fa
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 16 269 مشترک است و جایگاه 964 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 367 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 16 269 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 22 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -122 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -4 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 5.48% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.43% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 891 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 395 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 23 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

16 269
مشترکین
-424 ساعت
-357 روز
-12230 روز
آرشیو پست ها
Cuti Cuti Macam Ni Biasa Ibu Terlepas Marah . Ya lah, menghadap anak 24 jam ya? Boleh bayangkan untuk ibu fulltime home engineer camana? PERINGATAN UNTUK DIRI KITA ❗ Sentiasa ingatkan diri kita, ✔ Anak anak adalah tetap anak. Mereka jauh usia dengan kita yang dikatakan dulu makan garam ya 😂 Mana sama anak 3 tahun pengalaman dengan anda 30 tahun pengalaman hidup. Mereka perlu, dan nak kan perhatian, didikan, asuhan dengan sebaiknya. . Nak nak setelah mereka dah sibuk dengan rutin mereka (dah sekolah). Rutin mereka ada, rutin kerja kita juga ada. Kita dan mereka sama saja, Dua entiti berbeza dengan tanggungjawab berbeza. Pekerjaan kanak-kanak memang bermain, menconteng, buat sepah, yang semuanya adalah 'proses pembelajaran kehidupan' untuk mereka. [>>> Bila cuti beraya, rutin biasa weekend mereka laaagi jadi luar biasa, setahun sekali aidilfitri] . ✔ Mereka ialah tanggungjawab kita untuk diasuh, dididik, dibimbing apa betul, apa salah, dan bagaimana berhadapan dengan konflik. .. Konflik dengan mak ayah di rumah, (lain suruh lain dibuat), Konflik minat berbeza (interest) antara dia dan adik beradik dia, (berebut siaran tv dsb), . Bagaimana kita hadapi atau atasi konflik, begitulah mereka belajar dan akan lakukan nanti. . Contoh jika kita marah si abang/kakak dan menangkan si adik, Adik belajar, boleh marah si abang/kakak camtu juga. Adik tak hormat abang/kakak. [>> Sentiasa asingkan si besar dan buat one to one bercakap dan didik mereka] . ✔ Sebenarnya masa cuti inilah ibubapa banyak nak dalami pengalaman anak anak di luar lingkungan kita; mereka di sekolah, mereka dalam lingkungan kawan kawan sebayanya. . Jangan terkejut, Anda tak pernah ajar anak pasal kahwin-kahwin, Anak usia 5 anda dah sebut pasal dah besar nak kahwin dengan orang ni, nak buat macam ni itu ini bila dah kahwin. . Cerita cerita macam ni, Hanya dapat bukan masa primer time anak jumpa kita lepas sekolah terus cerita kat kita, . Sebab ia info tak utama. Anak pun tak ingat sangat. Tapi, ia akan muncul bila santai-santai, Bila tetiba dia trigger. . Jadi waktu santai dan rehat camni amat penting. Masa nilah nak banyak asuh dia pasal apa yang betul, apa yang salah, Amar makruf, nahi munkar. Ikut aja guidelines apa diberi Allah dalam Quran. Masa nilah nak cerita banyak pasal kisah nabi nabi terdahulu.... Masa senggang, lebihan waktu dari waktu sibuk biasa Isnin-Jumaat. . . APA NAK BUAT BILA MULA RASA NAK MARAH? Kalau rasa nak marah, 1⃣PAUSE dengan TARIK NAFAS DALAM sekurangnya sekali hingga tiga kali dulu, 2⃣BERGERAK untuk release energy marah. 3⃣CAKAP/TEGUR hanya bila dah tenang sikit, Masa marah, pasti ayat keluar ayat yang tak baik, [>> Maka, keluarkan dulu emosi negatif, Untuk masuk emosi sedikit positif, Baru deal/berhadapan dengan si anak]. . . CEK TANGKI EMOSI ANAK KITA HARI INI: . Banyakkan penuhi tangki emosi asas anak-anak: ❤️ Hugs peluk mereka full dada ke dada, ❤️ Ucapkan sayang dan hasrat anda ke mereka, ❤️ Main sebentar dengan mereka, temani mereka dengan aktiviti mereka pilih bukan kita pilih, ❤️ Hadiahkan mereka dengan perkara kegemaran mereka, ❤️ Layan mereka baik dan istimewa seperti Tuan Muda atau mak bapa mertua, atau anak kawan tumpang rumah (yalah orang luar kita layan baik, anak sendiri layan tak baik😐), ❤️ pandang mata mereka dengan kasih sayang seperti mereka baru lahir. . . . Salam Cuti Weekend, Renungan, Maznah Ibrahim

