang buat anak rasa selamat, bukan tertekan.
Bukan untuk jadi ibu bapa sempurna.
Tapi untuk jadi ibu bapa yang lebih faham.
👉 Link pendaftaran: https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment
Dr. Maznah Ibrahim
Kaunselor Berdaftar (KBPA)
15 791
PENDAFTARAN EARLY BIRD DIBUKA
Sesi sekolah 2026 makin hampir.
Ramai anak akan melalui perubahan - ada yang besar, ada yang nampak kecil pada mata kita.
Masuk tadika.
Dari tadika ke Tahun 1.
Dari Darjah 6 ke Tingkatan 1.
Masuk asrama.
Berpindah sekolah.
Atau sekadar bertukar kelas, cikgu dan suasana.
Untuk kita sebagai orang dewasa, semua ini nampak “normal”.
Untuk anak, perubahan selalunya datang bersama takut, keliru, marah, sedih, dan rasa tidak pasti.
Anak jarang cakap panjang.
Mereka tunjuk melalui emosi dan tingkah laku.
Dan di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa jadi sangat penting.
Bukan untuk paksa anak cepat ok, tetapi untuk menemani proses adjustment emosi mereka dengan lebih sedar.
Webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan - "Jangan Biarkan Mereka Hadapinya Sendirian"
Dalam webinar ini, kita akan bincang:
– Kenapa adjustment bukan perkara kecil
– Apa yang berlaku dalam dunia emosi anak bila perubahan berlaku
– Tanda anak sedang struggle walaupun mereka tak cakap
– Peranan ibu bapa sebagai safe base
– Refleksi diri & tools praktikal ikut situasi sebenar anak
Sesuai untuk ibu bapa anak 18 tahun ke bawah.
Sebelum anak melangkah ke fasa baru, mari kita sediakan diri kita dulu.
Pendaftaran EARLY BIRD kini dibuka
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment
Perubahan tak boleh dielakkan.
Tapi cara kita hadir untuk anak, itulah yang menentukan sama ada ia menjadi luka atau kekuatan.
15 791
[Webinar Percuma] Jika anda berminat dengan topik ini, saya jemput untuk sertai kami sekejap lagi.
--------
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
TERIMA KASIH TELAH MENDAFTAR PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA PENJAGA PESAKIT KANSER: KESEIMBANGAN DAN KESEJAHTERAAN PENJAGA
Perkongsian pengalaman & cabaran penjaga pesakit kanser
20 Disember 2025 (Sabtu)
9.00 – 11.00 pagi
Online Zoom
Link Zoom:
https://us06web.zoom.us/j/89001638508?pwd=aoFDnbHF740m9iI0RpxvZsAXPVfewG.1
Meeting ID: 890 0163 8508
Passcode: 975517
Terima kasih
15 791
BUAL BICARA BERSAMA PENJAGA PESAKIT KANSER: KESEIMBANGAN DAN KESEJAHTERAAN PENJAGA
Perkongsian pengalaman & cabaran penjaga pesakit kanser
*20 Disember 2025 (Sabtu)*
*9.00 – 11.00 pagi*
*Online Zoom*
*Ahli Panel:*
Ts Dr. Mahazani Ali
Penjaga Pesakit Kanser
Puan Noraiyu Buang
Survivor & Penjaga Pesakit Kanser
Dr. Maznah Ibrahim
Pegawai Psikologi (Kaunseling)
Hospital Putrajaya
*Moderator:*
Miss (Dr) Visalini Sanmugachandran
Pakar Perunding Pembedahan Payudara & Endokrin
Hospital Putrajaya
*PERCUMA & TERBUKA KEPADA SEMUA*
Pendaftaran (sebelum 18 Disember):
https://forms.gle/sCLfsxs89L5yMcQaA
Pertanyaan:
0135938627
0377327471
E-Sijil disediakan
15 791
Last Call !
