ar
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 16 272 مشتركاً، محتلاً المرتبة 969 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 365 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 16 272 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 23 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -121، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -3، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 5.56‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.43‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 904 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 395 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 24 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

16 272
المشتركون
-324 ساعات
-377 أيام
-12130 أيام
أرشيف المشاركات
PABILA ANAK BEREBUT BARANG (ANAK YANG BELUM PANDAI MELUAH SECARA PERKATAAN, MAKA DIA BEREMOSI ATAU TANTRUM) 1. Angkat sahaja anak ini dan bawa ke bahu atau dukungan, bawa berjalan sama (ini untuk alirkan energi emosinya). . 2. Boleh ‘distract’ atau alihkan perhatian dia kepada objek lain yang tinggi (sama paras dia dan kita). . 3. Kawal pernafasan anda, kekal tenang. Ketenangan anda akan dapat menyerap emosi negatif sedih / kecewa / marah dia. Ini amat penting. . 4. Teruskan hingga emosinya nampak lebih tenang dan stabil. Bawa kepada perbualan kognitif (aras pemikiran). Ia penting untuk anak kecil mendengar ayat sebegini walau dia masih kecil. . 5. Contoh: “Adik nak mainan abang tapi abang tak beri, Adik rasa sedih. Apa kata Adik main mainan lain, best tau mainan ni”. (ayat ini penting untuk dia belajar nama emosi dan penyebab emosinya tadi serta pilihan lain yang dia ada). . 6. Raikan pilihan baru yang diambilnya. Puji : “Pilihan adik pilihan yang bijak. Jadi kita main la mainan yang lain dulu sementara ya”. . 7. Kemudian ajarkan anak ini teknik asertif: “Lain kali, bila Adik nak main, Adik cakap kat Abang macam ni: Abang, adik nak main sama-sama boleh?” Perkataan ‘boleh’ akan buatkan si abang berkata “Boleh!”, sebab adik minta elok-elok dan tak menangis. . *Anak telah belajar tingkahlaku baru untuk atasi stres isu mahu main mainan abang/kakak. *Ini penting untuk kemahiran sosial dan mengurus stresnya pada masa hadapan. . Oleh: MI *Sharekan dengan pasangan dan sahabat anda yg perlu skill ni ya.

https://www.inc.com/amy-morin/a-40-year-study-found-that-rich-people-exhibited-this-undesirable-trait-as-kids.html?cid=sf01002&sr_share=facebook . Bertenang dan bergembiralah jika anak kita suka langgar peraturan. Mereka berpotensi menjadi orang dewasa yang sukses, dan menjana pendapatan luar biasa, kerana mereka berani ambil risiko, berani nego untuk harga tinggi, dan yakin diri tinggi tu.. 😎 Namun untuk anak ini, - hanya tambahkan ➡ decision making skill ➡buat sesuatu fikir dan timbang, ➡apa kesan dan akibat ➡serta skil empati rasai apa orang lain rasa dari akibat dari tingkahlakunya. . contoh langgar peraturan, makan gula gula sebab marah mak, maka mak tidak melampau lampau marah tetapi dengan berhemah ajak dia berbincang untuk refleksi semula tingkahlaku dia tadi. . makan gula gula tanpa izin, ➡ apa kesan ? - gula tidak baik untuk kesihatan. ➡ marah pada mak, ada option lain untuk balas rasa marah tu ? - beritahu mak dia rasa marah, - bukan balas dengan buat sesuatu yang dia tahu mak dia tak sukai. ➡empati dengan fahami apa sebab mak dia buat sesuatu yang dia tak sukai itu, mak ada sebab bukan sengaja. . Resolusi ke depan, ➡apa pun tindakan si anak, ➡pastikan beri manfaat pada diri dia, dan alam sekitar, pada orang lain di sekitar, untuk capai rasa bahagia, selamat dan tenang. Refleksi, Maznah Ibrahim

photo content

Seminar EhSabar menghampiri akhir pendaftaran earlybird. Segerakan keputusan anda, dapatkan tempat anda, 1 Disember 2018, Shah Alam, 8.30 pagi - 6.00 petang. Maklumat Lanjut dan daftar di: https://ehsabar.ml https://ehsabar.ml https://ehsabar.ml

photo content

photo content

Anak Sebut Perkataan Tidak Baik? ================================ Fateh dulu-dulu umur 2 awal ada sebut perkataan tidak baik yang dipelajari dari orang keliling (anak jiran pengasuh). Agak lama juga kami duk ulang perkataan tak baik dan perkataan baik, dan Fateh baik perlu sebut Perkataan Baik aja. Sehingga tahap dia sedar dan kawal diri, dia mula tegur orang lain pula, kemudian dia kerap bertanya :- Mummy perkataan ni perkataan baik ke tak baik? (Tengah differentiate dan memahami perkataan). Namun jelas, bila Marah, tanpa sedar dia akan sengaja sebut perkataan tak baik. Di situ saya akan reflek emosi nya dan beritahu kaedah lain salur Marah bukan dengan mulut. Semalam, semasa menelusuri makna ayat dalam surah hafazan semasanya, Al Ghasiyah, ada cerita mengenai keadaan penghuni neraka vs penghuni syurga. Jelas, semua anak kecil mahu duduk syurga. Dan ayat 11 jelas menunjukkan penghuni syurga tidak bercakap perkataan sia-sia (tidak baik) kerana mereka tidak mendengar pun perkataan sia-sia di situ. Perkataan tak elok (bad words) memang tak ada faedah pun, sia-sia. MasyaAllah.. Betapa Al Quran adalah perkataan benar sentiasa. It's about words. Saya beri penegasan, tentang perkataan tidak baik itu memang tidak perlu disebut, dan itu ciri penghuni syurga. MasyaAllah, tadabbur surah dalam Juz Amma saya dapati ada pendidikan asas untuk anak kecil, mengenai hitam dan putih, baik dan buruk. Maka jangan dirisau jika dalam Juz Amma Perkata ada celahannya gambar tidak baik / menakutkan, kerana ia adalah gambaran sebenar keadaan kontra yang tak baik iaitu yang bathil. Mereka perlu tahu dan jelas mengenai Haq dan Bathil. Al Quran juga adalah furqan, rujukan untuk membedakan keduanya. Anak perlu sedar kedua-dua belah keadaan. Dari situ mereka akan berfikir dan menilai sendiri. Wallahu alam. Maznah Ibrahim, Dalam ETS :-D (Fateh tengah sibuk dengan skill cheff nya) 25 Dis 2015

Untuk IbuBapa Yang Bimbang Anak Kecil Ter Tiru Sebut Perkataan Tak Baik. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1028835647291019&id=477691842405405

photo content

Jika Mommy Ayah sayangkan mereka dengan tanpa syarat, terima mereka seadanya, mereka akan rasa selesa terhadap diri mereka sendiri dan akan boleh mengawal kebimbangan (anxiety) mereka dan mengawal tingkahlaku mereka di sepanjang pembesarannya hingga dewasa. . Contoh mereka pertama kali buat ais kiub, tumpah tumpah, atau buat susu sendiri, tumpah-tumpah, tak dimarah tapi ditunjuki cara betul dan sukses, mereka akan lebih cepat belajar dari kesilapan dan buat lebih baik / sempurna kelak setelah beberapa kali cubaan. :) . Benar, tingkahlaku anak usia 3 atau 12 atau 16 tak sama dan tak boleh dibandingkan, namun ingat, mereka masih anak-anak kita, dan bukan orang dewasa, dan perlu masih ditunjuki / dibimbing apatah lagi kita juga perlu sentiasa bimbingan dari bos / Allah. . p/s : Hatta orang dewasa pun sangat banyak yang masih keanak-anakan, kan? . *point asal ini adalah dari ‘The 5 Love Languages of Children', oleh Gary Chapman & Ross Campbell, cuma translasi, tambahan dan modifikasi dari saya, . MAZNAH IBRAHIM. . *Sharekan mesej penting ini kepada pasangan dan kenalan yang kita care.❤ P/S: Nantikan ebook terbaru dari saya, . 7 Langkah Kendali Tingkahlaku Sukar Anak atau ayat biasanya tantrum anak kecil la.. :)