Nak Raya Ni, Sepanjang Masa Dengan 'Anak Anak' Yang Ramai, Suasana Bukan Rutin, Akan Ada Banyak Kerenah Sebab Mereka Excited Sebenarnyaa..... . Ini 5 "ALTERNATIF KEPADA SAYING NO" agar anak-anak bijak kita kurang buat hal dan beri kerjasama kepada kita. (Kita Usaha untuk guna alternatif yang lebih positif dan baik, ok) . 1. Berbanding berkata tidak/jangan, beritahu apa yang BOLEH atau yang KITA MAHU DIA BUAT. Cth Jangan panjat, katakan "Turun, sayang, sofa untuk diduduk. (Nanti petang kita gi panjat kat playground)". Jangan sepak, katakan "Kaki untuk jalan atau lari bukan sakitkan badan orang lain". . . 2. Berbanding JANGAN/BERHENTI MERENGEK, katakan: "Cuba Adik cakap betul-betul apa yang Adik mahu, Mama akan lebih faham kalau Adik cakap elok-elok". . . 3. Berbanding Mama TAKKAN BELIKAN X (apa yang anak nak sangat), katakan "Mama TAK DAPAT belikan barang X, TAPI APA KATA MAMA BELI yang Y ni atau kita buat Z sendiri 😍". . . 4. Berbanding Jangan sedih/marah-marah, tetapi katakan : "Jika mama jadi abang, mama pun akan rasa sangat marah, tapi mama akan beritahu orang tu tak boleh rampas, minta elok-elok, .... bukan pukul dia". . . 5. Berbanding "Papa tak boleh main dengan adik sekarang", katakan : "BOLEH, kita main itu selepas Papa siapkan sikit lagi kerja ini/ sembang 5 minit dengan uncle ni. Sementara tu adik main dulu / buat xxxxx dulu, ok. Adik ingatkan Papa kalau Papa terlupa. TQ Sayang!". . . . Beri RUANG, ALTERNATIF & SOLUSI, bukan tutup terus. . Refleksi, Maznah Ibrahim.

Perhatikan lirik lagu anak anak kita nyanyi, katanya dia belajar dari kawan di sekolah.. Bukan apa, kalau berbaur negatif tu kita betulkan lah, (entropy and parenting, jika dibiarkan tak buat apa apa pun, confirm menghala negatif, maka perlu intervene/ masuk campur / tegur). Jika tak, walau main main aja, gurau gurau, ia membentuk sistem kepercayaan tanpa sedar, akan perkara perkara kurang enak, negatif, yang datang dalam hidup si anak, kerana sebenarnya menarik aura Law of Universal Attraction yang tak baik ❌. Sekadar share, Tadi saya mendengar Fateh menyanyi satu lagu, laitu tune lagu yang biasa biasa kita nyanyikan masa kecil dulu, cumanya lirik bertukar 🙄. Saya terkejut sebab ia seperti berturutan bad energy, kesiannya budak yang alami tu. . Bunyinya begini: "ABC Cekodok Basi Pergi sekolah, cikgu benci, Pergi klinik, klinik tutup, Pergi rumah tok mama, tok mama tak da." 😧😱 Apa punya lagu la, dah la cikgu benci bila gi sekolah, pastu ... (bla bla bla, saya taknak ulas panjang). Argument ayah dia, cikgu tak mungkin akan 'benci' anak murid walau tak gosok gigi ke, tak mandi ke, nakal ke, cikgu mungkin cuma kurang gemar aja perlakuan tak betul anak murid tu, tak mungkin sampai tahap benci. Kan cikgu. . Saya terus minta dia tukar lirik kepada yang baik, . Tup, terus dia boleh buat, spontan tanpa saya ajar. Hmm, ok, means budak budak tahu, tapi jadikan ia sebagai seronok-seronok. Isunya kita tak mahu ia jadi habit / kebiasaan, kerana perkataan kan ada 'kuasa'. Biarlah mereka menyebut, berfikir, dan berasa yang baik baik... menjemput yang baik baik. . Lirik Fateh tukar ialah (cuma cekodok basi lupa suh dia tukaq jadi positif macam cekodok sedap ke 😁) "ABC Cekodok Basi Pergi sekolah, cikgu happy, Pergi klinik, klinik buka, Pergi rumah Tok Mama Tok Mama ada..." Allahu.. Ok, ingat kawan kawan, betulkan bila terdengar anak cakap benda tak elok, kasar ngan adik beradik, nyanyi lagu tak elok dsb Peranan kitalah untuk betulkan. Didik, beritahu, beri idea, agar mereka berupaya berfikiran positif, berbaik sangka dan seangkatan dengannya. Refleksi, Maznah Ibrahim *sharekan mesej penting ini dengan pasangan dan sahabat anda.

