uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 309 підписників, посідаючи 969 місце в категорії Діти та сім'я та 2 349 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 309 підписників.

За останніми даними від 14 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -125, а за останні 24 години на -4, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 4.46%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 727 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 15 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 309
Підписники
-424 години
-267 днів
-12530 день
Архів дописів
photo content

Ada yang bertanya saya Ebook saya yang lain apa lagi, untuk anak usia 2 bulan. Saya katakan, Ebook saya cuma dua : pasal taknak marah anak dan hypnoscript. Lain tu ada, untuk isu kecil dan problem solving terus. Di sini saya kongsikan Ebook atau Program lain yang boleh didapatkan, sekiranya anak anda masih bayi. 1) Ebook Baby Genuis ni adalah dari sudut SQ (Spiritual Quotient) oleh Pn Lina Karim (Maaf saya lupa nak beritahu orang ramai akan kewujudan Ebook best dan mahal nilainya ini). Ebook Baby Genius Akhir Zaman: https://islamicparentingnetwork.net/ebook-melahirkan-bayi-genius-akhir-zaman/ref/9/ Memang saya recommend sangat, dan saya memang anak murid / didik Pn Lina Karim ni, ikuti dia untuk acuan asas pembentukan anak-anak saya, sejak anak pertama, Fateh, usia bayi 3 bulan lagi :) Silakan dapatkannya bagi yang bersedia untuk ilmu asas mendidik anak sejak dari bayi ya, atau ada anak baru :)

Sangat baik buku ini, untuk anakanda kita semua ok. Nak nak anak yang sudah boleh membaca atau baru nak latih membaca (usia 3 ke atas). Moga segala yang baik itu diusahakan, dan berbuah kebaikan, walau sekecil zarah, ia tetap dikira di catatan amalan kita ya. Syabas Pn Hafsah.❤️ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221602057493376&id=1011403706

KISAH LAMA... Tiba-tiba Khairunnisa' 4 tahun menjerit dan merengek kuat. Kuat sekuatnya, sah suara keluar dari perut (mak senyum aja dalam hati 😁😄😊😊). "Kakak, kakak ingat tak cerita Mummy pasal gajah yang nama NoNo tu... Takkan Kakak nak jadi macam gajah tu, kakak kan nak jadi kancil YesYes", Fateh 7 tahun bersuara dengan nada rendah dan penuh mendidik. Khairunnisa' diam dan mula kelihatan berfikir sejenak. Alhamdulillah... leganya hati Mummy. Fateh boleh remind kakak menggunakan karektor dalam cerita itu. (sebenarnya Fateh ni dah tahu sangat niat di sebalik cerita ceriti saya tu, tapi dia masih suka mendengar lagi dan lagi, hehe). Rupanya cerita itu terkesan di sanubari si anak semalam sampai hari ni. Semalam mereka berdua berebut nak dapatkan sticker 'YesYes' dan kumpul. Khairunnisa' pula terus sanggup buang air kecil di bilik air walau tak rasa nak buang sebelum tidur untuk dapat sticker. .... 2 Hari kemudian lagi. "Buku ni teacher bagi la Mummy...", Khairunnisa' memberitahu saya dengan tegas. "Oh yeke, ok. Ni monyet ni nama apa Kakak?", saya pula bertanya sambil menunjuk ke arah muka depan buku itu, mengalih perhatian. "Monyet ni nama NoNo..", dia menjawab spontan. (Aik, nama itu lagi ke 😂😄) "Maknanya monyet ni ialah binatang yang Kakak takkan ikut la?", saya bertanya lanjut untuk lebih jelas. Khairunnisa' mengangguk-angguk. ....... THERAPEUTIC STORYTELLING Saya kerap menceritakan kisah bertema binatang dan cerita ceriti rekaan saya sebelum tidur kepada anak-anak dalam keadaan gelap itu. Anak-anak akan terkekek-kekek gelak kerana banyak ceritanya sangat tak logik dan kelakar. Namun itulah 'key'nya, lagi tak logik, lagi anak akan ingat. Saya belajar ini dari training Play Therapy saya dengan Monica Jephcott dahulu, masa zaman bujang (sekitar 2006-2007). Ia dinamakan 'terapeutik' kerana ia ada objektif untuk perubahan tingkahlaku. Bukan cerita sia-sia semata. Ada tujuan, atau matlamat, dan niat baik untuk fokus kepada satu satu tingkahlaku sukar spesifik si kanak-kanak, yang mereka 'struggle' dan perlu belajar 'coping skill' atau strategi daya tindak baru daripada situasi dirinya itu. Ia tanpa sedar, namun menariknya ia sangat direct dan cepat; si anak akan belajar sesuatu. Kanak-kanak akan belajar cara lain untuk 'handle' kesukaran emosi dan tingkahlakunya dengan lebih baik pabila kisah itu ialah kisah orang lain, secara spesifik binatang, dan bukan manusia seperti dirinya. Cerita karektor lain ini membuatkan mereka tak rasa terancam 'direct' menuju kepada dirinya, sebab 'ia kisah orang lain'. --- Sempena Webinar bulan Disember ini, saya hadiahkan sahabat semua kelas premium ini ya. Agar sahabat ada 'tool', untuk digunakan bagi menceritakan kepada anak-anak, contoh untuk bangun awal solat subuh, kemas katil, untuk berbaik dengan adik beradik dan apa-apa sahaja. Moga hujung tahun ini jadi pemula untuk ibu ibu ayah bonding dengan si anak, dengan tambahan skil baru, di samping mendidik karektor mereka menjadi seperti anda mahu. Pembentukan dan penerapan karektor, disiplin, sahsiah dan budi dalam diri anak kita. MAHU? .Jumaat 25 September, 9.30 malam ya. Di satu webinar room lain, bukan terbuka di FB live ini. InsyaAllah ia beri strategi langkah langkah dan idea saja. selebihnya anda buat customised ikut anak anda (anak suka apa, anak isu sukar apa) dan kongsikan dengan saya nanti agar kita ibubapa dapat idea dan kaya dengan cerita terapeutik. . MAZNAH IBRAHIM *sharekan dengan pasangan dan rakan anda yang perlu dan agar lebih ramai boleh attend kelas ini. Link daftar di sini ya: https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t