Jumpa kita malam ini, jam 9 malam ya 🙂👍.
Ajak sekali pasangan untuk tonton bersama.
Kalau tak sempat, boleh tonton rakaman nanti.
KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate
15 791
Kenapa banyak perubahan dalam keibubapaan sebenarnya lebih mudah bermula waktu cuti sekolah?
Sebab waktu inilah anak lebih relaks.
Tiada kerja sekolah, tiada exam, tiada tekanan yang buat mereka cepat overwhelmed.
Mereka lebih terbuka untuk berbual, cuba aktiviti baru, dan terima perubahan kecil yang kita perkenalkan.
Ibu ayah pun ada sedikit ruang bernafas.
Tak perlu rushing pagi, tak perlu ulang-alik sekolah, tak ada homework malam-malam.
Energi rumah lebih stabil.
Dan bila kita perlahan… anak pun lebih mudah regulate.
Hubungan pun lebih senang diperbaiki bila semua orang tak stres.
Esok malam kita sembang lebih dalam tentang semua ini dalam Webinar Parenting Recalibrate.
Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate
Ajak pasangan sekali ya, senang nanti nak plan sama-sama.
Dr. Maznah Ibrahim
15 791
Mood cuti dah on… 😀
Hari ini ramai ibu ayah di Selangor dapat bonus mood…cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor :).
Anak-anak Selangor pun cuti sekolah hari ini.
So hari ini mungkin dah mula bunyi macam “early preview” cuti sekolah sebenar nanti 😁.
Sambil kita semua warm up untuk cuti sebenar hujung bulan ni, saya just nak remind...
Kalau anda belum daftar webinar Parenting Recalibrate untuk Sabtu ini, boleh daftar sekarang sebelum terlupa.
Maklumlah… bila mode bercuti dah on, ada benda cepat hilang dari radar.
KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate
Dan kalau tak sempat join live, jangan risau,
akses rakaman 1 tahun akan diberi, boleh tonton bila lapang...atau bila anak-anak tidur awal.
Selamat bercuti dan semoga semuanya dipermudahkan hari ini.
Jumpa Sabtu nanti insyaAllah.
Dr Maznah Ibrahim
15 791
Kadang kita rasa kita dah cuba macam-macam…
tapi tetap ada sesuatu yang tak kena.
Hari ini saya nak ajak ibu ayah berhenti sekejap dan renung apa yang kita dah lalui sepanjang 2025.
Anak makin besar, ragam makin banyak.
Kita makin penat, tanggungjawab makin bertambah.
Ada hari kita rasa kita buat terbaik…
dan ada hari kita teringat momen yang kita tak bangga.
Seorang ibu pernah kata pada saya,
“Kadang saya rasa saya okay… tapi bila fikir semula, ada macam-macam benda saya nak betulkan. Saya jadi macam rasa marah pulak. Marah kepada diri saya sendiri.”
Ramai ibu ayah sebenarnya rasa perkara yang sama.
Cuti sekolah kali ini adalah ruang kecil yang sangat berharga.
Ruang untuk kita recalibrate tanpa tekanan rutin harian.
Sebelum masuk 2026, cuba tanya diri:
• nak hubungan lebih rapat?
• nak kurang marah?
• nak lebih sabar?
• nak bantu anak jadi lebih yakin?
Kita tak perlukan perubahan besar pun.
Kadang satu niat kecil dan satu langkah pertama pun dah cukup.
Itulah tujuan Webinar Parenting Recalibrate - supaya ibu ayah ada arah yang jelas, bukan sekadar berharap.
Kalau 2025 rasa agak berat…
mungkin inilah masa terbaik untuk re-set.
KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate?utm_campaign=recal-tc10
Jumpa nanti.
Semoga bermanfaat.
Dr. Maznah
15 791
Anak pun dah excited menghitung hari tu 😀
Jom ibu ayah kita pun siap sedia awal,
Supaya bila cuti mula nanti kita boleh terus apply apa yang sesuai untuk bonding, rutin dan emosi anak, kita recalibrate apa yang patut.
Webinar Parenting Recalibrate
Sabtu ini, 13 Disember 2025 • 9.00 malam.
Daftar di sini 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate?utm_campaign=recal-tc9
Jumpa Sabtu nanti.
Dr. Maznah
15 791
Dia tak akan umur 7 dua kali.
Hari ini saya nak kongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati saya.
Kisah ini datang daripada pasangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ADHD.
Bila mereka bercerita, nada suara mereka bukan marah… tapi penuh rasa bersalah.
“Apa yang saya kesalkan… saya tahu dia istimewa.
Saya tahu dia tak sengaja.
Tapi saya tetap marah bila dia kacau adik. Bila dia terlalu aktif sampai rumah jadi kecoh.”
Ayah itu tunduk.
Ibu pula kesat mata.
Mereka bukan tak sayang.
Mereka faham ADHD itu impulsif, cepat ransang, tak boleh duduk diam.
Mereka tak bagi ubat hujung minggu sebab nak beri anak ‘rehat’.
Tapi itu bukan isu utama.
Yang lebih saya nampak ialah kepenatan dan kekesalan mereka…
Kerja rumah tak habis
Urus adik-beradik lain
Rutin hujung minggu penuh
Dan mereka tiada masa untuk pantau 24 jam
Mereka kata,
“Kami nak sangat jadi ibu ayah yang positif… tapi bila letih, emosi memang terbabas.”
Saya diam sekejap.
Sebab ramai ibu ayah rasa benda yang sama.
Ibu ayah anak normal pun.
Saya pun pernah begitu.
Dan bila mereka mula refleksi… suasana jadi tenang.
Mereka nampak gambaran besar.
Anak ini sedang membesar sekarang.
Dia tak akan umur 7 dua kali.
Dia tak akan umur 10 dua kali.
Usia ini datang sekali saja. Tiada U-turn. Tiada rewind.
Kami tetapkan:
• azam baru
• tingkatkan sabar
• fokus 1–3 tindakan kecil
Bermula tahun depan?
Tidak.
Bermula hari itu juga.
Tindakan kecil yang mereka pilih:
• bila anak terlalu aktif, berhenti 10 saat untuk regulate diri (dua cycle deep breathing)
• beri arahan ringkas 1 langkah setelah diri tenang
• movement break tiap 15 minit, sama-sama lompat bintang 10 kiraan satu set.
Kecil, tapi cukup untuk ubah rentak.
Sebab perubahan besar tak bermula Januari.
Ia bermula bila ibu ayah kata,
“Aku nak buat lebih baik demi anak aku.”
Kalau anda baca sampai sini… mungkin anda pun rasa benda sama.
Cuti sekolah sebelum 2026 ini masa terbaik untuk recalibrate.
Cari balik strategi sabar.
Stabilkan emosi.
Pilih 1–3 tindakan lembut untuk menjaga perkembangan anak-anak bijak kita.
Anak hanya membesar sekali.
Momen itu tak kembali.
Jom sertai saya Sabtu ini.
Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate?utm_campaign=recal-tc8
Semoga roda cabaran kita kembali lurus dan terkawal.
Jumpa Sabtu nanti.
Dr. Maznah
15 791
Anak-anak: “Yahooo cuti sekolah 2 minggu lagi..!”
Kita pula: “Ok jap… plan kita macam mana?” 😆
Cuti sekolah makin dekat.
Kalau rasa tahun ni banyak benda tak sempat nak betulkan, tak apa.
Kita boleh mula perlahan-lahan dalam cuti sekolah kali ini.
Webinar Parenting Recalibrate tinggal 6 hari lagi.
Masuk cuti dengan lebih ready supaya tak berlalu begitu sahaja.
Daftar sini>>
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate
Dr. Maznah