MUSIM PERAYAAN, EMOSI MULA TAK TERKAWAL... . Cek keperluan asasi kita (Maslow Hierarchy), 2 paling bawah tu: . 1⃣. FISIOLOGI ✅ Makan - banyak makan kuih raya sangat ? Anak lapar nasi, mak ayah pun, nak nak kurang sayur dan buah, lagi tak seimbang, otak kacau, buat hal, emosi meledak. - Caranya : Cari nasi dan lauk seimbang, legakan tekak, perut, otak. . ✅. Tidur - tidur adalah istirehat. Penat fizikal melampau, ibubapa pun mula marah-marah, kan bila anak buat kerenah. Anak pula dah tak rutin nap tidur siang, tidur merata di dalam kereta, di riba, di lantai rumah orang, otak kacau, mula buat hal (perangai). - Caranya : orang dewasa, jaga solat, solat tu sebelum perform kena ambil wudhu', insyaAllah jaga solat, energy kekal tahap baik. Bila bawa anak sekali, mereka juga akan dapat tempias aura baik ibubapa, dan juga basahkan badan (mandi bertukar baju) untuk fresh up. . ✅. Cuaca - panas berlebihan, orang ramai keliling, mandi sejukkan badan amat penting, bawa set baju tukar dan pampers. - Caranya : Mandi bersih diri di masjid sangat ok, masjid besar dan sejukk walau tengahari panas. Air mineral jangan lupa stok untuk minum kerap ya. . 2⃣. SAFETY Tengah ramai, di rumah orang, jarang ketemu, anak rasa tak biasa, tak secure. Senang buat hal bila di ruang tak biasa. Bawa mainan/barang kegemaran anak, untuk tambah rasa selamat tu. Ajar anak ingat yang Allah jaga, baca Al Fatihah sekurangnya sebelum ke mana-mana. Ingat rule sentuhan selamat, say No Run n Tell. Asertif beritahu tidak/jangan kepada perilaku tak suka, tapi elak pukul dengan fizikal kepada orang lain. . 3⃣. TANGKI EMOSI i. perkataan (cakap elok2, ucapkan penghargaan kepada mereka: thanks) ii. layanan/perbuatan (pandang mata, dengari keperluan mereka, senyum pada mereka) iii. sentuhan (peluk usap) iv. masa istimewa (masa one to one, dan all in one contoh di bawah) v. hadiah (benda material kecil habuan untuk mereka) . . °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° 3 Tips Mudah & Pantas Penuhi Tangki Emosi Anak Musim Cuti . cuba lakukan 3 steps ini dengan sepenuh hati😉 . 1) Pandang tepat mata nya, sama level . 2) sentuh bahu nya dengan sebelah tangan (sentuhan fizikal - boleh juga usap belakang/kepala sebentar) . 3) beri perhatian penuh tanpa berbelah bagi. dengar, angguk, respond. . . 30 SAAT (atau tak sampai pun, sebab anak dah habis bercerita, terkesima mak layan best macam raja/puteri), . TANPA celah atau bertanya atau menegur. . Full beri perhatian dengan dorongan minima suara (hmm, ooh, aaa, ahaa, oohh) jika tak tahan nak keluarkan suara juga 😂. . Tengok hasil. . Tangki emosi positif meningkat. . Anak gembira lain macam. . Anak mudah dengar kata, ikut kata, bekerjasama. . Mengapa? . Kerana anak rasa didengari, dihargai dan disayangi. Saya penting. . Yelah di celah-celah event orang dewasa banyak sangat, kan? . Rupanya suara hati kecil saya ini juga penting 😊😉😚. . . Refleksi, Maznah Ibrahim.

photo content

Taqabballahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat kembali ke fitrah, dan ingat, anak-anak fitrah lahiriahnya adalah baik dan suci, Kitalah yang mencorakkan dan membentuknya dari kacamata Tuhan yang sempurna. dan Maaf kan saya sekiranya ada salah silap kata dalam penulisan, reply mesej dan sebagainya. Saya doakan Aidilfitri kali ini memberikan suatu makna yang baik dan positif untuk anda, keluarga kecil anda, dan keluarga luas anda. Bagi yang bukan Islam, Selamat bercuti panjang bersama keluarga tersayang, dan semoga semua perancangan aktiviti berjalan dengan baik :) Salam 1 Syawal 1440 H Maznah Ibrahim

Salam 30 Ramadhan, Terasa amat sedih semalam semasa solat terawikh terakhir, sayang Ramadhan, doanya ada peluang untuk ketemu Ramadhan akan datang, atau matinya kita biarlah di bulan Ramadhan, terfikir, apa yang telah ditanam, dibentuk selama 30 hari, untuk 'character building diri', mahu diteruskan demi kesihatan fizikal, emosi, minda dan spiritual kita. . . ✔️ Ramadhan kita BANGUN AWAL sekitar 4.30-5am untuk sahur, selepas ni kita bolehla bangun awal untuk solat sunat, quran awal pagi dan senaman pernafasan emosi positif, agar hari kita bermula dengan amat baik, . ✔️ Ramadhan kita makan berJEMAAH sekeluarga, solat berjemaah di masjid, selepas Ramadhan, kita pastikan ada aktiviti makan dan solat berjemaah sekeluarga setiap hari, . ✔️ Ramadhan kita puasa makan fizikal sekitar 3 minggu (bagi wanita kerana 1 minggu off) dan rasa badan ringan, berat badan menurun 3-5 kg, selepas Ramadhan kita amalkan puasa 3 minggu sebulan tapi 2 hari seminggu aja; Isnin Khamis, insyaAllah cukup rehat dan kuat lah usus kita 😍👍💪, . ✔️ Ramadhan bila puasa, energi kita lebih stabil dan relax, emosi pun banyak lebih tenang, lepas Ramadhan, kita usaha makan sikit aja hari tak puasa, agar stabil, tenang dan relax kita tu meningkat, badan guna sehabis baik dari tenaga yang diambil dari makan yang sedikit itu, . ✔️ Ramadhan kita masak dan sedekah ke jiran, selepas Ramadhan kita teruskan memberi berkongsi dengan jiran 😍, sedikit jadi double triple bila berkongsi apa yang ada, . ✔️ Ramadhan kita peruntuk baca Quran, bertadabur, bertazakur, dan beramal dengan ayat Quran, selepas Ramadhan kita usaha maintain usaha ini 😃, Dan seterusnya, Untuk anda bagaimana ? *Selamat bersama keluarga dan sanak saudara, inilah masanya untuk berjumpa, bertukar/update cerita dan bermaafan jika ada apa apa tertinggal. Maznah Ibrahim

photo content

n sedikit demi makan dua kali :) . Namun alkisah nya bermula dengan ibubapa yang sama memberi sama banyak dan sama adil. Anak-anak 'problem solving' sendiri. . Sejak tahu kisah itu, saya memang sengajakan beri pinggan kaca sama kepada Fateh dengan pinggan kami, sejak usianya 2 tahun. Supaya dia nampak sama. . Semasa kecilnya bawah usia 2 tahun, dia punya bekas makanan ialah mangkuk yang takkan pecah. Kemudiannya masuk usia 2 bila sudah pandai bab adab makan, dia mula diberi pinggan kaca sama dengan kami. . Pernah adegan pinggan dia pecah. Dan simple aja konsepnya, anak akan belajar lebih baik dari pengalamannya sendiri daripada disebut-sebut sahaja "jangan pegang sendiri nanti pecah" (kenapa tak boleh pegang sendiri? kenapa pecah? semuanya anak tak faham satu apa pun dari ayat-ayat sahaja :D) . Jadinya sahabat semua, belikan yang sama untuk anak, untuk mereka rasa keadilan itu bermula dari awal lagi. . Cium seorang, cium semua. Gula-gula sebiji seorang, sebiji semua. Tidur seorang ditepuk, tepuk semua :D (part ni perlu bincang mushawaarah dengan anak-anak dan pasangan bagaimana nak beri semua faham, semua dapat sama. Anak besar sudah boleh main peranan bantu ibubapa). . Sahabat, kita usaha untuk anak-anak dapat sama adil. Anak yang bergaduh biasanya merasakan si ibu atau bapa lebihkan mana-mana satu pihak. Dibimbangi dipendam dan disimpan, belakang kita dia buat lagi adik beradiknya, atau besarnya mereka tiada sefahaman. . Teknik Nabi selesaikan konflik, akan sebut kebaikan setiap anak yang unik, yang tidak ada pada anak satu lagi, serta minta mereka berbaik terus. . "Fateh, berhenti berebut barang dengan Adik. Tahu kah Fateh adik ni selalu senyum suka tengok Fateh buat lawak, sayang betul dia kat Abang Fateh". (Fateh tiada penonton setia lain selain si adiknya😂) . "Khairunnisa, berhenti berebut barang dari Abang. Adik tahu tak abang Fateh ni baik betul selalu dodoikan adik masa adik bayi dulu. Suara dia sedap betul tau". (adik tak mungkin dapat dodoikan si abang sebab adik kecil lagi belum boleh menyanyi sebaik si abang). . Puji kebaikan tiap seorang. Sama pujian. Tegahan, tegah dan tegur kesalahan setiap orang, minta mereka berhenti lakukan apa yang kita tidak mahu mereka lakukan. . Boleh cuba. . Rasa bermanfaat? Silakan share. . Refleksi, Maznah Ibrahim.

Posting Lama 1 November 2016 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=640752156099372&substory_index=0&id=477691842405405 Bagaimana Mahu Anak-Anak Baik dan Bersikap Adil kepada Kita Pabila Kita Tua Nanti ===================================== (Tips Persediaan Hari Tua Kita😂) Biasa dengar, kan, pabila dah tua, ada sahaja anak ini ok, anak ini tak ok. Ni baik jaga mak ayah, ni tak heran dengan mak ayah. Yang bertuah, dapat OK semuanya atau dapat tak OK semuanya, bergaduh-gaduh tak mahu jaga mak ayah (memang benar ada begini). . Ia berkait dengan bagaimana kita ibubapa perlakukan mereka semasa zaman anak-anak lagi. What You Give, You Get Back. . Biasa dengar, kan, anak-anak bergaduh dan tak ngam. Si adik nak apa si abang mahu, kemudian gaduh, tarik-tarik, geram-geram, benci-benci, tuduh menuduh. . :D Sungguh memori ini akan jadi memori indah pabila kita tua dan bila mereka besar nanti. . Doanya mereka lebih rapat kerana pernah gaduh teruk. Dan doanya mereka tetap layan kita baik dan tak kata kita ni tak adil, sayang abang ni lebih, sayang adik ni lebih dan sebagainya. . "Ya Allah Ya Wadud, Ya Jami'. Ya Allah, alirkan dan limpahkan kasih sayangMu ke dalam hati-hati anak-anak kami, dan himpunkan keduanya agar sentiasa baik dan saling menyokong selamanya.." . Ya Wadud - Maha Mengasihi/Mencintai Ya Jami' - Maha Mengumpulkan/Menghimpunkan . Kisah Saya Semalam °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Semalam anakanda soleh Fateh mahu aiskrim. Mudah sahaja. Saya terus belikan dua kerana tahu anakanda solehah Khairunnisa' pasti mahu (80 sen satu, dua aiskrim RM1.60). . Ya walau si adik ini sangat kecil dan beza 3 tahun dengan si abang, saya belikan sahaja. . Saya selalu teringat hadith yang dikongsi Dr Ujilah yang baik, dari kisah baginda Rasulullah, ibubapa perlulah bersikap adil kepada anak-anak, tidak beza walau sedikit pun. . Alhamdulillah mereka berdua ni memang jenis baik-baik sahaja. Saya lihat banyak isu anak tidak ngam, maka saya mula ngamkan mereka sejak si adik dalam kandungan - ada saya senaraikan tips saya di dalam Ebook Percuma : Bit.ly/s_anakngam. . Mudah sahaja, saya belikan keduanya. Keduanya makan. Sekejap sahaja si Khairunnisa sudah surrender. Dia makan sedikit sangat. Ingat, anak kecil tidak ada fikir sayang membazir, mereka hanya akan stop makan bila sudah 'cukup'. . Jika kita orang dewasa, "Aish, sayang aja tak habis ni, biarlah saya makankan" (jadinya mak mak selalu habiskan makanan keluarga tak habis, dan tambahlah berat badannya haha). . Sebaik Khairunnisa' stop makan, dan letak tepi aiskrimnya, saya ambil dan letak di mangkuk kecil. . Si Fateh pula khusyuk makan sampai habis. Tidak lama kemudian Fateh ternampak aiskrim adiknya dan ambil aiskrim itu sambil berkata: "Adik tak habis?". Dia terus ambil dan makan sampai habis. Adik memang tak kisah. . Konsepnya begini, ini yang saya selalu tekankan kepada peserta saya. . Sentiasa cuba beri yang sama. Sama banyak. Sama cawan, sama bekas piring dan lain-lain. Sebaiknya sama, jika tak dapat, berikan yang hampir sama. . Dalam 1 kisah benar, ada sebuah famili ini, anak-anaknya semasa dewasa, amat baik kepada ibubapanya. Anak-anak ini berbincang dan sama setuju, kita keluarkan sama banyak amaun duit untuk bina satu rumah yang baik untuk ibubapa kita. . Adil. Anak-anak pabila dewasanya bersikap baik dan adil kepada kedua ibubapanya. . Bagaimana adik-beradik ini tidak berkira dan mudahnya mahu sama rata keluarkan duit untuk bina rumah untuk ibubapanya? . Semasa kecilnya, si ibu akan pastikan anak-anak dapat satu pinggan makan yang sama, dan adil untuk setiap anak, seorang satu ikan (contoh). Bila si adik kecil tidak habis atau tahu dia takkan habis satu ekor ikan itu, si adik otomatik akan beri separuh ikan kepada si abang yang dia tahu tak cukup 'portion' ikan itu. Mereka sama-sama beri memberi. . Teringat ibu saya, akan beri portion yang sama juga. Setiap orang dalam rumah dapat seekor ikan. Jika mahu makan dua kali, otomatik akan perlu makan sebelah ikan sahaja sebab malamnya mahu makan sebelah lagi. Kat situ dah belajar planning untuk sabar maka

photo content

Posting Lama 11 Februari 2017 Berlaku Adilkah Kita Kepada Anak-anak? °°°°°°° Jzkk Puan Maznah atas sharing melalui email dengan saya... Saya ada juga praktikkan affirmation dengan anak umur 6 tahun... Tapi saya agak rimas jika bila berlaku situasi yang berikutnya saya berterima kasih kepada adiknya , umur 5 tahun, tetapi tidak kepada dia...dia mengharapkan terima kasih daripada kita,..dia boleh bad mood jika kita tidak berterima kasih kpdnya. Macam mana nak handle ya Pn maznah? °°°°°° Waalaikum slm wbt Puan x, Ya, memang kena adil dan terima kasih kepada kakak juga. cari sebab juga utk terima kasih kepada keduanya. cth adik terima kasih sebab kongsi barang dgn kakak kakak terima kasih sbb sabar tunggu giliran. cari juga kebaikan kecil anak yang kita nampak buat silap, tapi ada kebaikan kecil utk diterima kasih kan kepada mereka juga. maka untuk adil (mmg Rasulullah pentingkan berlaku adil kepada anak-anak, jangan kurang atau beza sedikit, pun), berterima kasih kepada kedua-duanya Saya teringat satu insiden ni saya cakap lembut dan snyum kepada adik, manakala kepada si abang saya bertegas, si abang bertanya tidak puas hati : "kenapa Mummy boleh cakap elok-elok dan senyum dengan adik tapi dengan Fateh Mummy tak cakap elok dan senyum pun kat Fateh". terus saya tersedar dan berkata: "Ya Allah, Mummy minta maaf Fateh, Mummy terlupa, sebab Mummy marah tadi, Mummy nak cakap elok-elok, dan senyum sama kat Fateh. Fateh dengar lah cakap Mummy ya". Hug dia. memang pelajaran untuk saya. ada juga insiden lain. so dua kali tu cukuplah untuk saya tegas pada diri, usaha berlaku adil pada anak-anak. mereka nampak, dengar dan rasa . (mata, telinga, hati). rasa hati mereka tu memang real. bukan suka-suka nak berasa hati, kecil hati, dan menuduh kita (tak adil). saya teringat satu kisah di sini, yang anak-anak dewasanya sangat berlaku adil kepada ibubapanya, bahagi sama rata duit membina rumah besar selesa untuk ibu ayah, semasa kecil membesar nya si anak-anak, ibu ayah amat adil dan memberi sama rata pinggan nasi, lauk contoh ikan seorang seekor, terpulang adik beradik ni nak memberi ikan separuh kepada abang-abang yang makan banyak darinya. key nya ialah ibu bapa adil walau perkara kecil macm tu pun. maznah ibrahim p/s setiap email content yg di share di page ini telah diminta izin kepada tuan punya email untuk dikongsi bagi manfaat lebih ramai lagi dengan menutup identiti :)

photo content

DOA, sempena bulan yang mulia ini, Mudahan apa saja hasrat kita sebagai Ibu dan Ayah, untuk anak-anak, pasangan, dan keluarga kita akan terus diangkat ke langit. CARI, malam lailatul Qadar, USAHA, dan tetap terus berusaha, TAK KIRA dapat atau tidak, serahkan saja. PROSES usaha itu amat bernilai dan DIKIRA olehNya. Salam Ramadhan Akhir, Maznah Ibrahim

KISAH ADIK BERADIK BERGADUH: MILIK SIAPAKAH KHEMAH ITU? . Sedang lidah lagi tergigit, kan. Lidah dan gigi duduk satu ruang sama 😁. Inikan pula adik beradik 😊. Cantik peribahasa lama. . Ini kisah baru baru ini mengenai Fateh dan Khairunnisa. ---------------------- Haritu Fateh dan KN gaduh sungguh pasal khemah pokedot ni. Saya tak dapat masuk campur awalnya sebab tengah handle Baby Yumna, Macam biasalah, suara KN nyaring penuh dengan emosi kesakitan 😅 (sakit hati sesangat). . Usai handle Yumna, saya pun terus ke arah mereka dan guna 'kuasa veto' dan teknik solusi, saya buat keputusan untuk minta mereka berdua keluar dan lipat khemah, maka khemah ini tiada siapa boleh jadi pemiliknya. . *Oh ya, isu mereka dua ialah 'masing masing tegas mengaku khemah ini milik mereka' (orang Thinking dan kuasa takhta/ pemilikannya😆) . Milik Siapakah Khemah Itu? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Tidak lama selepas tu, pabila saya dan budak berdua sudah tenang, saya berfikir yang ini tak boleh dibiarkan begitu saja, ini tak betul. Kalau saya tak buat sesuatu, saya yakin perkara ini akan berulang, maka saya perlu lakukan sesuatu.🤔 (ting 💡, storytelling menerpa di minda). . Jadi saya pun mulakan macam ni. . "Fateh, ceritakan apa berlaku". Fateh pun cerita dengan panjang lebar. Ok, yang saya faham, Fateh sedar khemah itu memang saya beli untuk dia masa dia kecik kecik dulu. Cumanya Fateh 'pantang' (marah) sebab Kakak tak minta izin untuk masuk khemah. Okay, itulah puncanya.🤗 Jadi kalau kakak minta izin, Fateh akan beri masuk? Ya kata dia. . Kemudian saya menoleh kepada Khairunnisa'. "Kakak, ceritakan apa yang berlaku" Kakak pun cerita dengan sungguh sungguh dia. Kesimpulan yang sayadapat, si Kakak yang egosentrik ni (barang dia milik dia, barang orang milik dia juga😅), yakin yang ini khemah dia sebab warna merah (Thinking akan reasoning), Abang kan suka warna biru? (punyala alasan logik benau dia beri 😁😂, waduh) . Okay, Kemudian saya pun memulakan cerita. . Mummy kahwin ayah, Mummy dapat anak 1, Abang Fateh. Khemah tu Mummy beli untuk anak Mummy. Lepas tu Mummy dapat anak kedua, Kakak, maka khemah ini untuk anak Mummy nama Fateh dan Khairunnisa. Kemudian Mummy dapat anak no 3 nama Yumna, maka khemah ni jadi milik 3 orang anak Mummy yg comel tu, nanti akan datang Mummy dapat anak ke 4 nama Luqman Al Hakim ke, maka khemah ni milik 4 orang lah, kan? . Allah ada berapa? Satu. Matahari ada berapa? Satu. Siapa pemilik matahari? Allah, kata Fateh. Matahari untuk siapa? Semua manusia ciptaan Allah. Banyak tak? Banyak, juta juta. Mummy ada berapa? Satu Khemah ni milik Mummy sebab Mummy yg beli. Anak Mummy ada berapa? 3 kata KN. Jadi khemah ni milik Mummy tapi dikongsi 3 orang buat masa ini. Boleh, boleh? Boleh. Terus Fateh pergi ke tempat simpanan khemah dan buka khemah. Dan KN (Ti) berlatih minta izin, skripnya elok, maka Fateh pun bagi masuk. (Fateh Te ada benchmark dia). Bereh. Alhamdulillah.😊 -------------- Refleksi: 1) Saya gunakan kuasa veto dan teknik solusi terus sebab itu yang terbaik buat masa itu. Emosi saya tak ok, anak anak juga semakin 'parah' pertelingkahannya. 2) Bila dah tenang, dan anak anak dah tenang (tak lama, dalam beberapa minit saja, sebab saya bergerak banyak maka energi mengalir keluar pantas), saya buat storytelling jenis 'narrative story'. 3) On the spot Allah ilhamkan saya metafora yang sesuai saya kaitkan iaitu matahari dan naungan di bawahnya yang meliputi seluruh alam mendapat rahmat. 4) Kerap dan sentiasa kaitkan dengan spiritual sebab manusia tetap berbatas, dan mungkin tidak cukup adil dan standard. i. Allah suka, ii. Rasulullah suka, iii. ibubapa suka. 5) Untuk mendorong fitrah anak kecil yang sukakan kebaikan, sukakan perasaan 'disukai', buat baik (please) sebab nak disukai, nak perhatian, banyakkan keyword 'SUKA' kerana ia positif, buat orang rasa seronok (bukan marah, benci, murka, neraka dsb.). Maznah Ibrahim. p/s jika idea ini boleh diguna bersama, kongsikan dengan rakan dan pasangan anda ya

photo content

"Bad woman, bad woman..." selalu bilang nya.... Anak ini berkelakuan pelik, memukul, meludah,pemarah sehingga ibunya rasa bingung dan berjumpa saya. Terjadi selepas beberapa minggu tinggal dengan ibu saudaranya. Bukan seperti anaknya yang biasa. Selepas berjaya kenalpasti isu sebenarnya, saya gunakan teknik Trerapeutic storytelling.... ....Berjaya...tiba-tiba.."i love you mommy" terpacul dari mulut anak ini, terkejut ibunya. Nak tahu bagaimana saya lakukannya? Siapa "Bad Woman" ? Saya percaya setiap ibu bapa boleh lakukannya....mudah...seronok. Gunakan teknik ini untuk bantu pengaruhi tingkahlaku anak supaya menjadi lebih baik seperti yang kita mahukan. (WEBINAR PERCUMA) -------- Tajuk: Rakaman Webinar Pengaruhi Anak Dengan Therapeutic Story Telling DAFTAR>> https://webinar.maznahibrahim.com/rakamanstorytelling .

Parenting Maznah Ibrahim - آمار و تحلیل کانال تلگرام @ehsabar