photo content

Hari Ini Hari Isnin: Podcast Audio Post #8 Mari singgah dengar: mengenai momen 😍 https://open.spotify.com/episode/16uctCFe2x3H1RCslp3Im6 PS: InsyaAllah hajatnya audio podcast setiap hari Isnin dan Khamis ya. Doakan😍👍👍👍.

Kembali kepada Fitrah Manusia yang dijadikan oleh Tuhan Yang Mencipta, Lemah namun kuat, 'Grounded' dari tanah, namun mampu m
Kembali kepada Fitrah Manusia yang dijadikan oleh Tuhan Yang Mencipta, Lemah namun kuat, 'Grounded' dari tanah, namun mampu menumbuh hingga ke julang langit, Lupa namun ada aqal fikiran, Dan nurani yang bijaksana, Membantu untuk menimbang dan mengurus dengan baik. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

MasyaAllah sangat indah penulisan dan perjalanan hamba Allah ini, bernama Pn Ainini Zainal yang belum pernah berjumpa namun juga dekat di hati, seangkatan dengan coach Mizhana Padzi saya, utnuk eczema anak saya Khairunnisa'. Apa yang ditulis oleh Pn Ainini ini, amat tepat sekali solusi / strateginya, sukar nak diluahkan beginilah yang selalu saya sarankan dan tekankan.. namun saya tidak menyalahkan sesiapa untuk tidak cukup memahami makna apa saya nak sampaikan ini, Iaitu kita berubah dahulu. Kita ikat tali kita dengan Allah kuat-kuat dulu, kita bff dengan Allah dulu, yang lain, insyaAllah akan menyusul. Tidak perlu harap orang sekeliling mahupun sistem berubah, sebab kita sendiri pasti akan habis tenaga memikirkan dan merasakan tentang keperluan mereka semua untuk berubah - semata untuk kita? Kita berubah dulu, untuk diri kita. Kebajikan diri dahulu perlu dijaga ok. InsyaAllah yang lain akan menyusul. Percayalah. Mari baca tulisan Pn Ainini sahabat jiran syurga saya ini 😊😊😊 Mudahan ramai lagi sahabat wanita bergelar ibu di luar sana akan bersama-sama menjalani kehidupan ini seperti ini. Saya rasa macam nak buat satu rancangan dan jemput idola idola saya dalam rancangan perkongsian seperti ini: about the journey of change, the spirit for changing, the spiritual journey so on... Hehe doakan ya. . So Much of Love Love Love, Pn Ainini 💝 dan semua yang membaca ini. CARE ❤❤❤, Maznah Ibrahim https://www.facebook.com/photo?fbid=3467359373357289&set=a.1930514450375130

Pada malam ini, Jumaat, 930 malam, Mari bersama saya sebagai moderator/host dan dua sahabat saya Pn Mashitah dan Pn Sakinah u
Pada malam ini, Jumaat, 930 malam, Mari bersama saya sebagai moderator/host dan dua sahabat saya Pn Mashitah dan Pn Sakinah untuk kita sama-sama berbincang dan berkongsi mengenai 5 jenis karektor anak-anak kita menurut Personaliti Genetik STIFIn (STIFIn Genetic Intelligence). Jemput tonton terus di Page saya ya. https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial Atau di FB Personal (restream serentak): Siti Mashitah Sarif Keynote Sakinah Care❤, Maznah Ibrahim