PENTINGNYA SAYANG ANAK TANPA SYARAT, INI 7 CARA UNTUK LAKSANANYA... Kenapa penting sayang anak ❤ tanpa syarat untuk perkembangan baik emosi sihat anak anak Mommy Ayah semua? . Dan bagaimana nak jadi Mommy Ayah yang sayang anak, terima dia seadanya ? . Baca sampai habis.➡➡➡ . 1⃣. Sentiasa fikir, dan sedar jelas, "Anak-anak kita adalah kanak-kanak". Maka anak anak kita ni bukan lah orang dewasa yang cukup cerdik dan rasional serta stabil emosi dan pemikirannya.. . 2⃣. Anak-anak kita ini akan cenderung bertindak / bertingkahlaku seperti 'kanak-kanak'. - Maka elakkanlah Mommy Ayah pula sebagai orang dewasa, bertindak / bertingkahlaku seperti kanak-kanak (tak setara Mommy Ayah usia 30-an nak bergaduh, bertekak dengan anak usia 6 tahun, kan ;) ) . 3⃣. Ketahuilah, sedarilah, yang memang secara logik dan faktanya, semua tingkahlaku yang sangat keanak-anakan yang ditunjukkan oleh anak-anak kita memang akan kurang menyelesakan kita atau sesiapa jua. ;) . 4⃣. Jika Mommy Ayah jalankan peranan sebagai ibubapa (orang dewasa) dan menyayangi mereka, tanpa mengambil kira sikap keanak-anakan mereka, mereka akan jadi lebih matang dan tak buat dah gaya keanak-anakan mereka. . Maka kat sini cara handle anak semasa dia jadi keanak-anakan ialah: TIDAK JADI SEPERTI ANAK (KEANAK-ANAKAN), tapi kekal jadi IBUBAPA DEWASA yang merupakan 'coach' emosi mereka. iaitu 'Matang', Rasional, dan Stabil. . Percayalah, nanti, mereka akan tinggalkan sikap keanak-anakan mereka ketika itu, dan berubah jadi matang sesuai menurut usia mereka sendiri, asbab Mommy Ayah bertindak sesuai dengan title orang dewasa yang berhemah itu :). . Contoh anak usia 3 merengek macam usia bayi (yang tidak dapat berkata apa-apa). Maka cara layan mereka, Mommy Ayah perlu kekal sebagai ibubapa 30-an yang matang, dan tak lama lepas tu anak akan bergerak kepada mode kanak-kanak usia 3 yang boleh berbicara mengenai apa yang dia nak, dia rasa dan dia fikir ;😉. . (ini ada kaitan dengan pergerakan dari otak reptilian (cemas, takut, agresif), ke otak emosi dan otak rasional. Untuk anak jadi rasional sedikit, biasanya anak usia 3 ke atas sudah boleh faham dengan lebih baik asalkan Mommy Ayah dapat penuhi keperluan perkembangan mereka yang amat tinggi demand emosi semasa usia 0-3. . 5⃣. Jika Mommy Ayah hanya sayangkan mereka pabila mereka nak sedapkan hati Mommy Ayah (please kita) (iaitu kita jenis beri kasih sayang bersyarat, anak senyap / diam, baru Mommy Ayah sayang, anak bising Mommy Ayah marah marah), dan jika Mommy Ayah luahkan sayang kepada mereka hanya pada ketika itu, mereka akan rasa tidak disayangi secara genuin (ikhlas/jujur/sebenar). . Ini akan merosakkan lagi 'self image' mereka, buatkan mereka rasa tidak selamat, dan sebenarnya cegah mereka daripada menjadi lebih 'self control' (boleh kawal diri) dan bertingkahlaku lebih matang. . Sebab mereka behave dengan tidak genuin sebagai anak yang fitrahnya memang happy dan cepat emosi ditonjolkan (kecewa, marah, bangga, suka, sedih). . Maka, perkembangan dan tingkahlaku mereka sebenarnya adalah sama banyak dengan tanggungjawab Mommy Ayah kepada mereka. . Bermaksud, tingkahlaku anak dan tahap perkembangan anak merujuk kepada berapa banyak peranan dan tanggungjawab yang Mommy Ayah telah laksanakan kepada mereka dengan tepat menurut ilmu keperluan perkembangan mereka. . 6⃣. [KESAN KASIH SAYANG BERSYARAT] Jika Mommy Ayah hanya sayangkan mereka pabila mereka memenuhi standard permintaan Mommy Ayah atau ekspektasi Mommy Ayah, mereka akan rasa tidak kompeten/cukup cekap dan mereka akan percaya yang tak guna lah mereka berusaha buat yang terbaik, sebab IA TAK PERNAH CUKUP (buat apa pun salah, buat apa pun tak betul, tak boleh 🙄). . Mereka akan sentiasa terperangkap dengan rasa tidak selamat mereka, kebimbangan mereka, rendah estim diri dan terperangkap dalam kemarahan terpendam (otak reptilian). . Untuk cegah ini dari berlaku, Mommy Ayah perlu sentiasa ingatkan diri mengenai tanggungjawab Mommy Ayah untuk bantu / support keseluruhan pertumbuhan dan perkembangan mereka. . 7⃣. [KESAN KASIH SAYANG TANPA SYARAT]

🔅🍭🍦Aiskrim Air Kosong Idea solusi si anakanda bijak penyayang Fateh Te, disukai KN Ti kerana menuruti, Asbab Fateh nak aiskrim, dan Mummy selalu busy, tak sempat buatkan, Fateh buat sendiri (Fasa inisiatif anak 3-6 tahun), Masuk air masak sendiri ke bekas, Dahulu dia mula buat sendiri ais kiub, Sebab dia suka sangat makan ais kiub bila pedas, Tumpah tumpah juga, Beberapa kali buat, biasanya jadi terror sudah (apa apa skil macam ni). kemudian kini masuk ke bekas aiskrim pula, dan nikmatinya.... dengan Bahagia sekali... MasyaAllah.. Ini sudah beberapa kali dia buat, Mummy perasan juga tapi tak sempat rakam, bagus anakanda Fateh, baru dapat rakam pic n video dia, beberapa hari lepas, untuk kenangan. coretan Mummy FatehKNYumna *dalam video dia kata aiskrim kosong lagi baik dari air manis 😅 (skrip hypno yang mak selalu sebut, tapi dia mengaku dia ada makan juga aiskrim manis so on 😊)

photo content

photo content

5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI: . 1. Tangki perkataan baik – pujian spesifik, menenangkan, menggalakkan, mempercayai. . 2. Tangki sentuhan selamat – usapan (bahu dan belakang), pelukan (full dada to dada), ciuman di dahi/pipi). . 3. Tangki masa istimewa – temankan mereka bermain, solat dan makan bersama, dll. . 4. Tangki layanan yang baik – layan macam VVIP, senyum kepada mereka, pandang mata pabila mereka berbicara kepada anda. . 5. Tangki material bersesuaian – ikut kemampuan, dan sesuatu yang mereka sukai, hargai. . PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anda. . Jum sama-sama PENUHI nya untuk diri dan anak kita. . OLEH: Maznah Ibrahim

photo content

Jum Jadi Ibubapa Yang Sihat, Kukuh dan Utuh .. Umpama atap rumah yang baik, pabila hujan, tak membasahi isi rumah, pabila panas, tak membakar isi rumah, pabila ribut, tak porak perandakan isi rumah, . malah melindungi dan membuatkan isi rumah rasa selamat dan bahagia, Maka anda ibubapa adalah amat penting untuk anak anak anda! Maznah Ibrahim

Boleh dapatkan Buku Umi Rosmaria Say It Right versi Bahasa Melayu ini daripada Tc Rasyidah, ada 10 copy sahaja lagi, RM40 termasuk postage, semuanya masuk ke tabung sekolah anakanda saya Fateh, Aqrab Model School (AMS), Tc Rasyidah, +60176985313

photo content