KISAH LAMA...
Tiba-tiba Khairunnisa' 4 tahun menjerit dan merengek kuat. Kuat sekuatnya, sah suara keluar dari perut (mak senyum aja dalam hati
😁😄😊😊).
"Kakak, kakak ingat tak cerita Mummy pasal gajah yang nama NoNo tu... Takkan Kakak nak jadi macam gajah tu, kakak kan nak jadi kancil YesYes", Fateh 7 tahun bersuara dengan nada rendah dan penuh mendidik.
Khairunnisa' diam dan mula kelihatan berfikir sejenak.
Alhamdulillah... leganya hati Mummy. Fateh boleh remind kakak menggunakan karektor dalam cerita itu. (sebenarnya Fateh ni dah tahu sangat niat di sebalik cerita ceriti saya tu, tapi dia masih suka mendengar lagi dan lagi, hehe).
Rupanya cerita itu terkesan di sanubari si anak semalam sampai hari ni. Semalam mereka berdua berebut nak dapatkan sticker 'YesYes' dan kumpul.
Khairunnisa' pula terus sanggup buang air kecil di bilik air walau tak rasa nak buang sebelum tidur untuk dapat sticker.
....
2 Hari kemudian lagi.
"Buku ni teacher bagi la Mummy...", Khairunnisa' memberitahu saya dengan tegas.
"Oh yeke, ok. Ni monyet ni nama apa Kakak?", saya pula bertanya sambil menunjuk ke arah muka depan buku itu, mengalih perhatian.
"Monyet ni nama NoNo..", dia menjawab spontan.
(Aik, nama itu lagi ke 😂😄)
"Maknanya monyet ni ialah binatang yang Kakak takkan ikut la?", saya bertanya lanjut untuk lebih jelas.
Khairunnisa' mengangguk-angguk.
.......
THERAPEUTIC STORYTELLING
Saya kerap menceritakan kisah bertema binatang dan cerita ceriti rekaan saya sebelum tidur kepada anak-anak dalam keadaan gelap itu. Anak-anak akan terkekek-kekek gelak kerana banyak ceritanya sangat tak logik dan kelakar. Namun itulah 'key'nya, lagi tak logik, lagi anak akan ingat.
Saya belajar ini dari training Play Therapy saya dengan Monica Jephcott dahulu, masa zaman bujang (sekitar 2006-2007).
Ia dinamakan 'terapeutik' kerana ia ada objektif untuk perubahan tingkahlaku. Bukan cerita sia-sia semata.
Ada tujuan, atau matlamat, dan niat baik untuk fokus kepada satu satu tingkahlaku sukar spesifik si kanak-kanak, yang mereka 'struggle' dan perlu belajar 'coping skill' atau strategi daya tindak baru daripada situasi dirinya itu. Ia tanpa sedar, namun menariknya ia sangat direct dan cepat; si anak akan belajar sesuatu.
Kanak-kanak akan belajar cara lain untuk 'handle' kesukaran emosi dan tingkahlakunya dengan lebih baik pabila kisah itu ialah kisah orang lain, secara spesifik binatang, dan bukan manusia seperti dirinya.
Cerita karektor lain ini membuatkan mereka tak rasa terancam 'direct' menuju kepada dirinya, sebab 'ia kisah orang lain'.
---
Sempena Webinar bulan Disember ini, saya hadiahkan sahabat semua kelas premium ini ya.
Agar sahabat ada 'tool', untuk digunakan bagi menceritakan kepada anak-anak, contoh untuk bangun awal solat subuh, kemas katil, untuk berbaik dengan adik beradik dan apa-apa sahaja.
Moga hujung tahun ini jadi pemula untuk ibu ibu ayah bonding dengan si anak, dengan tambahan skil baru, di samping mendidik karektor mereka menjadi seperti anda mahu. Pembentukan dan penerapan karektor, disiplin, sahsiah dan budi dalam diri anak kita.
MAHU?
.Jumaat 25 September, 9.30 malam ya.
Di satu webinar room lain, bukan terbuka di FB live ini.
InsyaAllah ia beri strategi langkah langkah dan idea saja. selebihnya anda buat customised ikut anak anda (anak suka apa, anak isu sukar apa) dan kongsikan dengan saya nanti agar kita ibubapa dapat idea dan kaya dengan cerita terapeutik.
.
MAZNAH IBRAHIM
*sharekan dengan pasangan dan rakan anda yang perlu dan agar lebih ramai boleh attend kelas ini.
Link daftar di sini ya:
https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t