InsyaAllah hari ini Jumaat, Selama 1 jam 3-4 pm akan ada Live Webinar berkenaan Bijak Emosi, anjuran SR Setiabudi. Ia akan di
InsyaAllah hari ini Jumaat, Selama 1 jam 3-4 pm akan ada Live Webinar berkenaan Bijak Emosi, anjuran SR Setiabudi. Ia akan diadakan live di Page Rasmi sekolah dan Page saya ini https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial Boleh tonton di mana-mana antara dua ya 🙂. . Objektif yang ingin dicapai dari perkongsian adalah: 1. Meningkatkan kemahiran untuk mengesan, mengawal dan mengatasi tekanan dalaman diri serta meningkatkan fokus kawalan diri dan memberi kesan positif kepada prestasi kerja & pengurusan rumahtangga. 2. Memantapkan kemahiran mengurus emosi diri dengan lebih baik dan menangani emosi orang lain dengan bijaksana sekaligus mewujudkan suasana kerja/keluarga yang harmoni. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai orang, silakan kongsi dan kita bersama-sama boleh dapatkan input dan beri soalan bersesuaian ok. . Care ❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Hari Ini Hari Khamis!!!😊 Jemput Singgah Lalu Dengar Audio Input di The Parent Hut Podcast : https://open.spotify.com/episode/7yvVvd3Ac9xHQQsybEyDGS?si=Q3jIrm4QTCG56XzLO4ODcQ

Apakah Itu Keibubapaan Mengikut Karektor Anak? Mari kita dengarkan dari Pn Siti Mashitah Sarif berkenaan ini. InsyaAllah kami akan anjurkan Seminar Kenal Karektor dan Potensi Diri, pada 26 Disember 2020, secara online (Zoom). Boleh masuk ke sini untuk info lanjut dan sebarang persoalan ya: https://chat.whatsapp.com/BJzHeSoBpfRJrNQPchxj0V

Skil Penting Untuk Anak Guna Walau Kita Tiada Di Sisi . . Sangat menarik apabila si anak 8 tahun menceritakan semalam sewaktu diambil pulang dari rumah rakan untuk bermain : dia menolak pelawaan kawan untuk biskut oreo perisa baru walau dia rasa berminat; dia menggunakan kaedah 'beri alasan' dan tukar kepada permintaan lain; dia berkata 'taknak, tapi saya nak minta air masak' (switch kepada lain). Bila ditanya sebab apa menolak (mak memikirkan yalah dia di rumah kawan itu, pastinya dia bukan di kawalan kita lagi, jadi apa yang mendorong atau buatkan dia sanggup menolak benda menarik macam tu ?) Dan, Dia jawab sebab ada 'GULA' Dan mak ayah rasa 'berjaya' sebab telah perkenalkan makanan baik, sihat untuk otak sejak 2-3 tahun lepas dengan 'hypnoscript' santai-santai; dan education mengenai gula semua... . . Namun esoknya bila tanya semula, siapa yang ajar tentang keburukan makanan manis so on, dia kata 'cikgu ajar' (laa...ingatkan mak ayah dia yang ajar sabo aja la). Hahahah. Tapi saya merasakan perlunya reciprocal iaitu dua pihak ibubapa dan guru memperkenalkan dan mendidik bab ini. Alhamdulillah. Refleksi, Maznah Ibrahim *Skil say no ni saya ajar anak sejak usia 2 tahun, insyaAllah anak boleh gunakan: perkataan Jangan, Taknak, Tak Boleh dsb boleh dipelbagaikan dan lakon bersama (role play) bagi apa jua situasi. CikYumna 2.6 tahun baru-baru ni meluahkan "Mami JANGAN cakap Na...", dengan muka sangat sedih (bila mak dia bercakap mengenainya dengan pengasuh). Hm.. ok ok mami tak cakap pasal Na dah ok. Sorry sorry. . Okay, webinar Therapeutic Storytelling telah dibuka pendaftarannya, boleh daftar di sini : https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t

photo content

Sudah dibuka!!! Boleh mula daftar sekarang, dan boleh share kepada seramai mungkin kenalan, sahabat, pasangan anda ya 😍😍😍�
Sudah dibuka!!! Boleh mula daftar sekarang, dan boleh share kepada seramai mungkin kenalan, sahabat, pasangan anda ya 😍😍😍👍 https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t

photo content

photo content

photo content

photo content

Berkenaan Momen (Masa) Yang Tidak Menunggu Kita. Silakan. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan