ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 15 727 подписчиков, занимая 958 место в категории Семья и дети и 2 343 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 15 727 подписчиков.

Согласно последним данным от 01 ноября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -141, а за последние 24 часа — -2, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 3.96%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.06% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 623 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 324 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 02 ноября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

15 727
Подписчики
-224 часа
-317 дней
-14130 дней
Архив постов
Nasi goreng Fateh namanya 😄😄😄 Inovasinya, Cheff kena pakai cermin mata gogle untuk elak pedih mata bila tumbuk bawang di alu 😁👍 Semalam dia nak makan nasi goreng. Mummy kata lepas maghrib la. Siap siap semua orang kita nak solat jemaah. Pastu dia dan KN ada konflik sikit. Benda kecil je pun. Dari sebelum solat sampai habis solat masih tak sudah. Masing2 nak menang. Cam biasa 💁‍♀️ Mummy terus kata Jum Mummy ajar Fateh buat nasi goreng. Dia terus teruja nak buat. From scratch. Tapi bawang aja mummy kopekkan. Bawang merah, bawang putih, cili api. Dia tumbukkan. Masuk garam. Tumis. Garing sikit, masuk nasi. Telor Siap Sedap 😄 (Sayur dah habis semalam). Nanti dah besar Mummy takda ke, duk rumah bujang ke ingatla resepi ini buat sendiri ya 😉😋. * Refleksi Mummy, Haa camana dia tau tumbuk bawang akan pedih mata? Hmm🤔 Terus solusi dia guna gogle berenang dia. Sebab, masa dia seawal usia 1 lebih, 2 lebih, 3 lebih time dia nak mencuba tumbuk alu, Mummy beri. So badan dia dah ada memori 😊😊😊♥️👍. Mudah aja, kan. Bila emergecy, memang dia boleh buat semua ni tak kekok pun. Bagi arahan dari jauh pun dia boleh buat insyaAllah. Macam bila Mummy rasa malas amat tetiba, Dia boleh buatkan air panas tuk semua orang asing asing mug 👏👏👍😄. Syukur.... Mummy FatehKNYumna

photo content

Tip Parenting #14 ( Beralah Untuk Menang ) Kadangkala ibu ayah perlu beralah untuk saat itu kerana tidak bersiap sedia dengan ‘drama’ anak. . It’s okay. . Cuma pastikan kali seterusnya ibu ayah perlulah bersedia lebih awal. Hypnoscript memang membantu banyak, sebenarnya. Anticipate (selangkah ke hadapan), sudah jangka akan berlaku sebab sudah pernah berlaku beberapa kali, maka sediakan siap-siap peraturan dipersetujui bersama. . Contoh : Kita nak pergi tengok wayang cerita XXX hari Sabtu ini. Kita cuma akan makan selepas itu. Kemudian beli barang dapur. Tiada pembelian di luar rancangan, ok. (atau hanya beli 1 barang pilihan masing-masing). . Kita tak akan berhenti kat station minyak beli makanan minuman, hanya makan apa yang Mama sudah sediakan ok (sejurus ambil anak-anak dari daycare/taska/sekolah, nak pulang ke rumah). *Mak sudah siap-siap sediakan air kosong/susu kotak, buah dan kacang Ulang awal beberapa hari sebelum ‘event’ atau sebaik reunion jumpa anak. . Jika tak bersiap sedia macam tu, kemungkinan besar akan perlu mengalah, untuk ‘menang nanti’. . Ingat, 'Mengalah Tak Semestinya Kalah', Okay ;) . CARE, Maznah Ibrahim *Sudah dapatkan Ebook Premium Hypnoscript? http://bit.ly/hypnotip14 http://bit.ly/hypnotip14 **Jemput ke telegram channel saya agar tak ketinggalan perkongsian parenting dan psikologi anak-anak di t.mazn.me/chan

Tip Parenting #13 ( Emosi Stabil ) Mak mak yang duk rumah saja dengan anak-anak akan mudah burst, sama ada mengeluarkan letusan kecil atau letusan besar. . Itu normal. Menunjukkan kayanya kita dengan emosi lebih dari pemikiran. . Termasuklah kaya emosi shopping, kaya emosi bercantik-cantikan, kaya emosi kasih sayang dan kaya emosi cepat marah-cepat sejuk. . Pak pak tak faham sepenuhnya macam mak mak faham… sebab badan dan otak kita tak sama. . Pentingnya ilmu KAWAL emosi – untuk cepat handle situasi semasa itu (pak pak terror) Lebih penting lagi skil URUS emosi – untuk kesihatan badan (fizikal), emosi dan minda - jangka masa panjang. . Basisnya ada dalam poster ini. . Untuk emosi stabil, Lakukan ya ;) . CARE, Maznah Ibrahim *Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di t.mazn.me/chan

photo content

photo content

Tip Parenting #12 ( Check Out Sebentar ) Bila anda ‘check in’ – masuk ruang keibubapaan, menghadap anak sahaja banyak jam, non stop dan tanpa rehat, anda akan sampai ke tahap ‘overwhelmed’, rasa macam dah penuh sangat dan boleh ‘meletup’. . Tanda ‘overwhelmed’ tu bila anda mula respon negatif kepada anak, respon dan gaya sporting mak mithali dah tak ada, asyik muncul letusan api kecil-kecil aja. . Sebab tu penting untuk ‘check out’, keluar sebentar dari ruang keibubapaan, yang anak bergantung sepenuhnya kepada anda sahaja. . Antara yang boleh dilakukan walau 1 minit : check out, di dalam rumah ialah :- 💝 Mandi bersihkan diri 💝 Solat sunat 💝 Minum air kegemaran 💝 Membaca bahan positif barang sebentar 💝 Cakap 'positive self talk' sambil tarik nafas panjang: Aku positif, aku mama yang tenang, aku sayang anak-anak aku, aku sayang diri aku, aku comel, aku manis. 💝 Hug diri (caranya dalam brain gym: berdiri stabil sambil silang dua kaki, kemudian hulur dua tangan ke depan, silangkan, pusing dua tapak tangan mengadap, genggam jari semuanya, pusing bawa ke tengah dada semuanya, tarik nafas tutup mata, hembus dan senyum). 💝 Duduk dan urut badan sendiri di bahu, belakang, lengan, kaki, sebut aku sayang diri aku (guna minyak bersesuaian sedikit, lagi ummph) . Ini semua sebenarnya adalah Self Care namanya. Sayang diri, pujuk diri, treat diri. Yang simple aja, sebab nak keluar beberapa jam mungkin tak dapat. . Takda sapa nak bagi / buatkan, buat ajalah sendiri. . CARE, Maznah Ibrahim *Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di t.mazn.me/chan

Tip Parenting #11 ( Rasa Incompetent Sebagai Ibu Ayah ) Sebagai ibu ayah normal, kita akan pernah rasa ‘down’ pada satu-satu ketika dalam ‘parenting journey’ kita. Rasa teruk. Rasa salah. Rasa tak cukup bagus (incompetent)/ gagal. . Itu adalah ‘perfectly normal’. Saya pernah rasa juga…😞 . Cara overcome ialah : 🌼Rasakan : rasakan perasaan down atau incompetent itu. Feeling tak ok namanya. 🌼 Nafaskan perasaan itu : tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan. 🌼 Fikirkan : Allah cipta Manusia sebagai ciptaan Terbaik. Sebenarnya aku ini adalah Ibu atau Ayah yang terbaik untuk anak-anakku yang terbaik. Mana mungin anak hebat ini dijagai oleh ibu ayah yang tak fit dengan dia. Tak apa aku buat silap, atau tak cukup bagus, sebab aku akan ULANG lagi, buat lebih baik. 🌼 Badan : Senyum sambil cerahkan mata, pandang ke depan. MOVE ON. . . Ia bisikan atau gangguan syaitan jeneral dari department keibubapaan aja sebenarnya. Meruntuhkan estim diri ibubapa hebat semua 👊 Kasi syaitan kalah sikit, ok. Bila rasa lemah, Barulah kita tahu / sedar kita ni memang manusia kerdil, Perlu kembali kepada Pencipta kita, Maha Sempurna, Maha Tahu, Rujuk dan kembalilah kepadaNya untuk tenang ( 87 : 27-30 ) . . CARE, Maznah Ibrahim. *Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di t.mazn.me/chan

photo content

Tip Parenting #10 ( Ulangi Event Yang Rasa Sukar ) Sekiranya ibubapa ada pengalaman kurang enak berkaitan suasana, orang, tempat dan lain-lain, caranya bukanlah tidak pergi lagi. . Tetapi ulangi atau pergi lagi ke tempat yang sama, atau berjumpa orang sama, namun ada 'fasa rehat sementara' (contoh 1 minggu, 1 bulan, 6 bulan). . Alah bias tegal biasa. Dalam apa jua perkara/situasi, suasana sukar itu akan dapat dihadapi si anak dengan lebih baik, apabila berada dalam ‘second time’ and ‘next time’, insyaAllah. . Contoh, anak ada pengalaman kurang enak di kolam mandi, hampir lemas. Bukanlah tidak pergi lagi (takut fobia atau trauma), tetapi pergi lagi kemudian nanti. Anak cepat ‘recover’ atau ‘coped’ dengan kesukaran itu. Anak sukar di playgroup kelas baru, rehatkan 1 bulan, Ulangi lagi, ada kemungkinan dia akan ok. Bukan elak, tapi 'face it'. . Ketakutan ibubapa kepada sesuatu yang tidak pasti untuk akan datang (memang tidak pasti pun kan), akan menjadi benar. Kerana difikir-fikirkan. Dipercayai, maka ia jadi. . Tempat awam yang sukar 'handle' anak? Hadiri lagi. Anak konflik dengan budak spesifik A? Ulang lagi jumpa. Sebenarnya ibu ayah lah yang perlu ‘Face the fear’. . Mengulangi peristiwa sukar itu bantu untuk membentuk sel memori baru, Dan ianya akan lebih baik, biasanya. InsyaAllah. . ***Teringat mewarna pada lukisan dan tak berapa cantik masa sekolah rendah, Ikutkan malas nak ulang lukis lagi, Rupanya bila lukis lagi 'second time', lukisan kedua lebih cantik la...😄 Motto saya : [ Usah takut untuk 'mengulang' sesuatu yang tak berapa ok ] Dalam terapi, namanya 'desensitisation', terutama untuk perkara fobia, kita bantu klien buat / hadapi lagi dan lagi hingga mengurang ke 0 akhirnya. Takut bercakap di khalayak awam? Cakap lagi dan lagi hingga dah takda nervous dah. Gitulah konsepnya ya ☺️🙂😉 . CARE, Maznah Ibrahim. *Kongsikan dengan saya peristiwa sukar anak anda. *Sudah masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak? : t.mazn.me/chan

photo content

photo content

Tip Parenting #9 ( Tunjuki Diri, Refleksi Diri ) . Biasanya bila anak ada buat silap, kita mudah kerap tuding pada si anak dan sekitar anak. . Kita lupa yang sekitar anak itu adalah bermula dari diri kita, ibubapa, sebagai payungnya sejak dia lahir, selama ini. . Payung yang besar dan tebal, mahu lindungi dia dari hujan dan panas, dan mungkin terlalu obses memayunginya agar selesa sehabis baik. . Payung yang mungkin terlalu nipis dan lutsinar, kecil sehingga panas terik matahari dan hujan ribut tidak terlindung pula. . Terbaik, ambil konsep sederhana. Tidak terlalu besar tidak terlalu tebal, tidak terlalu kecil atau nipis juga. . Kitalah payungnya untuk si anak, sehingga satu saat dia mampu memegang payung itu sendiri, dengan kukuh dan tegak, tidak terlalu bergoyang dek ditiup angin ribut kelak. . Tunjuk diri, kerana diri adalah lebih tinggi, dari sang anak, dan nampak sekitar anak seluruhnya (mata helang). . Tunjuk diri, seperti orang kata jari telunjuk yang menuding, sebenarnya 4 jari lagi tunjuk ke arah diri sendiri. . Sentiasa refleksi, muhasabah diri, apakah aku terlalu ( over protective ) atau terkurang ( ter abai ). . Tanya pada Allah dengan penuh kehambaan, Allah akan beritahu dan tunjuki. . Kan setiap hari solat dan sujud kepadaNya, jika tak rujuk kepadaNya kepada siapa lagi sebagai pertama ? CARE, Maznah Ibrahim. p/s: Komen 'SETUJU' sekiranya anda setuju bab ini.☺️ *Sudah masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak? : t.mazn.me/chan

photo content

Tip Parenting #8 ( Sabar dan Kuatkan Kesabaran ) . Dalam apa jua cabaran melanda berkaitan anak-anak, kita disarankan untuk sabar. . Sabar pada keletah ‘innocent’ anak usia bawah 2 tahun, sabar pada rintangan (lawanan) yang ditunjukkan si anak usia 2 ke atas, sabar pada ujian tertentu berkaitan anak, dari masa ke semasa hinggalah mereka dewasa. . Untuk apa jua situasi, sabar itu sebenarnya tiada had. . Sabar itu disusuli dengan KUATKAN lagi kesabaran anda. . Dengan sedikit sahaja lagi kesabaran bersama-sama usaha anda itu, Tuhan akan beri ganjaran seperti yang anda hasratkan, InsyaAllah. . Ujian ketika fasa akhir itu adalah ujian untuk sejauh mana anda sabar, bukan lagi ujian mengenai isu anak yang difokuskan selama ini. . Umpama larian marathon jangka panjang, perlahan-lahan hingga ke penamat, di hujung itulah sedikit aja lagi sisa baki kekuatan dan kesabaran yang perlu anda kekalkan energinya, dan teruskan perjalanannya... . Sabar ada had? Tiada. Sabar dan kuatkan kesabaran. . Nanti insyaAllah ada hasilnya sesuai dengan ganjaran yang telah ditetapkan Allah. . Allah lebih Tahu. . Saya doakan kita semua sentiasa beroleh tambahan sisa sabar yang masih ada, malah semakin KUAT sabar itu. InsyaAllah. . Percaya. . CARE, Maznah Ibrahim. p/s: Kongsikan dengan pasangan dan sahabat kenalan anda yang sedang diuji dengan isu anak dan keluarga, pada ketika ini. Mudahan beliau akan terus kuatkan kesabaran beliau. Amin. *Jemput ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di : t.mazn.me/chan

photo content

*SiblingsRivalry* Mesej mummy ke Fateh, Gaduh-gaduh macam mana pun kita tetap sekeluarga. Perlu segera melepaskan pergi emosi terpendam. Saling bermaafan. Kelak kitalah yang akan saling bantu membantu. Siapa tahu. Sekarang pun sudah jelas betapa kakak sangat mudah let go, dan amat baik hati memberi dan membantu. Sebab kakak ni 'Khairunnisa', sebaik baik wanita, adik Fateh. Manakala Yumna Az Zahra si Kanan bunga yang cantik dan bijaksana... Dan Muhammad Al Fateh si Pembuka dan hero keMenangan kita... . . . Fateh ada selalu geram juga dengan Yumna sebab Yumna banyak akal, dan mudah melepuk abang, Mummy kata Yumna cara tegur orang memang terus tepuk muka, kita kena ajar Yumna berkali kali aja cara sentuhan selamat, Fateh. Fateh pun sama macam tu masa baby umur Yumna. (Kakak KN jenis tak macam ni - ia mengenai stail dan personaliti). Dapat makcik orang dewasa tak faham, Jadi marah, kata apa ni tetiba lepuk anak makcik usia sama Fateh (sebiji macam Fateh la), padahal Fateh nak tegur budak tu. Dia ingat dia 30 tahun, baby ni kena behave, well manners dan faham macam budak 30 tahun, Dapat makcik yang faham perkembangan kanak-kanak, Dia beri tangan terus ajak Fateh 'High 5' untuk elak lepuk muka dia, So Fateh nak jadi makcik yang tak faham tu ke atau yang faham perkembangan kanak-kanak? Terus dia ajak Yumna High 5 dan High Ten 😆😁😁 (Tu dalam pics tu dia menge High 5 dengan Kakak, skill asas baru). #keepeducatingtheelderchild #perkembangankanak2 Maznah Ibrahim

photo content

Tip Parenting #7 ( Pelaburan Emosi Gembira ) Hadiah berelemen kegembiraan yang sebenar-benar gembira adalah amat mahal. . Ini kerana gembira melibatkan emosi positif yang kuat tenaganya dan kekal dalam sanubari. . Malah ‘true & great happiness’ ini boleh jadi sumber dalaman ('internal resource') positif yang boleh digunakan sebagai salah satu ‘sumber unik’ dalam diri anak pada waktu sukar dan diuji pada masa hadapan kelak (contohnya di dalam psikoterapi – kerap saya gunakan bila buat terapi). . Walaupun hadiah berbentuk material juga mampu memberikan kegembiraan, namun ia biasanya bersifat sementara dan tidak kekal. Ia akan rosak atau berkurang nilainya berkorelasi dengan pertambahan masa. . Apabila berada dalam dua persimpangan untuk keputusan besar, pilihlah yang memberikan anak ‘gembira hakiki’. . Sebagai contoh, Tenaga dan duit dihabiskan dengan memaksa anak untuk capai ke tahap tertentu membaca contohnya, vs alih tenaga dan masa anda kepada aktiviti fizikal dan ‘bonding game/activity’ yang membantu otak dia semakin fokus untuk belajar, malah lebih gembira, adalah jauh lebih berbaloi. . Ini kerana tiada sesiapa akan buat seperti ini secara fokus untuk intervensi seseorang individu di sekolah, melainkan ibubapalah penanggungjawab dan pelaksananya. . Elemen gembira hakiki ini memerlukan fokus tenaga dan masa anda, untuk pembangunan emosi diri si anak, sebagai pelaburan hak milik kekal dalam diri anak. Pelaburan saham akhirat apatah lagi. . Tanyakan diri kita, apakah fokus (prioriti), tenaga dan masa yang kita fokuskan selama ini turut meletakkan pelaburan emosi gembira yang besar sebagai yang utama juga ? . Refleksi, Maznah Ibrahim. . *Jemput ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di : t.mazn.me/chan

Kesihatan Mental Anak Kecil Kita https://www.upworthy.com/the-suicide-rate-for-kids-ages-10-14-nearly-tripled-in-the-past-decade-why-and-what-can-we-do?fbclid=IwAR3HS819neSExxG6EJ5unqECdIHbz7_QpXO1w0lRvyKyMV1mWlXrRSst3eo Solusi basis: -------------- Jaga aspek FIZIKAL - (i) Pemakanan yang baik, natural, seimbang. (ii) Tidur : cukup dan kualiti, (iii) dan Banyakkan exercise / aktiviti dalam masa yang ada di alam semulajadi serta aktiviti lain dalam masa yang ada perlulah yang bermanfaat Jaga EMOSI anak-anak, ambil berat, ambil tahu, bantu. Kuatkan SPIRITUAL - kebergantungan dan bimbingan dari Tuhan. Amalan, pendidikan bermula dari awal usia lagi di rumah, agar jadi habit, Maka anak kita yang sihat dan seimbang ini akan membentuk cucu dan cicit kita yang juga amalan kehidupannya sihat dan seimbang juga. #BreakTheCycle Maznah Ibrahim